Michael Jackson dikebumikan di Neverland (Update)
Hantar ke Twitter! |July 2, 2009 oleh Mr XY
Di dalam kategori Al-Kisah, Antarabangsa, Gossip, Selebriti

Lukisan Michael Jacson oleh pelukis, Imuda- Foto The Star
LOS ANGELES – Mayat Michael Jackson akan disemadikan di Neverland Ranch secara terbuka hari ini. Sebuah kenderaan dilaporkan akan mengiringi mayat Allahyarham ke kawasan kediaman milik penyanyi pop itu. Tanah seluas 1,050 hektar dengan kawasan laman yang luas dan sebuah zoo itu dibina oleh Michael bagi menunaikan impiannya ketika kecil dulu.
Keluarga Michael merancang pengebumian terbuka di Neverland bagi menampung kehadiran peminat-peminatnya yang dijangka mencecah jutaan orang, menurut agensi berita CNN dan laman web berita selebriti, TMZ.com.
Kematian mengejut Michael, 50, minggu lalu akibat kegagalan jantung mengundang kesedihan berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.
Di New York, peminat-peminat Michael menghadiri majlis perkabungan Raja Pop itu di Apollo Theater.
Beberapa peminat bersetuju Michael dikebumikan di Neverland kerana kawasan tersebut boleh ditukarkan menjadi sebuah makam peringatan seperti Graceland, di mana mendiang Elvis Presley bersemadi.
Michael memberi nama Neverland di tanah miliknya itu selepas mendapat ilham daripada pulau fantasi Peter Pan. Namun tanah peninggalannya itu kurang diselenggarakan selepas beliau menghadapi pelbagai tuduhan jenayah sejak 2005 atas dakwaan mencabul kanak-kanak.
Persoalannya, adakah mayat Jacko akan disemadikan dengan cara Islam? Kami pernah mengeluarkan artikel mengenai autopsy mayat Michael Jackson. Artikel yang tidak boleh anda lepaskan. Klik di sini.
Update 3 July: Jacko dikebumi Selasa depan
LOS ANGELES – Keluarga Michael Jackson membatalkan rancangan menyemadikan Raja Pop itu di kediamannya di Neverland Ranch ekoran wujud kebimbangan jenazahnya tidak dapat dikebumi di lokasi itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia berikutan undang-undang negeri California melarang pengebumian dilakukan di luar kawasan perkuburan.
Peraturan tersebut mengecilkan peluang untuk menjadikan Neverland Ranch tempat persemadian terkenal seperti Graceland dan menghampakan jutaan peminat Raja Pop itu.
Jika peraturan itu dikuatkuasakan, satu upacara tertutup untuk memperingati peMichael akan diadakan di Neverland Ranch selepas jenazahnya dikebumikan.
Jenazah Raja Pop itu dipercayai akan dikebumikan di Taman Peringatan Forest Lawn di Hollywood Hills dekat sini di mana neneknya, Martha Bridges dikebumikan pada 1990.
JENAZAH Michael Jackson dipindahkan dari sebuah bilik mayat ke sebuah pusat pengurusan jenazah
di Los Angeles kelmarin.Media Amerika Syarikat menyiarkan gambar keranda yang berisi jenazah Michael dibawa keluar dari sebuah rumah mayat sebelum dipindahkan ke lokasi itu Selasa lepas.
Menurutnya, sebuah kubur telah digali di lokasi tersebut yang dikelilingi bukit bukau dan akan menjadi tempat persemadian Michael.
SEBUAH lot kubur di Taman Peringatan Forest Lawn yang dipercayai tempat persemadian terakhir Michael Jackson.Bagaimanapun, beberapa sumber menyatakan kubur itu akan menjadi kubur sementara dan jenazah Michael akan dipindahkan ke tempat persemadian abadi di Neverland.
Ia berikutan khabar angin keluarga Michael berhasrat memohon kebenaran khas mahkamah untuk mengebumikan jenazah di lokasi tersebut.
Keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa sebulan.
Sementara itu, laman berita The Hollywood Reporter semalam melaporkan upacara memperingati penyanyi terhebat sepanjang zaman itu akan diadakan di Pusat Staples di sini Selasa depan.
Penganjur konsert Michael di London, AEG Live yang memiliki Pusat Staples dan bangunan bersebelahan, Teater Nokia menyatakan kedua-dua kemudahan itu dan sebuah plaza berhampiran akan digunakan untuk majlis memperingati penyanyi itu pada minggu depan.
Sumber-sumber memberitahu, AEG akan meletakkan beberapa skrin gergasi di luar lokasi itu untuk beribu-ribu peminat yang tidak dapat memasuki bangunan-bangunan tersebut.
Bangunan-bangunan itu memiliki tempat duduk untuk 20,000 orang. – Agensi
![]() | ![]() |






























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!