Tweet!

Email: hoi@ohartis.com Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon





















Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here at Oh! Artis. We swear!

Sepah Juara Raja Lawak 3. Amir terus memperbodohkan diri.

Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 10,086 views | Hantar ke Twitter! |

March 8, 2009 oleh Gadis Lonely?  
Di dalam kategori Menarik, Panazzz, Raja Lawak, Selebriti, TV, Tempatan

Share

Sorakan dan tepukan daripada penonton Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi telah membuktikan yang kumpulan Sepah memang layak bergelar juara. Kemenangan Sepah sekaligus menepati ramalan ramai pihak termasuklah pihak juri lebih-lebih lagi apabila undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berpihak kepada tiga jejaka berasal dari Johor iaitu Shahmira Muhamad atau Shuib, 24; Mohd. Nadzri Zainal atau Jep, 23, dan Mohd. Noor Murad atau Mamat, 23.

Sepah yang mengutip undian sebanyak 48.12 peratus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta jenama Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.Menurut pelakon dan pengarah teater, Fauziah Nawi selaku pengkritik tetap program ini, dia memang nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh Sepah pada malam ini seolah-olah bersetuju dengan kemenangan kumpulan yang pernah digelarnya sebagai ‘muka pecah pintu’ itu.

“Saya juga menyukai persembahan Sepah yang konsisten pada setiap minggu. Namun, saya memang tidak sangka dengan persembahan mereka pada malam ini. “Mereka juga menunjukkan lawak yang semulajadi,” ulasnya yang turut meminta maaf kepada kumpulan tersebut termasuk keluarga dan peminat mereka secara langsung di dalam program itu.

Menjawab tentang persoalan mengapa dia terdetik untuk meminta maaf secara terbuka kepada Sepah dan yang lain, wanita yang gemar membahasakan dirinya sebagai ‘Ibu’ itu berkata dia berbuat demikian demi memuaskan hati semua pihak yang mungkin terasa dengan kata-katanya itu. “Minggu lepas saya telah minta maaf kepada Sepah kerana menggelarkan kumpulan ini sebagai ‘muka pecah pintu’. “Tetapi saya tahu hati mereka baik. Mungkin sebab saya kerap ulang gelarkan mereka, jadi saya rasa memang patut untuk saya meminta maaf buat minggu terakhir ini,” jelas Fauziah di majlis sidang media tersebut. Dalam pada itu, peserta wanita pertama yang layak ke peringkat akhir, Nuur Jihan Musa atau Jihan, 25, dinobatkan sebagai naib juara selepas berjaya meraih undi sebanyak 30.82 peratus. Dengan kemenangan itu, Jihan turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro menjadi miliknya.

Sementara Mohd. Amirullah Azmi atau Amir yang dianggap sebagai peserta yang tidak layak memasuki peringkat akhir ini mendapat tempat ketiga dengan undian 21.07 peratus. Amir tetap mendapat hadiah berupa wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro. Selain Fauziah Nawi, mereka yang turut memberikan kritikan pedas dan membina adalah Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau selaku pengkritik tetap manakala Adlin Aman Ramli sebagai pengkritik jemputan. Selain peserta lain dalam Raja Lawak 3, juara Raja Lawak 2, Nabil turut membuat persembahan sebelum hos program, Johan dan Zizan Raja Lawak 1 mengumumkan keputusan pemenang.Pelawak dan pelakon veteran seperti Datuk Yahya Sulong, Param dan Hamid Gurkha juga merupakan antara mereka yang hadir menyaksikan program itu. Turut serta adalah Along dan Azrul Cham yang turut ditugaskan membuat lintas langsung upacara karpet merah yang pertama kali diadakan dalam program tersebut, Radhi Khalid, Datuk Aziz Sattar, Mazin, Imuda, Sathiya dan Salih Yaacob.

Via: mstar

Share

Subscribe Oh! Artis Share this post at Twitter

Artikel Berkemungkinan

»  Amir Gagap ke Final Raja Lawak. Apa orang Malaysia dah buta seni?
»  (Panas) Azwan Ali “serang” Nabil
»  (Panas) Pergaduhan abang Diana Amir dan Pondan di Facebook
»  (Raja Lawak) Yus tolak tawaran program TV sebab malu?
»  (Gambar) Diana Amir yang mantap
»  (Gambar) Kekasih Baru Diana Amir
»  Nabil Raja Lawak Bercinta Dengan Irma
»  (OIAM) Simon Terkeluar, Tomok Survive dalam Top 5
»  (Gambar) Johan dan Ozlyn Kini Suami Isteri
»  (Gambar) Alahai Diana Amir (Impian Sunsilk)

Special Campaign! Get Involve Now!





Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look any ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear for God sake!!

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

30 Comments on "Sepah Juara Raja Lawak 3. Amir terus memperbodohkan diri."

  1. mystvern on Sun, 8th Mar 2009 12:24 am 

    erk,first komen ke?aku setuju sepah juara tp aku mmang x puas ati amir msuk final,confirm org ganu ngan kelate je yg pakat undi dia.bodo tul amir tu,buta seni tul sape yg undi dia!

    anarm Reply:

    aku org kelate.. tp sumpah aku x undi die.. huhu

  2. zulfiz on Sun, 8th Mar 2009 1:17 am 

    hek ele…aku x kisah saper menang pun..yang penting astro dah kenyang..hehe…aku dan kamu semua juga yang miskin..

    j_hafiz Reply:

    aah astro jgk yg kaye. 2 hakikat yg xleh tolak.

    hydir Reply:

    hah…aku tengok jer
    tak penah ngundi pon

    err..pasal pa makin ramai guna gravatar gambar pompuan…
    adakah nak test market? ..huahahaha

  3. izan on Sun, 8th Mar 2009 2:27 am 

    aku x kisah sangat le…janji yang juara tu memang best…amir..? aku kesian ler…lawak budak2 umur 5 tahun la..but still lawak kan…apa2pun ko no 3 pelawak di malaysia…im sorry

  4. fukada on Sun, 8th Mar 2009 2:56 am 

    huhu..xbley blah r amir ni..sepah gak de best..huhu

  5. suhz on Sun, 8th Mar 2009 9:59 am 

    Amir lawak mcm syok sendri je.. Im Sorry!!

  6. anarm on Sun, 8th Mar 2009 10:44 am 

    1 malaysia kutuk ko amir.. lenkali improve diri tu, belajar cara-cara buat lawak.. jgn sekadar buat lawak yg org kelate je paham.. aku pon org kelate tp sumpah aku tak paham lawak ko.. bukan tak paham.. maksud aku, lawak bodo, lawak yg dah ditelan zaman.. lawak allahyarham p.ramlee lg best walaupun lawak die tu dah lama, tp still rasa mcm fresh lg..

  7. alana on Sun, 8th Mar 2009 12:02 pm 

    aku gembira siottt si sepah menang!!!
    psst: suara nazri and shuib bessttttttttt!!!

    j_hafiz Reply:

    RAMLI SARIP WANNA BE kan? xmustahil esok2 leh wat konsert ngn bapak rock tu. xcaye kite tggu same2..kan2 khai kan?

  8. VITESSE on Sun, 8th Mar 2009 3:04 pm 

    congr bt jihn, wanita first yg layak msuk ke final rja lawak musim ni..

  9. mrGUEST on Sun, 8th Mar 2009 5:24 pm 

    amir kan beruk makyehhh..
    opss..
    im sorryyyyyy..

    p/s : amir yg ngaku dia beruk makyeh, aku ulas balik je,kekekkekek

    Gadis Lonely? Reply:

    HAHAHAHHA!!!!

    j_hafiz Reply:

    xbaek taw ckp kt amir gtu.. dia ckp pon ms tu tgh blakon..alahai

  10. mrGUEST on Sun, 8th Mar 2009 10:16 pm 

    merasa jihan nonggeng blade tuh bawak pi s.alammm..
    aku folloooooow…

    hahahahaa..

  11. j_hafiz on Sun, 8th Mar 2009 11:49 pm 

    xcaye gak amir leh g final. myb sbb penilaian ssorg bbeza. bg sy xla lawak sgt amir tu. xpela,rezki msg2 kan? Allah da ttpkan rezkinya cmtu,jgn la ade yg dengki plk..

    Gadis Lonely? Reply:

    Ianya lebih kepada konspirasi Astro sendiri… renung2kan dan selamat beramal.. :bloody:

  12. mrGUEST on Mon, 9th Mar 2009 8:46 pm 

    nak beramal apa cik gadis?
    beramal lawak amir?
    wahkahkahkakah..
    im sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!

    p/s: patutnya man belon pon boleh masuk final. :bloody:

  13. nona on Tue, 10th Mar 2009 11:53 pm 

    gerek seh.. sepah juara!! tp kan lg bagus yg masuk final ni

    man belon ngan amir..

    bio depa dua ni berentap kat final. lawak sape paling bengong.
    hahhaa

  14. zoi on Wed, 11th Mar 2009 11:08 am 

    Kesian amir lawok dio tak gelihati , gelok jugo lah pasa tak lawok.

  15. yad on Wed, 11th Mar 2009 4:02 pm 

    xbest…. apala…. duit deh abih…. :-|

  16. jai on Wed, 11th Mar 2009 6:45 pm 

    amir memang bangang..lawak paling bodoh sekalai..sape gelak tengok lawak dia pun bodoh sekalai..terutama pengkritik fauziah nawi yang suka kat dia tu..bangang!!

  17. nyzm on Fri, 13th Mar 2009 3:05 pm 

    haha apela korg ni. tak bole nak salahkan amir jgak masuk final. dia tu dah la tak lawak, pastu lagi ramai plak org undi sebab sepatutnya dia mmg dari dulu mmg kena out

  18. xxx on Fri, 13th Mar 2009 10:50 pm 

    Im soriiii..waklu!!! :p

  19. siti on Thu, 23rd Apr 2009 4:59 pm 

    ha mmg betul amir xdak bakat langsung jdi pelawak, ni tidak ade ke wat lawak ade pandang skrip wei lawak spontan pun xde, mcm bodoh je.. Tp apepun janji bukan amir yg menang, sepah yg menang aku sgt gembira..hahaha..

  20. zarra ixora on Fri, 21st Aug 2009 3:37 am 

    hahaha..
    wpon lewat..
    aku…x undi pon……
    tp……..
    aku suke giler sepah..
    especially jep..
    LOVE U SO MUCH….. :love:

  21. sham on Mon, 1st Feb 2010 10:05 am 

    sepah umno. aku tak suka.amir pas aku suka

  22. sepah punye fan on Thu, 8th Apr 2010 1:23 am 

    sepah the bezzz!!

  23. mel on Wed, 12th May 2010 3:50 pm 

    yah2 sepah besh

Beritahu kami apa yang anda fikirkan.. jeng jeng jeng! Tapi AWAS!!
Sebarang komen yang tidak manis, tanpa kompromi akan dipadam.





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:



Respon mungkin ditapis dahulu. Jadi tak perlu submit dua kali ya. Jika terdapat apa-apa error selepas anda submit sebarang komen, sila refresh page tersebut. Jangan klik back kerana tanpa refresh, komen anda masih belum diterima kami. Dan ingat, Oh! Artis tidak mengamalkan chatting di bahagian komen. Sebarang respon yang tidak berkaitan artikel akan dipadam sama sekali. Kami mengamalkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Auto sistem kami akan menapis respon jika:
- Komen mengandungi bahasa kesat atau mencarut.
- Komen mengandungi Link Promosi web/Affiliate
- Nickname pelik seperti "gambar panas, klik sini"
- Email yang tidak wujud seperti aaa@aaa.com

* Komen anda di bawah tanggungjawab anda sendiri [disclaimer]

Blog Widget by LinkWithin