
Black Mentor kini bukanlah satu nama yang asing dalam dunia hiburan di Malaysia. Black mempunyai suara yang sememangnya unik mengikut kata para juri semasa rancangan Mentor 3 berlangsung beberapa bulan lepas. Siapa yang tidak setuju, boleh dikatakan mereka menggunakan hidung untuk mendengar. Hehehe.
Sebentar tadi lebih kurang jam 6 petang, semasa para krew Oh! Artis berkumpul membincangkan mengenai hala-tuju laman web ini, kami ternampak kelibat yang macam kenal. Sepasang kekasih sedang menjamu selera di Restoran Riang-Riang, Pantai Dalam. Oh! Rupanya Black Mentor. Black kan memang berasal dari Pantai Dalam. Cantik juga kekasih Black ni.
Admin website ini, Khai tanpa buang masa terus sahaja menyapa Black yang agak tersipu-sipu malu. Bila ditanya Black takde show ke hari ini? Black menjawab, hari ini dia agak free. Penat pun belum hilang lagi. Baru lepas habis show di Johor Bharu katanya.

Pada mulanya kami nak ambil gambar Black dan kekasihnya, tapi Black dilihat agak keberatan. Bila ditanya samaada wanita cantik itu adalah kekasihnya atau tidak, Black hanya menjawab wanita itu adalah kawan baiknya. Hurm, biasalah alasan yang selalu kita dengar. Tapi dari cara percakapan dan kemesraan, kami rasa lebih dari sekadar kawan. Tapi kami sempat la curi-curi gambar diorang dari belakang. Nanti ada yang tak percaya pula kan?


Kami boleh describe kekasih Black adalah cantik. Mengikat rambut ke belakang, berkulit manis dan sederhana tinggi. Dua-dua pun malu-malu kucing dan amat mesra dan ramah apabila disapa. Senyuman mereka tidak pernah hilang. Takpelah Black, simpan kekasih tu elok-elok. Jangan libatkan dia dalam industri hiburan kita ni kerana nanti macam-macam pula gosip liar yang hinggap pada nama anda.
Buat anda yang tidak menonton Mentor dan tertanya-tanya bagaimana unik’nya suara Black, kami hidangkan video semasa final Mentor yang lalu.
Black – Aku Rindu Sayang Kamu
Ps: Sorry la korang, we all masing-masing tak bawak digital camera la. Snap guna handphone baru mr admin je la. Nokia 5800XM dia tu. Apapun, apa yang kami lihat ini, memadam anggapan kami selama ini yang Black ni adalah gay. You rock Black!
+ Artikel oleh Gadis Lonely. Gambar adalah hak cipta Oh! Media.



















