Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Panas) Artis ‘KANTOI’ curi handphone di Singapore

Hantar ke Twitter! | Bookmark

November 21, 2009 oleh  
Di dalam kategori Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Ape cerita pulak ni kan? Ingatkan artis-artis ni kaya. Tak sangka ada yang sampai sanggup mencuri. Ini artis kedua yang kami dengar dituduh mencuri selepas Farid Amirul (Detektif Lim) yang dituduh mencuri buku di MPH awal tahun haritu.

Seorang penyanyi rock popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura. Telefon bimbit terpakai yang lesap itu yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu.

Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang. Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu.

Pada sekitar 8 pagi 14 November lalu beliau mendapati penyanyi Malaysia itu telah menghilangkan diri dan telefon bimbitnya itu turut hilang. Usaha artis Singapura itu menghubungi telefon bimbitnya serta penyanyi itu tidak membuahkan hasil.

‘Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya. Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya,’ ujarnya.

Artis Singapura itu pula mendapat tahu penyanyi itu akan ke Sims Lane untuk mengambil barangnya dan terserempak dengannya pada sekitar 11 pagi. Beliau mengekori penyanyi itu hingga ke Lorong 24 Geylang, dan dengan bantuan rakannya, memaksanya masuk ke dalam kereta rakannya itu. Mereka menghubungi polis.

‘Di dalam kereta, dia merayu kepada saya supaya melepaskannya. Katanya dia perlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit,’ kata pelakon Singapura itu lagi.

Menurutnya, penyanyi itu dikatakan merancang mengeluarkan album di bawah kontrak dengan syarikat rakaman setempat tetapi menghadapi masalah untuk menerbitkannya.Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.

Dan artis tersebut adalah Mamat Exist. Kepada Mamat, pesanan kami niat tak menghalalkan cara. Banyak jalan lain lagi kalau susah sangat pun selain mencuri. Kasitahu peminat minta tolong, sure peminat tolong. Ini dah buat perangai macam ni, hancurlah sudah peluang kedua yang diberikan peminat. Selamat tinggal Mamat.

OHARTIS: Mamat, lain kali nak buat benda-benda macam tu, cuba nyanyi lagu ni dulu. ” Duhai bonda.. duhai ayahanda.. dengar rayuan anakanda, yang jauh di mata… bla bla bla sampai habis

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter
vimax

hawanafsu

vimax

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Iklan




Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Gambar) Singapura bina pusat hiburan atas angin, Sky Park
»  Universal Studios Singapore bukti kemajuan perfileman Asia
»  (Gambar) David Beckham kantoi nengok bumper
»  Zee Avi ‘Kantoi’ di Kuching, Sarawak
»  (Kantoi) Memey Suhaiza Sambut Hari Lahir Bersama Norman Hakim
»  (Panas) Aliff Aziz kantoi bercium dengan gadis berbulu
»  Dua bulan penjara buat si pencuri buku, Detektif Lim
»  (Gambar) Black Mentor dan Kekasih
»  (Panas) Marsha Kantoi Love Bite?
»  (Panas) Nabil Raja Lawak Kantoi Cium Kekasih Hati?

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin