(Filem) Mengapa perlu dan tidak menonton Jin Notti?
Hantar ke Twitter! |
Tak tahu nak cakap camana, tapi dua orang krew Oh! Artis baru je lepas menonton filem ni tadi di MBO Galaxy, Ampang. Jadi untuk tidak berat sebalah, kami taknak beri komen peribadi mengenai cerita ni. Takut lain orang lain tanggapan dan selera mereka. Jadi kami letakkan sebab mengapa anda perlu menonton atau mengapa anda tidak perlu menonton filem Jin Notti ni. Jadi pandai-pandai buat keputusan sendiri. Sokonglah industri perfileman tempatan. At least!
Cerita ni melibatkan dua dunia iaitu Dunia Jin dan juga Dunia Manusia. Semua pun tahu yang sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Itu motif utama cerita ni. Menceritakan di mana seorang jin bernama Notti (Fafau) telah melakukan kesalahan kerana terlalu baik di dunia jin. Jadi Notti telah dicampakkan ke dunia manusia untuk berbuat jahat.
Jadi bermulalah episod yang menarik semasa di dunia di mana kemain susah lagi si Notti ni yang hasut manusia buat jahat. Suruh hasut buat jahat, dia pergi hasut jugak suruh buat baik. Paiseh! Ada 3 scene berbeza untuk Notti menjadi jahat di dunia manusia. Jadi awek clubbing, jadi awek ketua gangster dan jadi peguambela. Semua scene ni secara tak sengaja melibatkan Aziz (Mawi) yang secara tak langsung akhirnya telah menyatukan 3 scene ini menjadi satu. Ending tak boleh bla dia punya romantik. Harharhar! So shumel la Fafau. Ayu tak hengat.

Bukti kami dah menonton baru kami buat review
‘Jin Notti’ nampaknya telah meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem-filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim. Begitu juga barisan pelakon terpilih turut memberi lakonan yang mantap dan mengagumkan walaupun ini kali pertama membintangi filem yang bertaraf blockbuster. ‘Jin Notti’ dibintangi Mawi (sebagai Aziz), Fara Fauzana (Notti) dan Cat Farish (Jinbara).
Selain itu, ada Bob Lokman sebagai Jin Samsu, Adibah Noor sebagai Sofea Jin, Acappan sebagai Jingam, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai ketua kongsi gelap.
Mengapa anda PERLU menonton Jin Notti
- Tunggak utama adalah Fara Fauzana & Mawi. Kedua-dua’nya kami rasakan ramai peminat tak kira usia.
- Dikeluarkan oleh KRU. Semua tahu KRU kalau buat mesti superb.
- Sound effect yang menarik. CGI pun begitu juga even tak banyak scene sangat.
- Jalan cerita penuh pengajaran. Siapa kaki clubbing sure panas telinga. Eloklah kalau artis yang pergi menonton.
- Ada Nabil dalam cerita ni jadi penjual pil khayal dan macam-macam pil lagi.
- Ada scene Mawi baca Al-Quran. Meremang bulu roma bila dengar sebab dalam wayang la katakan. Bunyi tak sama macam korang nengok dalam DVD.
- Banyak scene yang Fafau agak seksi menayangkan dadanya. Sikit je la kot. Tapi bukan selalu. Ops!
Mengapa anda TIDAK PERLU menonton Jin Notti
- Menyampah pulak nengok Mawi berlakon! Ops! Tapi kami minat Mawi! Mawi kan World! LOL!
- Aksi pergaduhan yang beku dan tak menjadi. Pedang pun macam plastik je. Ketara sangat.
- Notti boleh tak perasan bapak dia masa 1st time masuk 7Eleven. Mungkin sebab dihalang oleh Jinbara. Tapi takkan la tak nampak kot?
- Motif Mawi jadi polis dalam cerita tu tapi duduk dalam hutan seorang diri pakai generator?
- Lawak yang membosankan. Ada part lawak yang orang semua blur samaada nak gelak atau tidak. Sigh~
Ada lagi yang lain? Pergi la menonton nanti boleh tambah point-point kitorang ni. Untuk yang dah menonton, tahniah kerana anda dah laburkan RM9 untuk cerita tempatan biarpun hasilnya hanya anda yang tahu. Boleh la kot. Cerita melayu kan? Apa lagi yang boleh diharapkan? Taraf Hollywood? lambat lagi kot.
Antara komen yang kami kutip di internet.
By Amir Affan 9/26/2009 9:05:11 PM
crite nie mmng best… fara fauzana mmng power nye ar cayabebBy khojie 9/24/2009 11:57:50 AM
citer x best langsong…. ingatkan ada main effect CGI.. citer ringan sangat cam telemovie vcd punya kualiti… but shazzy, cat, peguam india u d best lah dlm citer tu… KRU … nama u all dah gah .. skrgnya kasiklah kualiti lebih kurang cicakman ker.. IKlan JIN SUPER POWER CAFE pon lagi powerlah dr citer korang ni…By bochA_kopitIam 9/7/2009 1:29:16 PM
bestnye mawi berlakon…gandingan menarik ngan fafau… pade siapa yang benci mawi,,,,,,,jangan lah kutuk dy..marahlah kat norman coz amek dy berlakon….. tapi mmg mawi best pon… korang dengki kat dy sbb dy tu world!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!By ryna 9/17/2009 10:30:04 AM
huh…kasi la mawi peluang tunjukkan bakat dia…kalau dia tak layak takkan penerbit atau pengarah membuta tuli ambil dia berlakon….
Anda pula bagaimana? Ulasan spontan pemilik tiket di atas selepas je habis menonton filem di atas ada di sini.
![]() | ![]() |




























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!