Noraniza Idris Dah Tak Percayakan Lelaki.
Hantar ke Twitter! |March 6, 2009 oleh mrx_lonely
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
“Kak Ani sudah tidak percayakan lelaki. Menyakitkan hati saja. Bagi Kak Ani, percintaan membuatkan seseorang leka dengan suasana itu.â€
Begitulah pendirian Kak Ani atau nama penuhnya Noraniza Idris ketika ditanyakan tentang kehidupan percintaannya kini. Dari riak wajahnya, jelas selepas melalui dua perkahwinan, wanita yang bakal menyambut harijadinya yang ke-41 ini, sudah letih mencari cinta sejati.

Walaupun tidak dinafikan adakalanya merasa sunyi, namun Kak Ani tabah mengharunginya. Di kelilingi keluarga tersayang, dia mengakui gembira dengan kehidupan solonya. Kebanyakkan masanya difokuskan pada kerja.Semua kerja kerasnya untuk menjamin masa depan dirinya dan keluarga.Masa yang terlapang diluangkan bersama keluarga, melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak, bershoping dan berjalan-jalan.
“Hal peribadi seperti cinta, kahwin ditolak ke tepi. Kak Ani tak nak fikir lagi semua ni. Kak Ani pun takde masa untuk mencari boyfriend. Wanita hari ini bukan seperti zaman dahulu, perlu mencar isuami untuk menanggung hidup. Sekarang ini, walau dapat suami pun,jangan dilepaskan kerjaya dan impian anda,†nasihatnya.
Ekoran dari publisiti meluas yang diterima, dari perpisahannya dengan suami pertama, kemudian perkahwinan kedua dan perceraian senyapnya,diakui ibu kepada dua anak lelaki yang masing-masing sudah berusia 20 dan 16 tahun ini, adanya persepsi serong terhadapnya. Malah ia turut datang dari penaja dan rakan usahasama.
“Masyarakat suka bercakap, suka menilai. Tapi saya tahu bagaimana untuk menepis tanggapan itu agar ia tidak mengganggu kerja saya. Ada(penaja, rakan usahasama) yang terus-terang bertanya (tentang kontroversinya) dan bagi saya jika mereka lebih terbuka, ia bermakna mereka menghormati kita. Ada yang menyembunyikannya, menunjukkan mereka was-was dengan motif kita.â€
![]() | ![]() |






























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!