Akademi Afdlin Bikin Pecah Perut dalam Kuat Berlakon
Hantar ke Twitter! |First of all, lihat video berikut..
Lawak kan? Ini adalah Kurus ke-3 dari 4 kursus yang dilakonkan sendiri oleh Afdin Shauki bagi menjelaskan apa sebenarnya program realiti yang sedang dijalankan. Entah kenapa jika korang perasan, sekarang dah tiba demam rancangan realiti berbentuk lakonan pula. RTM dengan Pilih Kasih, Astro dengan Anak Wayang dan terbaru dan lebih hebat lagi, Kuat Berlakon dari Fisherman’s Friend yang diselia oleh Afdlin Shauki.

Tak perlu cerita tentang Pilih Kasih dan Anak Wayang kerana kalian semua dah sedia maklum. Tapi kami nak cerita mengenai Kuat Berlakon yang bagi kami Kuat Berlakon ni adalah sangat menarik dan jauh berbeza berbanding pencarian bakat lakonan yang lainnya.
Apa yang anda perlu buat hanya berlakon dengan kawan-kawan dalam pelbagai ragam dan kemudian rakam sahaja guna handy cam atau handphone. Upload di Youtube dan submit di website Kuat Berlakon. Pemenang pilihan juri akan dapat berlakon bersama Afdlin Shauki dalam filem terbaru’nya nanti.
Bukan sahaja itu, video yang paling banyak menerima undian pelawat website, akan menerima hadiah berupa wang tunai beribu-ribu lemon. Ape lagi, rakam dan submit penyertaan korang sebelum pertengahan bulan ini. Ajak satu kampung masuk website dan vote video anda! Duit boleh belanja orang kampung minum air kopi kat warung berhampiran rumah. Hehehe!
Untuk keterangan lanjut boleh layari website mereka sambil melayan karenah lawak jenaka Afdlin Shauki di..
URL: http://www.kuatberlakon.com
Kalau rasa nak gelak sampai terkucil, boleh terus tonton video kursus yang ada di Akademi Afdlin.
P/s: Sekarang bro Afdlin, kami nak royalti!! hahaha.. gurau je..
![]() | ![]() |




























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!