Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Nabil Raja Lawak Nyaris Maut Kemalangan

Hantar ke Twitter! | Bookmark

April 16, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Alahai.. Malangnya kau Nabil. Baru beberapa hari bergelar juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan gembira berpeluk sakan dengan Irma, dah kemalangan pula. Nasib bukan kemalangan dengan kereta baru yang dimenangi pada ABPBH2008 yang lalu. Nabil dikatakan tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.

Berikut adalah petikan lengkap dari Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 15 April – Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

Nabil, 26, yang baru memenangi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008 Ahad lalu, tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nabil juga bernasib baik kerana tidak dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian sebaik sahaja dia melepasi Plaza Tol Bukit Jelutong.

“Ketika itu saya sedang menuju ke Studio ntv7 di Glenmarie untuk menjalani rakaman program Harta Mania yang bakal ditayangkan di TV9 pada 1 Jun ini.

“Selekoh selepas plaza tol tersebut licin dan berminyak sehingga membuatkan saya tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas.

“Saya kemudian menghubungi Irma Hasmie yang terus membawa saya ke Hospital Darul Ehsan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nabil, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah selepas menjalani pemeriksaan sinar-X.

”Saya dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah. Ini merupakan kemalangan kedua saya tahun ini.

”Tiga minggu lalu, kereta yang saya pandu terlibat dalam kemalangan di Kerinchi Link,” katanya.

Ditanya mengenai rakaman Harta Mania, Nabil berkata, dia sepatutnya menghabiskan baki rakaman terakhir iaitu tujuh episod program itu semalam dan hari ini.

“Tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga saya benar-benar sihat,” jelasnya.

Oh! Artis harap Nabil lebih berhati-hati la ye. Bekas Mat Rempit pun kalau dia nak jatuh, dia jatuh juga. Lagi-lagi sekarang ni musim hujan.

yerk yerk je gambar ni motor Nabil. Tak tahu la betul ke tidak. Tapi pelik. Dah ada kereta, takkan time hujan lebat macam tu belasah naik motor lagi bang bil? Mesti takde lesen kereta ni ye? Hehehe

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter
vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Iklan




Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (ABPBH2008) Gambar Sekitar Majlis ABPBH2008 dan Post-Party.
»  (Panas) Nabil Raja Lawak Kantoi Cium Kekasih Hati?
»  Nabil Raja Lawak Bercinta Dengan Irma
»  Rumah Nabil Raja Lawak Pula Dirompak
»  Nabil VS Zizan
»  Isteri Nabil Raja Lawak, Zira – Hamil 5 Minggu
»  (Video) Perkahwinan Nabil dan Zira dari LH Media
»  (Panas) Nabil dan Farah Alya Bersosial
»  Nabil dan Nazirah akan berkahwin 30 September ini
»  (Semasa) Kemalangan maut melibatkan penerbit Jangan Tegur.

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin