Kaisara dah nak nikah?
Hantar ke Twitter! |Oh!Artis ingin membuat sedikit review tentang Sari Yanti ni.Korang mesti kenal punyalah..ala yang berlakon Kisah Kaisara tu.Dengar kata Sari Yanti nak kahwin.Dari sumber yang Oh!Artis dapat Sari Yanti dipercayai akan bernikah pada 16 Januari 2009.Elok sangatlah tu kaisara.Opps!Panggil kaisara pulak.Huhu..Oh!Artis bukan apa panggil kaisara tu ,sebab nama kaisara tu lebih mesra..Ingat pasal kaisara ni ingat iklan dia tu kat tv.Popular iklan dia tu.Hahaha..Iklan Kotex.
Sari dan pasangannya akan bernikah pada malam 16 Januari 2009 di kediaman keluarga Sari yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Manakala, pada keesokan harinya, iaitu 17 Januari di lokasi yang sama akan diadakan pula majlis persandingan mereka berdua.
Selepas itu, pada 24 Januari, sebuah majlis resepsi ringkas di sebelah pihak lelaki akan diadakan pula di perkarangan Masjid Besar, Subang Jaya.
Dia yang terlebih dahulu menghantar kad undangan perkahwinan kepada semua pihak media semalam, bakal menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Namun, dia menyembunyikan angka wang hantaran yang bakal diterima kerana menganggap perkara itu bersifat terlalu peribadi.
Disini Oh!Artis juga ingin membuat review sedikit tentang Sari Yanti ni..
Biodata Sari Yanti
Nama: Sari Yanti Mohamad Nazari
Tarikh Lahir: 9 November 1984
Adik-beradik: Tiga orang (anak kedua).
Tempat tinggal: Damansara.
Pendidikan: Diploma Pengajian Perniagaan, UNITEN.
Hobi: Tengok wayang dan bersantai bersama kawan-kawan.
Makanan kegemaran: Buah-buahan dan makanan berkaramel.
Minuman kegemaran: Air Limau.
Warna kegemaran: Warna-warna terang seperti merah, biru dan kuning.
Matlamat hidup: Ingin membuka perniagaan dari hasil usaha sendiri.
![]() | ![]() |































Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!