Beckham beli kediaman di Dubai
Hantar ke Twitter! |DAVID BECKHAM dilaporkan bakal membeli sebuah kondominium mewah bernilai 5 juta pound sterling (RM25 juta). Kondo tersebut merupakan salah satu unit dalam bangunan yang dikenali sebagai Burj Dubai bernilai RM70 bilion yang sedang dibina di Dubai setinggi 820 meter.

David dan isterinya, Victoria serta tiga anak lelakinya baru-baru ini berada di Dubai sempena lawatan pasukan kelab bola sepak AC Milan ke situ dan dia telah ditawarkan untuk membeli salah satu unit kondo di bangunan tersebut.
Satu sumber dalaman syarikat yang membina bangunan tersebut, Nakheel Group memberitahu akhbar Britain, Daily Star, “Saya fikir jika David Beckham membeli salah satu unit kondo di Burj Dubai, ia akan bersamaan dengan kesempurnaan. Ini kerana David Beckham dan Burj Dubai saling melengkapi. Burj Dubai ialah bangunan terbaik di dunia dan David pula pemain boleh sepak terbaik dunia.â€
Burj Dubai dijangka siap sepenuhnya menjelang September depan.
sumber:Kosmo Online
![]() | ![]() |






























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!