
Antarabangsa · Gallery · Gambar Artis · Gosip · Selebriti
(Gambar) Shia LaBeouf Jogging Tanpa Baju

Wow! Kool heh? Ada ke yang masih tak kenal siapa Shia LaBeouf? Atau ada yang ingatkan Shia LaBeouf ni perempuan? Patut la laju je klik. Mentang-mentang tajuk ada tertulis “tanpa baju”. Korang ni kan.. hehe..
Kami paparkan gambar terkini abang Sam Witwicky kita dari paparazi yang tak reti tidur siang dan malam. Kerja 24 jam follow artis mana pergi. Di Malaysia, dunia hiburan kita tidak lagi sampai ke tahap itu. Tapi menurut maklumat yang kami terima, di Indonesia dah lama wujudnya paparazi yang mengikut artis mereka 24 jam ni. Mungkin kerana itu dunia hiburan mereka semakin berkembang. Mungkin.
Gambar ini di ambil semasa Shia LaBeouf ber’jogging di luar kawasan rumahnya di LA. Tarikh gambar di ambil pada 7 Julai 2009 jam 2:17 petang. Ini bermakna 3 hari lalu dari tarikh artikel ini ditulis.



Dalam filem Transformers, memang tiada babak Shia LaBeouf tanpa pakaian. Ini kira ole-oleh dari Shia LaBeouf untuk para peminatnya. Hurm, esok lusa jangan ada gambar Megan Fox ber’jogging tanpa baju juga sudahlah kan? Hehehehe.
P/s: Sekarang ni tengah kecoh kes Megan Fox mengkritik filem Transformers 2 secara terbuka. Which is, “WHAT THE FISH!!!”. Bak kata Michael Bay, kalau bukan kerana dia dan Transformers la, tiada siapa yang kenal Megan Fox. Hurm, ingat artis Malaysia je. Rupanya artis Hollywood pun dua kali lima je. Baru popular sikit dah lupa daratan. Memang kacang lupakan kulit. Jadi kesimpulannya, jika ada Transformers 3, Tiada lagi Megan Fox nampaknya. Macam-macam.


















