Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Nanu nafi diboikot?

December 30, 2008 by  
Filed under Gossip, Tempatan

Aik? agaknya sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang Nanu Baharudin ni..Lama menghilang ke mana?
Untuk pengetahuan pembaca Oh!Artis ,Nanu sekarang ni telah berjinak-jinak menjadi pengarah drama.Buat masa ini Nanu telah mengarah 3 buah drama.Namun semua dramanya masih belum ditayangkan di tv.

Tapi ,apa yang mengejutkan Oh!Artis apabila kedengaran khabar berita bahawa Nanu digam atau dalam bahasa lainnya di boikot.Apa sebabnya dan macam mana boleh jadi macam tu.

Ada desas-desus mengatakan Nanu sudah tidak boleh menjejakkan kaki ke Media Prima lagi. Apabila ditanyakan soalan tersebut, Nanu bagaimanapun menganggap ia sebagai soalan yang berbaur gosip dan kontroversi.

“Saya tidak gemar menjawab soalan atau cerita yang agak tidak benar. Selepas saya habis penggambaran Kasut Tumit Tinggi, saya membuat sebuah drama untuk RTM, dan selepas itu saya berlakon drama bersiri untuk TV3 yang majlis pelancarannya akan diumumkan tidak lama lagi,” jelas bekas pengacara program Bersamamu di TV3 suatu ketika dahulu.

Nanu juga dikhabarkan bakal menaiki jinjang pelamin pada tahun depan. Sama seperti soalan sebelum ini, dia sekali lagi menepis telahan tersebut.

Sebaliknya dia menjawab: “Tak pernah pula saya mendengar cerita begini sebelum ni. Saya lebih selesa berbincang tentang kerja dari hal peribadi terutama sekali cerita-cerita yang tidak benar kerana saya rasa tidak penting untuk dibincangkan.”

ps: rasanya Oh!Artis dah biasa dengar komen selamat macam ni..

Gambar Zahida Rafik di London (Selepas Pembedahan)

December 29, 2008 by  
Filed under Gossip, Tempatan

It’s hard to be a celebrity especially in Malaysia. You have to be young, beautiful and charming in every single way. This is what happened to Zahida Rafik. Look at the picture above, she’s turned into a monster already because of the plastic surgery side effect.

Zahida Rafik is so obsessed with being beautiful until she did a plastic surgery. Look at what happened to her face after the plastic surgery. Once Zahida was a beautiful Malay lady, but now she’s nothing more than a plastic doll.

These pictures were taken in London, United Kingdom. We heard that Zahida Rafik went there with a sugar daddy.

Pssttt: Oh ada sugar daddy. Patut la nak mintak clash ngan aku.. Haish!!

Full Credit to: Beautiful Nara

Hajah Siti Nurhaliza di majlis pertunangan Noor Hawa

December 29, 2008 by  
Filed under Gallery, Panazzz, Tempatan

Isu tudung Siti masih menjadi tanda tanya. Kepada adik-adik yang menjadikan akak Siti idola, jangan tiru gaya Siti pakai tudung yer.. Salah tu adik-adik. Ok berikut adalah gambar Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid semasa menghadiri majlis pertunangan Noor Hawa bt Zainal Abidin.. Anak orang kuat Media Prima bukan?


Read more

Majlis Persandingan Mawi Ekin di FELDA Taib Andak

December 28, 2008 by  
Filed under Panazzz, Tempatan

Penyanyi Asmawi Ani dan isteri, Nora’Ashikin Rahmat hari ini telah menyelesaikan majlis resepsi kedua perkahwinan mereka di Padang Awam, Felda Taib Andak, di sini. Ini bermakna tinggal lagi satu resepsi perkahwinan yang perlu dilunaskan kedua mempelai pada 11 Januari depan di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan.

Sesuai dengan label ʽwedding of the yearʼ, pasangan pengantin baru, Mawi dan Ekin sekali lagi memecah tradisi apabila mereka menjadi pasangan artis pertama yang diarak dengan helikopter dari perkarangan hotel Sofitel Palm Garden di Senai ke Padang Awam di Felda Taib Andak, Kulai.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru manakala majlis persandingan bagi pihak pengantin perempuan dilakukan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru pada sebelah malamnya.

Bagi peminat Mawi yang tidak berpeluang menghadiri majlis tersebut, stesen televisyen berbayar Astro telah menyiarkan upacara tersebut secara langsung di saluran Astro Prima (105) mulai jam 3 petang tadi.

Sumber: mStar

Video

Aksi Cium Mulut pelakon Spa Q, Nik Zaris Nellydya

December 28, 2008 by  
Filed under Panazzz, Tempatan

Gambarnya yang sedang ‘bercium’ dengan seorang jejaka yang dikatakan teman lelakinya disebarkan di laman-laman gosip. Biarpun sekeping kad diletakkan di tengah-tengah mulut tetapi gambar itu menimbulkan polemik kerana usia pelakon berkenaan yang masih terlalu muda berada dalam keadaan seperti itu. Sinar Harian menghubungi Nelly sendiri untuk meminta penjelasan daripadanya.

“Itu sebenarnya cuma satu permainan yang dibuat sewaktu Hari Raya Haji tempoh hari. Mama buat ‘makan-makan’ jadi sepupu, saudara mara dan kawan-kawan dijemput hadir ke rumah. Kami kemudiannya bermain pas kad dari mulut ke mulut dengan disaksikan keluarga saya termasuk mama, kakak dan adik-adik. Mereka tiada masalah pun dengan perkara ini, malah saya ada gambar-gambar lain yang menunjukkan kehadiran mereka,” ujar Nelly yang kini berada di Jakarta. Mengikut perancangan, dia dan keluarga yang bercuti di sana akan bertolak pulang petang ini (semalam).

Kredit: Sinar Harian

Pstt: Dia baru berumur 14 tahun oiii… muda sangat lagi.. Ape punya family la bodoh main permainan macam tu.. Takde akai ka?

Gambar pernikahan Fatin dan Faris (bekas Noraniza Idris)

December 28, 2008 by  
Filed under Panazzz, Tempatan

Baru-baru ini berlangsung pernikahan antara bekas suami Noraniza Idris,Faris dan juga isteri pilihannya, Faris. Apapun, Noraniza Idris dikatakan tidak ada di majlis tersebut. Hurm, tak diundang atau memang taknak datang? Baguslah dah berkahwin lain, sekurangnya dah tua nanti ada orang nak jaga (since anak-anak semua sayang mak kan?)..

Tahniah dari Oh! Artis buat Faris dan Fatin. Moga terus berkekalan ke anak cucu..

Gambar: Fasyen Tudung Terbaru HAJAH Siti Nurhaliza

December 28, 2008 by  
Filed under Featured, Panazzz, Tempatan

Berikut adalah gambar terbaru HAJAH Datuk Siti Nurhaliza ketika bertandang dirumah kenalan rapat Dato K.. Hurm, entahlah Siti. Dari tudung dah jadi selendang, lepas ni jadi kain lap kaki je kot tudung kau tu..

Aizat-Liyana kawan saja

December 28, 2008 by  
Filed under Gossip, Tempatan

TIBA-TIBA anak muda yang semakin kurus dan mendapat perhatian ramai ini digosipkan dengan si manja, Liyana Jasmay. Aksi mereka mesra, namun masih tersekat dengan batas persahabatan yang tulus.

Kata Aizat, mereka hanya kawan biasa dan Liyana dalam nada nakal mengiyakan. “Saya ada gubah lagu untuk nyanyian Liyana. Jadi kami hanya berkawan baik. Itu saja,” tegas Aizat yang baru dicuit dengan gosip-gosip anak remaja.

Kini dalam perjuangannya dalam bidang seni, selain bergelar penyanyi, Aizat juga aktif mencipta lagu untuk artis-artis lain antaranya Nurul dan Jaclyn Victor selain Liyana Jasmay.

Dan untuk tahun hadapan, Aizat sudah bersedia untuk menemui peminat dengan album pakej semula yang akan memasukkan sebuah lagu bertajuk Kau Aku yang juga lagu tema untuk drama Merah Putih.

REZEKI
PERTAMA, saya mahu katakan bahawa rezeki itu di tangan Tuhan. Yang penting sekali kita mesti ada sifat jujur dalam melaksanakan kerja dan rezeki akan datang kepada kita.
Jika tidak, rezeki akan mahal terhadap kita. Tahun ini saya bersyukur kerana rezeki saya murah dan banyak perkara dapat saya lakukan.

2008
TAHUN yang terbaik dan menarik buat saya. Ia tahun perjuangan. Saya hilang berat badan. Tahun yang juga saya dapat dengarkan muzik saya dan keluar dengan album.

Banyak perkara yang terjadi pada tahun 2008. Dan yang penting sekali, keluarga saya sihat tahun ini.

ohartis_aizat-hanya-kau-yang-mampu

LIYANA JASMAY

GITAR
GITAR adalah isteri saya malah cinta sejati saya. Saya temui cinta dengan gitar dahulu sebelum cinta yang lain. Setakat ini saya sudah ada empat buah gitar.

Gitar pertama yang saya dapat adalah sewaktu saya darjah empat. Ayah belikan untuk ibu saya tetapi saya yang guna. Ibu sebenarnya yang mengajar saya dan abang bermain gitar. Saya lihat dan belajar sendiri. Lagu pertama yang saya mainkan adalah Last Kiss (Pearl Jam).

MELODI
SEBUAH melodi adalah benar-benar anugerah daripada Tuhan. Inspirasi yang diberikan oleh-Nya. Cuma kita perlu yakin dan kuat semangat untuk menghasilkan sesuatu yang bagus.

Melodi pertama yang saya ciptakan adalah semasa Pertandingan Puisi dan Lagu di sekolah bertajuk Anjakan Paradigma. Dan sebuah lagi lagu yang dimasukkan dalam album pertama saya yang berjudul Selamat Tinggal Akhirnya.

JUARA
SAYA harapkan persembahan saya dalam Muzik Muzik kelak akan menjadi satu persembahan yang tidak akan dilupakan oleh peminat dan penonton. Saya tidak menaruh harapan untuk bergelar juara, cukup sekadar diingati. Itu target saya untuk Muzik Muzik. Jika bergelar juara itu adalah satu bonus buat saya.

ANEROKSIA
SATU penyakit yang sukar untuk diubati dan tidak disengajakan. Ia seperti kanser. Seakan merebak melalui keturunan. Kita harus bijak mengawal diri sendiri.

Untuk kurus, cara yang paling efektif adalah berserta dengan kerja keras dan tiada jalan pintas. Harus konstan dan tekad. Saya setakat ini sudah hilang 40 kilogram hasil kerja keras saya.

Sumber:Kosmo

Fara bimbang terlalu terdedah

December 28, 2008 by  
Filed under Gossip, Tempatan

WANITA bernama Fara Fauzana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia 28 tahun, dia telah meraih sukses luar biasa. Dihitung dicongak, barangkali dia antara selebriti wanita termuda tanah air yang mempunyai ekonomi dan kewangan kukuh.
Namanya dikenali di seluruh negara. Sebut sahaja Fara Fauzana, anak sekecil usia lima tahun juga sudah mengenal siapa empunya diri. Dia disenangi, dipuja dan dijadikan lambang anak muda masa kini yang sarat filosofi.

Nyata ini adalah sebuah perjalanan hidup yang tidak pernah dimimpikan. Kata si petah ini, seharusnya jika mengikut kehendak asal, dia seharusnya menjadi seorang penari. Penari irama tradisional, bukannya seorang selebriti.

Panjang bicara kami petang itu. Bercampur aduk, antara soal hati, masa depan serta zaman silamnya. Itu yang terkeluar cerita cita-cita asalnya sebelum menjadi seorang deejay.
“Betul, saya memang suka menari. Dulu sempat masuk kelas tarian tradisional. Tiba-tiba lepas tamat belajar, jadi deejay pula,” kenangnya sambil ketawa mengekeh.

Namun tidak sekali pun dia menyesal. Sebaliknya kerjaya sebagai seorang deejay inilah yang telah membuat dia tumbuh besar dalam industri. Daripada hanya sebagai seorang krew di skuad Perodua Era beberapa tahun lalu, hari ini, Fara menjadi deejay terkenal negara.
Tidak cukup dengan jolokan deejay atau penyampai radio sehingga membawa dia menerima anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH 2007, Fara sinonim sebagai hos rancangan Melodi selain berdiri megah dengan drama bersirinya, Fara.

farah21

ENGGAN dilabelkan sebagai artis, Fara mahu dikenali sebagai deejay.
Dan kini pada tahun 2008, dia juga membina profil dengan portfolio yang cemerlang. Dia tanya saya: “Maliah kenapa nak fotografi dengan saya?” Saya jawab: “Kerana selepas disenaraikan, awak adalah selebriti paling sukses dan bertahan sepanjang tahun ini.
“Sebab itu, sebelum tirai 2008 dilabuhkan, kami mencari seorang artis yang punya profil kerjaya baik, bukan sekadar popular kerana gosip.”

Anak kedua daripada tiga beradik ini ketawa dan membalas dengan merendah diri, “Baiklah. Tapi ya, alhamdulillah rezeki saya memang masih murah sepanjang tahun ini. Syukur, semuanya juga berjalan lancar dan hampir semua yang saya rancang, tercapai.”
Pernyataan Fara memang benar. Tahun ini juga dia sekali lagi terlibat dalam sebuah filem – Jin Notti. Kemudian turut menjadi duta Nescafe dan ya, wajahnya boleh dilihat di mana-mana. Dia terdedah, sangat terdedah.

Namun celah peminat fotografi dan kereta ini, sebenarnya dia bimbang jika terlalu terdedah. Sehingga pada satu tahap, dia berasa tidak mahu keluar dari rumah kerana enggan membuat orang muak asyik melihat Fara Fauzana.
“Tapi saya tak boleh nak elak kerana ini adalah pekerjaan saya. Hanya jujur, saya takut juga terlebih terdedah. Misalnya, terlalu kerap keluar TV sebagai hos kerana bila saya meletakkan diri saya sebagai penonton, saya pun rasa saya akan bosan kalau balik-balik asyik muka yang sama sahaja,” ulasnya panjang lebar.

Berlakon secara tidak sengaja
Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia lemas dengan publisiti yang diraih lewat komitmen dan kredibilitinya. Hanya sesekali, katanya, dia harus menjadi seorang yang selektif.
Maka untuk mengelak dirinya daripada gagal melunaskan amanah yang diberi dengan baik, wanita yang dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor ini merancang setiap hal yang ingin dilakukan.

“Saya seorang perancang,” akuinya. Tambah penggemar setia Ziana Zain ini lagi: “Sebab itu setiap perkara yang saya inginkan dalam hidup, akan saya rancang beberapa bulan sebelum itu.
“Misalnya, agenda untuk tahun hadapan sudah saya susun sejak bulan Oktober lalu. Insya-Allah jika tiada aral, sehingga bulan Jun 2009, saya sudah tahu apa agenda yang harus saya beri keutamaan.”

Mendengar senarai agenda yang sudah diatur, Fara bisa diangkat masuk ke dalam status seorang selebriti. Sementelah dia juga pelakon. Hanya tinggal belum menjadi penyanyi.
Tapi pantas dia menepis untuk digelar selebriti. Kerana, katanya, dia masih mahu kekal dengan status seorang deejay. Dia selesa begitu, malah hampir setiap kali harus bekerjasama dengan rakan artis lain, dia akan berasa tidak yakin.

“Saya tak tahu, tapi memang perasaan saya tak menentu kalau berhadapan dengan artis. Sebab saya ini hanya seorang deejay dan saya adalah peminat mereka,” katanya yang turut menyatakan lakonan adalah dunia secara tidak sengaja buat dirinya.

Perlu lelaki yang boleh kawal dirinya
Melompat ke topik hati, Fara senyum. Ada dua jenis lelaki yang selalu hadir dalam dirinya. Pertama, lelaki seusia yang tidak berani menyatakan perasaan hati terhadap dirinya. Sementara yang kedua pula adalah lelaki berkerjaya yang selalu ingin merapatinya.

Dan hati telah terisi? Fara senyum, menjawab belum ada. Malah, katanya, kadang-kadang dia sendiri menanti lelaki-lelaki tersebut meluahkan rasa. Katanya lagi, takkan dia yang mahu membuka mulut melamar.

“Malah saya rasa, sejak saya jadi terkenal, banyak kawan lelaki melarikan diri. Saya tak tahu apa yang mereka takutkan. Kerana sebagai wanita biasa, saya hanya memerlukan seorang lelaki yang boleh kontrol dan faham saya. Itu sahaja,” luahnya serius.

Jadi deejay tiga tahun lagi
Saat ditanya berapa tahun lagi usia dia mahu duduk di posisi deejay, pantas dijawab dua atau tiga tahun lagi.

“Saya mahu berada di posisi Sealan Paul dalam jangka masa tiga tahun lagi,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini yakin.

Tambahnya dia mahu berada pada posisi mampu membentuk reformasi sendiri. Malah dia juga tidak segan silu melahirkan ideologinya tentang dunia penyiaran radio.

Selain mengakui seorang deejay harus bijak dan mengenal inti muzik serta mempunyai pengetahuan yang cukup meluas dalam segala aspek, seseorang deejay itu juga perlu mempertahankan informasi yang ingin diberikan kepada pendengar.

Misalnya, kata Fara, sesekali seorang deejay tidak perlu terlalu terikat atau akur dengan permintaan pendengar.

“Itu reformasi yang saya akan lakukan jika saya punya kuasa. Saya tak mahu selalu mengikut kehendak pendengar. Sebaliknya saya mahu mendidik mereka dengan apa yang akan kami perdengarkan,” katanya bersungguh-sungguh.

Fauzi-Lisda Juara Sehati Berdansa

December 28, 2008 by  
Filed under Panazzz, Tempatan

Sehati Berdansa melabuhkan tirainya semalam.Tentu korang dah tau siapa juaranyakan?Siapa lagi kalau bukan pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi.Lis & Fauzi berjaya menewaskan Amyza Adnan & Khairil Azhar dalam saingan yang begitu sengit iaitu menerusi 2 cabaran berupa Tarian Melayu kontemporari serta Latin.
Dengan kejayaan paling manis itu, Lis dan Fauzi berjaya menyumbangkan sejumlah RM15,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Rumah Nur Salam, di Chow Kit, Kuala Lumpur.Untuk diri mereka sendiri, pasangan suami isteri secocok itu memandu pulang sebuah kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn Bhd, barangan hamper dan trofi rebutan.

Koreografer mereka, Ray Redzuan Awang yang selama ini berhempas pulas membimbing mereka pula menerima pakej percutian ke Jepun untuk 2 orang, trofi serta produk tajaan lain.
“Syukurlah. Sebenarnya, pertama kali saya melangkahkan kaki ke Rumah Nur Salam, hati saya sebagai seorang ayah sudah berdetik bahawa saya dan Lis mesti berusaha sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang terbiar itu. Sebab itulah kami sanggup bekerja keras setiap minggu.

sehatiberdansalogo

Lis yang sungguh jelita bak Ratu Cantik Dunia, lengkap memakai tiara pula berkata, pertandingan itu berjaya merapatkan lagi hubungan dan kasih sayangnya terhadap Fauzi.

“Bagi Lis inilah rahsia Sehati Berdansa yang Lis boleh dedahkan kepada semua orang. Kita bukan sahaja puas dapat membantu badan kebajikan atau mereka yang begitu memerlukan tetapi juga mampu mengeratkan lagi kasih sayang terhadap pasangan kita,” katanya yang tidak putus-putus memeluk Fauzi.

Juri bagi peringkat final itu adalah Linda Jasmine, Hamzah Tahir dan Anthony Meh. Namun pada malam tadi, juri sekadar memberi komen dan keputusan adalah berdasarkan undian SMS 100 peratus daripada peminat. Pada awalnya, Amyza & Khairil dilihat mendahului carta undian tetapi kemudian barulah berpindah kedudukan kepada Lis & Fauzi.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin