Ina Naim dan Suami ke Majlis Perkahwinan Mawi Ekin
Hantar ke Twitter! |January 15, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kali ini Ina tidak dapat nak lepaskan diri, mahu tidak mahu, mesti datang ke majlis yang gilang gemilang berkenaan. Kad undangan telah pun dapat, kalau tak pergi nanti bermasalah pula kan. Namun Ina yang pertama kali muncul di sejak persandingan Mawi dan Ekin di Johor bulan lalu. Ina Naim bukan tidak mahu datang dahulu, mungkin ada sebab pribadi yang tidak dapat dielakkan.
Nordiana Md Naim atau Ina Naim mencuri perhatian ramai apabila muncul di majlis resepsi bekas tunangnya, Asmawi Ani atau Mawi, 27 dengan Nor’Ashikin Rahmat atau Ekin, 29, yang berlangsung meriah dengan konsep Timur Tengah, di Palace of the Golden Horses, di sini, malam tadi. – mStar

Suhaimi pun datang juga dengan anak kesayangan mereka yang seorang ni. Sungguh comel. Mereka berdua mendoakan agar Mawi dan Ekin berkekalan hingga ke akhir hayat di akhir majlis tersebut.
Mengenai persandingan Mawi dan Ekin semalam pula, tidak dapat nak dikatakan, sungguh gilang gemilang bak anak raja yang berkahwin.
Berinspirasikan ala-ala Arab moden kini. Dan sekali gus menyerikan malam 1001 malam berkenaan. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah orang-orang kenamaan seperti Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Al-Haj dan isteri, Pengerusi Measat Broadcast Network Systems, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan isteri serta Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri.
Dimulakan dengan bacaan Doa yang penuh khusuk oleh al Ustaz Asri (Rabbani) dan seterusnya majlis merenjis pengantin dan makan beradab.
Artis-artis yang melibatkan diri dalam nyayian malam persandingan tersebut adalah Anita Sarawak, Yassin, Idayu, Heliza, Akma, Marsha, Amylea, Zahid, Riz dan Rabbani. – Izyan.com
![]() | ![]() |






























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!