(Gambar) Kehidupan So-sial Peserta Gadis Melayu – Nadiah Adrianna
August 31, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Gadis-Melayu, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV

Ops, sudah 3 orang dari Gadis Melayu tv9 yang telah dikantoi kan dengan keseksian dan sosial life nya yang incredible. Kami perkenalkan lagi peserta Gadis Melayu musim ke-2 iaitu Nadiah Adrianna Mohd Akbal. Satu pujian setinggi langit harus diberikan lagi kepada krew penerbitan rancangan paling sampah abad ini, Gadis Melayu! Tahniah! Anda semua memang bijak memilih peserta.

(Panas) Zubir Wartawan yang Perlu Merdekakan Diri
August 31, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Sempena bulan kemerdekaan negara yang ke-52 ni, apa kata kita takyah cerita pasal artis tapi kita cerita pasal wartawan hiburan pula. Ialah, mereka pun nak juga popular sekali sekala. Asyik mereka je yang popularkan artis kan? Berbalik kepada tajuk, wartawan yang ingin dipopularkan hari ini adalah Zubir.
Zubir setahu kami, adalah seorang wartawan hiburan di sebuah syarikat akhbar terbesar di Malaysia. Gajinya juga pasti cukup besar. Itu sudah tentu. Kami juga amat pasti, Zubir adalah seorang wartawan yang paling tidak disenangi artis. Anda pasti tahu kes Pierre Andre, Rita Rudaini serta banyak artis lagi kan? Tak perlu kami mention.
Kami melihat, Zubir adalah wartawan hiburan paling tidak boleh pakai. Kadang-kala sms yang dikirimkan artis turut dipaparkan di akhbar sedangkan SMS itu sudah tentulah personal untuk Zubir dan artis berkenaan sahaja. Kami bukan cakap kosong tapi kami sertakan bukti. Read more
(Gambar) Kelahiran Baby Lelaki Shasha Elite
August 30, 2009 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Hi. Salam Ramadhan buat semua pembaca Oh! Artis. Korang rindu tak nak tahu perkembangan Shasha Elite? Dulu kami keluarkan satu artikel ketika Shasha sedang sarat mengandung. Kali ini rupa-rupanya, dah selamat bersalin pun. Syukurlah kalau macam tu.

Shasha selamat melahirkan anak lelaki bernama Adam Aryasenna baru-baru ini (tarikh sebenar tidak kami ketahui). Hurm, yang paling seronok sekali mestilah Salyo kan? Pertama kali kami melihat anak mereka, kami memang sure anak pasangan merpati sejoli ini pasti hensem gila babeng punyalah bila besar nanti. Read more
(Gambar) Kekasih Qabil Ambak – bukan Fasha Sandha!
August 29, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Lagi mengenai isu siapa lelaki pilihan hidup Fasha Sandha. Sebelum ini terdapat desas-desus yang Fasha Sandha tidak lagi berhubungan dengan Rizal Ashram tetapi lebih rapat dengan Ekuin Negara, Qabil Ambak. Qabil dikatakan begitu mengambil berat akan kesihatan Fasha kerana terdapat saksi yang mengatakan Qabil yang menghantar Fasha Sandha ke hospital semasa Fasha dalam keadaan tekanan beberapa bulan lalu.
Begitu juga dengan luahan hati Fasha Sandha di blog Myspace’nya baru-baru ini di mana Fasha Sandha sendiri ada menyebut mengenai hubungannya dengan jaguh sukan ekuin tersebut, cuma tidak terlalu detail dan hanya berserah dengan suratan Illahi.
Kali ini, kami menerima beberapa keping gambar Qabil Ambak dan seorang wanita cantik dari Philippine berusia 25 tahun yang juga seorang ekuin di negaranya. Gadis ini dikatakan bakal menjadi isteri kepada Qabil Ambak dan bukanlah Fasha Sandha sebenarnya. Gadis ini akan tiba dari Philippine minggu depan. Read more
(Tragis) Masihkah anda ingat dengan Along Spoon?
Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua. Kami di Oh! Artis percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut.
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Kami tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah tiada.
Spoon – Memori Sekuntum Rindu
Along dan kumpulan Spoon meletup pada ketika itu dengan lagu seperti Rindu Serindunya dan Memori Sekuntum Rindu kini hanya tinggal kenangan, tetapi lagu-lagu’nya masih segar di hati peminat. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada Along iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan vokal Along.
Kami ada mengambil beberapa komen dari peminat di laman web youtube baru-baru ini.
tingat mase dpt brita along dibunuh.. aku mnangis bagai nak rak.. aku simpan pic arwah n buat 1 buku.. tp buku ntah mane aku letak.. btw.. Al Fatihah – missnooi
sedih giler bila tau dia meninggal. time bulan puasa lak 2.lagi berapa hari nk raya. MAMPUS lah PEMBUNUH 2 – sokmo22
biarlh walaupun along dh pegi mninggalkan kite,tp bisanya tetap dlm hati msing2…pmbunuh yg mmbunuh along dh pun ditgkap dn sdg mnjalani hukuman…cuma tggu hukuman bunuh je skang ni..alfatihah.. – kirantomarcelo
ermmm aku minat giler ngan along spoon ni
fanatik sangat giler ngan dia…..
aku cam tak leh nak terima along hilang n dijumpai mati dalam guni kat gaung
huhuhu tragis betul kematian dia erkkk
yang sedihnya mak ayah dia tak leh nak terima dia meninggal dunia…sejak dari hari tu aku dah tak minat mana2 lagi artis yang ada …..sedih sgt coz along pergi terlalu awal…..
ape2pun semoga rohnye dicucuri rahmat…
AL-FATIHAH…. – Maizatulazuraku rindu kan suara along – bukitchawi84
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Sabi’ul Malik. Jika arwah masih hidup ketika ini, arwah sudah berusia 29 tahun yang sudah tentu arwah akan terus berkarya dan memberi sumbangan kepada dunia hiburan kita. Mungkin juga akan wujud artikel di Oh! Artis mengenai perkahwinan Along atau something menarik yang dapat dikongsi bersama peminat.
Along, damailah engkau di sana. Frankly sepaking, kami amat merindui kenangan ketika Spoon megah di persada industri hiburan negara ini suatu ketika dulu.
Keratan Akhbar untuk flashback anda.
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.
Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.
Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.
Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.
Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.
Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.
“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.
Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.
Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini.
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh dihadapkan ke tali gantung baru-baru ini. Nyawa dibalas nyawa, itu yang terbaik.
Spoon – Rindu Serindunya
+ Artikel oleh Khai
Sepatutnya Artis yang disebat dulu sebelum Kartika

Ini hanya artikel pendek sahaja dari kami. Cuma mahu dengarkan respon dari anda para pembaca setia kami. Seperti yang anda sedia maklum, Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 6 kali kerana kantoi minum air kencing syaitan berjenama Tiger Beer. Hanya sebuah arak ringan dan murah sahaja sebenarnya, tapi baguslah jika hukuman sebat dikenakan kerana ianya mampu dijadikan pengajaran kepada semua umat Islam di negara ini atau mungkin akan menakutkan sesetengah keparat yang lain.

Kami tak mahu pertikaikan kenapa baru sekarang pihak atasan nak buat semua ini. Kenapa bukan dari dulu? Takpelah, ok la ada tindakkan dari masing-masing buat bodoh sahaja. Cuma apa yang kami mahu pertikaikan, bukankah sudah terang lagi bersuluh gambar-gambar selebriti Islam negara ini yang dengan selamba-badak meminum arak di club-club tempatan? Tidak perlu kami senaraikan siapa kerana ramai sangat. Bukankah lebih bagus yang disebat itu selebriti. Pastinya lebih kool. Read more
(Panas) Kematian Michael Jackson hanya sebuah konspirasi
August 27, 2009 by Mr XY
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Panazzz, Selebriti
Pagi semalam, saudara Amanz melaporkan kepada kami akan sebuah video yang membuktikan Michael Jackson sebenarnya masih hidup. Selama ini kita dihidangkan dengan pelbagai berita mengenai kematian Raja Pop ini. Adakah semua ini hanya sebuah konspirasi terancang?
Video ini dirakamkan tanpa sengaja oleh seorang peminat semasa Michael Jackson di bawa ke hospital sebelum di sah’kan mati. Coroner’s van tersebut telah disahkan oleh sebuah website hiburan luar negara sebagai Coroner yang sama membawa Michael Jackson ke hospital sebelum Michael Jackson di sahkan meninggal dunia. Ianya di’sahkan melalui no plate Coroner tersebut.
Video Michael Jackson Masih Hidup
Dipetik dari Live Leak melalui satu statement dikeluarkan oleh mereka – “I checked the license plate number and it looks like the King of Pop is jumping out of the same van, his dead body has been in.”
Sejauh mana kebenaran ini? Sama-sama kita nantikan. Jika benar Michael Jackson masih benar-benar hidup, jom kita ramai-ramai bunuh dia biar betul-betul mati. Menyusahkan orang ramai betul. Itu belum lagi mengenai gambar-gambar kelibat Michael Jackson di bandar London. Tapi rupanya, hanya peminat yang berpakaian menyerupai MJ. Macam-macam.
+ Artikel oleh Khai
(Panas) Adakah ini gambar bogel Liyana Jasmay?
August 26, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Petang semalam kami menerima satu email dengan subjek “Liyana Jasmay Bogel”. Email tersebut mengandungi dua gambar seorang wanita bogel yang mempunyai iras muka kepada pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay. Menurut pengirim email tersebut, dia yakin yang wanita itu ialah Liyana Jasmay.
Kami melakukan sedikit penyiasatan melalui gambar-gambar Liyana Jasmay di internet dan kami melihat, bentuk mulut wanita tersebut agak sama dengan Liyana Jasmay. Mata dan lain-lain agak sukar dipastikan kerana kebanyakkan gambar-gambar Liyana Jasmay di internet adalah “versi makeup”.
Read more
(Panas) Lagi Gambar Kantoi Fasha Sandha dan Luahan Hati
August 24, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Gempar hari ni bila Fasha Sandha menulis satu luahan hati’nya di Myspace. Sedih pula bila kami baca. Hurm, tak tahu nak cakap apa. Tapi kami tetap nak pamerkan lagi, gambar-gambar kantoi Fasha dan Jejai yang dipercayai diambil pada bulan Januari lalu bertempat di Bukit Bintang Kuala Lumpur.


(Gambar) Kekasih Baru Diana Amir
August 24, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Jika anda baru hari ini mendengar nama Diana Amir, mungkin anda perlu baca dua artikel kami mengenai Diana Amir yang telah menceritakan dengan panjang lebar siapa sebenarnya Diana Amir. Boleh buat rujukan di artikel (Gambar) Alahai Diana Amir (Impian Sunsilk) dan juga (Gambar) Diana Amir Bersosial Dengan Kekasih.
Di dalam artikel kali ini, Oh! Artis ingin berkongsi bersama anda gambar kekasih baru Diana Amir yang bernama Syeriff ni. Handsome!! Boleh dikatakan jauh lebih handsome dari yang sebelumnya. Tapi kata Diana Amir dalam sebuah akhbar tempatan semalam, lelaki bermata merah ala muka joker tersebut hanyalah kawan baiknya sahaja. Tidak lebih dari itu. Yang ini baru pakwe dia. Sesuailah, orangnya pun cantik mestilah kena cari pakwe cantik jugak kan? Hehehe.


Gambar pertama adalah ketika Diana dan SYeriff menghadiri satu kenduri kahwin kenalannya. All da best buat Diana Amir. Kalau gambar macam kat atas tu, kan sejuk mata peminat melihat. Jangan release gambar bersosial lagi lepas ni ya.. Tak comel dah.
+ Artikel oleh Gadis Lonely.




















