Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Beego berhutang 70 Ribu untuk persandingan

Hantar ke Twitter! | Bookmark

March 22, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share


PERTEMUAN kami petang itu tidak disengajakan. Saya hampir-hampir tidak mengenali lelaki yang nampak kurus dalam seragam jingga. Lelaki itu sedang sibuk menjalani penggambaran drama Cuci Cuci Services.

Dengan ramah, pemilik nama sebenar Mohd. Aszerul Nizam Abdullah atau Beego itu menegur: “Tak sangka jumpa di sini.” Dia senyum. Senyumnya tawar seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan yang masih remuk.

Namun mengenali sosok lelaki kacukan Melayu-Jerman itu, dia jarang mengelak tanpa sebab. Bicaranya juga selalu telus. Seperti pada pertemuan tidak dijangka itu, dia memberitahu bahawa dirinya sudah bercerai. Sudah menjadi duda muda. Dia tersenyum pahit.

“Sudah tahu kan, saya bercerai pada 16 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dengan talak satu. Semua kes tuntutan kami juga sudah diselesaikan di luar mahkamah,” ringkas tetapi isi bicaranya cukup memberi penegasan kepada status dirinya kini.

Sepanjang tahun lalu, kisah rumah tangga pelakon yang mendadak popular menerusi drama bersiri Puteri itu hangat dibongkar. Semua hal kain dalam dia dan isteri, Intan Shahira Mohd. Shahru serta keluarga dilaporkan oleh media. Paling tragis, perkahwinan mereka berkecai selepas tiga bulan berbanding cinta yang dibina selama sembilan tahun.

Memalukan juga apabila perkahwinan mereka ditentang oleh kasta keluarga mertua kerana Beego dianggap tidak berpendidikan kerana hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bekas isterinya kemudian mendedahkan dia terpaksa berhutang lebih RM70,000 untuk majlis persandingan mereka selain mengambil suntikan mencegah hamil kerana enggan memiliki zuriat daripada Beego.

Sehingga begitu sekali tragis kisah peribadi pelakon berusia 29 tahun itu yang kemudian memaksa dia melupakan dunia lakonan buat seketika. Lapan bulan menyepi, Beego kini kembali dengan semangat baru. Semangat yang dikutip daripada serpihan hatinya yang sudah berkecai.

“Ini lakonan pertama saya selepas lama menyepi. Drama siri Cuci Cuci Services ialah produksi milik Hans Isaac, yang diarahkan Harun Salim Bachik. Rindu juga nak kembali berlakon,” katanya merujuk kepada drama lakonannya itu.

Sepanjang kami berbicara tentang masa silamnya, Beego sedaya upaya mengumpul kekuatan diri.

“Saya seperti mengebom diri sendiri apabila melafazkan cerai demi kebahagiaan kami berdua. Ini dugaan terbesar dalam hidup saya. Saya tak pernah bayangkan cinta pertama yang saya pupuk selama sembilan tahun, kemudian kami berkahwin dan saya sangkakan berpanjangan, tidak menjadi,” katanya pasrah.

Berkelana lapan bulan

Kesan daripada tragedi perkahwinan yang dilaluinya, Beego mengaku hatinya trauma. Selama lapan bulan dia mengurung diri, mencari dan cuba mencantum semula serpihan hatinya yang hancur.

Maka berkelana dia ke Thailand, Singapura, Johor Bahru dan sekejap-sekejap di Kuala Lumpur untuk menenangkan hati. Semua tawaran lakonan yang datang ditolak mentah-mentah kerana dia berasa tidak mampu memberi komitmen terhadap kerja. Dia seperti telah mati.

Tetapi akhirnya dia sedar, sampai bila dia mahu menyeksa diri. Dia juga mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Yang penting, wang tabungan juga habis digunakan sepanjang tempoh lapan bulan dia mengasingkan diri daripada dunia realiti.

“Itu antara sebab saya berlakon semula. Betul, saya tak mahu tipu. Semua wang tabungan saya habis digunakan sepanjang lapan bulan tidak bekerja. Dan saya juga fikir, sampai bila saya ingin ikutkan perasaan?

“Saya tahu, dugaan ini ada hikmah. Jadi saya harus bangkit. Ya, saya kecewa dan masih berasa sakit hati, tapi jika saya tidak menolong diri sendiri untuk bangkit, tiada orang yang mampu membantu saya,” luahnya.

+ Via Kosmo

Oh! Artis: Dari rasa meluat dengan dia, terus jadi sedih pula bila baca kisah dia ni. Hanya jauhari* yang kenal manikam.

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gempar) Beego dan Intan sah bercerai talak satu
»  (Gossip) Majlis Persandingan Adlin Aman Ramli Berkonsepkan Casino Royale
»  (Gambar) Persandingan Kayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina
»  (Gambar) Majlis Persandingan Pihak Lelaki, Adlin dan Emelda
»  Forum
»  (Gambar) Majlis Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila
»  (Gambar) Perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia
»  (Panas) Artis Pandai Hutang Tak Pandai Bayar
»  Ina Naim dan Suami ke Majlis Perkahwinan Mawi Ekin
»  (Gossip) Serina Chef Wan Bakal Nikah Jejaka London?

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin