(Panas) Pelawak veteren mulut celupar
October 31, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan
Sebut nama Badul, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Lawak-lawak dia pun sekarang rasanya dah tak berapa nak jalan dah. Orang muda kata dah tak boleh blah. Lawak kasar-kasar ape barang pak Badul. Malulah budak-budak nengok. Hari tu dalam rancangan Fikirlah Sendiri Nabil, dia ada diundang. Bila lawak tak berapa nak menjadi, mulalah buat lawak bodoh main luku-luku kepala pelawak lain. Tak bagus lah macam tu. Takkan rancangan lawak pun nak letak title 18SG? Hehehe.

Baru-baru ni, laporan dari sebuah forum hiburan tempatan. Katanya..
aku nyampah btul tgk si badul ni dari dulu lagi.. yang terbaru ni.. lam macam2 aznil, sesi debat.. partner dia dok bcakap2, konon nye cam cakap lebeh dari dia aaa.. skali mic tak berfungsi.. dia leh kata, lebih kurang gini a.. “ha, baru ko tau sape pandai, sape bodo”.. ayat bodo2. menyampah aku. patot la dia asek bercerai je kan?
mulot celupar sangat.. aznil pon wat lawak gak, tapi takde la kurang ajar camtu…….
Apapun kami rasa semua tu terjadi secara spontan dari mulut Pak Badul sahaja. Tapi bila editor rancangan yang tak pergi sekolah yang edit, terlepas lah semua tu. Akhirnya pak Badul juga yang dibenci. Harap Badul lebih berhati-hati la lepas ni ye? Jangan suka-suka cakap orang bodoh dan main kepala orang. Hina sangat perangai macam tu lagi-lagi bila dah tua ni, jadilah tauladan pada yang muda.
Majlis Konvokesyen Yuna
Sudah la cantik, comel, suara sedap, reti main instrument, reti buat lagu dan bertudung. Dalam pelajaran pun pandai pulak lagi. Memang betul-betul pakej lengkap la kan si Yunalis Zarai ni. Meleleh sampai ke kaki air liur mak-mak mertua kat kampung tu. Hahaha.
Pada 27 Oktober lalu, Yuna dah selamat menerima Ijazah Sarjana Muda bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Agaknya Yuna mesti nak terus jadi penghibur kan padahal kalau nak join bidang guaman pun, anytime pun boleh dan dah tentu lebih masyuk. Lepas ni ramai la wartawan yang banyak songeh dengan Yuna makan surat saman. Hahaha! Amik!
Tahniah buat Yuna! “After Midnight” nanti kita dating ek Yuna? Hahaha.


Kelas teknik “Cakar Harimau” buat selebriti dan bukan selebriti
October 30, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Okey guys n gals, hari ni we all kat Oh! Artis nak ajar korang teknik Cakar Harimau. Auuhmmm!! auuhmm!! haha. Bila sebut pasal Cakar Harimau ni, ramai la yang tersipu-sipu malu terutama sekali kaum wanita la. Sebab ape? Sebab diorang yang akan buat kat suami masing-masing (takkan suami orang plak ye tak?). Tapi si suami nak buat kat Isteri pun no problem.
Untuk yang belum kahwin tu, tak payah la nak buat maksiat pergi buat Cakar Harimau kat pakwe pulak kan. Baca je dulu nanti bila dah nikah boleh’lah praktis masa malam pertama. Kelas gituh! Ok, kita mulakan kelas.
Teknik Cakar Harimau
1) Langkah pertama
- Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.2) Langkah kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ….3) Langkah ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.4) Langkah keempat & 5) Langkah kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,”.
6) Langkah enam
- Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.7) Langkah ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.
Kalau korang ada member yang dah kahwin tu boleh lah kasitahu mereka pasal ni. Kalau dah kahwin tu, malam ni boleh lah apply. Tak payah nak malu-malu. Time bahagia ni la korang buat. Nanti kalau dah gaduh itu ini, korang buat cakar harimau, memang korang kene cakar beruang pulak la dengan suami korang tu. Kahkah!
+ Artikel oleh Gadis Lonely. Rujukan dari Utusan Malaysia
Brad Pitt tersalah rempit pulak dah!
October 30, 2009 by Mr XY
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti

Ahha! Lawak-lawak. Dengar ceritanya pelakon kacak Hollywood yang sorang ni tersalah rempit maka terjatuhlah si Brad Pitt ni. Dikatakan kejadian berlaku disebabkan seorang paparazzi yang tiba-tiba mengejutkan si Brad ni dari depan. Brad terlanggar bumper sebuah kereta dan tergolek. Dah la motor baru beli pulak tu. Mana tak hangin kan?




Alahai segannya kalau keluar paper muka depan “Brad Pitt jatuh motor”. Macam tak kena je. Hahaha. Oh ya, kisah ni berakhir dengan Brad Pitt blah dengan tension’nya. Kepada Paparazzi tu agak-agaklah ye kalau nak jadi beruk pun. Selamat Malaysia ni takde lagi paparazzi. Paparazzi wannabe akan datang.
(Gambar) Perkahwinan anak gadis sunti Donald Trump, Ivanka!
October 28, 2009 by Mr XY
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti

Ada sesiapa pembaca Oh! Artis yang bercita-cita nak merampas harta Donald Trump? Hehe. Nampaknya satu dari lambakkan cara nak merampas harta dia telah pun musnah. Apesal pulak kan? Ini kerana korang dah takde peluang nak mengorat satu-satunya anak perempuan si Donald Trump ni iaitu Ivanka Trump. (fix: Ada satu lagi anak perempuan nama Tiffany)
Mesti ada yang cakap “ala bukan cantik sangat pun anak si Trump ni”. Fuh, buta warna ke buta seni korang ni? Hehe. Kalau ye pun nak buta warna atau seni, takkan buta wang ringgit jugak kot? Sukar kami nak percaya. Hahaha!
Dulu boleh dikatakan hanya 1 dari 10 rakyat Malaysia je yang kenal Donald Trump. Tapi bila TV3 keluarkan cerita Apprentice tu, baru lah ramai yang tersedar ada makhluk Tuhan paling kaya yang bernama Donald Trump. Memang pandai si Donald Trump ni nak mem’femeskan diri satu dunia kan? Ok, biarlah si Donald Trump dengan dunianya. Biar kami ceritakan sikit mengenai perkahwinan si Ivanka ni. Read more
(Gambar) Khalid Jamlus dan Isteri, Zarina Zainal
October 28, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Lama dah tak nengok muka Khalid Jamlus ni. Teringat lagi penghujung tahun 1999 dulu masa Khalid Jamlus main bola sepak untuk negeri Pahang Perak. Memang terer gila. Hensem pulak lagi. Dan ketika tu memang nama Khalid Jamlus ni kerap bermain di bibir gadis-gadis melayu.
Via www.ohartis.com
Sekarang ni kami tak tahu la Khalid Jamlus ni main bola untuk negeri mana dah. Sebab kami pun dah lama tak follow bola sepak Malaysia. Bukan sengaja tak nak follow, tapi “epic failed” la beb. Sampai bila?

Di bawah, satu daripada lambakkan gambar perkahwinan Khalid Jamlus dan Zarina Zainal yang berlangsung pada 18 Oktober 2009 lalu. Anak datuk rupanya Zarina ni. Siapa kata jadi pemain bola sepak Malaysia tak ada masa depan? Hehe. Dikhabarkan, majlis telah berlangsung dengan meriahnya di DZ Damai Abadi, Kampung Idaman.














Semoga berbahagia pihak Oh! Artis ucapkan buat Khalid dan Zarina. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Amin.
+ some pic – thanks to Salihah Ideris.
(BUZZ) Everyone Connects – Through My Window
October 25, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Satu Malaya tengah heboh pasal kempen pencetus umah dan silraturahim kepada kita semua dan juga umat-umat indie band yang dibawakan oleh TM. Diberi nama “Everyone Connects” dan ianya diolah dengan begitu baik sekali. Syabas buat TM dan mereka yang bertanggungjawab melaksanakan kempen ini. Berikut apa yang dituliskan mengenai Everyone Connects di website mereka.
WE’RE ABOUT COLLABORATIONS. We’re about bringing people together. And rallying them behind an idea. And building on each other’s strengths to ultimately make the idea bigger than we ever imagined. CONNECTIONS MAKE ANYTHING POSSIBLE.
TODAY IT’S ABOUT A SONG. TOMORROW IT CAN BE ANYTHING. Preparations for an exam. Relationships. An invention. A business presentation. A party. Anything you can imagine. CONNECTIONS MAKE ANYTHING POSSIBLE.
But for now, let’s just start with the song
# Download MP3 (right click & save link as)
# Download Ringtone | Part 1 | Part 2 (right click & save link as)
Memang best sangat lagu ni. Tahu siapa yang nyanyi? Local talent beb! Mati-mati ingati Simple Plan ke, Blink182 atau Green Day. Hehehe. Kudos buat Bunckface. Korang nengok dulu iklan diorang ni, sangat-sangat comel dan menarik. Kretif ya rabbi orang Malaysia zaman sekarang! Tabik spring lah! Bunkface juga menggayakan pelbagai cara permainan untuk lagu tersebut. Lawak habis! Boleh usya di sini. Atau korang boleh main Mixer lagu tersebut di sini.
Everyone Connects – Through My Window
Seperti kata mereka, hari ini kita layan dulu lagu yang mereka keluarkan. Esok lusa siapa tahu? Apa-apa pun boleh jadi. Tak sabar nak tunggu apa lagi yang akan mereka lakukan.
Everyone Connects Official Website: http://www.everyoneconnects.net
Note: Jika anda membaca artikel di mana-mana web hiburan lain yang menyamai mana-mana artikel yang dikeluarkan di Oh! Artis, sila jauhi website mereka kerana mereka adalah pencuri artikel dari Oh! Artis. Mereka busuk, jijik dan menghinakan.
Iklan Streamyx yang lebih ‘menganjing’ P1 W1max
Masih ingat dengan artikel Oh! Artis baru-baru ini yang bertajuk “Sudah Potong ke Belum” di mana kami menjelaskan akan kehebatan pembekal internet yang diberi nama P1 W1max. Semua orang pun jelas dan maklum betapa ikan “abang dah potong?” tersebut begitu menghanjing perkhidmatan jaluran lebar No. 1 negara iaitu Streamyx!

Baru-baru ini Streamyx muncul dengan kembali menghanjing P1 W1max. Malah bagi kami ianya amat ganas dan kejam sekali. Bukan sekadar “ikon’ yang bentuknya seperti modem dari P1 W1max diletakkan diluar tingkap, malah dengan laptop-laptop sekali diletakkan di luar tingkap! Sangat menganjing ya kawan-kawan! Menganjing ni kalau ada yang tak tahu apa maksudnya, ianya adalah bahasa anak-anak muda sekarang yang membawa maksud “menghina, mengeji atau mencaci dengan amat teruk”.
Malah lebih teruk lagi, gambar model di dalam iklan TM Streamyx ini menggunakan model yang mempunyai iras-iras wajah CEO P1 W1max sendiri iaitu Michael Lai. Boleh dikatakan 95% sebiji dengan wajah Michael Lai. Nampaknya Streamyx kini menggigil ketakutan kerana adanya pencabar paling hebatnya iaitu P1 W1max. Bila ada persaingan macam ni, yang untungnya adalah pengguna. Tunggu dan lihat.
Apapun yang lebih kita harapkan, janganlah sekadar mereka ni bersaing dengan iklan yang menghina pihak masing-masing sahaja tetapi tolong bersaing dengan servis anda yang terbaik demi rakyat Malaysia dan dah tentulah, Malaysia tu sendiri. Kasi up sikitlah nama Malaysia ni. Tak sabar nak tunggu apa yang dijanjikan PM dalam Bajet 2010 menjadi kenyataan.
(Panas) Pelakon Wan Sharmila bercerai talak satu
October 23, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Berita ini mungkin yang pertama di beritahu di media dan internet. Kami di Oh! Artis, telah dimaklumkan bahawa pelakon drama Sindarela (sebagai Tasha), Kisah Kaisarah (sebagai Amy), Tari Tirana dan beberapa lagi drama tempatan iaitu Wan Sharmila Wan Muhamad telah bercerai secara baik (talak 1) dengan suaminya, Fazli Bahrom pada jam 10:30 pagi tadi ( 23 Oktober 2009) di Mahkamah Syariah Johor Bahru.
Mahligai yang mereka bina hanya bertahan beberapa tahun (nikah pada awal tahun 2007). Sebab mengapa penceraian ini berlaku tidaklah pula kami ketahui malah tidak ingin juga kami ketahui kerana itu masalah peribadi mereka dan harus kita hormati. Apa yang kami harapkan, agar kedua-dua pihak tabah menerima ketentuan illahi ini.


Perkembangan kes curi Farid Amirul (Detektif Lim)
October 23, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Farid Amirul atau nama sebenanya Farid Amirul Hisham Abdullah yang dituduh mencuri dua buah buku di MPH Book Store, Mid Valley hujung bulan Mac lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Ape cerita sebenarnya ni ya?
Farid dipaksa mengaku mencuri
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Pelakon drama Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia dipaksa mengaku mencuri buku oleh pekerja kedai buku MPH selepas diberkas membawa keluar dua buah buku tanpa dibayar.
Mohd. Farid, 44, mendakwa dia merayu untuk berjumpa dengan pengurus kedai tersebut tetapi dia cuma disuruh mengaku bersalah oleh penyelia dan pengawal keselamatan yang menangkap dan membawanya ke sebuah bilik.
”Mereka turut memberi amaran kepada saya supaya tidak menjejakkan kaki ke mana- mana kedai buku MPH lagi selepas ini.
”Pada masa itu, saya terkejut, terpinga- pinga dan cuma mahu ingin memberi kerjasama,” katanya sewaktu menjawab pertanyaan peguam bela, Mohd. Azri Mohd. Ariff.
Menurutnya, dia ditangkap selepas alat penggera sensor berbunyi ketika dia melalui kawasan berdekatan dengan pintu masuk kedai tersebut sambil memegang dua buah buku yang belum dibayar. Read more


















