(Gambar) Majlis Pertunangan Elyana
Hantar ke Twitter! |July 12, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

BIARPUN hubungan cinta kedua-dua pasangan ini pernahdilanda masalah hingga mereka terpaksa berpisah beberapa bulan, namunatas dasar cinta yang kuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya ElyanaEmrizal bersama pasangannya Khairul Anuar Haji Husin bertunang hari inidalam majlis yang sederhana. Elyana-Khairul pernah saling melamar sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.
“Saya ada melamar Khairul, Khairul pun ada melamar saya. Seingat saya masa kami saling lamar-melamar itu pada akhir tahun lepas.
“Semua ini adalah hikmah dari masalah perhubungan kami yangberlaku. Pada satu hari saya terfikir yang saya perlu buat sesuatu dalam hubungan kami, jadi saya ambil keputusan lamar dia(Khairul),”jelas Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini.
Tambah Elyana juga, setiap perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan cinta mempunyai sebab dan hikmahnya sendiri.

Elyana bersama tunangnya, Khairul. – foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
“Sebelum hubungan kami dilanda masalah, saya tak sedar langsungakan kebaikan yang kami ada dalam hubungan kami, bila tiba-tiba kamiberpisah baru saya terasa kehilangan dan saya sedar betapa berharganyaKhairul dalam hidup saya,” kata Elyana.
Khairul yang telah menjadi pilihan hati Elyana turut ditemuramahmedia dan mengatakan dia telah melamar Elyana sebanyak tiga kali.
“Kali pertama saya lamar dia(Elyana) pada dua tahun lepas, tapimasa itu dia masih muda lagi jadi lamaran saya tidak diterima. Kalikedua pada tahun lepas dan kali ketiga pada akhir tahun lepas.
“Lamaran kali ketiga itulah kami saling melamar dan lamaran sayatelah diterima pada waktu itu. Pada waktu saya dilamar Elyana, sayasangat tak sangka, saya terkejut dan terharu waktu itu,” kata Khairulyang mengusahakan sebuah restoran makanan Jepun di Bangsar.

Elyana juga mengatakan dia telah bersedia untuk menjadi isteri kepada Khairul dan memiliki sebuah keluarga.
“Saya sangat-sangat bersedia untuk menjadi seorang isteri. Sayatelah lama inginkan sebuah keluarga dan hari ini adalah hari yang sayatunggu-tunggu.
“Bagaimanapun, saya masih ada perasaan takut dan gembira. Sayagembira kerana saya telah menjelajah ke alam baru dan takut jika sayatidak dapat berikan yang terbaik kepada pasangan saya nanti,” katapenyanyi dan pelakon ini.

Kakak kepada Khairul, Razika Haji Husin menyarungkan cincin pertunangan ke jari Elyana. – foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Bagi Khairul pula, majlis pertunangan ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya dan wajah kegembiraan terpancar diwajahnya.
“Saya happy sangat2…saya harap semuanya akan berjalan lancar,” kata Khairul.
Pasangan ini turut ditanya berkenaan konsep perkahwinan merekananti dan mereka lebih gemar kepada konsep yang sederhana tetapi masihtidak mahu menceritakan kerana ingin membuat kejutan.
Pasangan ini mula berkenalan pada 9 April 2006 dan kini sudahhampir tiga tahun mereka berkenalan. Khairul pada mulanya langsungtidak mengetahui Elyana adalah seorang artis.
Elyana juga tidak memperkenalkan dirinya seorang artis, sebaliknya mengatakan dia hanya membantu ibunya menjual ‘Tupperware’.
Sifat ceria dan nakal yang ada pada Elyana inilah yang telah berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalammajlis yang sederhana di Jeumpa D’ramo yang bertempat di Bangsar.Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah ‘Glam PunkTraditional Contemporary’.
Majlis pertunangan Elyana juga nampak berseri dengan sentuhandan gabungan idea kreatif dari dua pakar dalam industri fesyen, Datin Lynda Rahim dari Butik Lynda Rahim Kuala Lumpur dan Zery Zemry dariButik Zery Zemry Couture, Shah Alam yang turut menaja pakaian Elyanapada hari ini.
Elyana juga telah memilih Saidatulnisa sebagai jurusoleknya.
+ Article and picture courtesy by Metro.
Kami akan update lagi gambar-gambar pertunangan Elyana dan K nanti. Di bawah gambar kad jemputan Elyana. Saja tak nak pamer awal, sebab takut ada yang perasan pulak Elyana jemput sekali. Hehehe.


Sorry to say this… kad jemputan ni buruk gile.. *sigh*
![]() | ![]() |





































Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!