(Gambar) Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda Bersosial dengan Teman
Hantar ke Twitter! |
Baru-baru ni Ustaz Akhill Hayy menggegar industri hiburan tanahair dengan mengatakan Waheeda adalah isterinya. Rupanya ianya hanya satu propaganda untuk melakukan rancangan terbaru Akhil Hayy Cafe di Astro Oasis.
Sebelum itu juga, hebat diperkatakan mengenai gosip hubungan percintaan antara Akhil Hayy dan Waheeda. Nengok wayang bersama lah dan macam-macam lagi. Kedua-duanya cuba menafikan gosip tersebut sehingga meleleh-leleh air mata Waheeda cuba menafikan hubungannya dengan si Ustaz Akhil Hayy.
Tapi gambar-gambar terbaru ni siapa mahu jawab? Akhil Hayy, Waheeda bersosial di tepi pantai. Oh! Artis tidak maksudkan bersosial dengan cara tidak baik, tapi mereka hanya bersosial bersama teman ditepi pantai. Mungkin makan angin di waktu malam. Namun itu bukan persoalannya mereka mahu bersosial dengan teman ke apa, yang pastinya, ramai rakyat Malaysia ingin tahu hubungan mereka berdua. Agak intim di situ.





Pastinya Waheeda akan menangis-nangis lagi di muka depan akhbar-akhbar hiburan nanti. Nantikan sahaja jawapan mereka berdua. Orang kata, benda baik buat apa nak sorok-sorokkan. Ramai pasti akan gembira mendengar khabar suatu hari nanti Akhil Hayy akan menikahi Waheeda. Pasangan yang sangat sepadan dunia akhirat.
Pssttt: Ustaz Akhil Hayy, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, Waheeda di ambil orang! Hehe
- Artikel oleh Khai
![]() | ![]() |






























[...] Lagi gambar-gambar sosial boleh refer entri ini. [...]
[...] kini setelah tidak lagi lagi aktif berceramah sedemikan dan disunting oleh pihak Astro bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz Akhil Hayy. Status artis yang dipegang telah membawanya kepada cerita-cerita [...]