Perkembangan kes curi Farid Amirul (Detektif Lim)
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 3,865 views | Hantar ke Twitter! |October 23, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Farid Amirul atau nama sebenanya Farid Amirul Hisham Abdullah yang dituduh mencuri dua buah buku di MPH Book Store, Mid Valley hujung bulan Mac lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Ape cerita sebenarnya ni ya?
Farid dipaksa mengaku mencuri
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Pelakon drama Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia dipaksa mengaku mencuri buku oleh pekerja kedai buku MPH selepas diberkas membawa keluar dua buah buku tanpa dibayar.
Mohd. Farid, 44, mendakwa dia merayu untuk berjumpa dengan pengurus kedai tersebut tetapi dia cuma disuruh mengaku bersalah oleh penyelia dan pengawal keselamatan yang menangkap dan membawanya ke sebuah bilik.
”Mereka turut memberi amaran kepada saya supaya tidak menjejakkan kaki ke mana- mana kedai buku MPH lagi selepas ini.
”Pada masa itu, saya terkejut, terpinga- pinga dan cuma mahu ingin memberi kerjasama,” katanya sewaktu menjawab pertanyaan peguam bela, Mohd. Azri Mohd. Ariff.
Menurutnya, dia ditangkap selepas alat penggera sensor berbunyi ketika dia melalui kawasan berdekatan dengan pintu masuk kedai tersebut sambil memegang dua buah buku yang belum dibayar.
Dia kemudian dibawa ke pondok polis di pusat membeli belah Mid Valley sebelum ditahan di Balai Polis Brickfields.
Pelakon yang dikenali menerusi watak Sarjan Lim itu memberi keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi pada prosiding membela diri atas tuduhan mencuri dua buah buku iaitu The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens.
Kedua-dua buku tersebut berharga RM104.90.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kedai buku MPH di Mid Valley pada pukul 7.15 malam, 27 Mac lalu.
Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizal Abdul Rahman mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Mohd. Faizi Che Abu bersambung 4 Disember ini.
Kalau difikirkan secara logik, takkan lah jumlah harga RM104 pun tak mampu nak dibayar si Farid ni. Berlakon bagai nak rak takkan takde duit nak bayar pulak iye tak? Tapi logik juga sebab manusia boleh buat apa sahaja. Tapi agak bodoh la bagi sesiapa yang mencuri kat dalam Midvalley tu sedangkan terang-terang dah nampak kat pintu keluar tu ada penggera kecurian.
Kepada Farid harapan kami agar tabah. Kebenaran akan terbukti tidak lama lagi. Kalau nak kami bayarkan RM104 tu pun, kami tak kisah. – Akhbar tempatan
+ Artikel sumbangan Miss Butterfly
![]() |
![]() |















































Azfarul on Fri, 23rd Oct 2009 2:06 pm
erkk..
cam x caye je die curik ~..~
Piratz on Fri, 23rd Oct 2009 2:08 pm
hurm,.. macam2 skarang….
die ni blom kawen kan?
nabiki_chan90 on Fri, 23rd Oct 2009 2:10 pm
hanya tuhan yg tahu…
ewah, ayt pasrah..hahahah
jaws on Fri, 23rd Oct 2009 2:11 pm
haha..
mustahil laa die curik..
kan die cakap, die terpaksa mengaku oleh penyelia MPH tu..
huhu
sickchild72 on Fri, 23rd Oct 2009 2:44 pm
hahahaha kesian gila tak pasal2.
x-po on Fri, 23rd Oct 2009 5:27 pm
tp kan, kalau dia xmncuri, nape alarm tu berbunyi? kalau dia byr, mesti akan ada bukti resit..kalau tak ada resit tu, mmg sah2 la dia mncuri
DarkbringSparda on Fri, 23rd Oct 2009 6:35 pm
gua pun penah kene bai..beli buku kedai lain..masuk je kedai borders kat times tu..tetibe je alarm bunyik. mase nak kuar pun tetibe je bunyik gak..cuak gak. gua buat bodo je jalan..tunggu guar kejar tak kejar2 pun
radeitz on Fri, 23rd Oct 2009 6:55 pm
berlakon bagai nak arak??
lala on Fri, 23rd Oct 2009 10:33 pm
aku pon pernah kena, cuak gak…nasib baik masa tu promoter tgah wat demo kt aku…then dia bg tau…sensor memg mcm ni even blum kuar dri tmpat tu pon (dekat2 nk kuar) dh bunyi…kalo barang yg ad code , tp kdai x clearkn…next tme kalo kita masuk mana2 kedai berserta barang yg code x diclearkn…sensor bunyi…
abranetwork on Sat, 24th Oct 2009 4:18 am
biasalah tu. kalau terbukti dia tak bersalah, dia leh saman malu balik..
law student on Sat, 24th Oct 2009 12:30 pm
erm…. sbnrnye nk bgtaw kdai buku mph kat mid valley tu penggera dier mmg slalu bunyi…. kadang org lalu dlam kedai tgh pilih2 buku pn berbunyi…. ntah pape je… yg ptg… pihak mph tak patut paksa dier utk mengaku, chek laaa dulu sensor dier.. mentang2 dier pelakon nak highlight plak! sian!
tiada yang benar melainkan yg benar2 belaka!
hmmm... on Sat, 24th Oct 2009 4:19 pm
Mohd. Farid, 44, mendakwa dia merayu untuk berjumpa dengan pengurus kedai tersebut tetapi dia cuma disuruh mengaku bersalah oleh penyelia dan pengawal keselamatan yang menangkap dan membawanya ke sebuah bilik.
Nie mesti kes c penyelia ni x puas hati dgn c pelakon ni kan sebab tu la..Mesti Farid x sign autograf utk dia, sbb tu la dia nak kantoikn c Farid nie.. Xpun, saja ja mau malukn pelakon2 kat M’sia nie. Biar nampak buruk ja. Tp, c Farid ni kira wrong time la kan.. Klu Dato Siti yg kena, xtau la mcm mn nnt…
ezany on Sat, 24th Oct 2009 9:54 pm
eh.. bukan dulu kata ade rakaman cctv ker.. kalau tak silap ler..
tapi tak mustahil jer.. pemain bola kat england (glen johnson) yg gaji puluhan ribu pound seminggu pun kena pernah tangkap sebab curi tisu tandas.. tak ker sengal.. hahaha..
asan dolah on Sun, 25th Oct 2009 7:55 am
if you really did it, face it la. berani buat, berani tanggung la. but if you dont, bersabar la encik Detektif Lim. Kami support 100% dari satu malaysia.
shaz on Mon, 26th Oct 2009 11:40 pm
saya penah tgk org curi sayur dari market.. lagi dahsyat.. tapi maybe farid lupa nak bayar agaknye..
chipsmore85 on Tue, 27th Oct 2009 1:36 pm
x kan la nk curi 2 buah buku?? mangsa keadaan je kot..ader salah paham jer tu..wat pe la dier nk curi buku…baik dier curi benda lain yg blh trade in..emas ke duit ke handphone ke..
-AniS_ on Wed, 28th Oct 2009 11:04 am
buku curi?cm xlogik..biarpon kena menuntut ilmu smpai negeri cina, xperlu la nak curi2 kat malaysia…
curi emas berbaloi gak..oyeahh
bond on Wed, 28th Oct 2009 2:28 pm
kan dia cakap,dia lalu berdekatan ngan sensor tu,bukan dia melalui sensor tu..sensor ni bkn sumanya perfact..kita lalu sebelah pun kekadang berbunyi..salah faham ja tu..tapi penyelia ngan pengawal tu nak jadi hero lah tu…nak tangkap detektif lim@mohd.farid.
a'elehh on Thu, 29th Oct 2009 10:29 am
pelik kan…bknnye tak bkerja..jadi pelakOn lagi..
TRingt aku mse zaman aku sekola dulu:D ..ade gak ambik barang..harga murah je bkn mahal pun tapi suke2 kita enJOI maa:) ..tup2 mber aku sangkut lak kne tangkap:[ ..sejak dari tu aku terkeDU,terkasima segala MCM ter la kan akhIRnye aKU InsaF SAMpai sekaraNG..THANx GOd sbb dh bkk kan pintu hati ku:)
blowie on Sat, 31st Oct 2009 10:04 pm
inspektor lim kita ni kena framed rasanya
aiensoO on Mon, 16th Nov 2009 6:50 pm
btollh…guard tu sje nk ‘wakenabeb’kn det.lim ++tgk buku ape die bli ‘decoding the HEAVANS’ tuuuu…
aiensoO on Mon, 16th Nov 2009 6:51 pm
eh2x…’HEAVENS’ (slalu typo…nympah tol
)
Rara on Tue, 17th Nov 2009 6:23 pm
mph midvalley memang alarm dia asyik berbunyi je.
baru lalu depan tu tengah pegang buku pun dah berbunyi, hmph.