(Gosip) Ayu OIAM lahirkan anak sulong? Dah kahwin ke?
Hantar ke Twitter! |November 17, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Buat Hal, Gossip, One in a Million, Selebriti, Tempatan, TV
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang mana lah nak boleh. Lagi-lagi gosip-gosip dalam internet ni lagilah jari-jari sumpah tak boleh nak ditutup. Orang yang tak laser pun jadi laser dalam internet ni. Heh.
Terbaru, Ayu yang juga juara One in a Million musim ke-2 dikatakan telah kahwin secara senyap dan telahpun melahirkan seorang anak sulong. Nak dijadikan cerita ketika gosip ini hangat diperkatakan, Ayu OIAM juga dilihat tenggelam entah ke mana dari industri hiburan seni Malaysia.
Katanya Ayu telah terlanjur bersama kekasih hatinya yang bekerja di kedai makan di mana kini lelaki tersebut adalah suaminya yang sah. Gosip ini tercipta dek kerana sebuah akhbar tempatan menulis tentang seorang selebriti realiti TV yang dikatakan telah berkahwin dan melahirkan seorang anak luar nikah.
Menurut beberapa forum hiburan terkemuka, artis tersebut adalah Ayu OIAM. Ini ditambah lagi kenyataan beberapa rakan artis yang ternampak perut Ayu yang seakan-akan makin membuncit. Mereka ingatkan sebab Ayu ni kuat tonggang air mabuk. Rupanya itu pun ya, mengandung pun iya.
Bagi kami di Oh! Artis, mudah sahaja untuk Ayu memadam gosip ini jika ianya tidak benar hanya dengan tampil di media dan menjelaskannya. Bukan semakin menyorok di belakang dinding. Kalau macam tu, lagi la orang percaya yang gosip ini benar. Berani tentulah kerana benar dan takut semua orang pun tahu kerana salah.
Konklusinya, siapapun artis realiti yang dimaksudkan, itu tidaklah penting. Jadilah perkara seperti ini sebagai satu ikhtibar buat kita semua. Kalau nak jadi terkenal tu, jagalah diri betul-betul. Ini sebelum ni kekampungan, lepas jadi artis mengalahkan beruk punya perangai.
Woohhaa!!
+ Sumber rujukan gosip, Roti Kaya.
![]() | ![]() |




























Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!