Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Lagi waran tangkap buat Radhi. Susah sangat nak pergi mahkamah!

Hantar ke Twitter! | Bookmark

November 4, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Peguam syarie untuk Shazlin Sharif iaitu Rubiah Jaafar memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap buat Radhi kerana gagal lagi menghadiri perbicaraan. Bila nak selesai kes macam ni kan? Jangan buang masa bro!

Dengan itu, Ghazali Ahmad selaku hakim syarie mengeluarkan waran tangkap kepada Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya bulan hadapan (1 Disember 2009 1030am). Dah nak tunggu sebulan lagi. Jangan susahkan orang la Radhi. Come on bro. Perbicaraan lepas ni confirm akan datang sebab dah ada waran tangkap. Hehehe.

shazlin radhi 1

shazlin radhi 2

shazlin radhi 3

Berikut adalah dialog akuan sumpah dari Shazlin kepada peguam’nya, Rubiah di Mahkamah.

RUBIAH: Apakah alamat Puan? Adakah seperti dalam surat saman?

SHAZLIN: Ya.

RUBIAH: No kad pengenalan Puan?

SHAZLIN: 780618-10-5542.

RUBIAH: Dalam tuntutan cerai, Februari 2009 pihak defendan ada jatuh talak.. Di mana Puan pada masa itu?

SHAZLIN: Pada tarikh itu, saya berada di tempat kerja di 1307, Tingkat 13, Blok A, Damansara Intan.

RUBIAH: Pukul berapa?

SHAZLIN: Tak ingat, tetapi pada waktu pagi.

RUBIAH: Puan dapat panggilan telefon daripadanya atau puan membuat panggilan telefon kepada defendan (Radhi)?

SHAZLIN: Saya telefon defendan.

RUBIAH: Nombor telefon yang dihubungi?

SHAZLIN: 017-35.. saya tak ingat sebab dia selalu tukar nombor telefon.

RUBIAH: Apa yang diperkatakan dalam perbualan telefon itu?

SHAZLIN: Kami bertengkar dalam telefon dan dia lafazkan cerai. Dia kata, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga terus.” Saya jawab balik, “Thank you’.

RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan berada dalam keadaan suci, mengandung atau haid?

SHAZLIN: Saya berada dalam keadaan suci semasa lafaz cerai tersebut.

RUBIAH: Sejak Februari 2009, adakah masih tinggal bersama?

SHAZLIN: Kami tidak tinggal bersama sejak April 2008 sehingga hari ini.

RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan yakin defendan (Radhi) melafazkan secara sukarela atau dipaksa?

SHAZLIN: Dia tidak dipaksa. Sebelum dia melafazkan cerai, dia ada marah-marah dan kemudian terus lafaz.

RUBIAH: Selepas itu, apa terjadi?

SHAZLIN: Pada Julai 2009, kami bertengkar lagi ketika berSMS (khidmat pesanan ringkas).

RUBIAH: Siapa SMS dulu?

SHAZLIN: Tidak pasti.

RUBIAH: Apakah nombor defendan?

SHAZLIN: 017-355 6596.

RUBIAH: Apakah nombor Puan?

SHAZLIN: 012-355 9953.

RUBIAH: Apakah isi kandungan SMS yang dihantar?

SHAZLIN: Saya ingin mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya pada 25 Februari 2009. Defendan balas SMS saya itu.

RUBIAH: Apakah jawapan pihak defendan?

SHAZLIN: Lebih kurang begini jawapannya: “Saya (Radhi) tidak kata saya ceraikan kau, ‘Oklah, I ceraikan you talak, 3, 2, 1?’ Saya kata kalau.” Kalau tidak silap, ia pada September 2008.

Kemudian, Shazlin memberitahu mahkamah bahawa mahkamah memutuskan lafaz cerai pertama tidak sah kepada peguam bela terdahulunya.

RUBIAH: Kemudian apa jadi?

SHAZLIN: Saya SMS Radhi tanya bagaimana dengan lafaz cerainya yang kedua. Katanya: “Yes, I did”. Dia mengaku yang dia ada melafazkan cerai tersebut.

Peguam melampirkan sesalinan info SMS dari nombor telefon 017-355 6596 itu kepada mahkamah.

RUBIAH: Adakah pihak plaintif datang ke mahkamah untuk mengesahkannya dalam masa dua minggu?

SHAZLIN: Kami masih sedang dalam proses prosiding pengesahan cerai.

RUBIAH: Adakah pihak peguam terdahulu Puan mendaftarkan penceraian itu?

SHAZLIN: Tidak ada sebarang pendaftaran dalam masa 14 hari dari tarikh SMS dihantar.

RUBIAH: Adakah Puan yakin suara lafaz cerai itu adalah daripada defendan?

SHAZLIN: Saya yakin itu adalah suara pihak defendan.

P/s: Lagi pesanan ikhlas dari Oh! Artis buat Radhi. Orang dah taknak tu lepaskan je lah. Macho la sikit bro!

+ Pic courtesy of Mstar dan ala-fark.

Artikel terdahulu mengenai kisah Radhi dan Shazlin, boleh dirujuk melalui ruangan “Artikel berkemungkinan” di bawah.

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  Alasan Memey tidak dapat pergi ke Mahkamah
»  Wan Norazlin nak keluar waran tangkap untuk suaminya?
»  (Panas) Adakah Shazlin Sharif (Isteri Radhi) Seorang Lesbian?
»  Drama Sebabak Radhi OAG dan Shazlin – Versi Komik
»  Bob Lokman Kena Waran Tangkap
»  Kes Khalwat buat Bakal Banduan Negara, Ako Mustapha
»  Pesanan Khas Radhi OAG – Tidak Perlu Dadah Untuk Muzik
»  Akhirnya, Norman Hakim & Memey…mengikat tali pernikahan
»  Perihal Artis dan Perangai Mereka
»  (Gambar) Bahagia betul Norman dan Memey. Cayalah!

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin