(Panas) Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 27,856 views | Hantar ke Twitter! |May 1, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.
Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.
“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.
Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.
Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.

“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.
“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis…mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.
“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.
“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.
“Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih ‘drama’. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.
“Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.
“Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.
“Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja,” kata Akhil.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini, kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk ‘mengiyakan’ kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.
“Jika musim pertama dulu, kita saksikan Akhil banyak fokus kepada aspek hukum-hakam, tetapi saya akan kupaskan lebih dari segi psikologi.
“Apapun, saya tidak rasakan pembabitan saya sepatutnya menjadi isu. Kami ni sebenarnya degil sikit…lagi banyak orang bercakap, lagi kami akan buat saja apa yang kami suka,” kata Waheeda.
Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikn mungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentang pelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklah dikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahun lalu.
“Benda ini memang tidak akan selesai. Saya pun tidak tahu mengapa hidup saya dilanda tsunami seperti ini. Mereka boleh bercakap apa saja, tetapi kamu nampak ke kami diijabkabulkan?
“Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini. Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikit saja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu,” kata Akhil.
Tambah Waheeda pula, “Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya mintamaaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidakdijadikan isu?”
Namun, kata Akhil, dia bagaimanapun redha dengan apa yang melanda hidupnya dan tidak merasakan dirinya telah menjejaskan status ‘ustaz’.
“Saya pun tidak pernah merasakan diri saya hebat. Tetapi saya tetap bersyukur kerana orang menggelarkan saya ustaz. Apapun, kita kenalah faham. Walaupun sebagai seorang ustaz, dia juga adalah manusia biasa.
“Mungkin saya juga ada terlepas pandang tentang hal-hal tertentu, tapi apapun, dakwah tetap perlu diteruskan,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan isterinya berikutan kontroversi tersebut, kata Akhil:
“Dia tidak ada masalah. TapiaAsam garam rumahtangga bagi saya adalah peribadi,” tuturnya.
Diajukan pula pertanyaan bagaimana boleh timbulnya gosip tentang mereka itu, dalam nada tenang, kata Akhil, dia sendiri tidak pasti bagaimana perkara ini mula menjadi buah mulut ramai dan merebak dengan cepat.
“Isu ini bukan kami yang mulakan. Dan sebab itulah kami tidak berdaya untuk hentikan. Jika diikutkan, saya dan Waheeda mula kenal sejak tahun 2006 ketika terbabit di dalam program Hijrah Remaja di saluran Astro.
“Dari situ saya nampak dia adalah seorang wanita Malaysia yang jumlah sepertinya hanya boleh dibilang dengan jari. Saya lihat dia ni menjaga apa yang perlu dia jaga dan sehingga kini, dia masih seperti itu,” kata Akhil.
Akhil tidak berdisiplin?
Tatkala isu kontroversinya dengan Waheeda masih hangat diperkatakan, timbul sebuah lagi perkhabaran yang mengatakan Akhil sering tiba lewat di mana-mana majlis atau program.
Dengan imej yang ditampilkan serta turut menjadi ikon eksklusif Astro Oasis, perkara ini dilihat mampu menjatuhkan reputasinya.
“Ini saya akui mungkin adalah ‘bad attitude’ saya dan janganlah mencontohi dari aspek ini. Hakikatnya, saya juga manusia biasa dan tidak sempurna,” tutur Akhil ringkas sambil menambah adakalanyakelewatan itu berpunca kerana kesibukannya mengadakan ceramah di merata-rata tempat.
Bercerita tentang ikon eksklusif Astro Oasis itu pula, kata Akhil, dia amat terharu dengan tawaran tersebut.
“Ini tanggungjawab yang besar untuk saya galas. Sebelum ini saya hanya banyak berdakwah di kampung-kampung, tapi kali ini sudah mula berdakwah menerusi program-program di kaca televisyen.
“Saya tidak pula merasakan saya adalah ikon, tetapi mungkin perkataan yang sesuai adalah ‘idola’. Saya bukanlah idola yang terbaik, tapi mungkin pihak Astro melihat sesuatu mengenai pendekatan yang saya gunakan untuk berdakwah dengan khalayak,” katanya.
+ Kredit untuk Mstar. Penulis sebenar
![]() |
![]() |









































ceisa on Fri, 1st May 2009 8:02 pm
huhu.. sabo je la aku.. gimik..
pmdsy on Fri, 1st May 2009 8:07 pm
waheeda idamanku …
Anarm on Fri, 1st May 2009 8:29 pm
hoho.. aku ingatkan btol..
sekali gimik daaa
camelia.. on Fri, 1st May 2009 8:31 pm
perhg.. poyo ar.. nak laku kan rancangan ssendiri lah tu menyampah ak.. ulang sekali lagi MENYAMPAH!!!!!
Yati Yula on Fri, 1st May 2009 8:32 pm
Aduhss…
Gatkan betui2 td..
Huhu..
Zeryn on Fri, 1st May 2009 8:44 pm
ustaz pon pandai main gimik ek?
bukan benda ni boleh jadi buah mulut org…
isk..isk..isk…
oh!L on Fri, 1st May 2009 8:57 pm
alemak. ku sangkakan betol. wahahahhaa. baru nk amek hp nk msg kwn bgtau.wakakka
missy Reply:
May 1st, 2009 at 10:04 pm
samala..aku pun baru mau msg kawan..nasib da baca kat ohbulan tadi..xla terkejut sgt.hehe
missy on Fri, 1st May 2009 10:02 pm
memang waheeda wanita muslimah yang menjaga apa yg patut dia jaga.aku suka penampilan dia..tudung berfesyen tapi menutup dada..baju xktat..xmacam aku.hihi.. :)nak mengutuk org lain, kontreversi pulak.kutuk diri sendiri jala. …tapi pasal dorang kawen xkawen, kita tgk la dalam masa 1,2 thn ni..manala tau mengandung ke ape.
minnie on Fri, 1st May 2009 10:25 pm
cit ye ye aje
tomok on Fri, 1st May 2009 10:32 pm
tomok menang…!
are-pa on Fri, 1st May 2009 10:47 pm
urm…seeloknyer…hal perkahwinan perlu dihebahkan..bukan dirahsiakan..
nanti timbulkan fitnah!
ABC+ on Fri, 1st May 2009 11:02 pm
Usah sensasikan lagi isu ini , banyak hati yang perlu dijaga , manusia tidak sempurna , kesilapan mungkin berlaku dan tentunya menjadi pengajaran serta garis panduan utk masa akan datang .
Free Full Version Games Reply:
May 2nd, 2009 at 12:09 am
aku rase dorg bersua yg sensaikan isu nih dulu laa..
wiwi dry on Fri, 1st May 2009 11:27 pm
ape2 pon aku nyampah ngan waheeda
semoga gossip depa berdua ni x btol
sian bini akhil hayy………
zaty on Fri, 1st May 2009 11:30 pm
ntah pape
nyampah ak
izalovepink on Fri, 1st May 2009 11:49 pm
agggrhh..kne tipu lsg..aduyai…
reDHot on Sat, 2nd May 2009 12:51 am
ustz pn sesekali nak gak gimik2 ni…huhu
gaderius86 on Sat, 2nd May 2009 1:06 am
hadui!! gimik rupernye!! igtkan betul….
d|n on Sat, 2nd May 2009 1:07 am
ampeh..igt btul..hehe
cik bulanTerang on Sat, 2nd May 2009 1:17 am
nonouk on Sat, 2nd May 2009 2:50 am
peh..wat strok gua mnyerang blk jek..kuh3
adelia on Sat, 2nd May 2009 6:55 am
sumpah aku mmg xske akhil hay ni..hello??klu nk bdakwah,jgnla kutok2 krajaan,ckp bodoh itu ini..rmbut dahle panjang..ini yg nk dijadikn cth??kem slm jela..
Gadis Lonely? Reply:
May 2nd, 2009 at 7:20 am
yezza… same with my sister.. hehee…. my sis cakap, nak jadi ustaz tapi rambut panjang.. potong rambut pun susah.. x ke rambut panjang tu menyerupai perempuan? agaknya tuan guru mana yang yg ajar dia gak nye..
kuchiki rukia Reply:
May 2nd, 2009 at 11:52 pm
cik,,,
klo xtaw bab agama mndalam bek diam dr bsore
paham????????
cube2 r belek kitab2 lame yg ckp Nabi Muhammad pon brambut pnjg jgk
tp idak r smpai mnyerupai pmpn
n c akhil hayy 2 plk aku tgk xde plk cm pmpn
bese je rmbt die
idak r cm memudi skrg
rmbut mcm landak mcm ayam kale plangi lg
lenx klo xtaw pape bek diam!!!
wanie2621 Reply:
May 4th, 2009 at 10:56 am
mgkin betul gak ckp awak tu kuchiki rukia..
tapi macamana plak penampilan ustz akhil hayy ni yg bila berbaju kemeja tetapi suka buka butang baju hingga nampak penuh dada dia(aku tgk pun masa rancangan temubual eklusif kisah hidup akhil hayy di Astro)..
mmg bukan kita utk menilai semua ni..tapi sebagai seorg ustaz agak kurang sopan bila berpenampilan macamtu..
allahu ‘alam..tuhan lebih mengetahui segalanya.
hikhik2009 Reply:
May 10th, 2009 at 2:21 pm
aku pun kekadang nyampah gak tgk akill hayy, tp kita yg ilmu agama x tinggi ni jgn buat hukum sndiri. psl rambut panjang,tu kan sunnah nabi. lain la kalau rambut dia serabai n x bersih. pepehal pun psl dia ngan waheeda aku mmg x bleh blah la…sian bini dia..
siolan Reply:
May 13th, 2009 at 12:38 pm
betul la yg depa reply 2..nabi pun rmbut pnjg tp bukan smpai mcm akil hayy,cume die nk tunjuk yg bermbut pnjg cra yg elok.xserabai,bersih n djga elok2.
Chikugunya on Sat, 2nd May 2009 9:18 am
Haiyaaa… jadi somi janganlah buat gini uztaz… nanti apa perasaan Isteri ustaz, mak dan bapa mentua ustaz…??? Jangan cakap main-main oooo…!
maqz.. on Sat, 2nd May 2009 12:37 pm
aku x minat lah ngan si akil nih. ceramah sume nak kaitkan politik.. pastu kutuk2 org.. ntah ape2 ntah… wat gimik lagi.. kate x suke di fitnah.. tapi die wat gimik ni kan mengundang orang wat fitnh kat die.. fikir lah jauh sikit ustaza oi…
me myself on Sat, 2nd May 2009 3:39 pm
la….igt betol2 da kawen
H@NIB on Sat, 2nd May 2009 4:53 pm
USTAZ CERAMAH BEST
WAHEEDA NYANYI BEST
zai on Sat, 2nd May 2009 6:11 pm
hoho..wat saspen jer laa.
igt tul2 da kawen..
uwaaa..kene tipu..
apepn aku stuju ngan oh artis..
cre dkwahnye mmg lain dr yg lain..
rmai yg trtarik..
songkok senget on Sat, 2nd May 2009 9:37 pm
apela ustaz ni.. buat org tesedak je…..
kisahsensasi on Sat, 2nd May 2009 10:03 pm
Tajuk HYPE camtu memang gempak untuk menarik viewers dan pembaca….
nilofar on Sun, 3rd May 2009 9:59 pm
aku menyampah betul dengan dua ustaz dan ustazah ni…macam bagus sangat..dari awal2 dulu lagi aku tak suka akhil ni…tapi member2 aku cakap sore dia best…best haper nya…hampeh..dah la ustaz tapi rambut panjang.sorang lagi yang aku nyampah…yasin…dah macam pompuan aku lihat..waheeda…aku nyampah dengan mimik mulut ko bila bercakap.cam best?pirahhhh…
ArTsEnY88(HAMBA ALLAH) on Mon, 4th May 2009 2:06 pm
Assalamualaikum….bawa2lah bersabar cket…xlah mengutuk orang laen….macam lah awak 2 baik sangat….kata x suka orang 2, x suka orang ni….kalau x suka sekali pun jngnlah mengukuknya…ape lah awak niee…. pi lah ambil wuduk…bawa2 insaf ye….(SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHHUAKBAR)mitok maaf lah yee…hanyo nok bagi nasihat jee…mitok maaf banyok2 deh…kalu menyakitkan hati awak…
hmmmm..... on Wed, 6th May 2009 9:20 am
“Ini saya akui mungkin adalah ‘bad attitude’ saya dan janganlah mencontohi dari aspek ini. Hakikatnya, saya juga manusia biasa dan tidak sempurna,†tutur Akhil ringkas sambil menambah adakalanyakelewatan itu berpunca kerana kesibukannya mengadakan ceramah di merata-rata tempat. -Akhil Khayy-
aku suka dia ckp begini dari yg ego x mengaku..
betul..semua org x sempurna..ada yg buat silap..x rugi pun tegur kesilapan org..dua2 dpt pahala…
hmmm…lu pikir la sendiri…
♂aQ on Fri, 8th May 2009 4:56 pm
wakakaka..aku tertipu, aku terjebak, aku terperangkap ngan gusip nie…
tong on Mon, 11th May 2009 2:34 pm
hai…nak berdakwah dengan cara berlakon jadi suami isteri? dakwah apa kejadahnya.. nak belakon, blakonlah. nak berdakwah, berdakwah betul2… lepas ni semua orang pun boleh berdakwah dengan apa cara skali pun… ustad rock la.. lepas ni apa lagi? ustad raggae? ustad dangdut? anak2 dara sekelian, silakan belakon , berduet, berdansa dengan mana2 “ustad”… yelah, kata nak berdakwah kan.. dunia memang nak kiamat dah ni
laut on Mon, 11th May 2009 2:36 pm
lepas ni ustad belakonla jadik mat rempit pulak ye… nak berdakwahla katakan… boleh menghalalkan apa cara skalipun, ye tak
LUNA on Tue, 12th May 2009 6:03 am
Ek eleh,korang tau nak komen n kritik jek.. lau korang ne bgus sangat korang le ganti bdakwah. Bg aku rancangan ni bleh trik rmai pnonton terutamanya d klangan remaja almaklumla kbykn remaja zmn skrg kalu ada rncangan dakwah bru pn,jgn hrp dorang nk tgk tp lau ada movie bru,bole pecah panggung buatnye!!
Rain on Mon, 25th May 2009 11:40 pm
Hmm…dakwah sana sini….anak isteri tinggal kat umah smpai bape bulan ntah…sian kat anak bini….klu gtaw xpe la jgk..ini x…bini pn xtaw ape cte suaminya…pening2….ustaz tolong la jaga imej dakwah….malu la…
ambo ni on Wed, 27th May 2009 9:15 am
ustad senget! sian isteri yang setia :o:.. saya anti sangat ngan orang nasihat orang len, tapi diri sendiri,hampeh.habis madu sepah dibuang..sian 6 orang anak dia.huhu sedih!ini la dunia artis, sape2 pun susah nak melawan godaan yang terlalu banyak.
ummucaliph on Wed, 27th May 2009 4:25 pm
aku paling nyampah waheeda tu…malulah sikit…duk ngendeng ( berkepit) ngan laki orang…pleaselah…dah terpesong ko orang ni…tolong jangan jd kerang busuk..ko orang berdua kan hebat berbahas dan bercakap…bila mintak penjelasan..semua senyap…dah bisu kot
eyda on Thu, 28th May 2009 1:28 pm
jgnla kte asyk cbuk hal org jer…asyk nk amek taw hal org jer…insaf2la..
eyda on Thu, 28th May 2009 1:29 pm
Along on Fri, 29th May 2009 7:19 pm
Salam semua. Saya saja nak menyebuk sedikit sambil memberi sedikit pendapat peribadi. Bagi pandangan peribadi saya, kes Ustaz Akil Hayy & Waheeda adalah merupakan satu pengajaran bagi semua umat manusia untuk mematuhi arahan yang sudah jelas diturunkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Pertama; jangan menghampiri zina…. saya rasa ustaz akil lagi maklum maksudnya… bergaul lelaki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan adalah dilarang oleh Allah tidak kira apa pun alasannya … Ia boleh menyebabkan bermacam-macam implikasi seperti FITNAH…. ZINA…. DOSA…. dan PENIPUAN.. Allah lagi maha mengetahui. Apa pun alasan Ustaz Akil dan Waheeda, saya selaku umat Islam yang masih jahil jika nak dibandingkan dengan mereka berdua.. tidak dapat menerima alasan tersebut tambahan mereka adalah model Allah (kalau boleh dianggap model sekarang ini!!). Kedua; Amanah Allah SWT. Allah banyak beri kelebihan pada anta berdua (Akil & Waheeda), malangnya anta tidak mensyukuri dan memegang amanah Allah dengan baik sekali, jadi jawapannya Allah benci orang yang bermuka-muka… tidak amanah malahan membohongi berjuta-juta hamba Allah yang lain. Jadinya anggaplah perkara yang berlaku adalah MUSIBAH dari Allah yang mahukan anta berdua kembali kepada Al-Quran dan Hadis iaitu ajaranNya. Insya Allah akhirat nanti kita akan sama-sama dipertontonkan oleh Allah, perilaku pembohongan anta berdua.
mshahfri on Wed, 3rd Jun 2009 11:03 pm
klu rambut panjang jgn jadi ustaz jadi mat rock je….
Anne Ai Ling on Fri, 5th Jun 2009 7:45 pm
Dorang berdua ni patut tahu apa akibat dorang bergaul camni, tak kisahlah berteman ke tak… Yg penting Islam tak menggalakkan umatnya menhampiri Zina n fitnah… Ni dah lebih dah ni dorang buat… Bergaul tanpa batasan sampai ke tengah malam… Patut masing2 tau tanggungjawab masing2 mcm Akhil tu, jagalah bini n anak2 hang, bukan bersosial dgn kawan sampai tengah malam sampai menimbulkan fitnah.
baby_sue on Fri, 12th Jun 2009 9:44 pm
No KomEn!!!
Ape2 Hal I sokOng WaHeeDa..
dy Baik X mCm iStRi prTma akhil hayy 2
hEboh2 kn Hal Umah tNGGa Kat MEDIA..
x De MarUah ke..
Anne Ai Ling Reply:
June 13th, 2009 at 12:27 am
Habis anak dara keluar ngan laki org malam2 buta tanpa isteri n anak2 dia, takde maruah ke?
travolta on Wed, 24th Jun 2009 8:16 am
amboi ko anne ai ling….
mst ko ‘baik’ kan..
hu3..
CaptainUbi on Tue, 14th Jul 2009 4:24 pm
Lalalala biarlah dema kahwin….
antiustazhipokrit on Thu, 16th Jul 2009 11:01 pm
sy faham ini soal peribadi ustaz..dan ustaz berhak nak manjatuhkan talak kalo itu yg terbaik..
tp fikirkan generasi yg akn dtg ni ustaz (anak2 ustaz dan anak2 mlayu islam)..ape perasaan mereka?..apa pendapat mereka?..†ustaz pun bercerai..ape lg org biasa..â€â€¦.
kite sbg org dewasa mesti kene tunjuk teladan yg baik..lebih2 lagi ustaz sbg ‘role model’……mana nak letak muka kite dpn anak2 muda diluar tu…tak bolehkah ustaz buangkan EGO tu demi masa dpn generasi muda islam??? mahal sgt kah HARGA EGO ustaz tu yg harus dibayar generasi muda islam kita ni ustazz??
berdosa besarkah seorang suami yg buang egonya utk memaafkan isteri dan berbaik2 semula?? susah sgt ker ustazz??
astaghfirullah hal azim…subhanallah
areniq on Thu, 17th Sep 2009 2:39 am
patut la ustaz nie kne lempang deh ustaz daus…huhuhu x tau la fakta ke auta…….
Cutety on Mon, 16th Aug 2010 3:39 pm
hm…napa macam tu ustad…bekas bini jauh lebih lawa soleh dr wahida…