Sepatutnya Artis yang disebat dulu sebelum Kartika
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 22,293 views | Hantar ke Twitter! | Share
Ini hanya artikel pendek sahaja dari kami. Cuma mahu dengarkan respon dari anda para pembaca setia kami. Seperti yang anda sedia maklum, Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 6 kali kerana kantoi minum air kencing syaitan berjenama Tiger Beer. Hanya sebuah arak ringan dan murah sahaja sebenarnya, tapi baguslah jika hukuman sebat dikenakan kerana ianya mampu dijadikan pengajaran kepada semua umat Islam di negara ini atau mungkin akan menakutkan sesetengah keparat yang lain.

Kami tak mahu pertikaikan kenapa baru sekarang pihak atasan nak buat semua ini. Kenapa bukan dari dulu? Takpelah, ok la ada tindakkan dari masing-masing buat bodoh sahaja. Cuma apa yang kami mahu pertikaikan, bukankah sudah terang lagi bersuluh gambar-gambar selebriti Islam negara ini yang dengan selamba-badak meminum arak di club-club tempatan? Tidak perlu kami senaraikan siapa kerana ramai sangat. Bukankah lebih bagus yang disebat itu selebriti. Pastinya lebih kool.

Diharapkan selepas Kartika, akan ada selebriti pula yang dirotan lebih-lebih lagi selebriti lelaki. Mungkin mereka ingat hidup sebagai selebriti dihormati ramai, tetapi bagi kami artis kaki mabuk ni tak layak langsung dihormati. Rotan sampai hancur punggung pun kami sokong.
Apa kata anda? Sekian.
P/s: Kartika tu dah sibuk sangat nak dirotan even dalam bulan puasa pun. Jadi apa tunggu lagi, rotan je la iye tak? Lepas tu dia nak dirotan dikhalayak ramai untuk memberi pengajaran kepada orang ramai. Jadi apa masalahnya, dia yang nak? rotan je la. Pelik betul benda senang nak buat leceh.
+ images courtesy of The Star.
Kesedaran: Hukuman Sebat Untuk Perogol
![]() |
![]() |









































zul on Thu, 27th Aug 2009 3:45 am
betul la…aku sokong…
artis kat malaysia ni keluar masuk pub relax je…
x de ke org nak ambik tahu…
gambar artis yg kantoi mabuk banyak…
kenape x de org agama yg nak ambik tindakkan…
ke org jabatan agama ni pejamkan mate je…
Kenge Reply:
August 27th, 2009 at 3:49 am
orang yg komen kat atas ni,xptot kne sbat dlu ker? jgn ckap org ajer..hahahahhaahh!!! mmg btol,rmai artis2 kiter minum menonggang arak..xader plak org kesahkan? sebat ajer sme sx ngn terlibat ngn arak..(melayu dan islam sahaja)
Abechimaera Reply:
August 27th, 2009 at 3:49 am
adakah ini satu revolusi dalam perundangan malaysia? undang2 hudud? alhamdulillah!!
futurelawyer87 Reply:
August 27th, 2009 at 7:20 am
semua org sila paham..hukuman sebat nie hukuman agama negeri pahang wahai cik adik,abang dan kakak smua…
bukan hukuman utk seantero malaysia nie…so sape2 yg buat salah dan ditangkap di Kuantan (atas kesalahan meminum arak) nie jerk lar yg kena…hukum rotan nie takde kena mengena ngan hukum hudud tuh (hukum hudud peminum arak sebat 80x) tp si kartika nie kena baper sebatan jerk dia kena…so dat’s why lar takder tindakan pada artis2 yg mabuk tuh…cz diorg mabuk dinegeri len…(patutnyer yg berkapel2,lesbian,pengkid,gay) nie pon kasik sebat jerk bontot dia…
jadik mmg lar tak logik utk menunding jari pd Jabatan Agama…sbb bukan jabatan agama tuh yg buat hukum daaaaa…tp kerajaan negeri Pahang…yg pelik nyer,yg duduk diatas takhta kat negeri berkenaan pon ehem,ehem….
p/s: jgn saman sy…sy olang manyak susah woooo…
Mum Nist Reply:
August 28th, 2009 at 10:21 am
Oo paham2 dah sekrg.. terima kasih diatas penjelasan tuh…
Since negeri2 lain tak bikin cam tuh.. diaorg “Hati manyak senang ooo” menungak tuh tanpa rasa bersalah…
Hamba Allah Reply:
August 30th, 2009 at 5:02 pm
tapi penyebat(org yg nk sebat Kartika) lom ada lagi kan…
cmne tu ye?
bunga Reply:
August 27th, 2009 at 2:27 pm
org pejabat agama akan buat tangkapan atau serbuan bila ada org buat laporan, sama macam kes tangkap ‘basah’ (khalwat). kalau korang rasa takpuas hati dengan mana2 artis yg suka mabuk2 tu, pergilah buat aduan atau laporan terus ke pejabat agama dan juga polis dengan syarat cukup saksi-saksinya. adukan saja..biar kan diaorg rasa!
AwekSamurai Reply:
August 28th, 2009 at 12:45 am
tertido atau pon buat2 tak ingat..aicehhhhhhhhhhh
zai Reply:
August 28th, 2009 at 9:58 pm
apepn sndiri mau igt..
arak tu harammmmmmmmmmm…….
d|n Reply:
August 29th, 2009 at 3:20 pm
lu fikirlah sendiri!!
artis2 pecer??
menyampah Reply:
August 30th, 2009 at 12:56 pm
yup benar tu..aku pun sokong juga..
padahal perkara seperti artis2 yang baru ke lama ke tapi selalu keluar masuk pub dan minum..
tu blum lagi lagi dengan yang melakukan maksiat…berpakaian tak senonoh…dan macam2 perkara2 yang semuanya melanggar agama dan peraturan….
TAPI……
takda pun apa2 tindakan dikenakan kepada mereka????
kenapa baru sekarang nie baru orang pihak tertentu tu mengambil tindakan yang drastik???
KENAPA???
tidak dari dulu lagi???????
blowie on Thu, 27th Aug 2009 3:48 am
klaka la minah ni,gambar dia tu mcm dia tgh berkempen nak jadi PM plak
Gadis Lonely? Reply:
August 27th, 2009 at 4:41 am
hehe.. selebriti wannabe… tunggu la lepas bontot dia nanti dah sembuh…
rEdpEanut Reply:
August 27th, 2009 at 1:41 pm
hahahahha..ko niehhh kesitu plak….kelako memang..
syiema on Thu, 27th Aug 2009 5:18 am
salam. a’a la.. macam ada ketidakadilan.. kenapa Kartika? Dah tu 6 sebatan.. isk2…1 sebatan je.. kena tunggu 2 3 bulan sembuh.. dah sembuh sebat lagi.. maknanya.. minum secara tertutup di pub.. mcm kebanyakan artis.. selamatla.. minum secara terbuka lak.. habis! Oh gitu…
Saya berdoa semoga hukuman ke atas kartika diringankan.. jangan lah jadikan kartika sebagai mangsa untuk menginsafkan orang ramai.. Sesungguhnya Allah tu maha pengasih lagi maha pengampun. Amin.
pmdsy Reply:
August 27th, 2009 at 6:07 am
aisemen…nie x berapa betul nie. kau tau x hukum sebenar minum arak berapa kali sebatan??
kalau menurut Islam hukum minum arak 100 sebatan tau, baru clear dia nya dosa. 6 kali tu sebenarnya lom cukup, x lepas lagi tu. buat ape nak kesian, dah org langgar hukum tuhan, sape suruh?? masa wat dosa x pikir, then bila kena hukum kita lak kecoh2 ckp hukum yg Allah tetapkan itu zalim dan kejam. siapa yg menzalimi diri sendiri sebenarnya?? 
satu lagi aku nak tambah, sebab Allah maha pengasih lagi maha pengampun la Dia kenakan hukuman yg berat kpd peminum arak! sebab Dia xnak hamba-Dia rosak dan hanyut dlm kemaksiatan.
lu pikir la sendiri…
farah Reply:
August 30th, 2009 at 5:40 am
melalui pembacaan sy hukuman sebat syariah tak sama dgn hukuman sebat jenayah sivil..klu jenayah syariah ni mengikut kefahaman sy tak de la smpi tersiat2 kulit..alat yg digunakan pun bknnyer kayu belati..cuma rotan yg biasanya org tua dl2 guna utk ajar anak2..libasan pun 90darjah..perlu diingt hukuman yg mcm puan kartika jalani ni bertujuan utk mengajar..bkn utk menyiksa..kenapa nk pertikaikan..
jumlah 6 sebatan tu adalah mengikut budi bicara hakim..hukum Ta’zir yg mana bil sebatan tak tetap mcm hudud yg bil nya adalah fixed..
pasl selebriti2 yg terang2 menogak air syaitan tu harap jadikan la iktibar kes ni..jgn pandang buat2 tak faham je..
x-po on Thu, 27th Aug 2009 5:45 am
betul tu, klu tgkap org kat pub2 tu, sure rmai gle yg kne sebat
suhaisme on Thu, 27th Aug 2009 6:28 am
salam..aku nk perbetul sket pemikiran korg..fyi..kartika punya sebatan bukan macam banduan lelaki..and sebatan die bukan sebatan cara sivil macam video yang oh artis attach tu..sebat die guna rotan yang setebal ibu jari je..then org yang disebat (pompuan) kene duduk..sebatan takleh kene bahagian muka dan dada..tukang sebat pulak takleh angkat rotan lebih dr paras dada dorg..sbb tu hukuman ni ditangguhkan..atas alasan malaysia tade kepakaran sebat tu..kalo sebat cm jenayah sivil, mau nye si kartika ni lari balik singapore dah..
sng cakap..mak korg punye sebatan time korg kecik2 dlu pun lagi kuat n lagi sakit dr ape yg kartika neh trime..
mak aku sebat aku smpi patah2 rotan woo..ilek je..
so jgn ingat sebat syariah ni same dgn sebat sivil..undang2 islam tak kejam..mana mungkin wanita akan disebat smpi tkeluar isi punggung..
wallahualam..
radeitz Reply:
August 27th, 2009 at 6:31 am
garangnya mak kau…
Gadis Lonely? Reply:
August 27th, 2009 at 6:57 am
thanks untuk maklumat anda..
tapi lepas ni selepas kartika, jika lelaki pula yang disabitkan hukuman yang sama, adakah ianya menggunakan kaedah sivil atau cara kaedah Islam?
workholics Reply:
August 27th, 2009 at 8:34 am
tol tu sokong..
..nak tambah lg 1..
sebat yg dia kena xsame ngn sebat sivil
tukang sebat kena letak o kepit sumtim kat celah lengan dia or ketiak dia…seperti buku..mase sebat, buku tu xleh jatuh..
islam itu indah dalam mengajar dan memberi pengajaran…
semoga kite semua sentiasa dilindungi Allah swt serta di kasihi-NYA..amin..
AwekSamurai Reply:
August 28th, 2009 at 12:46 am
ni mesti tukang sebat penjara ni…tau hukum sebat bagus2..tapi apasal dulu cikgu disiplin aku sebat aku sakit doh…..
casper Reply:
August 28th, 2009 at 6:36 am
sbb ko nie dh mmg nakal sgt…patut lor kena sebat tue sakit…bg release ko punya dosa2..haha…
p/s- dulu aku pon kena gak…tp xsakit pon…kui3…
AwekSamurai Reply:
August 29th, 2009 at 3:05 pm
ko ckp aku ko pon sama….wkakakakakkaka
Mum Nist Reply:
August 28th, 2009 at 10:25 am
Baguslah awk ni berikan penjelasan.. kita rasa ramai salah paham.. end up salah kan hukuman… Tak ada hukuman org bikin suka2 hati kat “NEGARA ISLAM”..
Tgk cam Brunei.. setitik arak pun tak leh jumpa tau kat sana… klo mmg diaorg teringin sngt nak minum… diaorg kena keluar dr Berunai lahh….
jengjeng Reply:
August 29th, 2009 at 6:23 pm
alah prince brunei pun merata2 muka kat tabloid.tapayah blakon r.
guna duit kerajaan blanje kat goldie hawn beli rantai la haper.
tp org brunei best,pemurah n baik.
fifie ierina on Thu, 27th Aug 2009 7:39 am
thanks 4 da knowledge sharing oleh komentor2 d atas..
sangat menarik utk berdiskusi pasal perkara nie
hire4bullet on Thu, 27th Aug 2009 7:44 am
salamx!!
so, bagi sesaper nak tahu mcm mana sebat “Islamic Style”, tonton laa video nie… yang nie sebatan terhadap pencuri di Al – Taramiya, Iraq.
http://www.youtube.com/watch?v=Bl5zMEmq
(Video dari AlFurqaan Media – 2 Years With Islamic State)
matt jack on Thu, 27th Aug 2009 8:02 am
betul tu…
skarang ni bising2 kejam sebab diorang ingat sebat syariah ni mcam sebat sivil…
yg aku pelik, takkan la orang2 politik tak tahu pasal ni…
abis nk dihebohkan…..
hak wanita la…kejam la…..rayuan laa…..
UcU mAnjA on Thu, 27th Aug 2009 8:03 am
Bagus si Kartika ni.
Walaupun dia minum air kencing syaitan tu.
sekurangnya dia tak hipokrit dengan diri dia kan.
Artes2 Malaysia yang belagar DIVA sekarang ni.
memang dah tahap melampau
tak kira lelaki atau perempuan.
Memang macam bangga gila bila minum air kencing tu,
Macam satu tren plak bila bergambar dengan air itu.
Tak malu.
Gamaknya kulit tampal kulit apakah?
Tah lah.
Susah cakap kalau peraturan Tuhan dengan peraturan manusia buat sendiri. Macam ni lah.
zai Reply:
August 28th, 2009 at 10:00 pm
xyh nk bela org yg minum air kncing setan..
sape yg minum je..same hukumnnye kat dunia dan akhirt nnti..
