Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hujan diterima baik rakyat Indonesia & Indie Pertama Duta Myvi

Hantar ke Twitter! | Bookmark

March 12, 2009 oleh  
Di dalam kategori Indie, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Minggu lepas, Oh! Artis ada menghubungi Azham Ahmad, iaitu drummer untuk kumpulan Hujan. Hajatnya just nak jadikan hujan sebagai cover-homepage untuk Oh! Artis ni. Dan pada masa tu la si Azham ni cakap sekarang tak boleh sebab diorang ngah siap-siap nak ke Indonesia. Melihat status YM si Azham berbunyi lebih kurang “tak sabar nak berambus”, ingatkan diorang just nak bercuti panjang ke apa. Rupanya ada banyak show dan program yang dirancang di Indonesia.

Petikan dari gua.com.my

Kepada peminat Hujan seadanya, berita terbaru dari seberang amat mengalakkan. Jelajah Indonesia pertama kugiran Hujan kita di bandaraya Jakarta dan Bandung dengar khabar begitu meriah dan disambut dengan hangat sekali oleh muda-mudi indie di sana. Setelah seminggu jelajah berlangsung, pengurusan yang cermat dan efisyen sekali oleh Raingers, yang diketuai anggota asal Hujan sendiri, Hang Dimas, telah serba sedikit menjayakan ‘tour’ sulung mereka ke negera jiran. InsyaAllah, mudah-mudahan Hujan dapat terus rock untuk baki lawatan mereka itu dan mengharumkan nama muzik negara. Kongsi Noh melalui kiriman SMS: “Alhamdulillah! Hujan tak perlu risau sepertimana yang kami risau sebelum ini, rupanya memang ada pengikut dan peminat sini. Fans Hujan di sini memang ramah dan ‘friendly’ belaka, layanan media pun baik dan terbuka saja.Penganjur dan kru Indonesia pun profesional…”

“Memang packed lah aktiviti kami kat sini. Photo shoot dan interbiu semua berjalan lancar, seronok pulak rasanya melebarkan sayap di tempat baru. Sekarang tengah look forward nak layan sejuk di Bandung pulak. Untuk Raingers semua di Malaysia yang tak dapat sama, kita jumpa tak lama lagi!” kirim Noh lagi.Hujan akan pulang ke tanahair pada 19 Mac ini untuk menggegarkan pentas utama Sunburst Festival 2009 di Bukit Kiara dua hari selepas itu.

Oh! Artis pada awal pembukaannya, telah menerima sambutan yang sangat hangat di mana kami ada mengeluarkan satu artikel mengenai kumpulan Hujan. Ramai anti-hujan yang datang ke sini memberi komen dan akhirnya mengundang campur tangan Noh Hujan sendiri untuk menjelaskan keadaan sebenar. [entri tersebut]

- artikel by khai

Update: Hujan Indie Band Pertama jadi Duta (Myvi)

Ha, belum lagi kahwin, rezeki semakin melimpah-limpah bagi kugiran Hujan dan penyanyinya Noh, yang barangkali semakin sesuai digelar “Mawi versi indie”.

Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.

Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.

Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.

Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar) Kekasih Baru Scha Alyahya, Fauzi Baadila?
»  (Panas) Noh Hujan ahli Freemason?
»  (Gambar) Konsert Tour Search di Temple Bar, Dublin
»  Video Lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya kian tersebar
»  Artis Baru Malaysia Popular di Brunei
»  (Panas) Lagi gambar Noh Hujan dengan T-shirt Freemason
»  Hei Malingsia!!! Kami bukan Bangsa serumpun Kamu!
»  (Gambar) Majlis Perkahwinan Noh Hujan Dan Mizz Nina
»  (APM) Kaka Slank – Bomber Kiss My Ass
»  (Gambar) Noh Hujan dan Kekasih Hati

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin