Motif Fan Aliff Aziz Mahu Boikot Oh! Artis?
Hantar ke Twitter! |September 13, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan
Sebentar tadi kami menerima email dari seorang pembaca Oh! Artis mengenai satu artikel yang dikeluarkan di official website Aliff Aziz. Tajuk artikel tersebut buat kami ketawa terbahak-bahak. Mengapa?
Dari tajuk yang diberikan untuk artikel tersebut adalah – “Isu gambar ‘panas’: Aliff menyesal! (mStar Online, 9 Sept 2009) – P/S: Boikot OH! ARTIS website for spreading the photos and giving Aliff A BAD NAME!!“.

Memang kelakar tajuk artikel tersebut. Dimulakan dengan Aliff menyesal dan diakhiri dengan kempem boikot Oh! Artis kerana menyebarkan gambar tersebut. Kami ingatkan kepada mereka, Oh! Artis sama-sekali tidak sama seperti web-web hiburan lain mahupun media cetak.
Di sini, kami akan post apa sahaja cerita mengenai artis. Tidak kira samada baik atau buruk. Banyak sahaja cerita mengenai kebaikkan artis di sini dan begitu juga dengan ke’khilafan yang dilakukan oleh artis itu sendiri. Bila dah buat silap mengaku. Macam yang Aliff Aziz buat. Satu pujian buat Aliff Aziz kerana berani mengaku kesilapan yang dilakukan.
Jika kami menyimpan gambar tersebut, artis hingusan (budak) seperti Aliff Aziz, pasti akan lebih jauh menyimpang entah ke mana. Aliff Aziz juga ada mengatakan yang dia tak tahu motif gambar tersebut disebarkan samaada ingin sabotaj kariernya atau apa.
Kami jelaskan di sini, yang pihak Oh! Artis langsung tak peduli samaada Aliff Aziz nak berjaya atau nak melingkup dalam industri hiburan di Malaysia. Duit poket Aliff Aziz langsung tiada share dengan kami. Begitu juga dengan duit poket kami sendiri.
Apa yang kami paparkan hanya hakikat yang terjadi. Ianya bukat fitnah atau sekadar gosip murahan tapi kami susuli dengan bukti berupa gambar atau video jika ada. Jika Aliff Aziz menjadi hero menyelamatkan seorang gadis yang ingin diragut, mungkin kisah begitu yang akan kami paparkan. Tapi bila kantoi bercium dengan gadis di sebuah kelab malam, itu juga kami akan siarkan tanpa sebarang niat lain yang kononnya ingin menjatuhkan atau sabotaj karier’nya sendiri.
Apa yang pelik, bila Aliff Aziz sendiri dah mengaku kesalahan siap menyesal lagi, admin yang jaga web tersebut pula lebih terkinja-kinja seperti beruk kelaparan pisang. Itulah kata orang kalau dah minat artis kesayangan dia tu, artis berak tepi jalan pun duk tolong cebukkan.
Jika ada yang berkata tak baik dedahkan aib orang, alasan kami siapa suruh kau jadi artis. Dah memang website ni bercerita mengenai dunia artis. Hipokrit salah tak hipokrit pun salah? Dari mana kami dapat gambar-gambar tersebut? Cari kawan-kawan anda sendiri yang berada di lokasi gambar tersebut. Bagi kami bukan kita yang dedahkan aib diorang, tapi diorang yang dedahkan aib sendiri. Salah sendiri tak perlu salahkan orang lain sebagai alasan menutup malu. Kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Jangan jadi artis, pergi cari kerja lain.
Artikel Tersebut: http://www.aliff-aziz.com/aao/?p=355
![]() | ![]() |





































Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!