Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Norman Hakim & Memey Ditangkap Basah

November 30, 2008 by  
Filed under Panazzz, Tempatan

Student MinistryKUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

“Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

“Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

“Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut,” katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.

Source: Murai.com.my

MP3 Download

November 30, 2008 by  
Filed under Interactive, Mp3

Kami akan meletakkan pelbagai MP3 untuk anda download. Tujuannya adalah bagi mempromo sebarang lagu sebelum anda menyesal membeli album di pasaran.

Namun, buat masa ini, kami masih lagi dalam proses untuk menyediakan MP3 kepada anda. Buat masa ini, sila dengarkan dahulu lagu-lagu terbaik melalu streaming di bawah.

Wallpaper

November 30, 2008 by  
Filed under Interactive, Wallpaper

Wallpaper Dunia Baru the Movie

The Lima

November 27, 2008 by  
Filed under Music

Meredith Andrews - The InvitationNampaknya KRU sudah pun memiliki 2 artis Indonesia yang berada di dalam naungan syarikat rakaman mereka. Yang pertama dulu ialah band muzik dari Bandung yang menamakan diri mereka Syuga. Sekarang ini, band vokal pula iaitu The Lima yang juga adalah pemenang juara Gangstarz 1.

Melihat pada situasi pasaran muzik sekarang ini, saya tidak pasti untuk mengatakan sama ada tindakan mereka memilih The Lima itu sebagai suatu yang bijak atau sebaliknya.

Tapi, apa yang boleh dikatakan di sini ialah ia satu tindakan yang begitu cepat dan tepat. Cepat kerana menyambar dulu The Lima yang sedang panas di kalangan peminat muzik Malaysia khususnya Gangstarz.

Tepat kerana merekalah yang peminat muzik Malaysia mahu lihat dan mahu dengar. Kemenangan mereka sebagai juara Gangstarz membuktikan kebenaran ini.

Harap-harap demam mereka terhadap The Lima masih konsisten sebagai dulu dan tidak cepat sejuk sebagaimana yang berlaku terhadap Mawi. Daripada penjualan album ratusan ribu unit akhirnya jatuh hingga 50,000 unit.

Dengan formula yang disediakan KRU, saya kira tiada apa yang mustahil untuk The Lima terus mendominasi industri muzik tempatan kita. Lebih-lebih lagi jika mereka memiliki album studio yang mengandungi lagu-lagu yang menarik sebagaimana album pertama mereka ini.

Saya sendiri tidak menjangka bahawa album ini akan dapat memenuhi cita rasa saya sebagai pendengar biasa. Tahniah buat Edry Abd Halim yang bertindak selaku penerbit keseluruhan album The Lima ini.

Walaupun ada pengaruh muzik KRU dalam lagu Buronan Cinta ciptaan Edry, lebih banyak lagi ciptaan Edry yang lain yang memenuhi selera saya atau pun anda semua. Tidak perlulah saya perkenalkan lagu Separuh Masa kerana lagu itu sudah cukup popular bagi anda semua. Tapi sudahkan anda mendengar Di Mabuk Cinta, Kau Ada Dia serta Pernahkah Aku?

Ketiga-tiga lagu ini juga ada kekuatannya yang tersendiri. Di Mabok Cinta ciptaan Puja & Panji misalnya sangat kental dengan elemen jazz yang ringan tetapi mudah untuk dihayati bersama muzik yang moderate fast.

Ia adalah sebuah lagu pop jazz tipikal dari seberang yang cukup tipikal bagi anda semua. Maklumlah komposernya pun diimport dari sana juga. Lagu ini dimuatkan sebagai track pertama dan boleh boleh dianggap sebagai lagu pencuci mulut yang mampu membuatkan anda berasa mahu menghayati lagu yang seterusnya.

Kau Ada Dia ciptaan Edry adalah sebuah lagu ballad yang lebih perlahan tetapi mempunyai melodi yang cukup indah. Liriknya juga masuk dengan begitu cantik di sebalik melodi tersebut. Lagu ini memang sedap.

Pernahkah Aku? ciptaan Archie & Nine pula adalah sebuah lagu pop R & B yang ringan tetapi mempunyai melodi yang mudah meresap di dalam jiwa anda. Vokal harmoni The Lima menjadikan lagu ini lebih menarik dan berkarektor apabila dipersembahkan.

Nama Album: The Lima Mampu Hiburkan Semua
Artis: The Lima

Source: Era.Fm

One Buck Short – Halal & Loving It

November 26, 2008 by  
Filed under Music

One Buck Short - Halal & Loving ItApabila sebut saja punk, mungkin ada yang akan beri tanggapan yang negatif terhadap band muzik tempatan ini. Relaks beb, sebab mereka bukanlah terlalu hardcore macam Ramones atau Sex & The Pistol.

Kalau anda boleh layan Good Charlotte, tidak mustahil anda boleh layan band muzik indie tempatan yang nama mereka sedang melonjak naik dalam industri muzik kita ketika ini. Yap, One Buck Short bukannya sebuah band muzik dari luar tetapi dari kalangan local indie band kita. Ia produk buatan negara yang harus kita banggakan kerana mereka tampil dengan sebuah produksi dan muzik yang cukup berkualiti serta memiliki standard yang tinggi.

Sebenarnya, nama One Buck Short sudah biasa saya dengar sejak beberapa tahun kebelakangan dulu cuma tidak pernah berkesempatan menyaksikan persembahan mereka dalam mana-mana gigs. Akhirnya peluang itu tiba setelah saya menyaksikan konsert persembahan Good Charlotte yang cukup mengecewakan di perkarangan tempat letak kereta di Stadium Bukit Jalil, kira-kira 2 tahun lalu.

One Buck Short tampil sebagai artis pembuka tirai bersama-sama dengan beberapa band muzik tempatan lain termasuklah Estranged. Waktu itulah saya melihat betapa hebatnya mereka sewaku beraksi di atas pentas. Muzik mereka pula sangat menarik dan cool.

Malah sama ada dari muzik mahu pun persembahan, percayalah mereka lebih hebat lagi daripada Good Charlotte sendiri. Bukan saya seorang saja yang merasakannya tetapi rata-rata berkata demikian.

Sejak itu, saya lihat mereka sering diundang untuk menjadi artis pembuka tirai dalam pelbagai acara besar termasuklah festival muzik dan konsert persembahan daripada band muzik yang bertaraf antarabangsa seperti My Chemical Romance dan Fall Out Boys.

Kekuatan One Buck Short yang dianggotai Mooky selaku vokalis, Rahul (gitar), Izal (bass) dan Imran (dram) ini sebenarnya terletak dalam banyak sudut.

Permainan muzik mereka memang bagus, vokal Mooky sentiasa konsisten, stage presentation mereka sangat kuat selain bijak berkomunikasi, kreatif berkarya serta sangat teliti dalam kerja produksi.

Apa yang penting, mereka mempunyai citarasa muzik betul yang dapat memenuhi keinginan dan selera generasi muda masa kini bersama dengan produksi. Single pertama mereka, Fast Time memang membuktikan perkara ini. Single ini sangat cool. Bila saya berikan pada seorang rakan untuk mendengar, dia sama sekali tidak tahu bahawa lagu itu adalah nyanyian band muzik indie tempatan.

Dalam single kedua mereka, Kelibat Korupsi, mereka mempersembahkan lagu tersebut dalam bahasa Melayu. Lagu ini mengenai penyakit korupsi yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Menariknya, mereka telah menggabungkan elemen muzik dikir barat dengan muzik punk pop rock mereka.

Single seterusnya ialah 10:04. Lagu yang disampaikan dalam bahasa Inggeris ini cukup menyenangkan. Ia mengenai kisah cinta yang dilalui segelintir remaja pada malam terakhir mereka sebelum menamatkan persekolahan di High School.

Muzik mereka kembali rancak dan happening dalam lagu Inggeris berjudul R.I.P tetapi ia kembali perlahan dalam lagu Khayalan Masa. Subjek yang diutarakan dalam R.I.P ialah mengenai masalah cinta yang cukup komplikasi, manakala Khayalan Masa pula mengenai seseorang yang menunggu cinta.

Kesemua single ini kemudian dimuatkan bersama dengan beberapa lagu lain dalam album sulung mereka, Halal & Loving It. Nama ini mereka pilih kerana ia adalah produk halal yang dihasilkan mereka dan mereka mahu apa yang mereka hasilkan itu dihargai dan disayangi peminat mereka.

Sebuah lagi lagu yang saya suka ialah That Day. Muziknya bersemangat sebagaimana Fast Time. Tetapi, ia memuatkan elemen reggae dan bagi saya penyatuan muzik ini bersama dengan punk pop rock mereka sangat cantik dan kedengaran sungguh segar dan menarik.

Judul: Halal & Loving It
Artis: One Buck Short
Genre: Pop Punk
Label: Homegrown Records

Reference: Era.FM

Peterpan – Sebuah Nama Sebuah Cerita

November 26, 2008 by  
Filed under Music

Brooke Fraser - AlbertineMerentas perjalanan sebuah band dengan nama Peterpan, Ariel (vokal), Lukman (gitar), Uki (gitar), dan Reza (drum) mempersembahkan sebuah album berisi kumpulan lagu yang jelas memperlihatkan kebesaran sebuah band yang menjadi fenomena pada dekad ini. Album tersebut diberi judul Sebuah Nama Sebuah Cerita 2000-2008 dan akan menjadi album terakhir bagi kumpulan Peterpan yang di anggotai oleh Ariel, Lukman, Uki, dan Reza. Nama yang sudah melambungkan mereka setinggi langit itu akan disimpan dan tentu saja akan terus dikenang sebagai karya dan cerita yang pernah tercipta.

Dalam merentasi tahun 2000 – 2008 Peterpan telah mencipta puluhan lagu-lagu super-hits. Setiap albumnya selalu meraih penghargaan platinum hingga multi platinum. Bermula dengan album Bintang Di Surga Peterpan meraih 13 penghargaan dari dalam dan luar negeri, di antaranya 7 penghargaan Anugerah Musik Indonesia (AMI Awards), 2 piala dari SCTV Music Awards, Triple Platinum Awards, Platinum Berkembar Enam dari Suria Records (SRC) Malaysia, serta MTV Music Awards 2005. Di tahun berikutnya ketika mereka melancarkan album soundtrack filem Alexandria, Peterpan juga meraih Multi Platinum Award dan beberapa penghargaan, termasuk dari SCTV Music Awards. Bahkan ketika penjualan album ini agak lesu dipasaran pada tahun 2007 Peterpan masih mampu meraih penghargaan multi platinum kerana menjual lebih dari 500 ribu keping untuk album “Hari yang Cerah…”

Fakta menyatakan bahwa Peterpan adalah pencetak super- hits. Untuk mengabadikan fenomena itu, maka perlu dibuat sebuah album khusus yang mampu menyimpan semua karya tersebut dengan baik. Album Sebuah Nama Sebuah Cerita 2000-2008 adalah jawapannya. Sebuah album terakhir milik Peterpan, sebelum mereka bertukar dengan nama lain. Sebuah album yang mempersembahkan lagu-lagu terbaik Peterpan.

Sungguh tak mudah untuk memilih lagu mana yang lebih baik dari lagu lainnya. Oleh sebab itu, untuk memuaskan seluruh Sahabat Peterpan, album ini dikemaskan dalam dua format berbeza: duoble CD (dua buah CD dalam satu album) yang memuat 30 buah lagu dan format kaset yang memuat 21 buah lagu. Di kedua format itu sudah termasuk tiga lagu baru serta satu lagu popular milik almarhum Chrisye yang dirakamkan semula oleh Ariel. Selebihnya himpunan hits yang pernah dirakamkan di album kompilasi Kisah 2002 Malam (2002), Taman langit (2003), Bintang Di Surga (2004), OST.Alexandria (2005), hingga Hari yang Cerah…(2007) disuguhkan dalam album ini.Mulai dari “Mimpi Yang Sempurna”, “Sahabat”, “Aku & Bintang”, “Ada Apa Denganmu”, “Menunggumu (feat.Chrisye), Mungkin Nanti, Bintang di Surga, Sally Sendiri, Kukatakan Dengan Indah”, “Di Balik Awan”, “Yang Terdalam”, “Semua Tentang Kita”, “Di Atas Normal”, “Menghapus Jejakmu”, dan banyak lagi. Dan dalam waktu dekat album ini juga akan diedarkan dalam bentuk VCD yang isinya seperti format CD.

Meneliti album ini ibarat mendalami sebuah cerita. Cerita tentang sebuah band Peterpan yang menjadi fenomena ketika mencetak angka penjualan melebihi 3 juta unit. Cerita tentang musik Peterpan yang menjadi trendsetter musik band-band berikutnya. Cerita tentang tarikan vokal Ariel, sang vokalis, yang seakan menjadi ikutan untuk vokalis band-band berikutnya. Hingga cerita tentang lagu-lagu hit yang tak ada habisnya. Tak ada alasan untuk tidak menjadikan album ini sebagai koleksi abadi yang tak akan lekang ditelan waktu.

Penambahan tiga lagu baru di album ini makin melengkapi cerita indah itu. Empat lagu ini seakan puncak kemunculan hasil kreativiti Ariel dan kawan-kawan dalam sebuah band bernama Peterpan, sebuah band yang sarat dengan rujukan muzik-muzik dari British. Singel pertama “Walau Habis Terang”, yang sudah lebih dahulu diperdengarkan di berbagai media, seakan menegaskan benang merah arahan muzik Peterpan. Pemilihan bunyi, melodi, dan lirik lagu masih sangat terjaga. Kepiawaian Lukman dan Uki mengisi bagian gitar di lagu ini membuat Peterpan semakin tegas sebagai sebuah gitar band.

Eksplorasi muzik terbaru dipamerkan Peterpan pada lagu “Dilema Besar”. Lagu ciptaan Lukman ini menonjolkan posisi lain Peterpan yang dulu pernah muncul namun tak terlalu menonjol. Rentak dan citarasa British terasa menusuk kalbu dari awal hingga akhir lagu. Sekilas kita tak mengenali ini sebagai lagu peterpan, tapi berterima kasihlah pada karekter vokal Ariel yang sangat menjejak dan senang dikenal sehingga lagu bertempo medium ini diperkirakan akan menjadi variasi baru lagi dalam perpustakaan lagu-lagu hit Peterpan yang sangat pelbagai.

Sebagai tambahan, Peterpan membawakan kembali lagu “Kisah Cintaku” milik almarhum Chrisye sebagai sebuah penghargaan pada seorang seniman legenda yang pernah menjadi teman kolaborasi mereka. Peterpan pernah membawakan lagu ini beberapa kali secara “live” sehingga membuatkan lagu ini terus memberi nafas baru tanpa memcacatkan melodi lama nyanyian almarhun Chrisye. Kematangan Peterpan menggarap lagu ini nescaya akan membuat almarhum Chrisye tersenyum nun jauh di sana.

Tak berhenti di situ. Sebagai lagu penutup Peterpan mempersembahkan sebuah lagu istimewa. Judulnya “Tak Ada Yang Abadi”. Cuba dengarkan alunan piano yang mengalun tunggal di seperempat bahagian awal lagu ini. Peterpan sedang menghasilkan sesuatu yang baru. Antara lirik dan muzik yang tercipta seakan menyatukan sebuah karya yang mampu menusuk hati. Vokal Ariel yang penuh penghayatan di awal kemudian berubah kasar dan berontak di bagian puncak. Dengan pantas Peterpan juga tidak menmuatkan susunan orkestra yang berlebihan, sehingga keindahan lagu ini benar-benar terasa apa adanya.

“Di dunia ini tak ada yang abadi. Cinta, kehidupan, apapun…tak ada yang abadi,” ungkap Ariel, sebagai penulis lirik utama di band ini. Beliau juga tidak menyangkal bahwa lagu “Tak Ada Yang Abadi” ini mengungkapkan perasaan Peterpan saat ini, ketika mereka harus meninggalkan nama Peterpan dan bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.

Sambutlah sebuah album yang layak menjadi masterpiece bagi perkembangan industri muzik Indonesia. Sebuah album yang nilai koleksinya sangat tinggi dan tak ada tandingnya. Sebuah album terakhir dari Peterpan. Seperti kata Ariel tadi, di dunia ini memang tak ada yang abadi. Bahkan untuk band sehebat Peterpan sekalipun. Kita hanya boleh mengabadikan karya-karyanya di album istimewa ini, “Peterpan, Sebuah Nama Sebuah Cerita”.

Acha Septriasa – Mengapa Limkokwing Menjadi Pilihan

November 24, 2008 by  
Filed under Antarabangsa, Featured

.

Jika ditanya Acha Setpriasa (artis popular Indonesia) mengapa Limkokwing University, Cyberjaya menjadi pilihan dia untuk belajar, Acha hanya memberitahu hanya Limkokwing yang dirasakan sesuai untuk dia melanjutkan pelajara dalam bidang hiburan. Nantikan sambungan entri ini

Setelah sekian waktu sekedar menjadi gosip, penyanyi Acha Septriasa akhirnya mengaku telah menjalin hubungan dengan seorang pria asal Malaysia, tempat dirinya sempat menuntut ilmu. Meski mantan pacar Irwansyah ini tidak menyebut identitas tambatan hatinya itu.

Acha mengaku serius menjalin hubungannya saat ini, bahkan telah berjanji tidak akan bermain-main dengan kesepakatan yang sudah dijalin dengan sang pacar. Bahkan kedua orang tuanya pun sudah memberikan restu pada cowok asal negeri Jiran itu.

“Saya benar pacaran dengan orang Malaysia dan saya nggak main-main dan juga tidak plin-plan dan ini sudah pilihan saya,” tegasnya.

Acha sendiri yang ditemui usai tampil di Playlist di Studio Penta, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Jumat (5/6), mengaku telah berbicara dengan orang tuannya. Meski belum secara jauh membahas soal rencana pernikahan. “Orang tua sudah sepakat dengan pasangan saya,” tegas perempuan yang pernah dekat dengan Pasha Ungu itu.

Artis kelahiran Jakarta, 1 September 1989 itu, meninggalkan Indonesia untuk menempuh pendidikan di Malaysia. Hal ini kemudian memisahkannya dari Irwansyah hingga keduanya putus hubungan. Sempat muncul pemberitaan, Acha meninggalkan Irwansyah secara sepihak karena telah menemukan pacar baru di kampusnya saat itu. (kpl/gum/dar)

Akhirnya, Norman Hakim & Memey…mengikat tali pernikahan

November 14, 2008 by  
Filed under Gallery, Tempatan

Baguslah.. bila dah kena tangkap basah, patutnya memang dari aritu lagi kahwin’kan je terus. Tak payah banyak songeh. Hehehe.. Apapon tahniah buat Norman dan Memey yang telah mengikat tali pernikahan. Untuk Abby banyak-banyakkan bersabar yer..

Read More untuk melihat gambar.
Read more

Abby: Suruh Dia Pergi Cari Cemin Besar

November 6, 2008 by  
Filed under Panazzz, Tempatan


Masih lagi dalam masalah rumah tangga artis terkenal Malaysia, Abby Abadi dan Norman Hakim. Berikut adalah dua artikel mengenai kes terbaru mengenai mereka..

Ini rakaman Abby Abadi semasa di Siara Langsung Wanita Hari ini, 6 November 2008 lalu..

Read more

Kisah Benar Band Indie, Hujan

November 2, 2008 by  
Filed under Featured, Indie, Panazzz, Tempatan

Nak kata “OH! Artis” minat pada hujan, boleh jugalah dikatakan ye. Tapi jangan salah faham kerana apa yang diminati hanyalah lagu, bukan manusia-manusia yang menganggotai band Hujan tu sendiri especially vokalis dia yang langsung tak mencerminkan keperibadian yang baik. Dengar cara cakap dah boleh baca orang jenis apa kan?

Dan apa yang membuatkan “OH! Artis” kebih terkejut, dengan penyebaran banyak kisah benar mengenai band ini. So sama-sama ikuti perkembangan di bawah.

ini adalah kisah benar !

part 1
perbualan telefon antara noh ( vokalis hujan ) dan mr xx ( graphic designer )

noh : bila design baju tu mahu siap bro ?

mr xx : ikut dateline kan lagi sebulan,sabar la.

noh : aku nak baju tu siap lagi 2 minggu,aku dah ubah plan.aku nak design baju baru tu dalam masa 2 minggu,sebab aku nak jual baju tu untuk incoming gig yang akan dtng ni.

mr xx : haa ? mana boleh lagi 2 minngu,kan aritu kita dah deal design baju yang baru akan siap lagi sebulan..

noh : tu aku tahu,tapi masalahnya bende ni aku nak cepat.

Read more

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin