(Gambar) Bila Nur Lydia Ibtisam bertudung (Impian Ilyana)
April 30, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Siapa tidak kenal gadis ini. Pernah membintangi drama Impian Ilyana suatu ketika dahulu. Kemudian muncul sebagai pembantu tambahan dalam sitkom Dunia Anita. Tentu ramai yang tertanya-tanya, mana satu Lydia Ibtisam dalam gambr di bawah. Hurm, bagus lah kalau ada rasa mahu bertudung.

Oh! Patut ramai artis tak suka bertudung. Apa yang silapnya di situ, Lydia memakan tudung ala-ala orang gaji warga Indonesia di Malaysia. Itu yang membuatkan wajahnya sebiji macam mak cik jual goreng pisang depan rumah saya. Hehehe!!
Oh Lydia, suruh member sebelah tu ajarkan cara pakai tudung yang lebih molek dipandang mata. Tapi baguslah dari terdedah rambut sana sini. Takut nanti terbelit rambut tu dileher sendiri. Siapa yang susah? diri sendiri juga.
(Gambar) Anak Erra Fazira dan Engku Imran
Sejak Erra Fazira melahirkan anak, rasanya belum satu pun lagi media yang menayangkan wajah sebenar cahaya mata mereka. Yang ada di internet hanya tipu semata-mata. Gambar Erra mendokong bayi sebenarnya adalah bukan gambar anaknya tapi adalah gambar baby seorang peminat Erra di hospital.
Katanya pasangan bahagia ni semamangnya tidak mahu wajah anak mereka ditayangkan media. Tapi Oh! Artis menerima satu email yang mengatakan gambar di bawah adalah wajah anak sulung pasangan Erra dan Engku Imran. Kebenarannya wallahualam. Mungkin ada seorang doktor di hospital yang mengambil wajah anak comel ini dan meletakkan di internet.

Pssttt: Sebijik macam muka ayah dia ek? Hehehe…
+ Artikel by Khai
(Panas!) Bila Fesyen Berkemban Menjadi Trend
April 29, 2009 by mrx_lonely
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Tajuk entri kali ini mungkin ada benar’nya kerana pada masa kini dapat kita lihat ramai gadis yang menjadikan fesyen ‘berkemban’ itu sebagai trend. Tidak terkecuali juga golongan artis. Mereka ini tidak segan silu menjadikan berkemban itu sebagai pakaian harian mereka. Kalau dahulu, berkemban ini lebih sinonim dengan pakaian ketika mandi sahaja.
Dan artis yang dimaksudkan adalah Ana Alisha dan Puteri Sarah Liyana. Pakaian mereka seperti ingin pergi mandi tetapi seperti tidak kena tempat pula apabila berada di disko (mungkin). Agak’nya mereka panas kot. Hehehe.
Berikut adalah gambar Ana dan Sarah yang sedang ‘bergembira’ bersama teman mereka. Opss, menurut sumber Ana Alisha ini merupakan buah hati terbaru Danny X Factor. Apa-apapun, tepuk dada tanya’lah selera.



P/s.. Ya, mungkin akan ada yang mengatakan mereka bukan berkemban, tetapi memakai ‘tube’. Tetapi ada ala-ala @ iras-iras berkemban juga kan.
Artikel oleh Mrx Lonely
(Panas!) Adik Fasha Sandha Yang Meletup! Mantap woo.
April 29, 2009 by mrx_lonely
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Fuhh. Tergamam dan ‘terpegun’ seketika apabila melihat gambar adik si Fasha ni. Memang melentik habis ‘body’. Bumper punya’lah mantap dan yang ‘lebih’ sikit adalah kilo kalau nak dibandingkan dengan Fasha.
Tapi itu tidak menghalang dia untuk berposing ala-ala lentok kerana kalau akak boleh buat, adik’nya pun boleh juga bah.. hehehe. Dan tidak mustahil jika satu hari nanti adik’nya pula bakal menghangatkan industri tanah air dengan bermacam-macam perangai atau menyambung ‘tradisi’ Fasha selepas ini.
Berikut adalah beberapa foto adik Fasha Sandha, Fasyina Sandha. Layankan aje.






P/s.. Harap adik Fasha ni tak buat perangai macam kakak la ye. Tapi kalau tengok pada gambar ni. Isk. Tak terkata la. :bloody:
Artikel oleh Mrx Lonely
Siapakah Paul Moss sebelum dikenali rakyat Malaysia?
Agak terkujat kami di Oh! Artis baru-baru ini bila menerima satu Tweet dari Paul Moss yang mengucapkan terima kasih kerana mempromosi Ghost Season 2 yang sedang hangat ditayangkan di 8TV setiap hari Ahad jam 10:30 Malam. Bagus! Makin ramai selebriti negara ini dah mula bermain Twitter. Twitter membuatkan artis lebih dekat dengan peminat. Perdana Menteri kita pun ada akaun Twitter ape? [http://twitter.com/NajibRazak]
Oh! frankly speaking siapa yang masih tidak mempunyai akaun Twitter, boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ya, terimalah kenyataan wahai pembaca Oh! Artis yang disayangi. Go go!! get Twitter!! :8
Berbalik kepada Paul Moss, siapa yang tidak kenal General Manager Media Prima yang semua pun tahu, mulutnya laser mengalahkan Diva Boleh Blah No 1 Negara, Azwan Ali. Cuma Paul Moss punya laser ni nampak ok sikit sebab dia speaking. Kalau dalam melayu, menangis Azwan Ali dengar! Kahkahkah!

Paul Moss di Twitter [http://twitter.com/paullmf]
Paul Moss sebelum lebih dikenali sebagai pengkritik tetap di Malaysia Idol dan One in a Million, siapa sangka (buat yang baru tahu) dia sebenarnya adalah gitarist sebuah band dari New Zealand yang dikenali sebagai Aishah and The Fan Club.

Kedatangannya di negara ini dilihat banyak memberi impak kepada artis-artis ber’genre’kan muzik english seperti Too Phat dan Nice Stupid Playground. Sebelum adanya Paul Moss, muzik english di negara ini dilihat bergerak dengan begitu hambar sekali. Sangat hambar malah artis melayu yang mengeluarkan album lagu english boleh dikira dengan jari kaki.
Tidak kurang ramai yang meragui akan kredibiliti Paul Moss menjadi juri dalam pertandingan-pertandingan besar seperti One in a Million. Pada kami, kalau dia bukan calang-calang orang, takkan dia boleh jadi juri masa Asian Idol yang berlangsung Indonesia tahun lepas?
Paul Moss is responsible for artist signing, artistic direction, recording, production and content development at Positive Tone. Paul Moss is also a multi-award-winning music producer, songwriter and arranger. He has produced several gold and platinum releases and Anugerah Industri Malaysia (AIM) winners from OAG, Innuendo and Juliet the Orange. He has also worked with other recording artists such as Too Phat, Ella and Nice Stupid Playground. – Wikipedia.
Apapun kata orang, sebenarnya kehadiran Paul Moss dalam industri muzik belakang tabir negara ini amat dirasai bagi yang tahu menghargai. Seribu tahniah buat Paul Moss! Apa pendangan korang tentang abang Paul Moss kita?
Kalau dah ada akaun Twitter tu, ayuh follow Oh! Artis di www.twitter.com/ohtweet. Dapatkan plugin “twitterFox” untuk Firefox untuk merasai kehangatan Twitter dengan lebih persona.
- Artikel by Khai.
(Gempar) Jehan Miskin Insaf?
Apa?Jehan Miskin Insaf..Huhu..jangan terkejut kerana semua itu hanya satu babak di dalam drama terbaru di TV3 , Suria Kasandra.Maafkan saya wahai para pembaca..kerana membuat highlight yang bikin panaz jer ni kan.
Suria Kasandra adalah merupakan tajuk drama baru di slot samarinda TV3.Drama ini akan ditayangkan di tv3 dalam masa yang terdekat.
Suria Kasandra tinggal bersama ibunya, Jamilah setelah kematiannya bapanya, Rejab. Setelah kematian suaminya, Jamilah menguruskan perniagaan, Suria Holding Sdn Bhd yang mempunyai kepentingan dan pelaburan besar dalam bidang pelancongan dan perhotelan. Suria masih lagi menuntut di institut pengajian tinggi ketika itu sering merasa kasihan melihat ibunya bertungkus lumut menguruskan syarikat.

Suatu hari, Suria dan ibunya pergi ke Pulau Pangkor untuk melawat pusara dan keluarga arwah Rejab. Ketika di sana, Suria mengalami kecedaraan kecil dan sewaktu itu dia bertemu dengan Jehan yang bekerja sebagai nelayan. Sejak dari peristiwa tersebut, Suria sering bertemu dengan Jehan secara sembunyi kerana bimbang hubungan mereka dihidu oleh Jamilah yang memandang rendah kepada Jehan kerana statusnya sebagai anak nelayan. Namun, perhubungan mereka diketahui oleh Jamilah dan dia membuat tindakan untuk menjodohkan Suria dengan orang kepercayaannya, Saiful.

Memberontak dengan pilihan Jamilah, Suria mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Jamilah yang bimbang akan kehilangan anaknya itu terpaksa memberikan persetujuan namun dia tetap berhasrat untuk memisahkan mereka. Pelbagai konflik yang dialami sehingga Suria terpaksa berhati-hati dengan setiap langkahnya. Suatu hari, Saiful datang bersama Malik ke rumah Suria dan memintanya pulang ke rumah atas alasan ibunya sedang sakit. Pergaduhan telah tercetus dan mengakibatkan Malik terbunuh. Suria yang ketika itu sedang mengandung terpaksa menerima hakikat yang perih terpaksa berpisah dengan suaminya yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.

Dapatkah Suria mengharungi kehidupannya yang baru sahaja bermula sebagai seorang isteri dan bakal ibu tanpa suami tersayang di sisi? Bagaimana pula nasib Jehan di penjara? Mungkinkah kebahagiaan yang dicari dapat dikecapi oleh pasangan ini akhirnya? Saksikan drama hebat Suria Kasandra di TV3 setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.


P/s:So kepada hantu drama-drama Melayu,jom layan drama ni k..
-Artikel by Joeyq-
(Panas!) Intan Ladyana, Kevin Zahri sah putus cinta!
April 27, 2009 by mrx_lonely
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Pernah suatu ketika dahulu heboh apabila dikatakan Intan Ladyana dan Kevin Zahri mengadakan ‘hubungan terlarang’ kerana tersebar’nya video klip lucah yang mirip wajah Intan yang sedang ‘beraksi’, namun akhir’nya cerita itu lenyap tanpa kesan.

Dan yang terbaru, mereka kini disahkan tidak lagi bercinta dan hubungan mereka sudah berakhir. Dikatakan berpunca dari sikap Kevin yang ‘cemburu melampau’. Namun tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar berakhir’nya hubungan mereka kerana masing-masing ‘mengunci mulut’ dan tidak selesa apabila ditanya soalan berkaitan hal ini.
Apa-apapun, Oh! Artis harapkan agar masing-masing tidak berdendam dan sama-samalah memajukan industri tanah air ini. Buang yang keruh ambil yang jernih.
P/s.. Dengar cerita Intan Ladyana kini sudah punyai pengganti Kevin. Rakan artis katanya.. Semoga bahagia’lah ye. Kevin apa cerita?
Artikel oleh Mrx Lonely
(Gossip) Zamani Slam Dah Kahwin?.
April 27, 2009 by mrx_lonely
Filed under Al-Kisah, Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Ini adalah desas desus yang hangat diperkatakan di laman-laman web hiburan yang lain. Berita ini tidak dapat dipastikan lagi namun Oh! Artis mengambil kesempatan yang ada untuk menyiarkan entri ini.

Zamani yang merupakan bekas vokalis band tersohor suatu ketika dahulu, Slam dikatakann telah berkahwin senyap-senyap dengan seorang gadis pilihan hati’nya.
Jika benar berita ini, Oh! Artis mengucapkan tahniah kepada Zamani kerana telah mendirikn rumah tangga dengan orang tercinta dan menamatkan zaman bujang’nya. Tetapi jika berita ini tidak benar, anggap’lah ini sekadar gosip untuk mengisi masa lapang ketika membaca di Oh! Artis.
P/s.. Elok’lah tuh Zamani kahwin, lagipun dah lama sangat membujang. Takkan nak tunggu ‘cinta lama’ lagi kot? :bloody:
Artikel oleh Mrx Lonely
(Gambar) Aaron Aziz dan Isteri. Cun gak seyh.
April 27, 2009 by mrx_lonely
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kerap kali kita tengok lakonan Aaron Aziz di kaca TV sekarang ini. Aaron yang berasal dari Singapura mengorak langkah untuk mencipta nama di Malaysia dan dengan usaha berani’nya itu, nama’nya sekarang menjadi bualan di bibir pencinta drama TV dan tidak ketinggalan filem tanah air.
Aaron yang merupakan pelakon dan juga model telah banyak membintangi drama dan filem antara’nya KL Drift 1 dan 2, Bohsia, Pisau Cukur, Dia Datang, Cinta Gila, Emil Emilda dan banyak lagi.
Dan bagi yang kurang mengenali latar belakang diri’nya, dia mempunyai seorang isteri yang setia menemani tidak kira ketika susah mahupun senang.
Berikut adalah gambar Aaron Aziz bersama isteri tercinta, Diyana.


Rosyam Nor juga pernah berkata, “Kalau ada pelakon yang layak menggantikan saya, orang itu adalah Aaron Aziz. Dia mempunyai karisma dan berbakat besar dalam bidang lakonanâ€.
Maka tidak hairan’lah banyak filem sekarang ini menampilkan Aaron Aziz dan tidak mustahil suatu hari nanti Aaron akan menjadi hero melayu sebaris dengan Rosyam Nor.
P/s.. Lawa isteri dia. Ngeee
Kredit foto: Mangga Online
Artikel oleh Mrx Lonely
Jangan Tegur-Huh Meremang Bulu Tengkuk Seyh..
Jangan Tegur. Satu lagi judul filem genre seram yang sedang dimainkan di seluruh panggung wayang di Malaysia tak kiralah konsortium GSC ker,TGV ker, Big Cinemas ker ataupun Cineplex. Penulis Oh! Artis berkesempatan menonton Jangan Tegur selepas berhempas pulas menjawab soalan final. Kira release tension la nih…

Pada mulanya penulis, ingatkan filem Jangan Tegur ini merupakan filem Seram yang sterotaip. Namun selepas menontonnya,penulis merasakan filem seram ini merupakan filem seram yang terbaik ( dalam kategori filem seram Malaysia).Namun begitu, filem Jangan Tegur ini merupakan hasil buah tangan pengarah muda, Pierre Andre ini bolehlah diberikan pujian. Penataan cahaya yang baik dan tidak kelam.Selalunya, filem seram mempunyai masalah dari segi penataan cahaya sehingga hantu dan orang pun kita tidak nampak.
Filem ini mengisahkan Natasha( lakonan Julie Zigler aka pujaan hatiku) yang koma setelah mengalami kemalangan jalanraya akibat mengelak satu bayangan perempuan. Di dalam koma itu, Natasha selalu bermimpi tentang Baizura,gadis yang baru kehilangan neneknya. Agak seramlah penulis katakan, dimana scene mayat yang baring bangun dan duduk dan scene dimana kain untuk menutup wajah mayat nenek si Baizura ini terbuka selepas ditutup oleh Baizura..

Kamal( lakonan Pierre Andre ) yang merupakan suami kepada watak Natasha di dalam cerita ini pada mulanya kelihatan pelik dengan perubahan sikap Natasha selepas tersedar dari koma.Natasha mengalami pelbagai peristiwa aneh sehingga memaksa beliau menyiasat siapakah sebenarnya si Baizura ini. Apakah yang berlaku seterusnya? Jawapan nya ada pada anda..Jom pergi tengok..
Namun begitu watak sesetengah pelakon,tidak dimainkan secara meluas.Contohnya watak Almy Nadia sebagai adik kepada Natasha dikatakan nampak tidak memberi kesan..



P/s: David Teo takder komisen ker, wa buat review pasal u punya filem? Takpun kasi sikit hadiah untuk pembaca setia Oh! Artis ker? Aishh..jangan lupa saksikan Syurga Cinta lakonan Heliza (pujangga hatiku) 21 Mei ini ok…hehe…
-Artikel oleh Joeyq-

















