Iklan Streamyx yang lebih ‘menganjing’ P1 W1max
Hantar ke Twitter! |Masih ingat dengan artikel Oh! Artis baru-baru ini yang bertajuk “Sudah Potong ke Belum” di mana kami menjelaskan akan kehebatan pembekal internet yang diberi nama P1 W1max. Semua orang pun jelas dan maklum betapa ikan “abang dah potong?” tersebut begitu menghanjing perkhidmatan jaluran lebar No. 1 negara iaitu Streamyx!

Baru-baru ini Streamyx muncul dengan kembali menghanjing P1 W1max. Malah bagi kami ianya amat ganas dan kejam sekali. Bukan sekadar “ikon’ yang bentuknya seperti modem dari P1 W1max diletakkan diluar tingkap, malah dengan laptop-laptop sekali diletakkan di luar tingkap! Sangat menganjing ya kawan-kawan! Menganjing ni kalau ada yang tak tahu apa maksudnya, ianya adalah bahasa anak-anak muda sekarang yang membawa maksud “menghina, mengeji atau mencaci dengan amat teruk”.
Malah lebih teruk lagi, gambar model di dalam iklan TM Streamyx ini menggunakan model yang mempunyai iras-iras wajah CEO P1 W1max sendiri iaitu Michael Lai. Boleh dikatakan 95% sebiji dengan wajah Michael Lai. Nampaknya Streamyx kini menggigil ketakutan kerana adanya pencabar paling hebatnya iaitu P1 W1max. Bila ada persaingan macam ni, yang untungnya adalah pengguna. Tunggu dan lihat.
Apapun yang lebih kita harapkan, janganlah sekadar mereka ni bersaing dengan iklan yang menghina pihak masing-masing sahaja tetapi tolong bersaing dengan servis anda yang terbaik demi rakyat Malaysia dan dah tentulah, Malaysia tu sendiri. Kasi up sikitlah nama Malaysia ni. Tak sabar nak tunggu apa yang dijanjikan PM dalam Bajet 2010 menjadi kenyataan.
![]() | ![]() |




























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!