Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Gambar) Kekasih Hati Black Mentor. Show off pun!

September 30, 2009 by  
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Oh! Artis pernah mengeluarkan artikel selepas kami terserempak dengan Black dan kekasih hati di sebuah restoren di Pantai Dalam. Tapi ketika itu, Black tidak mahu gambar kekasihnya diambil. Untuk yang terlepas artikel tersebut, boleh refer semula di artikel (Gambar) Black Mentor dan Kekasih.

Tapi nampaknya Black sendiri akhirnya show off awek dia kat Facebook. Ape cer ni kan? Mungkin dah tak tahan kot orang anggap dia ni seorang gay. Mungkin dengan menunjukkan kekasih hati mampu membuang segala andaian tidak bermaruah tersebut. Dengan title album “Me & My love” di Facebook’nya, kami pertontonkan kepada semua.

awek3.jpg” alt=”" />

awek1.jpg” alt=”" />

awek2.jpg” alt=”" />

Di artikel yang dulu, ramai sangat yang nak tahu rupa kekasih hati si Black ni, jadi gambar di atas adalah wanita tersebut. Memang sah sebab masa kami snap gambar diorang kat kedai makan tu dulu, awek dia ni tersipu-sipu malu dan gaya rambutnya memanglah sama.

(Filem) Mengapa perlu dan tidak menonton Jin Notti?

September 28, 2009 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Tak tahu nak cakap camana, tapi dua orang krew Oh! Artis baru je lepas menonton filem ni tadi di MBO Galaxy, Ampang. Jadi untuk tidak berat sebalah, kami taknak beri komen peribadi mengenai cerita ni. Takut lain orang lain tanggapan dan selera mereka. Jadi kami letakkan sebab mengapa anda perlu menonton atau mengapa anda tidak perlu menonton filem Jin Notti ni. Jadi pandai-pandai buat keputusan sendiri. Sokonglah industri perfileman tempatan. At least!

Cerita ni melibatkan dua dunia iaitu Dunia Jin dan juga Dunia Manusia. Semua pun tahu yang sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Itu motif utama cerita ni. Menceritakan di mana seorang jin bernama Notti (Fafau) telah melakukan kesalahan kerana terlalu baik di dunia jin. Jadi Notti telah dicampakkan ke dunia manusia untuk berbuat jahat.

Jadi bermulalah episod yang menarik semasa di dunia di mana kemain susah lagi si Notti ni yang hasut manusia buat jahat. Suruh hasut buat jahat, dia pergi hasut jugak suruh buat baik. Paiseh! Ada 3 scene berbeza untuk Notti menjadi jahat di dunia manusia. Jadi awek clubbing, jadi awek ketua gangster dan jadi peguambela. Semua scene ni secara tak sengaja melibatkan Aziz (Mawi) yang secara tak langsung akhirnya telah menyatukan 3 scene ini menjadi satu. Ending tak boleh bla dia punya romantik. Harharhar! So shumel la Fafau. Ayu tak hengat. Read more

(Gambar) Posing Azwan Ali semasa mengerjakan umrah

September 28, 2009 by  
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Dengar kata Azwan Ali dah berubah. Nak jadi betul-betul jantan lepas ni even apa yang terjadi kat dia sebelum ni hanya khayalan dia semata-mata, tapi untuk apa kan nak berlakon jadi sotong macam tu? Kalau Azwan jadi lelaki sejati ditambah pula dengan perangai yang baik insyaAllah pasti ramai je yang akan menyukai dan menghormati dia. Macam juga la si Pak Nil (Aznil Hj Nawawi). Lagi bagus Azwan Ali ikut perangai abang dia yang jadi YB untuk Bukit Antarabangsa tu.

Kami di Oh! Artis juga pernah mengeluarkan beberapa artikel mengenai perangai buruk Azwan Ali sebelum ini termasuk mengajak ramai-ramai boikot dan flag blog milik’nya. Undian disebelah tepi Oh! Artis ni pun menunjukkan sememangnya Azwan Ali tidak disukai ramai. Apapun keputusan Azwan sebelum ini untuk mengerjakan umrah sememangnya mengejutkan semua. Ramai yang bersyukur dan berharap Azwan Ali benar-benar berubah dan cuba jadi diri dia yang sebenarnya. Ramai tahu (terutama golongan selebriti) siapa sebenarnya Azwan Ali yang sebenar. Jangan jadi macam seorang artis perempuan ni. Pergi umrah dah berapa banyak kali tapi balik-balik pakai tudung pun tak reti-reti. Pergi melancong agaknya.

