Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Anita Disamun, Mahathir ditetak di kepala

Hantar ke Twitter! | Bookmark

September 12, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Tadi masa lepak kat mamak, sempat jugak layan Buletin Utama TV3. Masa berita dah nak habis tu, terkejut juga bila keluar berita pasal Anita Sarawak dan suami disamun. Katanya Mahathir cedera parah selepas terkena libasan parang perompak tersebut. Hurm, manusia ni bulan-bulan baik macam ni pun nak buat kerja. Memang panas la perut mak korang lahirkan korang. Tak kesian kat mak korang ke?
http://ohartis.com
Berikut detail mengenai kejadian ini.


Suami biduanita, Anita Sarawak, Mahathir Abdullah, cedera di kepala dan tangan akibat ditetak dengan parang panjang dalam kejadian samun ketika hendak ke majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam.

Dalam kejadian di hadapan rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalsum di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.30 petang itu, Mahathir bergelut dan sempat mencekak leher seorang perompak terbabit sebelum terkena parang yang dilibas rakan penyamun terbabit.

+ Artikel dari MediaMalaya.

Semoga Mahathir cepat sembuh dan lepas ni diharap Anitara Sarawak dan suami lebih berhati-hati. Zaman sekarang ni penyamun cari artis-artis je. Sebab dah tentu risiko yang diambil tu berjaya kalau-kalau plan menjadi. Maklumlah dalam beg duit artis, macam-macam ada. Hehehe.
http://ohartis.com
Update:

KUALA LUMPUR: Suami biduanita, Anita Sarawak, Mahathir Abdullah, cedera di kepala dan tangan akibat ditetak dengan parang panjang dalam kejadian samun ketika hendak ke majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam.

Dalam kejadian di hadapan rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalsum di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.30 petang itu, Mahathir bergelut dan sempat mencekak leher seorang perompak terbabit sebelum terkena parang yang dilibas rakan penyamun terbabit.

Menceritakan saat cemas itu, Anita, 56, berkata sebelum kejadian, beliau dan suami serta pemandunya menunggu Umi

Kalsum di hadapan rumah ibu tirinya itu untuk berbuka puasa bersama di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.

“Saya dan suami di dalam kereta, manakala pemandu di luar pagar untuk memanggil mummy (Umi Kalsum). Tiba-tiba empat lelaki bermotosikal menghampiri kereta kami dan seorang daripadanya menghunuskan parang ke arah pemandu.

“Perompak terbabit kemudian mengarahkan pemandu saya membuka bonet belakang, mungkin untuk mencari barangan berharga. Kami memang tidak menyedari kejadian itu sehinggalah bonet belakang dibuka.

“Menyedari ada yang tidak kena, Mahathir keluar memeriksa keadaan sebelum bergelut dengan seorang perompak terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Anita berkata, walaupun cedera, Mahathir tetap melawan dengan mengacukan kipas lipat miliknya yang disangka pistol oleh perompak terbabit.

“Saya kemudian membuka pintu kereta dan cuba meleraikan pergelutan itu serta merayu perompak terbabit supaya tidak mencederakan Mahathir dengan menjerit `adik jangan’. Sebaik melihat muka saya, seorang perompak terbabit tergamam dan mengarahkan rakannya beredar.

“Kemudian saya keluar dari kereta dan baru saya perasan kepala Mahathir berdarah dan terus mengarahkan pemandu membawanya ke hospital berhampiran,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Akibat libasan parang itu, Mahathir mengalami luka lapan sentimeter di bahagian belakang kepalanya dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan.

Mahathir yang ditemui pemberita selepas menerima rawatan, berkata ketika itu beliau hanya berfikir untuk menyelamatkan isteri dan pemandunya.

“Mujurlah, mummy tidak keluar rumah lagi ketika itu. Kalau tidak, saya tidak tahulah apa yang akan berlaku,” katanya.

+ Sumber: Berita Harian

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar) Kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir
»  Malique ditetak, Melissa dicabul dalam satu kes rompakkan
»  (Gambar) Kepala gila-gila Datuk Siti Nurhaliza
»  ND Lala Disamun, Dipukul dan Keretanya Dipecahkan
»  Gambar: Norman Hakim Botakkan Kepala
»  (Salute!) Honorary Doctorate of Humanity: Tun Dr Mahathir
»  Antara Botox, Surgery dan Selebriti Kita
»  Ani Mayuni Dipukul, Ditendang, Dihentak Kepala Ke Dinding.
»  (Gambar) Bila Nur Lydia Ibtisam bertudung (Impian Ilyana)
»  Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin