(Panas) Tiz Zaqyah Heroin Nur Kasih Bersosial
Hantar ke Twitter! |August 4, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Mungkin tidak perlu kami perkenalkan siapa dia gadis comel bertudung di atas. Apa tidaknya wajahnya kini dikenali satu Malaysia selepas membintangi drama arahan Kabir Bhatia iaitu Nur Kasih yang bersiaran di TV3. Tiz Zaqyah membawa watak Nur Amina. Sebelum ini, gadis berusia 21 Tahun ini (lahir pada 1988) pernah muncul dalam beberapa drama seperti Gol & Gincu, Impian Illyan, Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih.
Dan berikut kami kongsikan gambar ketika Tiz Zaqyah bersama teman. Sejauh mana tahap sosial’nya itu, tanya pada dia sendiri. Cuma apa yang kami nampak, air-air yang terhidang dalam gambar tersebut, terang-terangan adalah air kencing syaitan. Harap-harap Tiz Zaqyah tak join sekaki la.





Petikan dari akhbar tempatan
Katanya, menjadi insan seni bukan semudah disangka. Setakat ini tawaranberlakon diterima berdasarkan uji bakat dijalani, tetapi itu tidaksedikit pun mematahkan semangatnya untuk berusaha mengukir nama.
“Saya seronok memulakan karier lakonan dari bawah. Menghadiri uji bakatmemberikan pengalaman berharga untuk saya berusaha gigih mendapatkansesuatu watak. Dalam soal ini, saya tidak kisah apa wataknya asalkantawaran diterima.
“Sebab itu, watak bertudung pun saya ambil.Objektifnya, hanya satu, kerana saya minat berlakon dan inginmenonjolkan bakat dimiliki. Ditambah lagi, persaingan di kalanganpelakon baru sekarang ini sengit dan saya perlu bijak membawa diri.
“Apapun, saya tidak mahu dianggap hipokrit oleh peminat. Justeru, sayamengaku bertudung itu sekadar menuntut kehendak watak dan kehidupansebenar pula sebaliknya. Saya sama seperti gadis remaja lain yang tidakbertudung dan gemar bersosial.
“Cuma, apabila sudah menjadipelakon, semuanya berubah. Saya terikat dengan jadual penggambaran dansibuk di lokasi. Oleh itu, masa untuk diri sendiri bergembira agakterhad dan jika ada masa terluang saya senang bersama keluarga,”katanya.
Berusia 21 tahun, Tiz Zaqyah kelihatan cukup matang.Tutur katanya dan gaya menunjukkan dia sudah bersedia menempuhikehidupan sebagai artis. Menurutnya, ini kerjaya yang dipilih danperlulah tahu berhadapan dengan dugaan.
“Bagi saya, bukansenang untuk dikenali apatah lagi popular. Justeru, saya perlu kerjakeras untuk itu tanpa mengira penat dan hal peribadi. Saya perluprofesional dan kerjaya ini menuntut pengorbanan masa yang besar untukberjaya.
“Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana keluarga memahami minatdan memberikan sokongan padu. Malah, ibu saya sendiri penonton danpengkritik setia. Bersandarkan sokongan itu, diharapkan berjaya danmasyarakat menerima kehadiran saya dalam industri.

so cute…
![]() | ![]() |




























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!