Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(AF7) Hafiz Juara Akademi Fantasia Musim Ke-7

Hantar ke Twitter! | Bookmark

May 17, 2009 oleh  
Di dalam kategori Akademi Fantasia, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV

Share

Berakhirnya sebuah lakonan terancang dari Astro dan krew Akademi Fantasia. Tahniah buat para pelajar yang sampai ke final dan paling tahniah buat Hafiz kerana menjadi juara Akademi Fantasia Musim ke-7 sekaligus memecah tradisi pelajar wanita yang menang sebanyak dua musim berturut-turut.

DIharapkan Astro lebih peka dan tidak lagi memperbodohkan rakyat Malaysia selepas ini seperti apa yang terjadi pada AF musim ke 7 yang amat memalukan ini.

Senarai ringkas..
No 5: Isma. No 4: Yazid. No 3: Akim. No 2: Aril. No 1: Hafiz .. Tahniah Hafiz!!

No 5: Isma
- Persembahan Isma malam ini dilihat sangat bertenaga. Isma juga turut menyanyikan sebuah lagu baru rekaan suami’nya sendiri. Sebagai peserta tunggal wanita yang layak ke final, Isma sememangnya dijangka sukar untuk bergelar juara. Tambah lagi senarai AFUNDI selama ini, Isma sentiasa berada di bawah.

Mungkin Tomok terlupa menggunakan RM1 juta yang diterimanya pada OIAM3 yang lalu untuk vote akak’nya sendiri. Hehehe. Gurau je..

No 4: Yazid
- Kami di Oh! Artis melihat Yazid hanya sebagai alat yang digunakan untuk mencari untung lebih. Propaganda nama Yazid yang sentiasa berada No 1 dalam senarai AFUNDI dilihat tidak lain tidak bukan hanya sebagai mengaburi mata pengundi supaya vote artis kesayangan mereka. Bila mereka lihat Yazid di atas, mesti ramai yang tak puas hati kan? So diorang akan vote dan terus vote. Well Astro, U know Oh! Artis right?

Lagu-lagu yang diberikan kepada Yazid semasa di final juga dapat dilihat hanya sebagai melengkapkan korum 5 orang peserta. Memang kesian dengan Yazid ni. Sabar lah ye Yazid. Sepatutnya Astro boleh menonjolkan bakat Break Dance yang sememangnya dah sebati dalam jiwa Yazid. Bukan dengan lagu-lagu layu bawak tidur. Apa punya bangang!

No 3: Akim
- Antara peserta Favourite selain Hafiz dan Aril. Malam ini persembahan Akim betul-betul mantap dan meletup. Akim dilihat begitu bijak bermain mata dengan penonton. Komen juri juga dilihat cemerlang. Hehe! Akim, lepas ni kalau Azwan Ali nak amik ko berlakon Cak Cak 2009 tu, tolong rejected!! Ko tak layak berlakon dalam cerita bodoh macam tu. Nasihat je sebab awal-awal Azwan Ali tu cakap nak amik ko jadi pelakon dia. Oh! Tidak. Ramai peminat ko akan menangis nanti. Jangan!!

No 2: Aril
- Peserta favourite yang dilihat juga menjadi mangsa propaganda. Terkeluar konon. Peminat ramai pun boleh terkeluar? Yazid pulak boleh No 1 je manjang dalam senarai AFUNDI iye tak? Siapa ada otak, boleh fikir logik ke tidak. Aril dikeluarkan sememangnya dah dijangkakan hanya satu propaganda AF7. AFMASUK juga sememangnya sudah di agak dimenangi Aril dan malam ini terbukti, Aril mendapat tempat No 2.

Walaubagaimanapun, kami di Oh! Artis tidak menafikan yang persembahan Aril malam ni betul-betul hebat. Tetapi ingat, lagu memainkan peranan penting. Lihat saja lagu yang diberikan pada Aril dan lagu yang diberikan pada Yazid. Ah, langsung tak adil.

No 1: Hafiz
Sememangnya sudah dijangkakan dari minggu pertama lagi. Cuma kehadiran Aril selepas AFMASUK dilihat agak merisaukan. Bakat remaja cilik ini memang tidak dapat dinafikan. Bakat yang sangat tajam terasah dan tinggal untuk di asahkan lagi menjadi semakin tajam. Itulah Hafiz. Tahniah Hafiz, muda-mudah dah dikenali dengan bakat.

Kepada semua pelajar AF7, carilah populariti dengan bakat, dan bukannya dengan gosip. Hidup popular dengan gosip, jangan harap nak berkekalan lama. Anda semamangnya Mee Segera, tapi pastikan anda Mee Segera yang berkualiti. Bukan yang mudah expired. Boleh? Heh~

Video Hafiz Semasa Persembahan Hari Guru Sekolahnya tahun 2006

Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104)

Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia itu

Sekaligus menewaskan 4 finalis lain iaitu Yazid, Akim, Isma Aril apabila beraksi dengan baik pada malam itu menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas

Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi

Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik

Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi

Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi

Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface

Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi

Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini

Kedudukan undian sebelum konsert bermula

PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5

+ via Astro

Download lagu2 terbaru finalis AF7 melalui link di bawah. Terima kasih kepada Zelo55.

DOWNLOAD LAGU HAFIZ – MASIH JELAS
DOWNLOAD LAGU ARIL – TOKSIK
DOWNLOAD LAGU AKIM – BENGANG

+ Artikel oleh Khai

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter
vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Iklan




Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  Hafiz Juara Pertama Mania Dapat RM500,000
»  (Akademi Fantasia) Kemasukan Semula Aril Sudah Dijangka
»  (Panas) Isu Wanita meleleh dalam Vklip Hafiz AF7
»  (AF7) Giliran Claudia dan Aishah bawa pulang beg AF7
»  (AF7) Rini dan Obri tersungkur di Konsert Minggu ke-3
»  (AF7) Nas Adila, pelajar pertama tersingkir
»  (Gempar) Akak ‘Ziana Zain’ Di Konsert Akademi Fantasia 7?!!
»  (Akademi Fantasia) Penyingkiran Aril Cukup Mengejutkan!
»  Hafiz AF Sudah Punya Pengganti Adira
»  (Akademi Fantasia) Qhaud akur dengan keputusan undian SMS.

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin