Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

(Panas) Zubir Wartawan yang Perlu Merdekakan Diri

Hantar ke Twitter! | Bookmark

August 31, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share


Sempena bulan kemerdekaan negara yang ke-52 ni, apa kata kita takyah cerita pasal artis tapi kita cerita pasal wartawan hiburan pula. Ialah, mereka pun nak juga popular sekali sekala. Asyik mereka je yang popularkan artis kan? Berbalik kepada tajuk, wartawan yang ingin dipopularkan hari ini adalah Zubir.

Zubir setahu kami, adalah seorang wartawan hiburan di sebuah syarikat akhbar terbesar di Malaysia. Gajinya juga pasti cukup besar. Itu sudah tentu. Kami juga amat pasti, Zubir adalah seorang wartawan yang paling tidak disenangi artis. Anda pasti tahu kes Pierre Andre, Rita Rudaini serta banyak artis lagi kan? Tak perlu kami mention.

Kami melihat, Zubir adalah wartawan hiburan paling tidak boleh pakai. Kadang-kala sms yang dikirimkan artis turut dipaparkan di akhbar sedangkan SMS itu sudah tentulah personal untuk Zubir dan artis berkenaan sahaja. Kami bukan cakap kosong tapi kami sertakan bukti.

Ketika Zubir masih bercuti, Zubir menerima kiriman SMS daripada Rita yang seolah-olah merajuk dengan Zubir. Zubir tak balas pun kerana terlalu sibuk berhibur. Berikut adalah SMS daripadanya

Rita: Abang Zubir sudahlah tu. Disebabkan Rita tak jumpaAbang Zubir dulu, Abang Zubir terus buat personal attack kat Rita. Tapi tak mengapa, terima kasih, hanya Allah saja dapat membalas jasa Abang. Kalau benda yang tak betul Abang tulis, berdosa Abang. Abang tak tahuapa cerita yang betul, jangan terus tulis. Rezeki Abang menulis, anakbini Abang pun makan juga, terima kasih Abang.

Zubir: Hello Rita, no such thing personal attack! Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Nasihat Zubir, lebih baik Rita tutup mulut kerana apa yang Zubir tulis mengenai kisah kahwin lari dengan Aidil dan tak mendapat kemaafan keluarga mentua, adalah fakta! Seperkara lagi, jangan babitkan keluarga dalam kerjaya kita. Ini sekadar teguran ikhlas, kalau Rita terasa hati, Abang Zubir minta maaflah…

Artikel yang ditulis Zubir ini seolah-olah hanya untuk membalas dendam kepada Rita dan mesej yang dihantar Rita itu tidak perlu untuk dikeluarkan di akhbar kerana itu lebih kepada personal mesej. Mendedahkan personal mesej seperti itu sama maksudnya dengan mendedahkan berita Zubir kencing berdiri di toilet rumahnya sendiri.

Kami juga mahu menegur Zubir kerana sikap plagiat’nya yang amat memalukan. Jika anda membaca tulis si Zubir ni, anda sendiri akan perasan yang artikel tersebut diambil dari internet. Kadang-kala copy-paste tanpa sebarang kredit. Inikah tabiat seorang wartawan hiburan? Kalau macam tu, better syarikat akhbar tersebut ambil kami jadi wartawan mereka lagi bagus. Amat memalukan apabila web akhbar tersebut menyatakan “hak cipta terpelihara” sedangkan isinya bukan hak cipta mereka.

Beberapa artikel di Oh! Artis telah diambil tanpa izin oleh Zubir tanpa sebarang kredit. Ayat kami juga di’qoute’ bulat-bulat dan kemudiannya, di sudahi dengan “kata dari blog hiburan terkenal” atau “kata seorang blogger”. Zubir juga claim ada orang kasitahu dia melalui email mengenai berita tersebut. Adakah ianya benar? Bukan diambil dari web hiburan di internet ke?

Oh! Artis pernah berbincang dengan pengurusan web Oh! Bulan mengenai isu ini, dan hasilnya sama-sahaja iaitu kedua-dua website pernah menjadi mangsa kerakusan si Zubir. Itu belum kira web-web hiburan lain di Malaysia. Kepada Zubir, dunia ni kecil aje. Baik perangai anda, baiklah tanggapan orang. Buruk perangai, memang buruklah imej anda.

Founder kami ada menghubungi Zubir melalui email mengenai isu plagiat ini. Zubir hanya meminta no telefon pihak kami dan dia akan hubungi semula. Malangnya, sehingga hari ini masih tiada sebarang call atau SMS mahupun email dari pihak Zubir. Perkara seperti ini bagi kami adalah “bullshit”. Ianya memalukan.

Tidak perlu kami ulas panjang, cuma kami harap selepas ini Zubir harus memerdekakan diri. Jangan jadi parasit. Kalau nak ambil apa-apa hak orang lain, berikan kredit yang sebenar. Dan kalau gaji dah beribu-ribu lemon tu, rajin-rajin lah cari bahan berita sendiri. Bukan buat projek menggeledah web hiburan tiap-tiap malam dan claim anda wartawan paling hebat kerana pertama mengeluarkan artikel tersebut. Dari email konon! Sudahlah!

Wahai pembaca Oh! Artis, apa pesanan anda kepada wartawan hiburan kesayangan kita ni?

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  “Sudahlah Gemuk Pendek, Mahu Disanjung Pula,” – Hattan
»  Amaran Buat Zubir – Cat Merah + Bangkai Ayam.
»  (Panas) Adik Elyana Minum Arak
»  Ruangan Gossip bersama Juber Jubor. AWW AWW!
»  (Panas) Nabil Raja Lawak Kantoi Cium Kekasih Hati?
»  Artis dan Wartawan..Apakah?
»  Anak Penyanyi Terkenal 80-an Ketagih arak, Amal Seks Bebas
»  Masa Depan Najwa Latif Goyah
»  (Panas) Khairul Fahmi sah putus tunang dengan Jejari Runcing
»  (Gambar) Diana Amir Bersosial Dengan Kekasih

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin