Tweet!

Oh! Media New Project - Oh! Jika

Email: hoi@ohartis.com Subscribe to Oh! Artis | Gossip, Celebrity, EntertainmentLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Gossip, Celebrity, EntertainmentFeed Respon





























Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here at Oh! Artis. We swear!

Dua bulan penjara buat si pencuri buku, Detektif Lim

Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 7,679 views | Hantar ke Twitter! | Bookmark

December 17, 2009 oleh Gadis Lonely?  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Teka-teki samaada Farid Amirul atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim yang membintangi drama Gerak Khas yang dibicara atas tuduhan mencuri buku akhirnya terjawab. Oh! Artis pernah menulis perkembangan kes ini beberapa bulan lalu dengan artikel bertajuk Perkembangan kes curi Farid Amirul (Detektif Lim). Farid dikatakan mencuri dua buah buku iaitu The Sistine Secrets yang berharga RM89.90 dan sebuah lagi bertajuk Decoding the Heavens berharga RM105 di MPH Book Store Midvalley pada pukul 7.15 malam 27 mac 2009 lalu.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim’ itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV).

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap pelakon drama bersiri Gerak Khas Mohd Farid Amirul Wu atas tuduhan mencuri buku. Tertuduh melalui peguambela Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistret Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Disebabkan bayaran ikat jamin asal RM1,500 dinaikkan ke RM3,000, bermakna secara keseluruhannya Farid perlu menjelaskan sebanyak RM5,000 termasuk denda hukuman itu iaitu RM2,000.

OHARTIS: CURI BUKU TAK SAMPAI HARGA RM200, DAH KENA BAYAR RM2000. APA PUNYA MEMALUKAN LA KAMU NI FARID AMIRUL. LEPAS NI DALAM GERAK KHAS JANGAN BERLAKON WATAK POLIS LAGI YE. JADI SI PENCURI BUKU PULA. MALU-MALU.


Subscribe Oh! Artis Share this post at Twitter

Artikel Berkemungkinan

»  Perkembangan kes curi Farid Amirul (Detektif Lim)
»  Kes Khalwat buat Bakal Banduan Negara, Ako Mustapha
»  (Panas) Artis ‘KANTOI’ curi handphone di Singapore
»  Trilogi Cinta Tiga Segi
»  (Hangat) Angkasawan Negara Bakal Nikah Julai Ini.?!!
»  (Panas) Bangga sangat Indonesia dengan Maria Miyabi Ozawa
»  (BUZZ) Everyone Connects – Through My Window
»  Serina Datuk Chef Wan Bunting Pelamin. Bulan 10 due.
»  (Gempar!) Ekin keguguran selepas bulan madu
»  (Panas!) Manohara Odelia Pinot – Kenapa Pilih Kembali Zaman Gelap?

Special Campaign! Get Involve Now!






Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look any ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear for God sake!!

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

28 Comments on "Dua bulan penjara buat si pencuri buku, Detektif Lim"

  1. Myszmyra on Thu, 17th Dec 2009 5:32 pm 

    ta l0gik la lau se0rng pelak0n ta mampu na bayar harga buku RM200 jewp.. hisshyh..memalukan..

  2. Anak Pontianak Berkemban on Thu, 17th Dec 2009 5:47 pm 

    x berbaloi dia haru buku tu..
    harga buku tu RM200 je..
    tapi x psl2 kna byr smpai RM5000. =(

  3. cokelat GETAH on Thu, 17th Dec 2009 5:51 pm 

    aku macam tak percaya la…
    ish2..naperlah si detektif ni leh p curik buku tu?
    erm…mmg memalukan…
    dah la kena masuk penjara.
    kena bayar denda lagik.
    dan aku brani confirm…lepas kuar penjara tak der saper nak amik ko jadik pelakon lagik..
    so…dalam penjara ko pikir2 la lepas bergelar”BANDUAN”ape kejer ko nak wat…… =(

  4. Obefiend on Thu, 17th Dec 2009 6:05 pm 

    dalam penjara sila baca buku. dont drop the soap ok

  5. eda on Thu, 17th Dec 2009 6:17 pm 

    macam2…buku pon nk curik ke…adeshhh

  6. azizwan(dot)com on Thu, 17th Dec 2009 6:31 pm 

    wuhuu.. padan muka mung 8)

  7. sir_aniep on Thu, 17th Dec 2009 6:36 pm 

    thrill ? dulu berlakon jadi polis … sekarang thrill cari pengalaman sebagai banduan lak kot ? mungkin untuk drama baru ?

    Si Pencuri Ilmu kot ? nie gimik baru advertising yang orang tak pernah cuba .. mungkin

    Mushkil … tapi manusia nie memacam leh buat

  8. FaisalReza on Thu, 17th Dec 2009 10:30 pm 

    ada ke orang camni… huhuh…

  9. Taufik SM on Thu, 17th Dec 2009 10:35 pm 

    tu la ..x padan langsung…. lebih baik beli je buku tu….haha
    ataupun kalu x mampu pinjam duit ngan admin OhArtis ni..haha :D

  10. kemakemo on Fri, 18th Dec 2009 12:23 am 

    bia benar~!!buku rege rm 200 tp last2 kne byr ikat jamin rm2oo
    huhuuhu~!! :choler:

  11. abrablog on Fri, 18th Dec 2009 3:14 am 

    wahh. sampai jadi macam ini. adeh..adeh..

  12. rEdpEanut on Fri, 18th Dec 2009 9:14 am 

    tak berbaloi pun curi buku tu harga rm200..last² kene bayo rm5000 kene penjara plak tuh…hurmm berbaloi² la kan

  13. Chikugunya on Fri, 18th Dec 2009 10:19 am 

    Hmmm… bukan senang nak jumpa orang macam gini… Abg tabik dgn dia… sebab terlalu minat membaca, dia sanggup mencuri. “Amalan Membaca Budaya Kita”. Napa tak minta jer duit Abang… buat beli buku… :) Asalkan buku yang berfaedah lerr… Ada orang pula bagi hadiah buku percuma disepah-sepahkan jer…. tak menghargai ilmu tol… Yang Farid ni… fuiiiyoooo… salute…! :)

  14. a1zudd1n on Fri, 18th Dec 2009 12:50 pm 

    x yah la curi..
    donlod suda..haha :o:

  15. FaisalReza on Fri, 18th Dec 2009 3:42 pm 

    ntah.. curi dosa… kalau kat saudi dah kena potong tangan :[

  16. arrizz on Fri, 18th Dec 2009 9:53 pm 

    btol2 plik laaa..xkan buku rege tu pon xmampu nak byar..aku yg mseh study ne pon mampu byar ape..
    :p

  17. apis on Fri, 18th Dec 2009 10:08 pm 

    cam tak caye je die nie pencuri
    eh dia ni muaalaf ka?

  18. MiLza on Sat, 19th Dec 2009 3:09 am 

    btul ker????
    pe motip curik bku ni
    pment lwt byar ker??

  19. Kak Wok on Sat, 19th Dec 2009 6:38 am 

    Hai? Kata artis? Takkan buku pun tak mampu nak beli? Habis lah Farid kau dalam penjara tu! Nanti kau boleh satu gang dengan Saiful Bukhari Azlan! Aaauuuwww! :)

  20. Insan Insaf on Sun, 20th Dec 2009 3:56 am 

    xpe..farid,nie satu pengajaran buat ko..
    aku pon penah kantoi mencuri kitkat kat pasaraya…
    sebenarnya walaupon duit cukup nk beli barang,,
    tp bila curi nie dh jadi tabiat,kita lebih terarah untuk mencuri,,,
    aku pon penah mencuri dan x kantoi..
    tp bila dh kantoi,,aku dh jadi serik dan takut..
    dan sekarang tabiat curi tue dh xde..
    kedai yg aku x kantoi curi tue aku dh bayar dgn pegi letak sampul surat berisi duit then selit kat pintu kedai…

    aku insaf…tq allah kerana kantoikan aku…

  21. kreemix on Tue, 22nd Dec 2009 11:50 am 

    mencuri ni kerja orang tak bermaruah….hari nin kita mencuri barang orang,esok orang lain pula yang mencuri barang kita

  22. zoom on Wed, 23rd Dec 2009 9:36 am 

    kalau you all kenal pelakon winona ryder, mesti you all ingat dulu pun dia pernah kene tangkap sebab mencuri. so, semasa penangkapan tu, dia mengaku yg dia memang suka mencuri even dia sebenarnya mampu nak beli barang2 tu. macam penyakit. so, jangan salahkan detektif lim ni okay…

  23. nisa on Wed, 23rd Dec 2009 1:13 pm 

    xde duit kecik laa..

  24. ishak hasimi on Wed, 23rd Dec 2009 1:23 pm 

    ini dipaksa mengaku bersalah..sebab apa saya rasa farid amirul dijadikan kambing hitam

  25. nissa on Fri, 25th Dec 2009 12:29 pm 

    cian dye

  26. ramly on Sun, 3rd Jan 2010 1:46 pm 

    dia bukan takde duit nak beli buku tu
    menurut cerita dari seseorang yg tak hendak dikenali
    detektif Lim terlupa bawa walet masa ke shop buku tu
    buku yg di “pinjam” tu nak sangat2 dia nak baca
    lepas tu limited edition plak tu
    so dari melepas baik aku kebas kata detektif lim

  27. fitri on Sun, 24th Jan 2010 10:02 pm 

    ini satu ….pengajaran dan ke insaffann…janggan di ulanggi lagi…benda itu tak seberapa…hanya mencermarkan nama baik se orang atis….baik dan buruk pasti pasti massarakat tahu…he he he :o: :o: :p :aie: manusia biasa memang tak sempurna.

  28. nurul on Mon, 8th Mar 2010 1:04 am 

    assalamualaikum…sukatije korg nak tuduh. ntah2 die tak curik pon, lupa bayar pastu kena tduh, then dipaksa mengaku amik. kn korg da dosa?? even aku ta minat die,, tpi, logik ah

Beritahu kami apa yang anda fikirkan.. jeng jeng jeng! Tapi AWAS!!
Sebarang komen yang tidak manis, tanpa kompromi akan dipadam.





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:



Respon mungkin ditapis dahulu. Jadi tak perlu submit dua kali ya. Jika terdapat apa-apa error selepas anda submit sebarang komen, sila refresh page tersebut. Jangan klik back kerana tanpa refresh, komen anda masih belum diterima kami. Dan ingat, Oh! Artis tidak mengamalkan chatting di bahagian komen. Sebarang respon yang tidak berkaitan artikel akan dipadam sama sekali. Kami mengamalkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Auto sistem kami akan menapis respon jika:
- Komen mengandungi bahasa kesat atau mencarut.
- Komen mengandungi Link Promosi web/Affiliate
- Nickname pelik seperti "gambar panas, klik sini"
- Email yang tidak wujud seperti aaa@aaa.com

* Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda [disclaimer]

Blog Widget by LinkWithin