Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

(HANGAT) Salih Yaacob Nikah Lagi Dengan Anak Tan Sri.

Hantar ke Twitter! | Bookmark

March 9, 2009 oleh  
Di dalam kategori Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Tak sangka ya dalam diam-diam pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 48, nak “pasang” satu lagi. Ada khabar angin mengesahkan Salih akan berkahwin dalam waktu terdekat ini dengan seorang gadis berusia 29 tahun.
Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Oh! Artis, majlis kahwin tersebut akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

“Kalau tak ada aral melintang dia orang akan kahwin pada 13 Mac ni. Majlis akan dibuat di sebuah hotel terkemuka. Pergilah intai,” kata sumber tu.

Kalau Salih dan wanita itu sah jadi suami isteri, ini bermakna Salih mempunyai empat orang isteri. Dahsyat..

Kali terakhir dia kahwin pada tahun 2007 dengan Norfarawahida Sulaiman di Alor Setar Kedah.
Hebat betul Salih Yaacob ni. Mampu “pasang” empat nampaknya. Ada sesetengah orang tu sampai nak pencen pun tak merasa peluk bini.Baguslah kalau Salih mampu berkahwin. Lagipun ramai perempuan sekarang suka lelaki yang berusia dan berpengalaman.

Asalkan dia pandai jaga rumah tangga, isteri-isteri tak tarik rambut dan baling pinggan mangkuk sudahlah.

Oh! Artis sempat juga mengorek rahsia. Gadis tersebut dikatakan anak tunggal kepada ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Si gadis juga seorang usahawan dan mempunyai rangkaian restoran di beberapa negeri.

Kata sumber itu lagi, perkenalan Salih dengan si gadis bermula ketika Salih mengendalikan siaran pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid di radio Sinar FM.Kerana terlalu minat celoteh Salih, dia terus menghubungi stesen radio itu untuk berborak. Tak sangka pula sempat bertukar-tukar telefon dan terus jumpa seperti artis dan peminat.Masa jumpa itulah Salih meluahkan hasrat nak kahwin dengan gadis tersebut. Begitulah ceritanya.

Dalam masa yang sama sumber tersebut turut memberitahu, isteri-isteri Salih yang lain merestui perkahwinan berkenaan.

Tahniahlah Abang Salih. Hasil perkahwinan selama ini, dia dah ada 11 orang anak tidak termasuk kandungan isteri ketiganya yang kini berusia 4 bulan. Lepas ni kira 12 oranglah.

Pssst : Perrgh..nak masuk 4 bini….power la…ilmu apa dia pakai ni……..gali lobang tutup lobang ker.. :)

UPDATE:
Thanks to Belacan Wangi sebab update kitorang yg berita SY nikah ni palsu semata2. Rupanya anak dia yang bertunang. Hahaha.

Kami di Oh! Artis memohon maaf di atas kesilapan info yang tersebar dalam dunia hiburan internet baru-baru ini. Kalian boleh usya blog SY di link berikut [blog SY]

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar)Anak Salleh Yaacob dan Tunangnya
»  (Gambar) Majlis Pernikahan ke-4, Salih Yaakob
»  (Gambar) Pernikahan Yassin Senario dan Farrah
»  (Gambar) Pernikahan Aein kembarnya Ekin Mawi
»  Selamat Pengantin Baru Azad Jasmin dan Eira Syazira
»  (Tahniah) Nor Aliah Lee menamatkan zaman jandanya
»  Norish Karman Larikan Diri Kerana Hamil Luar Nikah?
»  (Gambar) Perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia
»  (Gosip) Ayu OIAM lahirkan anak sulong? Dah kahwin ke?
»  Kris Dayanti Mengandung 4 bulan sedangkan berkahwin baru 1 bulan

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin