(Gambar) Majlis cukur jambul anak Nora Danish
Hantar ke Twitter! |March 24, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Cuba kita ingat balik pertama kali Nora Danish keluar TV. Ya, iklan Maxis yang cute gila tu sebab Nora pakai maskot arnab kalau tak silap.. Sekarang dah ada anak pun dia yer? Hurm, Majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anak aktres Nora Danish, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram bermula pada pukul 10 pagi tadi di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 39 dan keluarganya.

Nora secara rasminya bersedia perkenalkan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram kepada khalayak. Nora akui memang dia merancang untuk perkenalkan Rayqal kepada orang ramai di majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini pagi tadi. Nora dan Rizal yang disahkan bercerai pada 12 Ogos 2008 selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai diucapkan suami pelakon sitkom komedi Puteri, Nora Danish pada Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua ketika Nora sedang mengandung empat bulan.






Jelas Nora, setelah bercerai, kehidupannya lebih bermakna dengan adanya cahaya mata malah hubungannya dengan bekas suami dan mertua tidak pernah putus.
Oh! Artis: Hurmm… anak dia ikut muka siapa ni.. konpius sungguh..
![]() | ![]() |





































Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!