(Download) Tersasar di Jalan Mu arahan Erma Fatima
December 30, 2009 by Mr XY
Filed under Filem, Interactive, Local Drama, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV

Mungkin ramai pembaca OH! Artis yang mengetahui tentang drama ini tetapi masih belum berpeluang untuk menonton. Maklumlah ketika ianya ditayangkan di RTM beberapa tahun lepas, siapa pun tidak pandang. Maklumlah orang kita ni kalau cerita yang keluar RTM je, semuanya bagi mereka cerita yang tidak bermutu. Cerita yang tiada “commercial value” kononnya.
Sehinggalah drama arahan Erma Fatima ini merangkul anugerah utama ketika Anugerah Skrin 2009 (ASK09) yang lalu, masing-masing tertanya-tanya bagaimana ingin menonton cerita ini semula. RTM ada menayangkan semula cerita ini tetapi mungkin masih ada juga yang miss kan? Jadi kami berbesar hati untuk berkongsi cerita melalui 3 link download di bawah. Read more
(Panas) Ada yang menarik antara Kris Dayanti dan Qabil Ambak
Qabil Ambak bukanlah nama yang asing sebenarnya kepada rakyat Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatannya menunggang kuda membawa nama Malaysia ke serata dunia kan? Cuma yang kami perasan, makin lama makin over pula Qabil ni nak menonjolkan diri dalam dunia hiburan. Dah jarang dengan gosip cinta dia dengan kuda (hehe), tapi memanjang dengan artis je pula sekarang ni.
Bermula dengan kisah percintaan tiga segi antara dia, Fasha dan si duda, Rizal Ashram. Kemudian keluar pula kisah meletup satu Malaysia yang dia menolak untuk menerima Fasha Sandha sebagai jodohnya atas sebab yang tertentu yang mungkin menjadikan Fasha Sandha frust tertonggeng dan menonggeng. Read more
(Panas) Artis Positif Dadah selepas ditahan di Bukit Bintang
December 26, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Semalam terdedah di sebuah akhbar tempatan kisah artis yang ditangkap di sebuah kelab malam yang beroperasi secara haram di Bukit Bintang. Apa yang menjadikan cerita ini buah mulut orang ramai adalah disebalik tangkapan yang dibuat, ada beberapa selebriti tanahair yang ditangkap dan ianya adalah Melayu! Hai sibuk sambut Krismas ke beb?!
Antara nama-nama yang disebut media ialah Awal Ashaari, Qi Qushairi, Ridzuan Hashim. Selepas ujian air kencing dilakukan, Awal Ashaari dan Ridzuan Hashim dikatakan negatif dadah tetapi malang sekali buat hero drama Blogger Boy, Qi Qushairi kerana positif dadah dalam urine test tersebut.
Kalau tak sure siapa Qi Qushairi atau yang melakonkan watak Budi seorang blogger dalam drama bersiri Blogger Boy tu, korang boleh lah layan video OST Blogger Boy kat sidebar Oh! Artis yang dah berminggu-minggu kami letak tu. Ada Qi kat dalam tu.
Wow. Apa cerita? Memalukan betullah. Berikut beberapa watak Qi dalam Blogger Boy season 1.
(Gambar) Plate Number kenderaan Bunga Citra Lestari
December 26, 2009 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Indonesia, Selebriti
Menurut maklumat yang kami terima, kalau Siti Nurhaliza boleh berbangga dengan No Plate BMW beliau iaitu “CT5″ yang entah berapa harganya kami pun tak tahu, apa pula yang boleh dibanggakan artis Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari yang kini dah pun bahagia dengan si Ashraf tu kan? Apa number plate si BCL ni ye? Sukar jugaklah nak percaya tapi bukti dah depan mata, terima ajelah. Jom kita nengok.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Owh!! BCL 366. Berapa agaknya harga dia ye? Mungkin ini motor yang dihadiahkan Ashraf kepada Bunga Citra Lestari mungkin.
Hahaha! Jangan marah eh? Ni artikel sempena 1 tahun kewujudan Oh! Tidak, sebuah lagi website menarik yang berada di bawah network kami. So dari artikel ni, rasanya korang dah dapat tangkap apa motif kewujudan Oh! Tidak tu kan? Mungkin ada yang masih tak tahu, so dah tahu tu meh la serang!
URL: http://ohtidak.com
Tapi jangan rajin-rajin sangat masuk ye? We all dah tak tahan menanggung trafik yang menimbun-nimbun kat OH! Tidak yang sekangkang kera tu. Lagi-lagi time office hour (sah korang kuat mengular. hehe). Eh takdelah we all tak kisah. As long as korang happy dan bahagia baca artikel-artikel kami, kami pun happy sokmo.
Melodi TV3 makin lama makin sampah
December 25, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Kami sebagai manusia yang nak juga tahu sedikit sebanyak perkembangan “rumusan” tiap-tiap minggu di kaca TV mengenai dunia hiburan tempatan. Dan rancangan pilihan kami dah tentulah Melodi di TV3. Dari masa kecil-kecil dulu lagi dah follow Melodi ni. Dari zaman pengacara Kak Ogy, then ada Apek Saiful, Raja Azura, Aznil, Sheila Rusli dan sampailah sekarang ni ada Farah Fauzana dan Wahid. Even though ramai yang tak berapa nak suka Wahid jadi pengacara, tapi bagi kami no problem lah pun since yang jadi pengacara ni asal ada je pun buat pemanis mata. Apa yang penting dah tentulah cerita yang nak dikeluarkan tu.
Menyentuh sedikit mengenai Melodi sejak dua menjak ni, totally kami boleh rumuskan sebagai sampah. Cerita yang dikeluarkan boleh dikatakan sebagai “Duh…like i care…” dan wartawan-wartawan ni rasanya muka baru sebagai wartawan. Mungkinlah dah lama cuma kita je yang tak tahu tapi diorang ni rasanya baik tak payah hidup kot? Mana pergi wartawan-wartawan Melodi yang lama dulu ye? Yang sekarang ni tolonglah. Menyampah!
Tanya soalan macam nak cari gaduh je. Minggu lepas isu si Sam Bunkface pakai baju singlet. Itu pun nak dijadikan isu ke? Lelaki pakai singlet pun nak sound macam nak cari gaduh? Bukan nye nampak aurat pun. Artis perempuan yang tak pakai singlet tapi baju terbonjol-bonjol sana sini taknak pulak ditegur?
Then tanya macam orang nak cari gaduh. Kalau takde kamera depan tu, rasanya dah lama si Sam tu bagi sebijik dua pelempang kasi bisu. Then isu-isu lain yang dikeluarkan. OMG! Rasa menyesal buang masa duduk depan TV selama 1 jam tunggu iklan yang banyak macam haprak untuk nengok Melodi yang sebegitu rupa.
Dan Nas Ahmad si abang rambut ketak pun dah lama tak nampak. Haritu dengarnya jadi penerbit dan sekarang dah tukar orang. Kena buang atau apa sebenarnya si Nas Ahmad ni? Biarpun ramai tak berapa setuju slot Terjah Nas Ahmad di Melodi tu, tapi itu yang orang tunggu. Dan cara terjah Nas Ahmad ni bagi kami “kena gayanya” bukan macam seorang dua wartawan lelaki Melodi sekarang yang nak buat gaya terjah macam Nas Ahmad tapi kami rasa itu cara terjah minta penampar kot?
Then tanya soalan nak melagakan dua artis. Baru-baru ni pergi tanya si Bandi isu artis baru namanya Hero yang pakai topeng juga tu. Pergi lantak dia la nak pakai topeng ke apa. Perlu ke Melodi nak tanya Bandi pasal isu tu? Sejak bila si Bandi ada daftar pakai topeng tu as trademark dia? Hackipta dia? Minggu depan kalau pergi tanya si Hero tu pulak mengenai apa jawapan dia pasal kata Bandi, memang jahat sangat lah wartawan Melodi ni kan? Hebat betul nak melaga-lagakan orang.
Beberapa minggu lepas, pergi terjah si Black dan awek‘nya. Dekat internet even di Oh! Artis sendiri dah lama keluarkan berita mengenai Black dan kekasihnya tu. Siap ada gambar lagi. Tak cukup dengan tu, Black dah siap upload lagi gambar dia dengan awek di Facebook. Dan Melodi? Baru nak terjah sambil tertanya-tanya “adakah itu awek Black?” Apa punya ketinggalan Melodi ni.
Nasib TV9 tu pun under Media Prima kalau tak dah lama rancangan Galaksi di TV9 tu lagi ramai penonton sebab kualiti jauh lebih menyerlah dari Melodi yang sekarang.
Sebagai peminat Melodi dulu dan sekarang, rasanya elok pihak TV3 buat rombakkan besar-besaran untuk Melodi ni. Jangan biarkan wartawan-wartawan poyo entah apa-apa tu menjadikan Melodi tu tak lebih dari sampah untuk dikitar semula.
Beberapa komen dari peminat Melodi di website TV3 sendiri.
bru jer tgok melodi..betol 2 chect..diorang mmg suka ceta y pelik2..cuba g bikin panaz artis pompan y pakai bju x ckup kain 2..pd sam jgn amik ati..tpi kna jaga gak penampilan 2..besa la mlut orang bkan bleh jga..orait..
setuju sgt2 wartawan ni dah takde cerita pakai singlet nak jadi isu artis wanita pakaian menjolok mata buat tak tahu lu pikir lah sendiri
wartawan 2 x sedar diri kot…. yg dia pkai bju ade lmbg salib xpe lak….. ape nye biol lak 2???? duniaduniadunia…….
P/s: Lagi satu Melodi, tolong lah tukar suara latar Melodi tu. Pakai balik Faizal Hot FM pun lagi bagus. Yang sekarang ni, suara minta penampar sangat-sangat. Ini komen ikhlas ni.
OHARTIS: NASIB KORANG BACA TULISAN KAMI JE KAN? KALAU TAK KORANG MESTI NAK TAMPAR KAMI JUGAK. HAHAHA.
(Video) Promo Anugerah Juara Lagu AJL ke-24
Mungkin ramai yang dah pun nengok iklan ni di TV. Tapi sengaja kami letakkan video dari Youtube ni mana tahu ada yang nak donwload atau yang masih belum nengok lagi. Ramai kaki internet kat luar sana, selalunya tak suka nengok TV. Macam saya. Hehe.
Iklan AJL ke-24 kali ni, bagi kami agak unik kerana idea yang agak kretif dari penciptanya. Kami tak pasti ianya idea siapa tapi iklan kali ni baru nampak sikit kelainan dia dan bagaimana hebatnya gaya santai dan humor untuk menarik minat dari jiwa dan naluri si penonton sehingga diperkata ramai. Bagus bagus! Ini baru promo yang sebenar!
Promo No 1
Promo No 2
Promo No 3
Promo No 4
jadi 10 Januari 2010 nanti (dah tak lama dah ni), jangan lupa depan TV ye layan Anugerah Juara Lagu ke-24. Berikut adalah senarai peserta AJL-24 yang ada pada malam tu.
Senarai peserta Anugerah Juara Lagu AJL 24
01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, lirik: Allahyarham Loloq)
14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
Favorite kami? Ada dua satu Aizat dan satu lagi Stacy. Itu sahaja.
+ Via Topotato.
(Gambar) Bahagia betul Norman dan Memey. Cayalah!
Pasangan duda dan dara ni, semua orang pun tahu mereka ni bercinta. Ialah dulu meletup dengan tangkap basah ketika Norman masa tu masih lagi suami kepada Abby Abadi. Then meletup lagi dengan kes penceraian mereka. Dan sampai sekarang tak habis-habis lagi isu tangkap basah mereka ni. Kes tak habis lagi, kami nengok gambar-gambar ni macam dapat simpulkan je kebenarannya. Wohha! Nampaknya anak-anak Norman dah kamcing sangat dah dengan si Memey Suhaiza ni. Aca ciri-ciri ibu tiri mithali ni. Hehehe.
Apapun doakan lah mereka ni cepat-cepat bernikah. Tutup mulut orang ramai macam apa yang dilakukan Akhil Hayy dan Waheeda beberapa bulan lepas. Kan bagus macam tu mengelakkan fitnah dan gosip daripada sendiri yang create bahan untuk di-fitnah then nak masuk dalam media kasitahu difitnah lah dan ape-ape sajalah.. Read more
(Panas) Koleksi artis bernaluri Gay di Malaysia
December 22, 2009 by Gadis Lonely?
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Rakan Twitter Oh! Artis ada tweet satu website gay (lebih kepada blog) yang pernah mengeluarkan artikel mengenai artis yang senaluri mereka (gay la tu) beberapa tahun yang lalu. Kebenarannya wallahualam tapi adalah dua tiga artis yang memang boleh kami confirm’kan 100% yang dia memang benar-benar gay sebab kami kenal. Apapun siapa kita untuk menilai kan? Baca boleh percaya jangan menilai pun tidak. Berikut adalah petikan artikel tersebut dan tolong jangan terkejut!
Okla, setakat artis2 luar negara tu, dah ramai kita tau sapa yg gay, sebab diorang mengaku secara terus terang. antaranya elton john(ponen), george michael, stephen gately (boyzone), rupert everett (pelakon), dan ramai lagi la. kat malaysia nih, ramai jugak, tapi diorang terpaksa la cover giler sebab sensitiviti rakyat malaysia kan. diorang selalu cover dengan sengaja timbulkan gosip dengan artis pompuan, sekadar nak tutup dan mengabui mata masyarakat. tapi, di kalangan gay biasa, diorang takleh nak lindung, sebab antara gay, terdapat beberapa ciri2 yang memang senang nak kenal antara satu sama lain.
Antara artis lelaki yang gay adalah …. [teruskan bacaaan]
Apa yang pasti bukan kami kat Oh! Artis tak berani untuk membuat tuduhan begitu. Ini tuduhan dari golongan gay yang kata mereka, hanya mereka yang gay kenal dengan artis bernaluri sama mereka. Apapun ianya artikel beberapa tahun lalu dan mungkin tidak releven lagi di hari ini.
Apapun kami agar rapat/kenal beberapa nama yang disebut dan memang benarlah seperti kata dalam artikel tu, mereka di belakang kamera adalah lembut. Akhir kata, bertaubatlah selagi mampu menyedut udara nikmat Allah.
Dafi pelajar terbaik Limkokwing University?

Limkokwing University rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kepada semua. Insan-insan kretif selalunya akan menjadikan Limkokwing University sebagai pilihan utama sebagai rival paling kuat diantara beberapa Universiti tempatan yang mantap dalam bidang yang sama seperti Multimedia University (MMU) dan The One Academy (TOA).
Khai sendiri pernah menjejakkan kaki ke Limkokwing University dalam bidang Creative Multimedia. What more can i say? Best of the best la kan? Dari perspektif kerja (boleh la ye selit-selit’kan sikit), ramai yang diterima kerja tanpa perlu di’interview. Hanya kerana memberitahu diri sebagai lulusan di Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) dan esok terus boleh masuk kerja. Berani cakap sebab sendiri dah rasa. Hehe.
Betapa ber’prestige‘nya jenama tersebut dalam bidang Multimedia di Malaysia atau mungkin dunia dalam melahirkan insan yang bermutu. Kadang-kala bukan semuanya indah khabar dari rupa ye? Heh!
Baru-baru ini, Dafi bekas graduan Akademi Fantasia 5 pun dah graduate. Tahniah Dafi. Dengan Professional Diploma in Sound and Music Design, sure bakat Dafi boleh diperkembangkan dengan lebih luas selepas ini. Berikut adalah artikel yang diambil dari sebuah syarikat akhbar tempatan. Read more
Azza cari bekas suami minta nafkah anak
PENYANYI Azza (Elite),32, yang sudah lima tahun hidup menjanda sekarang ni tengah cari bekas suaminya Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce
Guys, wel all kat Oh! Artis ada baca satu paper tu pasal Azza Elite (32) yang dah pun 5 tahun hidup menjanda (eh muka cantik lawa takkan tak de pengganti kot?) tengah cari balik bekas suami dia, Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce. Sebabnya?
Dia cuma nak minta Ehsan supaya turut membantunya memberi nafkah bagi membesarkan anak angkat mereka Marissa Jannah, yang sekarang ni sudah berusia empat tahun. Menurut Azza, keputusan mengambil anak angkat itu dibuat semasa mereka menjadi suami-isteri. Ia adalah atas persetujuan dan kehendak bersama. Tapi sayang sekali ketika lima bulan usia anak itu, mereka berdua bercerai. Read more





















