Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Fara bimbang terlalu terdedah

Hantar ke Twitter! | Bookmark

December 28, 2008 oleh  
Di dalam kategori Gossip, Tempatan

Share

WANITA bernama Fara Fauzana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia 28 tahun, dia telah meraih sukses luar biasa. Dihitung dicongak, barangkali dia antara selebriti wanita termuda tanah air yang mempunyai ekonomi dan kewangan kukuh.
Namanya dikenali di seluruh negara. Sebut sahaja Fara Fauzana, anak sekecil usia lima tahun juga sudah mengenal siapa empunya diri. Dia disenangi, dipuja dan dijadikan lambang anak muda masa kini yang sarat filosofi.

Nyata ini adalah sebuah perjalanan hidup yang tidak pernah dimimpikan. Kata si petah ini, seharusnya jika mengikut kehendak asal, dia seharusnya menjadi seorang penari. Penari irama tradisional, bukannya seorang selebriti.

Panjang bicara kami petang itu. Bercampur aduk, antara soal hati, masa depan serta zaman silamnya. Itu yang terkeluar cerita cita-cita asalnya sebelum menjadi seorang deejay.
“Betul, saya memang suka menari. Dulu sempat masuk kelas tarian tradisional. Tiba-tiba lepas tamat belajar, jadi deejay pula,” kenangnya sambil ketawa mengekeh.

Namun tidak sekali pun dia menyesal. Sebaliknya kerjaya sebagai seorang deejay inilah yang telah membuat dia tumbuh besar dalam industri. Daripada hanya sebagai seorang krew di skuad Perodua Era beberapa tahun lalu, hari ini, Fara menjadi deejay terkenal negara.
Tidak cukup dengan jolokan deejay atau penyampai radio sehingga membawa dia menerima anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH 2007, Fara sinonim sebagai hos rancangan Melodi selain berdiri megah dengan drama bersirinya, Fara.

farah21

ENGGAN dilabelkan sebagai artis, Fara mahu dikenali sebagai deejay.
Dan kini pada tahun 2008, dia juga membina profil dengan portfolio yang cemerlang. Dia tanya saya: “Maliah kenapa nak fotografi dengan saya?” Saya jawab: “Kerana selepas disenaraikan, awak adalah selebriti paling sukses dan bertahan sepanjang tahun ini.
“Sebab itu, sebelum tirai 2008 dilabuhkan, kami mencari seorang artis yang punya profil kerjaya baik, bukan sekadar popular kerana gosip.”

Anak kedua daripada tiga beradik ini ketawa dan membalas dengan merendah diri, “Baiklah. Tapi ya, alhamdulillah rezeki saya memang masih murah sepanjang tahun ini. Syukur, semuanya juga berjalan lancar dan hampir semua yang saya rancang, tercapai.”
Pernyataan Fara memang benar. Tahun ini juga dia sekali lagi terlibat dalam sebuah filem – Jin Notti. Kemudian turut menjadi duta Nescafe dan ya, wajahnya boleh dilihat di mana-mana. Dia terdedah, sangat terdedah.

Namun celah peminat fotografi dan kereta ini, sebenarnya dia bimbang jika terlalu terdedah. Sehingga pada satu tahap, dia berasa tidak mahu keluar dari rumah kerana enggan membuat orang muak asyik melihat Fara Fauzana.
“Tapi saya tak boleh nak elak kerana ini adalah pekerjaan saya. Hanya jujur, saya takut juga terlebih terdedah. Misalnya, terlalu kerap keluar TV sebagai hos kerana bila saya meletakkan diri saya sebagai penonton, saya pun rasa saya akan bosan kalau balik-balik asyik muka yang sama sahaja,” ulasnya panjang lebar.

Berlakon secara tidak sengaja
Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia lemas dengan publisiti yang diraih lewat komitmen dan kredibilitinya. Hanya sesekali, katanya, dia harus menjadi seorang yang selektif.
Maka untuk mengelak dirinya daripada gagal melunaskan amanah yang diberi dengan baik, wanita yang dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor ini merancang setiap hal yang ingin dilakukan.

“Saya seorang perancang,” akuinya. Tambah penggemar setia Ziana Zain ini lagi: “Sebab itu setiap perkara yang saya inginkan dalam hidup, akan saya rancang beberapa bulan sebelum itu.
“Misalnya, agenda untuk tahun hadapan sudah saya susun sejak bulan Oktober lalu. Insya-Allah jika tiada aral, sehingga bulan Jun 2009, saya sudah tahu apa agenda yang harus saya beri keutamaan.”

Mendengar senarai agenda yang sudah diatur, Fara bisa diangkat masuk ke dalam status seorang selebriti. Sementelah dia juga pelakon. Hanya tinggal belum menjadi penyanyi.
Tapi pantas dia menepis untuk digelar selebriti. Kerana, katanya, dia masih mahu kekal dengan status seorang deejay. Dia selesa begitu, malah hampir setiap kali harus bekerjasama dengan rakan artis lain, dia akan berasa tidak yakin.

“Saya tak tahu, tapi memang perasaan saya tak menentu kalau berhadapan dengan artis. Sebab saya ini hanya seorang deejay dan saya adalah peminat mereka,” katanya yang turut menyatakan lakonan adalah dunia secara tidak sengaja buat dirinya.

Perlu lelaki yang boleh kawal dirinya
Melompat ke topik hati, Fara senyum. Ada dua jenis lelaki yang selalu hadir dalam dirinya. Pertama, lelaki seusia yang tidak berani menyatakan perasaan hati terhadap dirinya. Sementara yang kedua pula adalah lelaki berkerjaya yang selalu ingin merapatinya.

Dan hati telah terisi? Fara senyum, menjawab belum ada. Malah, katanya, kadang-kadang dia sendiri menanti lelaki-lelaki tersebut meluahkan rasa. Katanya lagi, takkan dia yang mahu membuka mulut melamar.

“Malah saya rasa, sejak saya jadi terkenal, banyak kawan lelaki melarikan diri. Saya tak tahu apa yang mereka takutkan. Kerana sebagai wanita biasa, saya hanya memerlukan seorang lelaki yang boleh kontrol dan faham saya. Itu sahaja,” luahnya serius.

Jadi deejay tiga tahun lagi
Saat ditanya berapa tahun lagi usia dia mahu duduk di posisi deejay, pantas dijawab dua atau tiga tahun lagi.

“Saya mahu berada di posisi Sealan Paul dalam jangka masa tiga tahun lagi,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini yakin.

Tambahnya dia mahu berada pada posisi mampu membentuk reformasi sendiri. Malah dia juga tidak segan silu melahirkan ideologinya tentang dunia penyiaran radio.

Selain mengakui seorang deejay harus bijak dan mengenal inti muzik serta mempunyai pengetahuan yang cukup meluas dalam segala aspek, seseorang deejay itu juga perlu mempertahankan informasi yang ingin diberikan kepada pendengar.

Misalnya, kata Fara, sesekali seorang deejay tidak perlu terlalu terikat atau akur dengan permintaan pendengar.

“Itu reformasi yang saya akan lakukan jika saya punya kuasa. Saya tak mahu selalu mengikut kehendak pendengar. Sebaliknya saya mahu mendidik mereka dengan apa yang akan kami perdengarkan,” katanya bersungguh-sungguh.

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar) Fara Fauzana dihadapan Masjid Nabawi, Madinah
»  Fara Fauzana bakal mengeluarkan rancangan realiti TV sendiri
»  Fara Fauzana dan Neelofa sebagai pengacara Nona yang baru
»  Farah Fauzana
»  Najib ditemubual di Hot FM
»  (Gambar) Didie Alias Pun Nak Jadi Lady Gaga
»  (Takziah) Yanie Mentor Meninggal Dunia
»  (Gambar) Fiza Elite dengan skirt pendek terlalu seksi
»  (Gambar) Penampilan Seksi Farah Fauzana
»  Ellie Suriati Tertekan Keguguran – Azri Iskandar

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin