(Panas) Fasha Sandha Bertunang dan terkangkang
May 31, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kita mulakan dengan gambar Fasha Sandha terkangkang dan kemudian kita cerita mengenai kisah pertunangan. Mengapa Fasha Sandha terkangkang, tidak pula kami ketahui. Yang pastinya bila melihat wajah jejaka di depan Fasha Sandha, pasti itu adalah satu babak dari filem yang akan menemui seluruh rakyat Malaysia tidak lama lagi. Err, jangan tenung lama-lama, ada yang berdarah mata nanti. Hehehe.

Mengenai kisah cincin Fasha Sandha pula, segalanya masih jadi rahsia ketika ini. Baguslah jika Fasha dah nak bertunang. Lepas tu kahwin. Maka terpadamlah sketsa dan title wanita perampas suami orang yang sekian lama terletak di atas bahu Fasha Sandha sendiri. Jangan ada udang disebalik Mee Maggi sudah’lah! Read more
(Gambar) Buah dada dua singgit dua singgit dua singgit – Putera Shazlan
May 31, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Pulak! Apa gaya pulak yang adik Shafimie Saedon cuba buat ni? Mana boleh jual dua singgit. Hehe. Hebat sangat ke buah dada Rozita Che Wan tu? Adik Shafimie Saedon lebih dikenali sebagai Shazlan penangan dari cerita kanak-kanak di Astro Ceria, Hikayat Putera Shazlan. Jangan kata budak-budak, Mak I pun rajin nengok cerita tu. Kuang ajar punya Mak Tiri (Abby Abadi la tu)..
Hehe. Mungkin adik Shafimie sekadar mahu berposing ala-ala gaya Mat Sentul. Tapi sudut kamera membuatkan seakan-akan adik Shafimie menunjuk sesuatu di bahagian buah dada Rozita Che Wan which is semua pun tahu, itu adalah salah satu sumber mengapa Rozita Che Wan semakin laris (saham beb)..

Gambar ini adalah semasa pihak produksi mempromosi’kan filem komedi terbaru, Aman. Lakonan Rozita Che Wan, Eman Manan, adik Shafimie Saedon, Azlee Jaafar dan ramai lagi. Menarik neh!
p/s: Uiks!! Karam tenggelam Singh Walia pun ada?
Gambar dari laman Roti Kaya dot Com
(Panas) Telemovie Akhil Hayy, Apa kata Waheeda?
May 31, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kasihat pula kami melihat nasib Waheeda, yang dikatakan berperangai sama beruk seperti Fasha Sandha dan Memey. Beruk yang dimaksudkan, beruk yang suka meruntuhkan rumah tangga orang. Artikel kami yang bertajuk “(Panas) Saya Sedia Menjadi Madu – Maizawati (Isteri Akhil Hayy)” sememangnya mendapat perhatian ramai pembaca di Oh! Artis.
Boleh dikatakan, tiada satu pun respon pembaca yang berpihak kepada Waheeda. Semuanya lebih berpihak kepada Maizawati selaku Isteri Akhil Hayy yang sah. Sebenarnya, tanpa kita sedari, rakyat Malaysia umum’nya agak fobia dengan kes-kes seperti ini. Maklumlah, kes Norman dan Abby masih suam-suam kuku dan kita muncul lagi cerita artis yang berkemungkinan akan berakhir dengan penceraian (minta dijauhkan).

Gambar ehsan Kosmo
Waheeda boleh dikatakan lebih banyak berdiam dari bercerita. Read more
(Gambar) Darling Ngasri selamat diijabkabul
May 30, 2009 by mrx_lonely
Filed under Darling, Gambar Artis, Gossip, Kahwin, Selebriti, Tempatan
Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun.
Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari esok (31 Mei).

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.
Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan esok di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dengan bertemakan ‘garden wedding’, manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan.
+via Utusan
(Panas) Cinta Laura Kiehl kiss siapa tu?
May 29, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Indonesia, Panazzz, Selebriti
Sebuah sinetron baru menggantikan JELITA. UPIK ABU DAN LAURA (103 Episod). Siapa yang tak nengok dia memang takkan tahu betapa kelakar guling-guling’nya cerita lawak bodoh dari Indonesia ni. Tapi pelakon dia comel kan? Cinta Laura. Hurm, hari tu kecoh yang Cinta Laura ni sebenarnya orang Malaysia.
Dan gambar yang tersebar ni cerita apa pulak la yang si Laura ni berlakon.
(Panas) Adik Camelia semasa berhibur di Bali
May 27, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Lagi gambar adik-adik selebriti kita. Ini gambar adik kepada Camelia seorang selebriti yang pernah terlacon antara 50 wanita tercantik di’dunia suatu ketika dulu. Sebelum ini juga pernah tersebar gambarnya bercium dengan seorang lelaki suatu ketika dulu namun isu itu boleh kami katakan sudah basi.
Sebelum ini, Oh! Artis ada memaparkan gambar adik Elyana dan adik Eira Syazira. Hurm, anda nilaikan sendiri.
(Gambar) Majlis Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila
May 27, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Oh! Artis pernah mengeluarkan artikel dan gambar semasa Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di’ijabkabulkan baru-baru ini. Berikut pula adalah gambar-gambar ketika majlis persandingan pasangan merpati dua sejoli ini.
Tapi kami pun tak faham mana dia tema perkahwinan ala Casino Royal yang di’war-war’kan sebelum ini oleh Adlin sendiri.
Maaf kualiti gambar tidak berapa cantik tetapi masih mampu memberi gambaran kemeriahan majlis persandingan Adlin dan Emilda.
(Gambar) Bila Eizlan Yusof ‘Show Off’ Zaara
May 26, 2009 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Eh eh! Anak sapa yang comel sangat ni? Hehehe. Nama diberi Zaara. Itulah anak kepada pasangan bahagia Eizlan Yusof dan isteri. Ala, pasangan yang berlakun dalam iklan produk hidung tersumbat tu. Hehehe. Selamat Hari Jadi, Zaara comel! Lagi gambar menyusul. Read more
(Gambar) Bibik pun Bibik’lah!! – Rossa
May 26, 2009 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Indonesia, Selebriti
Siapa yang tidak kenal Rossa, penyanyi Indonesia yang sememangnya laris di negara ini. Ramai yang akan menangis mendengarkan alunak suara dari Rossa seperti lagu Ayat-Ayat Cinta, Aku bukan Untuk Mu dan banyak lagi. Tapi dengar cerita Rossa nak ubah karier menjadi bibik pula. Aik, biar betik?!!




Hehe, acah je sebenarnya gambar-gambar di atas hanya ditangkap ketika Rossa tidak mengenakan sebarang makeup di mukanya. Nak dijadikan cerita, wajah Rossa tidak jauh berbeza dengan wajah-wajah kebanyakkan bibik di Malaysia.
Lihatlah, bertapa kuatnya kuasa make-up pada manusia. Jalanraya tu pun kalau dimakeup’kan, mahu selicin kulit Siti Nurhaliza. Eh, licin ke kulit Tok Ti kita tu?
P/s: Rossa Rossa, jadi Bibik I please…. Anyway, sumpah Rossa aku tak percaya sampai sekarang yang gambar ni adalah gambar ko!! No No sayang!! Eh, isteri orang tu.. huhu!!
- Artikel oleh Khai
Nota buku lali: Seperti yang telah dijelaskan banyak kali, Khai dan Gadis Lonely adalah berbeza. Gadis Lonely adalah insan yang mengemudi Oh! Artis ni dengan susah payahnya setiap hari. Jadi tolong berikan penghargaan kepada beliau. Oh! Tidak tu ye ditulis oleh Khai dengan nama samaran, Gadis Lonely coz before Gadis Lonely ni yang jaga Oh! Tidak tu sehingga dia meng’offer’kan diri nak jaga Oh! Artis pula.
Untuk rujukan, ini gambar Rossa dengan Make-up. Hehehe..

(Panas) Saya Sedia Menjadi Madu – Maizawati (Isteri Akhil Hayy)
May 25, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Akhirnya kantoi! Perhubungan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda yang digembar-gemburkan media selama ini semakin lama semakin jelas bila Harian Metro hari ini mendedahkan mengenai pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal. Kata Maizawati, suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan Akhil Hayy juga pernah memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Waheeda!! Berikut kami paparkan keratan dari akhbar Harian Metro hari ini (25 May 2009). Read more






















