Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Gambar) Awie Doakan Kebahagiaan Arni Dan Berbangga Kerana..??

Hantar ke Twitter! | Bookmark

March 27, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Patah tumbuh hilang berganti, begitulah juga dengan kisah artis-artis popular tanah air kita. Hilang yang lama, sudah pasti ada pelapis yang baru.

Begitu jugalah Awie dan bekas isterinya Arni. Jika Awie sudah lama bertemu penggantinya, baru-baru ini Arni pula mewar-warkan yang dia bakal bertemu jodoh dengan kawan lamanya sendiri. Dan ketika bertemu Awie di lokasi penggambaran filem Dimensi Cinta, baru-baru ini, Oh! Artis sempat bertanya reaksinya.

Alhamdulillah dia telah bertemu jodoh baru. Dia tak bagi tahu pun pada saya yang dia nak berkahwin dengan kawan lamanya. Mungkin jodohnya dah sampai.

Apa pun saya cuma minta satu perkara. Bila sampai giliran dia ambil anak-anak, tumpukanlah perhatian kepada anak-anak walaupun cuma untuk dua hari (Sabtu dan Ahad) bersama. Saya tak naklah ada sebarang konflik kemudian hari sebab anak-anak sedang membesar. Jangan sampai ke telinga saya apa yang tak patut didengari, komen Awie jujur.

Bila ditanya tentang kehidupannya kini, Awie terus mengatakan yang dia amat bersyukur. Dia semakin bahagia kini dan keserasian semakin baik serta kukuh antara dirinya dengan isteri, Rozana Misbun.

Isteri saya dah semakin memahami saya dan sebagai seorang ibu, dia tak pernah nak bandingkan antara anak tiri dan anak kandung sendiri. Anak-anak saya yang dulu pun rapat dengan mummy mereka tu. Saya suka tengok anak-anak saya membesar di depan mata saya.

Anak sulung saya, Puteri Aleeya Antasha dah berumur sembilan tahun manakala Puteri Alifa Antasha dah berumur tujuh tahun. Putera saya pula, Putera Ahmad Merah dah berumur dua tahun dan yang bongsu Putera Ahmad Rezzki dah berumur tujuh bulan memang sentiasa berada dalam kawalan saya.

Saya tengok ada antara anak saya ni suka menyanyi. Merah pun dah pandai Kung-Fu dengan saya dan yang paling menonjol sekali anak kedua tu, dia dah pandai dan boleh menghafal lirik lagu saya. Bagi saya, inilah pengorbanan isteri saya yang tak terbalas dan tak mampu saya nak bayar. Dan kerana itulah, kalau saya cuti, saya pastikan waktu itu 24 jam saya bersama mereka, kata Awie sambil memuji isterinya.

Menurut Awie, dia tidak menghalang jika satu hari nanti anak-anaknya ingin menceburi bidang hiburan. Baginya itu terpulang kepada rezeki namun apa yang diutamakannya sekarang ialah pendidikan mereka.

P/s..Aku kompius jap..awie bangga dan ber’TQ ngan bini coz anak-anak dia suka nyanyi, hafal lirik ngan berkungfu..Kalau bangga coz ngajar ngaji, berzikir ke hafal quran ke leh la bangga ngan ucap makaseh bagai..Papehal pn..Tepuk dada tanya’lah selera.

Artikel oleh: Mrx Lonely

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter
vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Iklan




Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar) Pra Perkahwinan Arni Nazira dan Hazrie
»  (Gambar) Majlis Cukur Jambul Anak Arni Nazira
»  Wajah Arni tidak ubah seperti anak dara sunti semasa bersanding
»  (Gambar) Imaj baru Awie the PEKIDA Man
»  Awie buat Laporan Polis terhadap Pekida
»  Awie Wings Hampir Dibelasah
»  “Saya yakin, wujud manusia yang bertopengkan syaitan” – Awie
»  (Gambar) Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bergelar Suami Isteri
»  Gambar perkahwinan Malique Too Phat & Melissa di Bali
»  Konsert Raja Dan Ratu Rock – Awie & Ella

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin