Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Ruangan Gossip bersama Juber Jubor. AWW AWW!

Hantar ke Twitter! | Bookmark

November 15, 2009 oleh  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Tenangkan diri anda. Mari kita baca beberapa artikel dari wartawan tua kaki kejar artis tak tahu malu, Encik Juber bin Jubor.

PELAKON REMAJA GENIT KAKI KELAB?

Baru-baru ni JUBER dapat panggilan dari seorang pembaca dan beliau bercerita tentang perangai liar seorang pelakon remaja wanita yang sedang hangit dipasaran seakarang.

“Engkau nak tau Jubor… eh Juber.. aku jumpa pelakon ni semasa aku tengah clubbing di Jalan P Ramlee aritu”
“Engkau jumpa dalam kelab mana?”
“Kelab yang hot tu.. ala tu tak penting. Aku nampak pelakon wanita ni merokok engkau tau. Dia isap salem light. Lepas tu dia hisap shisha dan kemudian dia minum arak”
“Mana engkau tau itu pelakon muda yang popular tu?”
“Aku tau la pasal aku tanya nama dia.. plus aku yang belanja dia dua tiga shots vodka Absolut”
“Oh artis ni togak dan gi clubbing tak boleh. Tapi engkau boleh plak togak dan gi clubbing?”
“Lek ah Juber.. aku bukan role model. Depa ni artis so kena jaga akhlak”
“Banyak la logik engkau meleis!”

Nak tahu siapa pelakon yang dimaksudkan ini? Beliau bermata dua, berjari sepuluh dan telinga dua juga. Kaki pun ada dua dan berketinggian antara 4 kaki dan 6 kaki. Beliau berambut dan pernah berlakon dalam sekurang-kurangnya satu drama murahan. Pernah menunjukkan alur dada semasa mandi didalam kolam didalam majalah PELAM. Takkan tak dapat teka lagi? Meh Juber bagi lagi clue ok? Beliau ada bulu ari-ari dan boleh bercakap. Tidak bisu , tidak pekak dan mempunya kulit. Tu je clue yang Juber boleh beri. Kalau bagi lagi clue korang boleh tahu pulak siapa pelakon yang Juber maksudkan. Kalau bagi tau identiti tak best la korang nak SPEKU kan? Gosip Malaysia ni SPEKU je lebih. Satu cerita Juber tulis 17888 orang artis boleh kena speku yang cerita tu pasal dia. Senang kan jadi wartawan hiburan?

JUBER: Masa muda suka ke kelab golf sahaja. Kelakar kan jenaka aku?

PELAKON JANDA KAHWIN SENYAP SENYAP?

Hai apa nak jadi artis Malaysia zaman sekarang ni? Ada trend kawin senyap-senyap nampaknya. Terkini Juber dapat berita yang artis janda meletops yang digilai pemasturbasi internet seantero Malaysia berkahwin dengan jejaka pilihannya secara rahsia. Juber bukan nak mengutuk atau memaki hamun atau membesar-besarkan cerita atau menunjuk-nujuk yang wartwan hiburan Malaysia ni macam bagus tapi kenapa kawin tak ajak wartawan?

Tahukan dia yang tanpa wartawan pondan takde telor macam aku ni diorang takkan femes? Kalau takda Juber dan rakan-rakan wartawan siapa lah mereka? Juber dipahamkan majlis pernikahan beliaupun ala kadar macam orang miskin aje. Takde tajaan baju oleh butik ekslusif. Takde hantaran Ferrari atau BMW. Takde panggil Syarifah Shahira jadi MC. Paling teruk sekali Juber dengar hantaran dia tak sampai RM 30 000. Apa la miskin punya janda?

JUBER :Teringat masa Juber ke majlis nikah Dato’ Siti. Dia tatang macam VIP dan siap ada kuli batak angkat Juber kesana kemari. Ada VIP Pass. Ini la baru layanan betul kepada wartawan. Pasal tu aku tak pernah mengutuk Siti. Aku dah makan rasuah.

WARTAWAN HIBURAN POPULAR TAK SEDAR DIRI PERASAN BAGUS?

Juber kerap menerima email dari pembaca. Oleh kerana Juber wartawan hiburan No 1 negara, dalam satu hari Juber dapat dalam 100 juta email sampai tak larat nak baca kesemuanya. Tapi Juber nak ucap terima kasihlah pasal semua yang sudi hantar emel pada Juber. Rasa macam bintang pulak bila email datang dari serata dunia. Hari ni aje Juber dapat 10 email dari Nigeria dan mereka semua nak berkenalan dengan Juber. Tak sangka hasil penulisan Juber famous sampai ke Nigeria ye? Semua email dari Nigeria nak mintak tolong dari Juber untuk uruskan masalah kewangan. Mungkin mereka tahu yang Juber ramai teman di sector perbankan. Juber pun berbesar hatilah nak menolong pasal Juber nak jadi macam Madonna dan Angelina Jolie menolong orang benua Africa. Tak salah membantu mereka yang memerlukan bukan? Apa korang ingat artis Eropah saja ke mampu bantu orang kulit hitam?

Tapi gossip terkini Juber dapat dari emel pembaca. Beliau ada gossip hangat tentang seorang wartawan hiburan di Malaysia yang perasan dia paling popular berlagak diva;

“Hey Juber..

I ada cerita hangat nak share. Ada seorang wartawan gossip Malaysia perasan dia paling bagus, popular dan terkenal macam you Juber. Nama dia J _ B _ R. You teka la sendiri siapa tenuk yang suka angkat bakul sendiri. You kan wartawan hiburan jugak mesti you boleh teka siapa la cilanat perasan bagos ni kan?

Anne Arwen Evans – Felda Taib Andak.”

Siapa agaknya wartawan lagak diva ni? Perasan betul kan wartawan yang dimaksudkan oleh Anne. Setau Juber tak ada wartawan yang lagi hebat selain dari Juber di Malaysia ni. Siapa dia nak claim dia paling bagus, popular dan terkenal di Malaysia. Semua orang tahu itu Juber yang punya. So kepada wartawan yang bernama J_B_R tu cermin-cermin la sendiri muka ya? Ukur dulu baju dibadan. Jangan perasan sangat kamu tu bagus!

JUBER : Dari kecil mesti menang pertandingan tulis karangan dalam majalah sekolah. Juber memang berbakat dari kecil.

Berikut ulasan Juber untuk pihak Oh! Artis pula.

WARTAWAN TUA HAPRAK MAKAN GAJI BUTA

Juber betul-betul tak faham la apa nak jadi dengan seorang wartawan hiburan tua yang tak reti-reti nak pencen ni. Nak kejar artis dah tak larat. Apa lagi 24 jam la Juber rasa dia duduk depan komputer kemudian ciplak artike-artikel dari website hiburan independece kat luar sana. Juber rasa ini perkara yang tak patut. Ini dah memburukkan profession wartawan hiburan seperti Juber.

Dulu wartawan tu selalu ciplak artikel dari Oh! Artis. Sekali Juber baca artikel Oh! Artis yang sound wartawan tu. Haa! Padan muka kau! Plagiat artikel dan ubah sikit-sikit lepas tu cakap ada pembaca yang kasitahu. Itu taktik busuk gila la kot bagi Juber. Juber tak suka tau. Lepas tu kecoh satu Malaya wartawan tu kena simbah cat merah dan kepala ayam. Ha, Juber tak tahu la siapa punya kerja tapi Juber rasa dah sampai masanya wartawan tu duduk rumah jaga anak-anak sendiri dari jaga tepi kain artis. Kejar sampai habis keluar semua peluh jantan.

Juber: Juber memang kuat lari. Hari-hari minum tongkat ali.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

+ Full kredit buat rakan blogger kami, Mr Obefiend di atas kebenaran untuk kami publish artikel ini. Pergi ke blog dia untuk artikel yang lebih pecah perut dan kepala. Ada wartawan yang terasa ke dengan artikel di atas? Makan hati sendiri la ye?

Subscribe Oh! ArtisShare this post at Twitter

Iklan






Oh! Artikel yang mungkin berkaitan:

»  (Propa) Nora Danish bersama Qabil Ambak pula?
»  Hattan Menamatkan Zaman Dudanya.
»  (Gossip) Sam Bunkface bercinta dengan Juliana Evans?
»  Azwan Ali kata Didie Alias macam Chimpanzee, Twitter jadi medan peperangan
»  (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck di Werner’s Bukit Bintang
»  (Gossip) Imran Ajmain bakal jadi adik ipar Dato’ Siti Nurhaliza.??
»  Roslin Hashim bercerai selepas 12 hari?
»  (Gossip) Serina Chef Wan Bakal Nikah Jejaka London?
»  (Trivia) Ditinggalkan Kekasih Kerana Rakus Di Ranjang.
»  Norish Karman Larikan Diri Kerana Hamil Luar Nikah?

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin