

Tahniah buat dua mempelai pengantin baru, Johan Raja Lawak (25) dan Ozlyn (28), Permaisuri Lawak (kahkah!). Dua merpati sejoli ini memang dah diketahui semua akan kisah percintaan mereka termasuklah kes berpeluk dan terpeluk yang tidak berapa manis dipandang beberapa bulan yang lalu.
Apapun yang menjadi buah mulut orang, akhirnya, dengan sekali lafaz, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Majlis pernikahan tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
“Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk berkahwin…sebelum timbulnya segala kontroversi itu. Tetapi, kesibukan nampaknya membataskan perancangan itu.
“Kami kemudiannya rancang untuk bernikah pada 13 Jun lalu, bersamaan dengan hari lahir Johan dan adakan majlis persandingan pada hari lahir saya pula iaitu 22 September.
“Tetapi sekali lagi, masa nampaknya tidak sesuai. Akhirnya kami nekad memilih tarikh 25 Julai lalu untuk bernikah dan mengadakan resepsi pada 26 September pula.
“Alhamdulilah, majlis pernikahan berjalan lancar. Saya berharap, selepas ini tidak lagi ada kisah kontroversi yang akan singgah pada kami,” kata Ozlyn dalam nada ceria. + via Mstar
Pada majlis yang menyaksikan pasangan tersebut mengenakan busana ala-padang pasir itu, Ozlyn menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Oh! Artis: Lepas ni nak berpeluk atas bawah depan belakang pun takpe. Tak siapa nak amik kisah lagi. Asalkan bukan depan khalayak ramai sudah la. Hehehe. Hurm, bila pula Amir Raja Lawak nak kahwin ye? Mana dia sekarang? Tak nampak batang hidung pun. Dah jadi badut sarkas kah?





















[...] Here is the original: (Gambar) Johan dan Ozlyn Kini Suami Isteri [...]