Azwan, selamat maju jaya ikhlas dari kami. All da best to you.

P/s: Khabarnya, Azwan Ali mengerjakan umrah kerana telek’kan tarikh lahir’nya menunjukkan ada sesuatu yang sedang menghampirinya. Benarkah? Wallahualam.

(Spoiler) Sinopsis semua episod drama Nur Kasih

September 26, 2009 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan, TV

nur kasih tiz zaqyah

Entah dari mana silapnya atau mungkin ni kerja orang dalaman, kantoi sudah sinopsis semua episod Drama Nur Kasih. Mungkin ini sinopsis yang sama pernah diberikan kepada Tiz Zaqyah semasa dilamar untuk berlakon menjadi Nur Amina dulu kan? Sinopsis lengkap berbahasa Inggeris dan Melayu. Buat peminat drama tersebut, mungkin ini akan betul-betul spoil mood anda untuk terus menonton cerita tersebut. Tapi takde masalah sebab kami pun peminat drama arahan Kabir Bhatia ni.

Drama yang ditayangkan setiap hari Jumaat tepat jam 9 Malam di TV3 ni sememangnya mendapat rating penonton yang sangat tinggi. Ramai yang tak keruan kalau-kalau drama Nur Kasih ni lambat sedikit bermula. Macam Jumaat baru-baru ni, sedikit kelewatan waktu tayangan membuatkan ramai peminat drama tersebut kecoh habis di Twitter. Ingat takde rupanya lewat 15 minit je pun. Hehehe.

Anda boleh membaca sinopsis penuh drama Nur Kasih melalui link di bawah.
ENJOICE: http://www.scribd.com/doc/20226334/Nur-Kasih-Full-Version

+ Kudos buat Saudara Amanz kerana sudi berkongsi bersama kami.

(Panas) Motif Siti Nurhaliza bertudung tapi tetap seksi?

September 25, 2009 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Banyak-banyak binatang, binatang apa paling seksi? Hehehe, tentulah Zebra sebab bukak Zip nampak Bra. Hahaha! Tapi kita bukan nak cerita pasal binatang kat sini tapi manusia. Manusia yang dimaksudkan adalah Datuk Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang selalu sangat kami menerima email tentang kritikan cara pemakaian Siti ni. Tapi since dia puh dah besar panjang tambah-tambah lagi dah ada suami, pandai-pandai la dia nak hidup kan?

Tapi bila kami terima satu email dari pengirim yang ingin namanya dirahsiakan ni, baru kami tersedar mengapa Siti perlu berikan contoh yang baik bukan sahaja dari perbuatan malahan juga dari segi pemakaian. Mungkin ada yang berkata biarlah dia ataupun kubur lain-lain dan sebagainya. Tapi kita kena sedar bahawa Siti Nurhaliza adalah IKON dunia seni di Malaysia. Artis No 1 la katakan. Kata Malaysia negara Islam tapi ikon yang ada boleh diketegori’kan sebagai betul-betul Islam kah? Nyata TIDAK! Read more

(Gambar) Tiz Zaqyah aka Nur Amina yang terkini

Makin cantik anak gadis kelahiran Kuala Lumpur ni kan? Tiz Zaqyah lebih dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia setelah membawakan watak gadis naif bernama Nur Amina di dalam drama bersiri, Nur Kasih. Dilahirkan pada 25 Oktober 1988, bakat lakonan Tiz Zaqyah mula dikesan apabila terlibat sebagai pelakon tambahan dalam drama Impian Ilyana dan Gol & Gincu beberapa tahun lalu.

Bila dah berlakon dalam drama arahan Kabir Bhatia (Nur Kasih), ramailah makcik-makcik kat kampung tu yang tak tidur lena berdoa nak jadikan si Tiz ni menantu. Tak kurang juga ramai lelaki kat luar sana yang suka perempuan tak bertudung mula menyukai gadis bertudung selepas melihat Nur Amina yang manis sekali dalam drama Nur Kasih ni.

Tapi entah siapa yang pergi kantoikan gambar-gambar Tiz Zaqyah ni sedang bersosial pun tak tahulah. Takdelah sosial mana cuma kami nengok setakat enjoy-enjoy dengan member mungkin. Tapi lepas tersebarnya gambar ni, ternyata Tiz Zaqyah tidak lagi dihormati seperti sebelumnya. Ini adalah kenyataan. Pernah satu komen masuk di Oh! Artis boleh cakap yang dia baru je nak kasi anak dia nama Tiz Zaqyah, tapi lepas nengok gambar-gambar tu terus tak jadi nak letak. Fuh, sampai macam tu sekali penangannya. Read more

Fight for Kisses – Iklan yang super kool!

September 24, 2009 by  
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti, TV

Bayangkan pelaburan yang telah dibuat oleh sebuah syarikat pembuat pisau cukur bagi mempromosi produknya dengan sangat kretif sekali. Syarikat Wilkinson mempromoi pisau cukurnya dengan cara yang amat luar biasa. Selalunya kalau iklan pisau cukur macam yang kita lihat kat TV Malaysia ni, setakat tunjuk lelaki cukur bulu kat pipi dan dagu je kan? Tapi iklan dari Wilkinson ni memang mantap. Dia buat iklan ala-ala trailer untuk game macam tu. Tak sudah dengan tu, sempat lagi keluarkan satu game flash [screenshot] untuk dimainkan (perlu register dahulu).

Iklan animasi pendek ini sangatlah kelakar. Bayangkan, Read more

(Gambar) Lisa Surihani seksi ber’singlet putih

September 24, 2009 by  
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Bulan puasa dah pun lepas. Raya pun dah lepas. Jadi boleh lah kami publish artikel yang dah lama pending ni. Artis-artis melayu kita ni kalau tak seksi-meksi, bukan artis la namanya kot? Lisa Surihani ni nak nengok gambar dia yang seksi-seksi memang takkan jumpa la. Sebelum ni pun setakat gambar dia berbaju jarang tu je la.

Tapi kami rasa ini mungkin antara posing terseksi dari Lisa Surihani mungkin semasa menjadi model Lip Ice beberapa bulan yang lalu. Putih gebu kulitnya tak tahu lah mungkin dah di’photoshop atau sememangnya semulajadi. Jom cuci-cuci mata.


Read more

Penampilan Khas QuaChee dalam The BIG Bibik & The Little Nyonyas

September 23, 2009 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Promosi, Selebriti, Tempatan, TV

Sehingga episod 3 dikeluarkan, kami tak pernah miss satu episod pun lagi. Memang tiap-tiap minggu tunggu episod baru di upload ke Youtube. Lepas je nengok, kami kongsikan bersama semua pembaca Oh! Artis di sidebar belah kanan Oh! Artis ni bagi tujuan promosi.

Frankly speaking, baru episod tiga kami dah nampak kekuatan cerita ni. Harap tak lama lagi dapat dipertontonkan di televisyen pula. Maklumlah ibu-ibu dan bapa-bapa kat kampung tu, mana layan Youtube atau Oh! Artis ni semua. Jadi kalau dipertontonkan di Televisyen, pasti akan lebih havoc.

Kekuatan The BIG Bibik & The Little Nyonyas ini pada pendapat kami terletak pada jalan ceritanya yang amat menarik. Maklumlah selain memperkenalkan budaya tradisi Nyonya Melaka dari segi pemakaian dan pelakonnya, banyak juga menu makanan yang lama tetapi mungkin baru di mata kita semua yang remaja-remaja ni.

Tidak dinafikan juga, keindahan, kenakalan dan kecantikkan ketiga-tiga nyonya dalam cerita ni membuatkan sejuk mata memandang. Hehehe. Memang cun lah kan kalau awek-awek kat luar sana pekena baju kebaya nyonya ni. Indah tak terkata. Read more

Fast Update dunia hiburan 3 hari menjelang Aidilfitri 2009

September 17, 2009 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Kami tahu ramai antara anda yang sedang sibuk mengemas rumah atau mungkin bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Jadi kami rangkumkan beberapa berita hiburan yang terjadi dalam minggu ini beberapa hari sebelum menjelang raya.. Fast update untuk pembacaan ringkas dan padat.


1. Berita mengenai Faizal Tahir yang mengejutkan semua. Faizal diumumkan akan berehat selama 6 bulan setelah menghadapi pembedahan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur hasil kecederaan lama yang dialaminya semasa bermain futsal bersama kawan-kawan. Pembikinan album Faizal Tahir bersama Audi Mok juga terpaksa ditunda bagi membolehkan Faizal Tahir sembuh seperti sedia-kala.

Oh ya, gambar di atas masa Faizal Tahir masih menyertai kumpulan Mirwana sebelum menyertai One in a Million. Faizal Tahir di katakan telah lupa diri dan juga telah mencacatkan dunia nasyid tanahair. Anda mungkin boleh membaca perihal si Faizal Tahir di Blog Along Safa atau menonton video klip semasa Faizal masih bersama Mirwana dulu.

2. Lagu raya memang banyak. Korang boleh download dari page Raya kat atas tu untuk buat koleksi. Tapi apa yang kami nak beritahu, lagu raya terbaik buat tahun ni mungkin boleh diberikan kepada kolobrasi Hujan dan Raihan dengan lagu mereka bertajuk “Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda”. Lirik lagu boleh korang dapatkan di blog Deenasour. Untuk dengar, Klik di sini untuk DOWNLOAD.

3. Ketiadaan Yasmin Ahmad buat pertama-kalinya semasa musim merdeka dan raya mungkin memberi sedikit kesan dalam kehidupan kita. Tanpa hidangan iklan dari tangan Yasmin Ahmad, mungkin mengurangkan mood raya tahun 2009 ni kan? Tapi nasiblah kita masih ada pengarah yang berbakat seperti Kabir Bhatia.

4. Lagi mengenai iklan hari raya, tak banyak yang mampu membuat kita menangis. Tapi bila kami di Oh! Artis tercari-cari video yang mampu membuat kami menangis, kami terjumpa satu iklan dari para pelakon amatur ni. Para pelakon dari Rumah Pengasih. Sungguh berbakat mereka ni berlakon. “Surat Ibu” ni pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang mencintai ibu mereka menangis. Percayalah!

5. Belas pelajar AF4 iaitu Diddy atau nama barunya Diddy Hardy, telah kehilangan ayahanda tercinta pada 16 September lepas. Di saat keluarga lain sibuk bersiap sedia menjelang hari raya, diharapkan Diddy dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Muhid Liman (62), menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman mereka di Pasir Gudang Johor kerana komplikasi buah pinggang dan jantung. Takziah buat keluarga Diddy!

6. Khabarnya, Linda Onn digugurkan dari menjadi pengacara Sehati Berdansa musim ke-3. Habis siapa pula yang nak digandingkan dengan Fahrin? Hehehe, mesti ramai dah boleh agak kan? Yup! pengacara wanita baru yang akan menggantikan Linda Onn dalam rancangan Sehati Berdansa musim ke-3 nanti adalah…. Scha Alyahya. Tahniah kepada pihak Astro kerana bijak memilih pengacara. Maklumlah dua merpati sejoli ni memang ramai yang suka nengok. Hehehe. So Sweet!

7. Pelakon komedi iaitu Ahmad Busu sedang terlantar sakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak minggu lepas lagi. Ahmad Busu atau lebih dikenali sebagai Mat Deris dalam rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu di bawa ke hospital tersebut kerana diserang Stroke. Semoga Ahmad Busu cepat sembuh dan dapat beraya dengan gembira di sisi keluarga tercinta.


Ahmad Busu ketika masih sihat menjalani kehidupan sebagai anak seni.

8. Tahniah diucapkan kepada Amy Search dan isteri, Norish atas kelahiran anak ketiga mereka pada 16 September 2009, jam 3.55 petang di Hospital Gleneagles, Ampang. Menurut laporan Harian Metro hari ini – Amy dapat anak lelaki – bayi seberat 3.5kg itu diberikan nama QaQa At-Tameemi yang bermaksud ‘ruang kesempurnaan’. – Gua


Amy Search dan Norish

Akhir kata, kami semua dari krew penerbitan Oh! Artis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Oh! Artis. Jika terdapat kata-kata yang tidak disenangi daam mana-mana artikel kami, mohon dimaafkan. Sesungguhnya kami juga manisia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Kepada semua artis tanahair, selamat hari raya! Kalau buat open house tu jangan lupa invite kami sekali. Emailkan ke hoi@ohartis.com dan insyaAllah kami akan turun padang buat coverage kat sana nanti.

Hati-hati ya balik kampung!

- Artikel oleh Khai | Edit by Mr Shawn & Gadis Lonely.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin