(Gambar) Eja mempertontonkan puteri pertamanya
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 25,566 views | Hantar ke Twitter! |December 5, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Oh! Artis pernah mengeluarkan artikel mengenai kelahiran puteri sulong pelakon Eja pada bulan September lepas. Korang boleh rujuk semula artikel bertajuk “Eja selamat lahirkan bayi perempuan“.
Dan berikut adalah gambar terbaru Eja dan anak sulungnya, Nur Eishal hasil perkahwinan Eja dengan Mohd Silahuddin sejak 10 tahun yang lalu. Walaupun kisah perkahwinan Eja tidak diketahui ramai, tapi akhirnya semuanya terbongkar apabila Eja dikatakan sudah berisi.
Eja memberitahu dia mendapat hidayah untuk mempunyai cahaya mata apabila melakukan penggambaran “Tasbih Cinta” arahan Erma Fatima di Mekah tahun lalu. Berikut adalah sedikit petikan dari jawapan yang diberikan Eja apabila ditanya wartawan portal Gua.com.my.
“Eja terasa sunyi, kosong dan sebak sangat,†kongsinya sambil menahan air mata. “Eja berdoa agar kekosongan di dalam jiwa Eja dipenuhi. Eja mohon Allah memberi petunjuk.â€
Dedahnya, kekosongan itu sudah lama dirasai tetapi kerana selalu sibuk dengan kerja, ia datang dan pergi. Sehinggalah kunjungan Eja ke Mekah tahun lepas.
“Sukar untuk Eja gambarkan perasaan itu tapi setiap hari Eja rasa sedih, sunyi, taknak makan … Yang dapat Eja katakan, kehidupan berdua-duaan dengan suami pada awalnya memanglah seronok. Terasa seperti kita berbulan madu selamanya. Tetapi lama-kelamaan, bila ia dah menjadi kebiasaan, kita akan rasa kekosongan.â€
Sekembalinya ke tanahair, dia memberitahu suami kesediaannya untuk menjadi seorang ibu. Gembira dengan keputusan Eja, suaminya mencadangkan mereka pergi bercuti bersama. Tempoh percutian selama tiga minggu di Amerika Syarikat membuahkan hasil apabila Eja disahkan hamil tidak lama selepas itu.
“Bila doktor maklumkan Eja dah mengandung, jantung Eja terasa nak terjatuh. Suami di sebelah ‘excited’ lebih. Bila terdengar berita itu, dia terlompat dan memeluk Eja,†katanya yang selepas itu, mengotakan janjinya sebelum ini untuk memotong rambutnya bila dah mengandung.
![]()
OHARTIS: TAHNIAH EJA! KAN KAMI DAH CAKAP DALAM ARTIKEL DULU YANG BABY MESTI COMEL MACAM MAK DIA PUNYA. EJA NI DAH PUN BERUSIA 37 TAHUN KALAU ADA YANG TAK TAHU LAGI.
![]() |
![]() |

















































nazghul on Sat, 5th Dec 2009 7:25 am
dah tua bebenor minah nie
payex on Sat, 5th Dec 2009 8:34 am
congrat eja!
naksoleh on Sat, 5th Dec 2009 9:17 am
syukur la bila nak je terus senang dapat walau berusia.
thereader on Sat, 5th Dec 2009 9:29 pm
suka tgk eja ni bila berlakon.mmg natural.ble die bercakap tme interview pun lembut je jelas ngn susunan ayat pergh cm pkar mtivasi pun ade.hehehe
royal gold on Sun, 6th Dec 2009 12:37 pm
comelnye anak.. huhu…
j on Sun, 6th Dec 2009 3:11 pm
CuteGiler on Sun, 6th Dec 2009 4:22 pm
tahniah kak eja..
kalo ader rezeki lagi ada lak chya mata yg baru..
huhu..
roserose on Mon, 7th Dec 2009 8:45 am
uit bkn dlm majalah nona suami omputih ke???
tgk kat cni n paper smlm melayu jer???
pe yg doq sumbunyik2 hubby selma ni eja…..?????
okla tot…….alhamdulilah
shima on Mon, 7th Dec 2009 9:52 am
dh tue rupenyer Eja niee..baru aku tauu…
ape2 pun, tahniah wat Eja!
mummy on Mon, 7th Dec 2009 10:26 am
lagi giler muka masa kawin dgn skrg..makin runcing hidungnya. Apa kaedahnya??
tahniah eja on Mon, 7th Dec 2009 12:53 pm
comel sngt anak eja tahniah……
tahniah eja on Mon, 7th Dec 2009 2:09 pm
comel sngt ank eja tahniah….
MiLza on Mon, 7th Dec 2009 3:21 pm
10 taun kawin baru dpt ank
rugi mse2 b’lalu..
succiface on Tue, 8th Dec 2009 2:20 am
tahniah… sunguh comel anak eja… saya doakan anda bahagia eja
Tyra Banks on Tue, 8th Dec 2009 5:35 am
hahah..kesian anak dia..nti dia dh besar mak bpk diorg pon dh tua..knp la khwin x nk anak..heran tul aku..
patut la eja sembunyikan suami dia selama ni..mmg no wonders sgt..phm2 sndiri suda la..opssss
knightblogger on Tue, 8th Dec 2009 9:30 pm
baguslah. dah ada anak. Bukan senang nak dapat anak ni..
ihsihspoyoar on Wed, 9th Dec 2009 5:03 pm
bila pk, ni pmpuan mcm pentingkan diri sendiri,
dari kepala laki dia berisi sampaikan botak, baru eja setuju nk anak,kesian tul laki dia..mmg patot laki dia gembira..kompom sebelum dia nyorok2 ckp tak kawen, payah nk keluar sama-sama
Chikugunya on Thu, 17th Dec 2009 4:42 pm
Kawin muda bagus… cepat dapat anak (insyaAllah)..
bella on Sun, 27th Dec 2009 9:33 pm
bella Reply:
December 27th, 2009 at 9:37 pm
@bella,
cepat2 tambah lg….biar ramai br best fmly besar
ez'ezrrein on Thu, 31st Dec 2009 3:32 pm
TAHNIAH k’eja,hope hepy slalu dgn baby comel 2…..
zati on Sun, 9th May 2010 7:12 pm
bila berlakon seksi-seksi aku tak puas hati betul lah aku tak berkat.