Tweet!

Email: hoi@ohartis.com Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon





















Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here at Oh! Artis. We swear!

Fast Update dunia hiburan 3 hari menjelang Aidilfitri 2009

Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 963 views | Hantar ke Twitter! |

September 17, 2009 oleh khai  
Di dalam kategori Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Kami tahu ramai antara anda yang sedang sibuk mengemas rumah atau mungkin bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Jadi kami rangkumkan beberapa berita hiburan yang terjadi dalam minggu ini beberapa hari sebelum menjelang raya.. Fast update untuk pembacaan ringkas dan padat.


1. Berita mengenai Faizal Tahir yang mengejutkan semua. Faizal diumumkan akan berehat selama 6 bulan setelah menghadapi pembedahan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur hasil kecederaan lama yang dialaminya semasa bermain futsal bersama kawan-kawan. Pembikinan album Faizal Tahir bersama Audi Mok juga terpaksa ditunda bagi membolehkan Faizal Tahir sembuh seperti sedia-kala.

Oh ya, gambar di atas masa Faizal Tahir masih menyertai kumpulan Mirwana sebelum menyertai One in a Million. Faizal Tahir di katakan telah lupa diri dan juga telah mencacatkan dunia nasyid tanahair. Anda mungkin boleh membaca perihal si Faizal Tahir di Blog Along Safa atau menonton video klip semasa Faizal masih bersama Mirwana dulu.

2. Lagu raya memang banyak. Korang boleh download dari page Raya kat atas tu untuk buat koleksi. Tapi apa yang kami nak beritahu, lagu raya terbaik buat tahun ni mungkin boleh diberikan kepada kolobrasi Hujan dan Raihan dengan lagu mereka bertajuk “Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda”. Lirik lagu boleh korang dapatkan di blog Deenasour. Untuk dengar, Klik di sini untuk DOWNLOAD.

3. Ketiadaan Yasmin Ahmad buat pertama-kalinya semasa musim merdeka dan raya mungkin memberi sedikit kesan dalam kehidupan kita. Tanpa hidangan iklan dari tangan Yasmin Ahmad, mungkin mengurangkan mood raya tahun 2009 ni kan? Tapi nasiblah kita masih ada pengarah yang berbakat seperti Kabir Bhatia.

4. Lagi mengenai iklan hari raya, tak banyak yang mampu membuat kita menangis. Tapi bila kami di Oh! Artis tercari-cari video yang mampu membuat kami menangis, kami terjumpa satu iklan dari para pelakon amatur ni. Para pelakon dari Rumah Pengasih. Sungguh berbakat mereka ni berlakon. “Surat Ibu” ni pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang mencintai ibu mereka menangis. Percayalah!

5. Belas pelajar AF4 iaitu Diddy atau nama barunya Diddy Hardy, telah kehilangan ayahanda tercinta pada 16 September lepas. Di saat keluarga lain sibuk bersiap sedia menjelang hari raya, diharapkan Diddy dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Muhid Liman (62), menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman mereka di Pasir Gudang Johor kerana komplikasi buah pinggang dan jantung. Takziah buat keluarga Diddy!

6. Khabarnya, Linda Onn digugurkan dari menjadi pengacara Sehati Berdansa musim ke-3. Habis siapa pula yang nak digandingkan dengan Fahrin? Hehehe, mesti ramai dah boleh agak kan? Yup! pengacara wanita baru yang akan menggantikan Linda Onn dalam rancangan Sehati Berdansa musim ke-3 nanti adalah…. Scha Alyahya. Tahniah kepada pihak Astro kerana bijak memilih pengacara. Maklumlah dua merpati sejoli ni memang ramai yang suka nengok. Hehehe. So Sweet!

7. Pelakon komedi iaitu Ahmad Busu sedang terlantar sakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak minggu lepas lagi. Ahmad Busu atau lebih dikenali sebagai Mat Deris dalam rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu di bawa ke hospital tersebut kerana diserang Stroke. Semoga Ahmad Busu cepat sembuh dan dapat beraya dengan gembira di sisi keluarga tercinta.


Ahmad Busu ketika masih sihat menjalani kehidupan sebagai anak seni.

8. Tahniah diucapkan kepada Amy Search dan isteri, Norish atas kelahiran anak ketiga mereka pada 16 September 2009, jam 3.55 petang di Hospital Gleneagles, Ampang. Menurut laporan Harian Metro hari ini – Amy dapat anak lelaki – bayi seberat 3.5kg itu diberikan nama QaQa At-Tameemi yang bermaksud ‘ruang kesempurnaan’. – Gua


Amy Search dan Norish

Akhir kata, kami semua dari krew penerbitan Oh! Artis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Oh! Artis. Jika terdapat kata-kata yang tidak disenangi daam mana-mana artikel kami, mohon dimaafkan. Sesungguhnya kami juga manisia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Kepada semua artis tanahair, selamat hari raya! Kalau buat open house tu jangan lupa invite kami sekali. Emailkan ke hoi@ohartis.com dan insyaAllah kami akan turun padang buat coverage kat sana nanti.

Hati-hati ya balik kampung!

- Artikel oleh Khai | Edit by Mr Shawn & Gadis Lonely.

Share

Subscribe Oh! Artis Share this post at Twitter

Artikel Berkemungkinan

»  Beckham beli kediaman di Dubai
»  (Gempar) Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia
»  (Panas) Bangga sangat Indonesia dengan Maria Miyabi Ozawa
»  (Gambar) Hot Mama – Intan Sarafina
»  (Gambar) Pernikahan “Grand” Nana Era dan Raqeem
»  (Gosip) Dua kuntum ros putih buat dari Betty Benafe buat Nash
»  Amaran Buat Zubir – Cat Merah + Bangkai Ayam.
»  (Akhirnya!!) Pengetua Akademi Fantasia 7 terjawab!
»  Dunia Baru Reunion
»  (Terkini) Akhil Hayy – Maizawati Sah Bercerai Talak Satu

Special Campaign! Get Involve Now!





Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look any ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear for God sake!!

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

23 Comments on "Fast Update dunia hiburan 3 hari menjelang Aidilfitri 2009"

  1. sofia on Thu, 17th Sep 2009 5:48 am 

    wooo…banyak nyer citer sekali satu entry…
    wokeyla..nk ucap selamat ari raye pade semua..maaf zahir dan batin..
    sempena nk raye nih..b4 korg balik ke kampung masing2..jgn lupe bace nih..
    http://triplesmiley.blogspot.com/2009/09/security...
    penting utk keselamatan harta benda kiter time kiter xde umah

  2. gman on Thu, 17th Sep 2009 1:48 pm 

    pertama!

    gadislonely Reply:

    mcm ke-4 je? hihihi

  3. enciksepul on Thu, 17th Sep 2009 5:55 am 

    semoga ahmad busu tabah menghadapi dugaan dan semuga cepat sembuh ye. betul la taun ni iklan raye tak best la.

    Maksuhakim Reply:

    oit en sepul hang pun ada kat sini ka?

  4. x-po on Thu, 17th Sep 2009 5:56 am 

    slmt ari raya..kurangkan kontroversi, tgkatkan prestasi…hoho

  5. lavender on Thu, 17th Sep 2009 6:19 am 

    yeay x saba nk nengok shati bdansa…

  6. ejam on Thu, 17th Sep 2009 7:41 am 

    Selamat Hari Raya juga kepada semua, hati2 di jalan raya…

  7. lolyblurbs on Thu, 17th Sep 2009 3:50 pm 

    selamat ari rayer sume :)

  8. negimaairi on Thu, 17th Sep 2009 8:03 am 

    SELAMAT HARI RAYA!!!

  9. blowie on Thu, 17th Sep 2009 8:31 am 

    kita bergembira di hari raya,ada jugak g bersedih di hari raya T_T
    selamat hari raya :D

  10. hazim on Thu, 17th Sep 2009 6:02 pm 

    SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA OH ARTIS.COM

  11. d'melor on Thu, 17th Sep 2009 12:30 pm 

    Selamat menyambut Hari raya Aidilfitri… jenguklah blog aku di http://dzmelor.blogspot.com

  12. LiLFaDLi on Thu, 17th Sep 2009 8:39 pm 

    Slamat Hari Raye Aidilfitri utk sumer follower Oh Artis!!..

    p/s: Faizal Tahir saket aper ek?

  13. timun2020 on Thu, 17th Sep 2009 9:14 pm 

    selamat hari raya aidilfitri..semoga raya tahun nie lebih baik dr tahun lepas..pakai topeng muka dan hidung di pagi ry sebagai langkah berjaga2 H1N1 gelombang kedua..

  14. acap2405 on Thu, 17th Sep 2009 5:47 pm 

    sedih tengok video tuh..

  15. rizzar on Thu, 17th Sep 2009 11:31 pm 

    dah 2 – 3 kali tgk iklan "Surat Ibu" tu… setiap kali tgk setiap kali tu gak mengundang airmata.. sedey arrr.. hargai laa kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada.. =(

  16. azahska on Fri, 18th Sep 2009 3:54 am 

    thanks upload vc yang point 3..
    klmarin aku tgk kt bilik tv kolej aku,
    tgh aku tgk part pierre tolg org 2 angkt kotak,
    tbe2 ade org tukak channel..

    ……xtau nk ckp pe…

    samat hari raye..nk balik kmpug arini!

  17. AwekSamurai on Fri, 18th Sep 2009 4:08 am 

    SELAMAT HARI RAYA ALL KALAU ADA SILAP DAN SALAH HARAP DI MAAFKAN..SOBBS!!!!sobsssssssss!!!!!!! hehhehehhe sedih nyer

  18. @sarahjohan2 on Mon, 21st Sep 2009 10:25 am 

    shahdu je tgk iklan surat ibu..sop2
    http://www.karyawan.com.my

  19. sickchild72 on Tue, 22nd Sep 2009 2:23 pm 

    ahmad busu tu pakcik sedara aku.

  20. Maksuhakim on Wed, 23rd Sep 2009 7:19 am 

    salam aidilfitry buat semua…..Tahun ni tak dpt tgok iklan yasmin ahmad lagi..kebetulan pun rumah aku kt kampong baru je tv rosak…sedey sedey

  21. d|n on Thu, 1st Oct 2009 12:47 am 

    betul ke pakcik sedare ko??
    muke ad same skit..hehe
    takziah..muke cpt sembuh ;)

Beritahu kami apa yang anda fikirkan.. jeng jeng jeng! Tapi AWAS!!
Sebarang komen yang tidak manis, tanpa kompromi akan dipadam.





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:



Respon mungkin ditapis dahulu. Jadi tak perlu submit dua kali ya. Jika terdapat apa-apa error selepas anda submit sebarang komen, sila refresh page tersebut. Jangan klik back kerana tanpa refresh, komen anda masih belum diterima kami. Dan ingat, Oh! Artis tidak mengamalkan chatting di bahagian komen. Sebarang respon yang tidak berkaitan artikel akan dipadam sama sekali. Kami mengamalkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Auto sistem kami akan menapis respon jika:
- Komen mengandungi bahasa kesat atau mencarut.
- Komen mengandungi Link Promosi web/Affiliate
- Nickname pelik seperti "gambar panas, klik sini"
- Email yang tidak wujud seperti aaa@aaa.com

* Komen anda di bawah tanggungjawab anda sendiri [disclaimer]

Blog Widget by LinkWithin