X-BF Fasha on Thu, 27th Aug 2009 8:29 am
hm sblom korng bg pndapat..
baca tulisan Dr Asri
‘Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu”
http://drmaza.com/home/?p=685
smoga mendapat keberkatan
AwekSamurai Reply:
August 29th, 2009 at 3:06 pm
ada balik ko erk????tunggu edy dtg…nnti edy bagi ko ayat2 cinta
ceisa on Thu, 27th Aug 2009 12:15 pm
segala ayat2 khai di atas ak setuju..
ashley on Thu, 27th Aug 2009 12:28 pm
aku cuma nak ckp..apa yg x kenanya dgn si KARTIKA ni..
1) mcm bangga jer nak kena SEBAT
2) siap lambai tangan mcm nak naik HAJI @ DIBERI PENGHORMATAN (hormat ker)
3) statement mcm x sabar je nak kena sebat mcm hebat lah sgt..
4) x melambangkan seperti org yg benar2 insaf @ menyesal.
ha..tu yg buat aku menyampah..at least x payahlah tunjuk BAGUS dgn x sabar nak kena sebat..suruh org sebat cepat2 lah..melambai2 tangan lah mcm artis/adun negeri
BAB ARTIS..
oh golongan diorang ni ORANG KEBAL!!!he he he..sendiri mau ingatlah..
Erind Reply:
August 28th, 2009 at 10:35 am
aku sokong apa yg ko ckp… si kartika tu mcm mnganjing..
tmbah2 lg ada org politik kat Msia ni yg ptahankan dia..
lagi naik lemak.. x insaf pon, tp sngaja nk msyarakat dunia pndang rendah pd hukuman islam lebih2 lg kt Msia.
kt Msia, ada org Islam sndiri yg mludah pd hukum2 islam, hbs cane x jd cmni..
hmmmm on Thu, 27th Aug 2009 12:33 pm
Salam….
Jadik ke x hukuman tu klu ada campur tangan pihak atasan lg…
Maklumat lanjut d Kosmo!
Rasa2nya..ada pihak yg takut hukum hudud dilaksanakn d M’sia ni kan…
hmmmmmm…..
taiko on Thu, 27th Aug 2009 12:48 pm
Hm,, heboh sekarang ni…
Ala bior le dia setuju nak kena sebat
anak betong on Thu, 27th Aug 2009 12:50 pm
hakim yg wt keputusan ni buta gknye!!
luth textile on Thu, 27th Aug 2009 12:59 pm
jalankan je hudud. senang.
UMIE on Thu, 27th Aug 2009 2:33 pm
hukuman ikut negeri..
ada negeri yg x menjalankn hukuman sebat..
entah la..
islam hadhari kot..
mat tepet on Thu, 27th Aug 2009 3:23 pm
menteri dan dato’2 tuh lagi patut dulu kene sebat.
macam la tak tau diorang tuh ada yang minum arak.
termasuk anak hussin yang siap ada gambar lagik!
manja on Thu, 27th Aug 2009 4:28 pm
aku setuju hukuman sebatan mengikut islam dijalankan…kalau dah hukum yg Allah tetapkan pun tanak ikut, nak ikut hukum sape? nak ikut hukum sendiri??? Allah yg mencipta manusia so DIA lebih mengetahui apa yg terbaik untuk ciptaanNya.. sesapa yg buat doa takkan terlepas punyaaa…… walau setinggi langit kedudukan dia di muka bumi ni….
kreemix on Thu, 27th Aug 2009 4:33 pm
apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa,saya amat setuju sangat apa yang di tulis oleh admin,sabenarnya kalau tempat vip orang2 dari jabatan agama tak berani masuk pun,kata orang utara …depa hanya berani masuk tempat kongkiak jer…kalau kita tenguk aris-arits melayu (bukan semua) minum beer macam minum air sejuk jer,
jengjeng Reply:
August 29th, 2009 at 6:34 pm
hehe
aku pcaya korg2 mesti tak rajin beli malaysian harper’s bazaar.muka surat blakang2 wajib ada gambar dgn liquor.
ramai artis melayu yg da jd datin ada kat sana.banyak gak travel feature by datin2 melayu yg tnjk mkn wild boar n bnda2 exotic lain-lgkap dgn cocktail n wine-tasting.
ape2 la.aku pon bkn baik sgt,cuma nak bgtau tu jelah.coz korg bantai kartika je.btol ckp org atas ni,org atasan diorg tak kacau.
edy on Thu, 27th Aug 2009 8:18 pm
kalu kartika dah disebat n dpt beri pengajaran,why not sebat artis2 islam yg minum arak kat malaysia ni…kalu semua negeri setuju,bkn pahang jer…semua negeri pun leh wat akta ni..tol x?..tp nak atau x nak jer…tp bg aku,sebat dulu org yg 1st bg komen kat isu ni dulu..hahaha…yea laa beayyy….
AwekSamurai Reply:
August 29th, 2009 at 3:07 pm
Edy ko sedar tak xbf-fasha ada,…cer ko tgok ayat dia
Apa Punya Badigol So'ot La! on Thu, 27th Aug 2009 8:39 pm
Aku kurang setuju dgn tindakan Jabatan Peguam Negara kerana menangguhkan hukuman tu.. Biarpun di waktu bulan puasa hukuman itu dijalankan, sekurang2nya memberi pengajaran kepada umat Islam, tak salah bagi aku.. Kenapa Jabatan Peguam Negara bersikap lebih mengatasi hukum Islam..?
chacha on Thu, 27th Aug 2009 9:22 pm
rasanya ramai yg salah faham… sebatan ni merupakan pilihan kedua apabila pilihan pertama iaitu denda rm5000 x dpt dilunaskan. ni kira kes pertama org yg x mampu bayar rm5k tu n sanggup utk dirotan 6 sebatan.. dia pon cakap semoga denda ni dpt menyedarkan dirinya serta umat Islam yg lain… tp ntahlah… samada nk naikkan saham diri atau apepun wallahua’lam… dia je yg tau… dia pon sendiri tau melambak lg umat Islam yg minum arak kan… hukum dunia x sama nga hukum di sana.. marilah sama2 kita menginsafkan diri.. latih diri jd yg tbaik bmula dr ramadhan yg mulia ini.. amin..
kelok on Thu, 27th Aug 2009 9:48 pm
oo..hukuman sebat ni pilihan ke-2 ke ? saya tak tau plak.
tak sangka kartika milih utk disebat.
mungkin itu cara dia nak hukum diri dia sendiri sbb kesal dgn perbuatannya sendiri. tapi tindakan kartika ni mmg aku salute lah
berani betul dia membuat keputusan utk disebat sebgi pengajaran buat org islam lain yg mmg sudh lama minum arak tapi seumur cover line…
kartika, sabar ya, wanita mesti kuat semangat !
Andy Chester on Fri, 28th Aug 2009 2:34 am
hmm. respek sm Kartika
hytiq on Fri, 28th Aug 2009 3:48 am
hah 100% btol..
aku pon ble tngok psal kartika ni,komfem2 aku t’pkir “phal r bru skrg?”
g satu,asal r kt M’sia org Islam dye bley mnom arak?dorg pkai mazhab pe pon aku xtau..
boyah89 on Fri, 28th Aug 2009 5:46 am
sebenarnye..sebatan kat msia ni salah sebenarnye
cube korang lihat,sebatan die menghancurkan daging punggung..sbb tu la beberapa kali je
mmg dalam islam ad menyebut 100 kali..bepuluh2 kali
tapi cara sebatannye lain..
yang mlysia pakai skang ni style sebatan die mmg maut tahap dewa..
tu la pendapat aku..
rizzar on Fri, 28th Aug 2009 6:13 am
kenapa bila hukuman dh dijatuhkan dan si pesalah tu pon bersedia dijatuhkan hukuman. alih2 ckp hukuman tu x dpt dilaksanakan sbb tiada kepakaran??.. kalo kes bunuh cmner.. bleh tak tarik balik hukuman??.. kalo camnih sng2 laa org wt jenayah.. wt dosa.. undang2 diperkotak-katik kan.. rakyat jd keliru..apa motif kes nih sbnrnya.. tp tu laa bkn setakat arts jer.. org kenamaan pon lbh kurang jer.. bwk2 la insaf dan amik iktibar..
Aida on Fri, 28th Aug 2009 9:06 am
aku sokong ohartis 100%…geram giler aku…nape artis2 yang ramai giler minum arak,siap b’gambar lagi dgn air kencing syaitan tue tak di sebat…????…Tinggi sgt ker ‘pangkat’ artis sampai pihak berkuasa especially Mahkamah Tinggi or Jabatn Agama Islam xberani nak ambil tindakan terhadap diorang…kesian giler aku kat Kartika…sdgkan ARTIS yang minum air kencing syaitan smpai berbotol2 still gelak2 lagi skrang…hhuuuhhh!!!nampak sgt diorg xadil….
Yo! on Fri, 28th Aug 2009 9:38 am
Yg sebenarnya, bukan Kartika yang nak sangat hukuman sebat tu.. Takkan bekerja di Singapura takleh nk bayar denda RM5,000 kot? Sebenarnya, semua tu di atas permintaan ayah dia.. Ayah dia adalah seorang yang terlalu tinggi nilai-nilai agamanya.. Klu korang buat research, cuba tgk balik Kosmo! yang lepas2.. Ada interview antara dia dgn family dia.. Ayah dia menangis bila dapat tau, anak yang dididik dengan nilai-nilai agama yang tinggi buat perkara camtu.. Jadi, kerana perbuatan itulah, ayah dia nak sgt dia disebat.. Klu Kartika berusia 5 thn bleh la lentur guna sebat.. tapi klu da jd mak orang, ayah dia pun tak sanggup nk sebat.. better serah pada undang-undang Syarie je..
east woman on Fri, 28th Aug 2009 11:13 am
betul 2 cakp suhaisme, undang2 islam xkejam sebenarnya sebatan yang dilakukan kat penjara xsama dengan sebatan islam sebenarnya,dalam islam klau seorang isteri ingkar xnk solat suami bole pukul untuk pengajaran tp pukul xla smpai mencederakan pasangannye…
yaya yee on Fri, 28th Aug 2009 11:27 am
Kartika ni mmg POYO! dia ingat nak jadi selebritilah konon..dia xtau kena sebat ada yg sampai kencing berak sume..adoiii aiii kartika…ko macam bangga je nak kena sebat…dgn harapan one day ko glamour n jadi ikon seantario malaysialah kan?
ramai je suruh ko buat rayuan termasuk najib, tp ko tanak jugak..sanggup disebat and volunteer nak bagi semua org tgk ko kena sebat lak tu.. ape kejadahnya diorg nak tgk? org2 yg minum arak bukannya nak insaf dik nun, diorg siap ketawakan ko lagi adalah! kalau betul2 insaf patutnya diam aje, and terus berjuang ke jalan Allah..ini mcm bermegah pulak. Tunggulah x lama lagi adalah stesen2 tv nakamik kesempatan kat ko, jadi hos ke, ikon jemputan ke…selamat disebat cik kartika ye..
Anti_Beer Drinking on Fri, 28th Aug 2009 1:01 pm
Betul Hytiq, Sokong 100%. Org zaman sekrg dah makin berani. Buat sesuka hati tanpa memikirkan landasan agama. Bersenang2 dahulu..Bersusah2 kemudian (kan dah kena sebat)- dah tengok video org yg kena sebat dlm penjara mmg tahap dewa dan mengerikan. Oleh itu, ingat la anda semua hidup di dunia hanya sementara. Utk Kartika, jadikan la hukuman kali ini sebagai pegajaran seumur hidup and jangan mengulanginya lagi. Byk lagi kenikmatan di dunia yg boleh anda rasai. Ingat keluarga dan org tersayang.
juan on Fri, 28th Aug 2009 8:54 pm
gilow sadis video tuh
chuak lak aku tgk
tazsc on Fri, 28th Aug 2009 9:52 pm
mmg layak artis kne rotan!n jgn pilih kasih bile rotan..kot2 yg glamor nk settle lua mhkamah ke..ptut yg msuk kelab pn rotan!bngong pe.cm xde agame
ej on Fri, 28th Aug 2009 11:20 pm
aku sukung sngt if artis kena sebat. spptnya durang tuh yg kena sebat dulu tau. artis2 yg suka wat benda2 xsenonoh tmasuk minum ‘harimau luar tin’tuh mmg tak ptt kita sokong tau, bia p durang merempat…
Yo! on Sat, 29th Aug 2009 12:15 am
Yg disebat bkn setakat rakyat biasa.. VVIP dan artis jgak perlu disebat.. Patutnya Act Undang-undang Syarie da perlu diubah.. Agak2 dpt je pic org Islam (VVIP + Artis = Lebih senang dikenali) bergambar sambil minum arak, tangkap dan sebat je.. Sekurang2nya dapat memberi pengajaran kepada Umat Islam di Malaysia.. Tak kiralah apa pandangan negara lain.. Jaga sgt hati orang2 kafir yg mendominasi ekonomi.. Kononnya klu takde dorang, negara leh lingkup..
Kalau tak, samalah seperti Undang-undang Syarie di Malaysia tiada fungsi.. Sama cam penerima rasuah dan pemberi rasuah yg beragama Islam, sepatutnya didakwa di Mahkamah Syariah sbb dlm Islam mengharamkan riba dan rasuah, bkn didakwa di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi..
Wallahualam..
akuadi on Sat, 29th Aug 2009 4:30 am
ntah..la…padahal..dah boleh buat..tp nak tangguh..nk cari tukang sebat syariah…
aida.JJ on Sat, 29th Aug 2009 10:30 am
i rasa kalo buat lps raya,
maybe ada alasan : time raya,kena saling bermaaf-maafan .
so, dia tak payah jalani hukuman -__-”
bro charm on Sat, 29th Aug 2009 12:09 pm
kalo artis kono sobat…nanti org2 diatas pun akan kono sobat..
sobab tu ado org2 diatas suruh minah ni merayu…takut rakyat bersuara suruh undang2 ni dikuatkuasakan…
tuan punya badan setuju kono sobat…owang len plak keco2 suruh dio merayu…
bibie on Sat, 29th Aug 2009 1:48 pm
Lebih ramai lagi umat Islam diluar sana tu minum arak yang sampai lupa dunia, lupa diri dan lupa agama mereka. Tapi yang heran ni, artis dan celebriti minum arak malah sampai ditangkap oleh jabatan agama Islam tapi takda la pula sampai kena hukuman rotan pun……….
luv on Sat, 29th Aug 2009 4:11 pm
dah lah kalau salah tu tetap salah … nape g buat, pk dulu sblom buat sesuatu ni kan dah buat nasik dah jadik bubor
akazuma on Sun, 30th Aug 2009 2:14 pm
woo. sakit woo kene rotan..
absy on Sun, 30th Aug 2009 5:45 pm
salam
pihak ohartis diharap lebih peka dengan isu ini. sekarang diceritakan berkenaan dengan hukuman sebat kartika, tetapi menunjukkan video youtube sebatan sivil
perlu diingatkan bahawa sebatan untuk kartika adalah berlainan dengan sebatan sivil tersebut di mana sebatan sivil sangat2 menakutkan, sampai berdarah2 punggung.
sebatan yg dikenakan untuk kartika ni pulak menurut syarat2 yg telah ditetaapkan, lebih mirip hukuman rotan barangkali. jadi harap pihak yang menulis artikel ini lebih prihatin dan kalau boleh menunjukkan cara sebatan islam, oleh sebab itu tak timbul salah faham pembaca yg cetek ilmu berkenaan sebatan hukuman syariah.
menunjukkan video hukuman sebat sivil seolah-olah pihak penulis ohartis mengambarkan sebatan untuk kartika adalah seperti itu.
harap artikel ditulis dgn lebih terperinci.
masz on Sun, 30th Aug 2009 10:31 pm
ehh.. aku paham jek. tgk pd ape lak kesalahan dia kan. xkan itu pun xleh pk kot. huhu. tp kalu 6 sbtan pasal kes minum. nape 7 e kuantan ader je jual air tu nyek. confuse..
ArtisCelup on Mon, 31st Aug 2009 12:39 am
ADA bukti ke artis minum arak ni?
selagi takde bukti tak elok buat tuduhan melulu
artis kat malaysia baik2 taw.takde sorang pun yang minum arak
kalo ada sila bawakan bukti
jgn duk mengata sahaja
kalo setakat dengor cite orang bek takyah
artis buat maksiat?
ada bukti ke?
mane buktinya?
kalo tunjukkan saya rela dihukum
hahahahaha
artis oh artis
um pe cak
Gadis Lonely? Reply:
August 31st, 2009 at 1:23 am
menimbun gambar2 lah saudara.. buta ke? hehehe.. boleh cek artikel2 lepas.. ok anda rela dihukum?
Yo! on Mon, 31st Aug 2009 10:52 am
Kepada Absy.. Admin da tulispun :-
P/s: Kartika tu dah sibuk sangat nak dirotan even dalam bulan puasa pun. Jadi apa tunggu lagi, rotan je la iye tak? Lepas tu dia nak dirotan dikhalayak ramai untuk memberi pengajaran kepada orang ramai. Jadi apa masalahnya, dia yang nak? rotan je la. Pelik betul benda senang nak buat leceh.
Agak2nya mata awk tu nampak admin tulis SEBAT ke? Hmm.. dan berkenaan dengan video, cuba awk baca balik title video tu.. Jgn sesedap rasa nk bom org.. title tu ada menyebut PEROGOL.. ada ke title tu sebut PEMINUM ARAK? Musykhil btol laaa.. Mata sparrow..
absy on Mon, 31st Aug 2009 1:27 pm
memang ada ditulis, tetapi kekeliruan tetap timbul bila pembaca baca artikel ini. sebab tu kalau baca komen2 di atas, masih ada pembaca yang fikir hukuman terhadap kartika adalah seperti sebatan dalam video itu.
alangkah baiknya sekiranya dlm artikel tersebut ditulis sekali perbezaan hukuman sebatan sivil & sebatan Islam, atau diletakkan gambar, jadi secara tidak lansung pihak penulis dapat mengelakkan kekeliruan terhadap isu ini. Bukan semua pembaca kita peka dan mempunyai pengetahuan dalam perbezaan ini. saya yakin masih ada lagi golongan cetek ilmu mengecam hukuman ini.
contoh komen yang ada:-
“salam. aรขโฌโขa la.. macam ada ketidakadilan.. kenapa Kartika? Dah tu 6 sebatan.. isk2รขโฌยฆ1 sebatan je.. kena tunggu 2 3 bulan sembuh..”
jadi berhati-hati memberi komen & mengatakan hukum yg tidak adil. tidak timbul isu sebatan sehingga 2-3 bulan sembuh. ini bukan sebatan sivil.
secara ringkas apa yang saya peroleh di internet perbezaan hukuman ini adalah seperti di bawah.
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
Erind Reply:
September 1st, 2009 at 9:52 am
wah, hmpir lgkap utk pngetahuan..
thanx for the info..
actually, byk laman blog yg mnyokong kartika sbb mreka ni mcm x tau apa2 jek psl hukum agama..
sy bkn tau sume, tp phm gak dgn undang2 yg mlibatkan agama..
nk tegur dorg, tp tiada ‘ayat yg sptutnya’ utk d tegur..
takut kata2 kita mnyimpang n mnukar fahaman mreka kpd lebih ngatif..
tengkurax on Mon, 31st Aug 2009 2:28 pm
btol. ak sokong suhaisme. hukuman nak sebat org yg minum arak ni guna hukum Islam. bukan mcm hukuman sivil. xsama ok. mengikut hukum Islam nak sebat org yg buat kesalahan ni, ada cara sebatannya. bukan main sebat suka2 je. sebat tu x boleh angkat tinggi2. klu kata mmg xda org yg nak sebat, mungkin btol. sbb cara2 dia kna blajar dulu. buka blk la kitab. jgn main pndai ckp je.
bro charm on Mon, 31st Aug 2009 4:06 pm
sapo yg pertikaikan nanti den sobat punggung tu ahak ahakkk
MiLza_gaDis ciNta on Tue, 1st Sep 2009 4:40 am
law aku dok tmpt dia
malu giler nk tnjuk muka
tp dia ni ajaib ler
siap snyum2 tyang muka ag
pas 2agkt2 tgn
cm tunku balik utk isythr m’deka
ape la dia ni……………
hampeh!!!!!!!!!!!
bambino on Tue, 1st Sep 2009 6:51 am
Menarik topik ni..aku sokong topik ni..Apesal org yg t’knl xkena ape2 tindakan walhal duduk dlm 1 negara, b’agama Islam tp bila wat silap xkena ape2 pn..
Gmbr pula b’sepah2 t’sebar d internet..Ape cer…?
Btw, hukuman sebat d buat kt Pahang je..Knp kt negeri2 lain xbole buat sama? Kalu dh beragama Islam tu hukuman sepatutnya tetap sama..Tiada p’bezaan..
john on Fri, 4th Sep 2009 12:26 am
kite xleh plih blu…
rain on Fri, 4th Sep 2009 12:59 pm
to all jgn lah korang nak mempertikaikan hukuman yg dah dijatuh kan..and pls bace lah the latest issue..and the writer shud noe ur sources kan..
hukuman rotan yg dah dijatuhkan tue bkn mcm korang tgk kat video yg kat atas tue..and pls dun be stupid..terima je pae yg org tulis…find ur own sources lah…bace and jgn nak jd org yg tau nak complaint jer sdg kan we all are nothing…
khai Reply:
September 4th, 2009 at 1:06 pm
kan ke video atas tu dah cakap hukuman sebat perogol.. bukan berkaitan dgn isu kartika ni pon.. sekadar pedoman..
boy on Fri, 4th Sep 2009 8:45 pm
btl ke die tu keturunan melayu?
name bpk die ngan die mcm indon.
muke pon mcm muke indon.
mushkil aku.
syiema on Fri, 4th Sep 2009 9:28 pm
oh… gitu..absy.. thanks for the information.. ! Makcik baru tau.. hehe.. so.. tak perlu risau lagi dah.. Ingatkan.. semua hukuman rotan tu sama.. tq ye
padijantan on Sun, 6th Sep 2009 7:25 am
Sebuah filem pendek akan di pertontonkan dalam masa terdekat ini yang mengikaskan isu sensasi yang akan menemplak pihak tertentu berkenaan isu Kartika Sari Dewi Sukarnor.
Sejahuh manakah proses pembikinan filem pendek ini berjalan dan apakah Objektif serta Matlamat yang akan disampaikan…?
Sama-samalah kita nantikan saat-saat kemunculannya…
Kebanyakan fakta yang di sebut dan di ulas berkenaan isu Kartika Sari Dewi Sukarnor, boleh di katakan jauh berbeza dari apa yang beliau sendiri sampaikan sama ada dari “verbal” mahu pun “non verbal” yang tidak di fahami oleh pengamal-pengamal media masa kini.
Dengan pendekatan konsep 1 Malaysia sebuah filem pendek karya dan arahan padi jantan http://padijantan.blogspot.com( http://www.youtube.com/pad1jantan ) & ( http://www.worldtv.com/padijantan ) akan di terbitkan bagi menyampaikan message Moral dan Hikmah sesuatu yang di takdirkan Allah kepada hambanya.
PutraMalaya on Sun, 6th Sep 2009 11:54 pm
HARAM TETAP HARAM..o_O
khaixy Reply:
September 6th, 2009 at 4:46 pm
test
romeo on Mon, 7th Sep 2009 9:04 am
sapelah nak larang artis artis..
sebab semua org suke…klu orang benci
baru depa sebat..
ni depa sayang sape lah nak sebat die
Glamer on Tue, 8th Sep 2009 3:03 am
Dah nampak sah2 artis atau selebriti minum arak dlm gambar kenapa x tangkap je diorang tu dan jatuhkan hukuman sebat.
Binrobani on Fri, 11th Sep 2009 10:04 am
Blog ni host kt KPKT ker ???
jade on Sat, 12th Sep 2009 8:16 am
camni la..ni hukuman di dunia..yg pasti arak tu HARAM.. dan hukuman PASTI menimpa kepada mereka yg menunggak air syaitan ni…
tak yah kan artis..budak baru abis sekolah pun selamba beli carsberg kat 7eleven..yg pelik cashier melayu tu pun selamba je jual…mmg dunia dah kiamat dah…nauzubillah…
jade on Sat, 12th Sep 2009 8:17 am
hukuman yg pasti …di akhirat nnt ye..
adan on Wed, 16th Sep 2009 4:37 am
hmm… kalau kartika disebat di khalayak ramai manakala artis kita tak ada apa walaupun bukti jelas terpampang.. semua jabatan agama islam penguatkuasa agama bakal masuk neraka la jawabnye..
USD 50 setiap hari on Thu, 17th Sep 2009 3:31 pm
Salam Ramadhan,
Aritikel di petik dari :http://tmaarh66.blogspot.com
Sebat merupakan jenis hukuman utama dalam Undang-Undang Jenayah Islam.Jika diteliti kita boleh bahagikan kepada dua bahagian:-1-Sebat dalam hudud 2.Sebat bagi kesalahan ta`zir.
Bila disebut hudud ianya suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah(lihat al-Talwih ala al-Taudih li Taftazani,j2,ms 151),manakala ta`zir hukuman yang tidak ditetapkan oleh Allah,maknanya hukuman yang ditetapkan bagi pengajaran keatas kesalahan(dosa)selain daripada hukuman had/hudud dan kaffarah(lihat Mughni Muhtaj 4,190),dan ianya tertakluk pada budibicara pemerintah dalam menetapkan hukuman bagi memberi pengajaran(YA Datok Asri :Kaedah Hukuman Sebat.JH xx11 2006/ms 02).
Dalam Uqubah Hudud sebat adalah hukuman mandatori bagi tiga jenis kesalahan:-
1) Zina: 100 kali sebatan bagi kes ghair muhson(belum kahwin/Rujuk Surah Al-Nur:2).
2) 80 kali sebatan dalam kes Qazaf(menuduh seseorang berzina tanpa saksi yang cukup/An-Nur:4))
3) 40 sebatan/80 sebatan bagi peminum arak.(Hadis Muttafaqun Alaih:Syarah Bulughul Maram,Abdullah Bin Abd Rahman AlBassam, Juz 6:352/hadis No 1078)
Disamping itu juga bagi kesalahan ta`zir,boleh juga dikenakan sebatan mengikut sebagaimana dikanunkan keatas apa jua kesalahan yang difikirkan sesuai dengan seksaan sebat.(lihat Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri)
Sebatan Dalam kes Ta`zir.
Hukuman sebat dalam kes ta`zir,adalah disandarkan dari sumber berikut:
1)Al-Kitab-Surah An-Nisa`:34) Hukuman kepada isteri yang nusuz.
2)Al-Sunnah-Hadis Riwayat al-Bukhar/Muslimi-..Janganlah kamu menyebat lebih dari sepuluh sebatan melainkan dalam kes had dari had-had Allah
3.)Ijmak Sahabat Mulia atas pensyariatan hukuman ta`zir.
4.)Aqal-keluasan kepada hukuman yang yang telah ditetapkan bagi tujuan pencegahan.Ta`zir adalah hukuman yang diwajibkan dalam kes-kes yang bukan kes had dan kaffarah.(al-Mufassal J5:446).
Kaedah Sebatan Mengikut Perbahasan Fiqh.
Kita cerita dulu dalam 3 kesalahan hudud.
Alat:Ulamak sepakat alat yang digunakan untuk sebatan dalam keslahan hudud selain meminum arak adalah `al-sawt`(cemeti-alat dibuat dari kulit dipintal/tidak dipintal) .Kata Ibnu Qudamah:Sesungguhnya sebatan adalah dengan cemeti,tidak kami ketahui adanya perselisihan pendapat dikalangan ilmuan tentang perkara ini melainkan dalam kes munum arak(Rujuk Dr Asraf Hasyim JS:Ms 02/Ibnu Qudamah:al-Mughni:10/333/al-Hawi al-Kabiir:13/435)
Bagi peminum arak,ulamak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai alat yang digunakan bagi sebatan.
Jumhur:Hanafi/Maliki/Sebahagian Syafie dan Hanbali:Alat tersebut cemeti sahajas ama seperti kes hudud lain.Alasan/Dalil Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi:
Sesiapa yang minum arak,maka sebatlah ia…)lihat Syarah Bulughul Maram Bab hadd bagi Munum Arak).arahan sebat diatas adalah adalah umum(tanpa sebut alat sebatan)Oleh yang demikian alat sebatan adalah dirujuk kepada alat sebatan yang dipakai dalam kes zina/qazaf.Oleh yang demikian alat tersebut adalah al-sawt`/
Pandangan ini ditolak oleh sebahagian ulamak dengan menyatakan,dalam kes minum arak terdapat hadis sahih yang menyebut tentang alat penyebat yang lain selain cemetai.pandangan muktamad mazhab syafie menyatakan selain cemeti,alat lain seperti hujung kain(atraf al-thiyab).sepatu(al-ni~al) dan pelepah tamar(al-jarid).Pandangan ini didasarkan dari Hadis dari Abu Hurairah r.a-
`bahawa seorang lelaki yang meminum khamar dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w,beliau bersabda pukullah dia,lalu abu Hurairah menjelaskan: diantara kami ada yang memukul dengan tangan,ada dengan sepatu dan ada dengan pakaian.(Riwayat Muslim).
(lihat Syarah Bulughull Maram j6:382)
Pandangan ini juga disokong oleh sebahagian ulamak mazhab hanbali.
Ibnu qudamah ada memberi komentar hal ini:Hadis diatas adalah diperingkat awal hukuman sebat keatas peminum arak,selepas dari itu telah sabit amaln dari Rasulullah dan para sahabat baginda menjalankan sebatan dengan menggunakan cemeti.(Dr Asraf Hasyim/Al-Mughni).
Tarjihan:
Pendangan yang terkuat,hukuman selain cemeti bagi peminum arak adalah diterima pakai,tidak ada petunjuk hukuman tersebut dimansukhkan.Bagi mereconcilekan pandangan ini,kedua jenis alat:cemeti dan lainya adalah diterima pakai.Namun begitu bagi tujuan uniformiti,alat sebatan cemeti(dibaca:rotan) perlu diutamakan tanpa menafikan alat-alat lain.
Spec Alat Sebatan.
Sekiranya digunakan rotan/cemeti dan seumpamanya,maka hendaklah rotan itu sederhana ukuranya.tidak terlalu muda atau tua,tidak berbuku-buku atau pecah,bagi tujuan tidak mencederakan atau melukakan pesalah/
Antara hadis yang menerangkan tentang spesifikasi ini ialah:
Rasulullah telah diberikan cemeti lama untuk menyebat penzina,lalu baginda menolak ,lalu dibawa cemeti baru yang masih ada lebihan cebisan atau lebihan,baginda juga menolak,lalu dibawa cemeti yang tidak terlalu lama dan baru,lalu baginda menyebatnya dengan cemeti tersebut.
Amalan Sahabat:
Saidina Omar Al-khattab akan meminta cemeti yang tidak terlalu lama dan baru bagi tujuan menyebat pesalah.
Anas Bin Malik pernah diarahkan menyediakan cemeti pada zaman saidina Omar,lalu beliau membuat cemeti tersebut dan membuang segala lebihan serta dihimpitkan diantara dua batu untuk melembutkanya.(Dr Asyraf Hasyim JS 2000) lihat juga Sunan al-Kubra lil Al-Baihaqi 8/326. al-Muwatta 4 146.
Hayunan Sebatan
sambung….
Hayunan/sifat kekuatan sebatan/tatacara sebatan.
Abd Qadir Audah ketika menjelaskan tatacara/prosedur ini:-
Hayunan hendaklah sederhana tidak terlalu kuat hingga melukakan/atau terlalu ringan.(hingga tidak merasa kesakitan dari pukulan tersebut dan tidak mencapai maqasid hukuman itu(penulis)).Bagi merealisasikan perkara ini,perkara berikut hendaklah diambil kira:
1.Di syaratkan penyebat(al-Jallad)ababila selesai melakukan sebatan tidak menarik cemeti/rotan tersebut hingga meyebabkan terkena pula ketempat lain pada bahagian tubuh pesalah.
2.Di syaratkan tidak mengangkat tangan(al-Jallad) melebihi paras kepalanya hingga menampakan ketiaknya.kerana keadaan sedemikian boleh mendatangkan pukulan yang kuat hingga melukakan kulit(terkoyak).(Abd Qadir Audah:Al-Tasyri` Al-Jinaei Al-Islami,Jld 2,ms 449-450/Talkhis al-Habir-mengenai Hadis menerangkan kadar hayunan sebatan-Hadis Riwayat al-Baihaqi)
3.Sebatan hendaklah dilakukan berturut(tujuan)mendatangkan kesakitan kepada pesalah.Maqasid hukuman adalah sebagai pengajaran dan teladan.(lihat Nihayah al-Muhtaj 8/9)
4.Tukang sebat itu sendiri hendaklah lelaki yang adil dan matang serta profesional tentang kerjayanya/keadaan fizikalnya tidaklah terlaku kuat atau terlalu lembut dan lemah.(lihat al-Mawwaq:al-Taj wa al-Iklil 6/318/Dr Asyraf Mohd Hasyim JS ,ms 5).
5.Lelaki disebat secara duduk,wanita disebat secara duduk(Hanafi/Syafie dan Hanbali),dalam menyebat pesalah minum arak hendaklah jangan dibogelkan.dibelenggu dan diikat,berdasarkan is Riwayat Ibnu Mas`ud(Dr Wahbah Al-Zuhaili Fiqh Islami j vi,ms 54/Hadis ini Riwayat Al-Tabrani dan menurut al-Alhaitami dalam Majma` al-Zawaid-seorang perawinya bernama Juwaibar adalah dhaif).Maliki mensyaratkan samada lelaki atau wanita hendaklah disebat dalam keadaan duduk.
6.Pesalah hendaklah berpakaian(menutup aurat) ketika menjalankan hukuman( wanita) jika berpakain tebal hendaklah digantikan,namun beberapa pandangan ulamak pesalah lelaki boleh ditanggalkan pekaian(dibenarkan menutup aurat berat sahaja)-ini pandangan( Imam Malik/Hanafi).
Tempat Sebatan(bahagian -bahagian badan).
Kebanyakan ulamak menegaskan sebatan hendaklah tidak pada suatu tempat sahaja,dan hendaklah dipukul tempat-tempat lain pada bahagian badan yang dibenarkan.Kaedah sebegini wajib disisi Hanafi/Syafie dan sunat disisi Hanbali.Pukulan hendaklah ditujukan pada pelbagai tempai seperti bahu,lengan,peha dan betis dan dijauhi tempat-empat seperti kemaluan,muka,kepala,dada dan perut.Saidina Ali pernah berkata kepada tukang sebat:pukulah dia dan berikan setiap anggota haknya dan jauhi muka dan kemaluanya.(kata Al-Haitami riwayat ini Mauquf kepada Saidina Ali.)
Bagi Maliki,beliau berpendapat bahagian yang dipukul semasa menjalankan had hanyalah belakang dan bahu sahaja.Pandangan ini didasarkan dari apa yang diarahkan oleh Rasulullah dalam kes seorang sahabat menuduh(qazaf) isterinya curang,maka katanya:kemukakan bukti atau had atau belakangmu.
Imam Syafie berpendapat pukulan hendaklah ditujukan kepada semua bahagian selain muka,faraj,rususk dan semua anggota yang ditakuti mendatangkan kerosakan pada tubuh.Pandangan ini diasaskan dari kata-kata Saidina Ali seperti diatas,dan riwayat dari Saidina Omar bahawa beliau menemui seorang jariyah yang sedang dilakukan hukuman had keatasnya,lalu beliau berkata:pergilah kepadanya,dan pukullah dan jangan sampai mencederakan kulitnya.Inilah maksud perlaksanaan had bertujuan menegah bukan untuk membinasakanya.(Fiqh Islami:55).
Dari perbahasan diatas boleh disimpulkan secara umum:-
Ulamak sepakat-pukulan tidak dibenarkan dimuka,kemaluan atau mana-mana tempat yang boleh membawa maut(contoh:leher dan rusuk).
Jumhur Ulamak berpandangan sebatan tidak dibenarkan di kepala.Alasanya kepala adalah tempat sensitif dan dibimbangi sebatan akan mencacatkan syaraf hingga menyebabkan gangguan akal,mata dan telinga.Namun sebahagian ulamak Hanafi dan Syafie membenarkanya dengan kadar sebatan yang sedikit.(perlu diteliti secara klinikal jika sebatan dilakukan di kepala).Nihayah al-Muhtaj 8/17.
Tempat Hukuman.
Satu Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi yang menyebut:..Janganlah kamu menjalankan hukuman hudud di masjid-masjid(Status:dhaif-diriwayatkan dari berbagai jalan-semua jalan ada perawi dhaif dalam sanadnya-Lihat Talkhis al-Habir/Majma` al-Zawaid jld vi/Subulus Salam jld iv).Berdasarkan dari hadis ini,kebanyakan ulamak(Jumhur) tidak mengharuskan hukuman dijalankan di masjid.Sungguhpun begitu boleh kita merenung kepada ayat Allah(an-nur:2)-maksudnya:..`dan hendaklah disaksikan hukuman yang dilaksanakan itu oleh sekelompok orang-orang yang beriman`.Soal tempat menjalankan hukuman sebenarnya tidak diperincikan dalam nas selain dari petunjuk dari hadis diatas dimana dilarang menjadikan masjid bagi tempat menjalankan hukuman.Ini bertujuan bagi menjaga kemuliaan masjid itu sendiri.
Perbahasan ulamak seperti berikut:(Fiqh Islami:56)
1.Ulamak Hanafi/Hanbali-dijalankan ditempat yang dipenuhi oleh orang ramai sebagaimana arahan Allah tersebut.
2.Syafie/Maliki pula:Di galakan kesaksian(dipertontonkan oleh orang ramai) sekurang-kurangnya oleh 4 orang.
Jelasnya perlaksanaan hudud hendaklah dijalankan bagi memberi pengajaran,maka maksud ini akan terhasil jika hukuman tersebut dipertontonkan kepada umum,Maka dari segi perbahasan hukumnya-had dikhalayak ramai adalah sunat disisi Hanafi/Syafie dan Maliki,dan wajib disisi Hanbali.
Cuma apakah dimaksudkan (`toifah`:sebahagian/sekelompok) Ada berbagai tafsiran(lihat pandangan Syafie/Maliki diatas-memadai disaksikan sekurang-kurangnya 4 orang),dikatakan sekelompok atau sebahagian orang ramai mungkin jumlahnya 3/5/6/7/10 orang?.Mengikut Al-Alusi-tiada had atau jumlah mereka yang hadir bagi menyaksikan perlaksanaan sebatan ini,yang penting ianya mencapai maksud hukuman itu sendiri sebagai iktibar dan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.(Dr Asyraf Md Hashim JS/10)
USD 50 setiap hari on Thu, 17th Sep 2009 3:32 pm
saya abik point penting ye
Dalam Uqubah Hudud sebat adalah hukuman mandatori bagi tiga jenis kesalahan:-
1) Zina: 100 kali sebatan bagi kes ghair muhson(belum kahwin/Rujuk Surah Al-Nur:2).
2) 80 kali sebatan dalam kes Qazaf(menuduh seseorang berzina tanpa saksi yang cukup/An-Nur:4))
3) 40 sebatan/80 sebatan bagi peminum arak.(Hadis Muttafaqun Alaih:Syarah Bulughul Maram,Abdullah Bin Abd Rahman AlBassam, Juz 6:352/hadis No 1078)
kuku on Thu, 17th Sep 2009 7:28 pm
hukum ALLAH la beb..
mane bleh korg nk prtikaikan..
klu korg nk bnth hukum ALLAH,cari bumi len..
jgn tgl d bumi ALLAH ini..
bumi y korg bleh bt sesuka hati korg..
kita ni hambany..
mane kita lyk nk prtikaikan hukunNYA..
same gk ngn kerajaan,cube kita prtikaikan ape y kerajaan buat..
cmfirm ISA la beb..
salam@ipoh on Fri, 18th Sep 2009 8:33 am
assalamualaikum…tahniah pd org yg menyokong tindakan kartika…tindakn die betul cuma kte je salah tafsir…die nak negara ni jalankn hukum yg sepatutnye tu je…cuma masalah disini jika hukuman tu dijalan kn ade keburukan sbb industri arak diantara akan jatuh…tu yg byk tentangan…tp alhamdulillah si kartika ni dah berubah..die pun slalu datang mengaji dan belajar tentang agama ngan lebih mendalam di salah sebuah sekolah pondok di Ipoh
skut on Thu, 24th Sep 2009 2:18 am
aku sokong sama kartika..
kurang2 pon diengaku yg die buat mende tuu..
yg pasal artis tu pon aku sokong gle..
rotan je sampai hancur punggung tuu..
lagi aku heran, yg kartika tu sendiri mintak hukuman sebat tapi org len pulak yg lebih2 nak simpati..
dah org buat salah, nak simpati ape lagi.. lagi pon hukuman ikut cara islam tuuu..
Insan Terkilan on Wed, 28th Oct 2009 3:23 pm
Assalamualaikum…
A very Good Evening…
Ladies and Gentlemen…
This’s Abdullah Simbad..
HAihhh…kome nih artis minum arak bertahun2, berkurun2 lamenyer tak kena sebat… tibe2 kartika punye isu kecoh 1 alam… tak patut la mcm ni… tak baik… Tak malu ker kite selaku rakyat Malaysia.
anyway, saya melihat bende ni dari 2 view of point:
1) Dari sudut liberal
2) Dari sudut Islam tu sendri
Dari Sudut liberal, tak patutlah buat mcm ni… die bkn nyer buat kesalahan jenayah besar… Tak baca buku undang2 ker?
Dari sudut Islam, mmg die salah tapi sepatutnyer kite perlu mmberikan die ruang utk repent… persoalan yg timbul dari saya…Is it the duty of enforcement to turn all the sins into crime…? bkn tanggungjwb enforcement tu sendri… bkn die buat jenayah…
Based on the syariah grounds..
1) There is no consensus of caning to prescribed. Only Pahang, Perlis, and Kelantan… So, it is not suitable to whip Kartika…
2) Back To Quran itself, in surah Al-Maidah… God is forving and Merciful… Thus, she should be given a room to repent
3) Kartika should be given to repent not to give her the maximum punishment… Previously, people who had been caught consume alcohol been fined… Why suddenly Kartika should be given the corporal punishment…
- Is there no space for a people who had commit an error for the first time to repent…?
hambaMu on Mon, 10th May 2010 3:47 am
dunia akhir zaman