Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Abby: Suruh Dia Pergi Cari Cemin Besar

Hantar ke Twitter! | Bookmark

November 6, 2008 oleh  
Di dalam kategori Panazzz, Tempatan

Share


Masih lagi dalam masalah rumah tangga artis terkenal Malaysia, Abby Abadi dan Norman Hakim. Berikut adalah dua artikel mengenai kes terbaru mengenai mereka..

Ini rakaman Abby Abadi semasa di Siara Langsung Wanita Hari ini, 6 November 2008 lalu..


KUALA LUMPUR – “Pergilah cari cermin besar, cermin diri dan tengok siapa diri sendiri. Dia mampu ke kalau beristeri dua?”

Demikian sindir pelakon jelita, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 30, ketika ditanya mengenai hasrat suaminya, Norman Hakim yang tidak menolak untuk berpoligami.

“Suruh dia mengucap panjang dan ingat Tuhan,” nasihatnya dengan nada bersahaja.

Bagaimanapun menurut Abby, jika benar Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, mempunyai keinginan untuk berkahwin lain dalam masa terdekat ini, ia bukan satu masalah kepada dirinya.

“Dia boleh kahwin, saya tak kisah. Apa pun, dia perlu ‘lepaskan’ saya dahulu,” katanya lagi dengan tegas.

Semalam, akhbar menyiarkan kenyataan Norman yang memberitahu dia bersedia untuk berkahwin lagi jika itu ditakdirkan kepadanya.

Menurut Norman, dia tidak mampu menolak ketentuan dan bersedia bernikah dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat bersamanya baru-baru ini.

Mengenai kenyataan Norman semalam bahawa Abby dan Memey sama penting dalam hidupnya, Abby memberitahu, dia menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai siapa sebenarnya yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

“Umum boleh fikirkan tentang sikap sebenar Norman kalau dia boleh bercakap sedemikian kerana bayangkan selama tujuh tahun saya berkorban segala-galanya untuk dia, namun dengan sekelip mata dia boleh buat pengakuan Memey dan saya sama penting dalam hidup dia,” katanya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KUALA LUMPUR: Isteri Norman Hakim, Abby Abadi berang apabila suaminya dikatakan cuba mempertahankan kebaikan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, hingga menimbulkan suasana tegang di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini, tengah hari semalam.

Ketika sekumpulan wartawan menemubual Norman, 32, mengenai masalah rumah tangganya di situ, Abby tiba-tiba mencelah untuk mendapatkan kepastian daripada suaminya kenapa dia masih menyebelahi Memey.

Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, nekad bertanyakan soalan itu di depan wartawan kerana dakwanya sejak kes khalwat itu pada 30 Oktober lalu, Norman langsung tidak mahu berjumpa, malah panggilan telefon pun tidak dijawab.

Pelakon terkenal itu bergegas ke lokasi drama berunsur kepolisan berkenaan bersama sekumpul
julia elisha sofea (JES): sekumpulan wartawan media cetak dan elektronik selepas gagal membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang, semalam.

Dia tidak dapat berbuat demikian kerana dinasihatkan pihak mahkamah supaya mengemukakan beberapa dokumen yang didakwanya berada dalam simpanan Norman termasuk surat rujuk perceraian mereka pada Mei 2006.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang berada dalam jip hitam untuk menjalani penggambaran kelihatan tergamam melihat kedatangan Abby dan wartawan.

Dia yang ketika itu menyarung pakaian seragam polis berpangkat Inspektor kemudian menukar baju dengan memakai kemeja-T berwarna merah samar.

Wartawan dapat menyaksikan Abby yang menanti di tepi jip terus menghulurkan borang perceraian yang dibawa dari mahkamah.

Walaupun Norman kelihatan agak kebingungan, dia sudah mengetahui hasrat Abby yang minta ‘dilepaskan’ dengan cara baik.

Ini kerana Abby ada mengirimkan SMS kepada Norman mengenai hal itu sebelum bertolak ke mahkamah.

Norman yang seakan terkedu dan sebak dilihat berjalan ke satu sudut jauh dari wartawan sambil membawa borang perceraian ditunjukkan Abby. Beberapa minit kemudian Abby menyusul suaminya.

Pada waktu itu, wartawan memberi ruang kepada mereka untuk berbincang dan hampir 45 minit kemudian Norman kembali menemui wartawan dengan wajah muram yang berselindung di sebalik kaca mata hitam sambil Abby mengikutnya dari belakang.

Dengan linangan air mata, Norman berkata, dia boleh memberikan kerjasama terhadap tuntutan Abby, tetapi dia memerlukan kehadiran orang ketiga iaitu Memey.

Dalam keadaan sekarang, katanya, dia perlu menjaga hati ramai pihak, termasuk orang tua Memey selain Abby masih isterinya.

“Memey itu naif kerana dia masih baru dalam bidang ini (seni)…jadi saya perlu bantu dia. Saya juga tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dia ada emak bapa,” katanya.

Kenyataan Norman itu benar-benar mencetuskan kemarahan Abby lalu berkata: “Habis, saya siapa nak bantu. Kenapa abang asyik mempertahankan Memey. Jika bercerita pasal Memey abang bukan main lagi beritahu orang yang Memey tidak pandai itu dan ini.

“Jika abang mahu menjaga hati orang tua Memey, habis saya ini tak ada emak bapa. Saya ini masih isteri abang.

“Apa lebihnya dia daripada saya. Buruk sangat ke saya ini. Ceraikan saya sekarang juga,” katanya terkilan dengan sikap Norman.

Mengelakkan keadaan lebih buruk, beberapa wartawan wanita yang menjadi saksi kejadian itu cuba mententeramkannya.

Apatah lagi, penggambaran drama itu dilakukan di tepi jalan raya yang menjadi perhatian orang lalu-lalang.

Norman yang dalam keadaan sugul memandang wajah isterinya. Kelihatan seperti dia mahu memperkatakan sesuatu kepada Abby tetapi terhenti begitu saja. (nak lafaz cerai la tu)

“Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan,” kata Norman.

Wartawan cuba meredakan keadaan dengan meminta Abby bertenang.

Akhirnya Abby beredar menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan.

Selepas hampir dua jam tergendala, penggambaran drama itu terpaksa dihentikan walaupun menurut pengarahnya, Majid Salleh, ia sepatutnya berlanjutan sehingga ke malam.

Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam juga muncul di lokasi selepas dihubungi kru drama itu mengenai keadaan berkenaan.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

poraaaaaaaaaaaah norman

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter
vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Iklan




Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar) Norman, Abby mesra berbuka puasa bersama anak-anak
»  Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana Tunai Haji
»  Abby Abadi di Masukkan ke Hospital Kerana Terkanan Terlampau
»  Abby Abadi tolak jemputan perkahwinan Norman dan Memey
»  (Gambar) Imej Bertudung Abby Abadi
»  Abby Abadi Mohon Cerai dari Norman?
»  (Gambar) Sekitar pendaftaran sekolah anak Abby Abadi dan Norman
»  Abby Abadi Akui Putus Cinta Bersama Zul Ariffin
»  Akhirnya…Norman Mengalah..
»  Abby Fana Tidak Dibuang Dari MHI

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. [...] adv_gid = “khai_default”; adtype = “468×60″; UPDATE MENGENAI KISAH ABBY DAN NORMAN HAKIM * PANAZZ: Abby Cabar Norman Minta Diceraikan [...]

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin