(Gambar) Kekasih Hati Sharifah Amani
Hantar ke Twitter! |September 7, 2009 oleh Mr XY
Di dalam kategori Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Aiseh. Ramai la lelaki kat luar sana yang frust macam ni. Baru je si akak mempertontonkan anak kembarnya, si adik pulak nak tunjuk kekasih hati. Oh! Amani.

Kekasih hati Amani ni bernama Gavin. Nengok muka je dah tentu-tentu lah bukan Melayu. Ialah, macam tak kenal dengan selera artis-artis kita ni. Nak mat saleh aje. Tapi kalau itu dah jodoh dia, siapa yang dapat menghalang bukan? Cuma terdetik juga di hati, yang si isteri terumbang-ambing, camana pula nak bimbing si suami ke jalan Islam. Silap-silap dua-dua lemas macam kapal Titanic. Glup Glup Glup!!
Petikan dari sebuah Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR: “Sejujurnya, lelaki ‘mat saleh’ bukan pilihan saya untuk dijadikan teman lelaki atau suami, tetapi pertemuan di lokasi penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa mengubah persepsi itu.â€
Demikian kata pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Nani ketika memperkenalkan teman lelakinya, Gavin Stenhouse, 23, pada majlis berbuka puasa dan perkenalan anak kembar kakaknya yang juga penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya, kelmarin.Nani, 23, berkata sikap mesra, sopan selain bersedia mempelajari budaya tempatan membuatkan hatinya tertarik untuk mendekati jejaka Scottish-Welsh itu yang memegang watak Putera Roman dalam filem terbitan KRU Studios itu.
Gavin bertemu Nani yang juga anak kedua guru seni lakon terkenal, Fatimah Abu Bakar ketika menjalani penggambaran filem berkenaan yang turut membabitkan Nani sebagai pembantu pengarah lagak ngeri.
Amani yang sebelum ini sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya tidak menafikan berasa malu untuk bercerita mengenai hubungannya, namun kini mula yakin memandangkan Gavin mudah selesa dengan keluarganya selain mula belajar berpuasa pada Ramadan ini.
“Setakat ini Gavin tidak pernah gagal berpuasa walaupun sehari dan sering berbuka bersama keluarga saya.
“Setakat ini saya tiada masalah berpuasa. Saya ingin menyambut hari raya kerana saya juga berpuasa,†kata Gavin yang mengakui menempah sepasang baju Melayu berwarna kelabu kebiruan untuk Syawal akan datang.
Menyentuh mengenai pembabitannya dalam filem epik yang turut menampilkan Stephen-Rahman Hughes sebagai pendokong utama, Gavin yang dibawa ke Malaysia oleh ejen Creative Artiste Management mengakui Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem pertama lakonannya kerana sebelum ini dia lebih aktif dalam pementasan teater.
Bagaimanapun, Nani menafikan sengaja membawa Gavin ke majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sebahagian besar wakil media dan keluarganya untuk menghebahkan hubungannya dengan anak kelahiran Hong Kong itu, sebaliknya ingin mengajar jejaka itu mengenai budaya Melayu beragama Islam.
“Bangsa dan agama kita penuh dengan budaya, saya mahu Gavin mempelajari selok-belok mengenainya,†kata Nani.

P/s: Amani pernah terlepas cakap dulu yang dia rasa silly bila bercakap dalam bahasa melayu. Tapi berlakon filem semua bahasa melayu je pun. Mungkin untuk berpasangan dengan lelaki melayu, silly juga baginya. Teka je!
![]() | ![]() |




























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!