(Gambar) Ummi Nazeera dipukul Remy Ishak
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 37,634 views | Hantar ke Twitter! |December 19, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kami ada keluarkan artikel mengenai rentetan isu pergaduhan antara Ummi Nazeera dan Remy Ishak. Waddaheck la kan diorang ni. Baru nama nak naik sikit sebab bakat, dah buat perangai. Sampai sekarang tak tahu lah siapa yang salah. Dan apa “barang” yang dikatakan Remy tu pun masih menjadi tanda tanya. Dan hari ini, petikan dari Harian Metro turut memaparkan wajah Ummi Nazeera yang katanya dipukul tu. Rupanya terjatuh tangga.
KUALA LUMPUR: “Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),†kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.
Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.
Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.
Nampaknya ni adalah ulang tayang kes Rihanna dan Chris Brown la beb! Tapi versi Malaya. Lelaki pukul wanita memang dayus. Tapi dalam situasi tertentu, mungkin perlu dilakukan. Wallahualam.
Berikut adalah kandungan surat terbuka yang diberikan ibu Ummi Nazeera kepada Remy Ishak.
Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan.
Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa.
Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan.
Apapun alasannya, sebagai seorang lelaki kamu tidak berhak memukul anak gadis saya. Kamu belum ada apa-apa ikatan dengannya. Anak saya masih muda. Dia berhak berkawan dengan sesiapa saja.
Jangan jadikan isu dua darjat untuk menagih simpati. Sedangkan kamu sendiri pernah berjumpa saya dan bercakap dengan saya, bebas datang bersama anak saya ke restoran saya dan sering kali kamu datang ke perkarangan rumah saya untuk bertemu anak saya.
Bukan harta dan paras rupa yang dipandang. Tapi keikhlasan dan baik pekerti yang dinilaikan. Kamu rasa wajarkah apa yang kamu lakukan terhadap perempuan yang kamu mengaku menyayanginya?
Cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah, tiada paksaan mahupun kekasaran. Apatah lagi sanggup mengaibkan orang lain semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Menggunakan nama Allah, menidakkan apa yang kamu lakukan.
Sebagai pelakon sepatutnya kamu memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Tetapi kamu menjadikan diri kamu sebagai contoh yang terbaik sebagai artis yang teruk perilaku yang akan mencalit dunia artis dan mencemarkan dunia hiburan.
Mempertahankan diri dan memukul adalah dua perkara yang berbeza. Sejak bila pula kamu pandai membayar balik harta benda (telefon bimbit) Ummi yang kamu pecahkan setiap kali bertengkar? Jangan kamu memutarbelitkan kenyataan. Dayus bagi seorang lelaki memukul perempuan.
Untuk apa kamu dan keluarga kamu malu pada masyarakat sedangkan kamu tidak malu pada Tuhan, mendera kaum yang lemah. Kamu jangan bercakap mengenai kebenaran kalau kamu sendiri tidak tahu apa itu kebenaran.
Bukti kamu memukul anak saya ada pada saya dan laporan polis sudah pun anak saya buat. Malah perbuatan kamu juga mempunyai saksi, kamu sendiri mengetahuinya kerana kamu sendiri pernah memujuk salah seorang saksi agar tidak memberitahu kepada sesiapa. Adakah kamu lupa Zalimie? Atau kamu rasa kamu masih di pentas lakonan?
Kamu sekarang sebenarnya di pentas dunia apabila Allah yang menjadi saksinya. Sebagai hamba Allah kamu sepatutnya mengaku kesilapan kamu, sekalipun kamu tidak mahu memohon maaf.
Kamu tanya diri kamu, siapakah yang sebenarnya yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menggunakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan.
Sebagai ibu, saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada anak saya bagaimana beliau dikasari secara emosi dan fizikal sepanjang berkawan dengan kamu.
Sebagai ibu, adakah kamu fikir saya akan terus berdiam diri? Apa hak kamu untuk melarang saya daripada bersuara? Sebagai ibu, saya wajib mencampuri urusan anak saya demi kesejahteraan dirinya.
Saya juga hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sebagai ibu yang pernah mengandungkan Ummi selama sembilan bulan, saya sudah tidak mampu lagi mendiamkan diri apabila melihat anak saya suatu ketika dulu pernah pecah dan berjahit di kepalanya, kini pecah di muka.
Saya berharap semua ibu bapa di luar sana akan mengambil kelalaian saya ini sebagai teladan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana kesedaran ini hadir sebelum benar-benar terlewat.
Buat kamu Zalimie, saya doakan kamu akan insaf dan tidak akan mengulangi apa yang kamu lakukan kepada anak saya kepada mana-mana wanita lain di masa depan.
Saya hanya mampu berdoa agar kamu akan diberi cahaya keinsafan untuk mengaku apa yang kamu lakukan dan tidak lagi terus berpura-pura.
OHARTIS: ALA ANAK OMAK. REMY ISHAK NI DAH ELOK-ELOK KENA KEJAR PEREMPUAN SEBAB MINAT DIA DALAM CERITA NUR KASIH, LEPAS NI KENA MEMANG KENA KEJAR. TAPI KENA KEJAR DENGAN PARANG. HEH.
![]() |
![]() |














KUALA LUMPUR: “Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),†kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.
































Hamdi on Sat, 19th Dec 2009 12:57 pm
giler aaaa
sakit ohhh
apa kes?
ejam on Sat, 19th Dec 2009 12:58 pm
ok gak balas balik…budak saiko camtu mmg kena balas balik…tapi kena sanggup hadapi natijahnya ler coz budak tu kompom akan gunakan cara yg lebih manis utk balas balik…hehe
Paan on Sat, 19th Dec 2009 1:00 pm
Mak ai. Zalim gilew!
Nina on Sat, 19th Dec 2009 1:00 pm
your reputation will be down remy …. pilih perempuan biasa2 jer … yang kau g kejar anak org buat apa … itu la padahnya
Nina on Sat, 19th Dec 2009 1:01 pm
ANAK DATOK2 TU …………..
Piston Pecah on Sat, 19th Dec 2009 1:01 pm
hahaha…aku tak taw ar sokong sape….diorang gaduh tang “barang” tuh kan…pas tuh remy datang blik ummi lak ngamok tak tentu pasal…2 yg tak sengaja kene sebijik kot…gua tak puas ati ar…barang ape ek???
eiyda on Sat, 19th Dec 2009 1:04 pm
uish..macam2 hal la dorank ni…
sizuka on Sat, 19th Dec 2009 1:07 pm
ummi ni pon karakter mcm sama jer dlm nur kasih.
ganas jugak. heheh
salah sapa sekarang ni?
wallahualam. tskk
Goulart on Sat, 19th Dec 2009 1:13 pm
aku suka la kes2 artis malaysia yg wat kontroversi dan skandal ni..
barulah industri hiburan malaysia hot n happening..
xde la suram2 je.
balik2 beli magazine cite psl makanan kegemaran la. pasangan idaman la. hiasan rumah la..
btw dlm2 sibuk meningkatkan kontroversi tu kerja kena la power gak.. cam artis hollywood tu.diorg wat kecoh tp bab kerja mmg gempak.
Obefiend on Sat, 19th Dec 2009 1:15 pm
sorry but some women deserve a good slap in the face. guys.. have you been with a girl that like talking shit to your face.mulut tak tau sensor? panggi kamu macam macam nama
“u berani u tampar la.. dayus.. takde bola”
u know this exist. slap em
Si Naga on Sat, 19th Dec 2009 1:24 pm
teruk gak kena pukul ni..
amik ko..
hahaha..
kejam2…
Qiqi on Sat, 19th Dec 2009 1:40 pm
ak follow gak cter dyrg ni..
tp ade member ak cter lain verssi lak..
sbnrnye remy x brape ska umi g bersuka ria a.k.a berfoya2..
one day ni si remy amik umi kt pub tersebut then umi mengamuk pastu ugut nk kuar kete..ms tu remy tgh drive..
so si umi ni punye sengal pn terjun dari kete dan die tercedera..
dgr cter spatutnya die kene blasah mlm sblmnya tp oleh kerana die sebilik ngan akak ak, Maya Karin so x dpt la die nk merasa penumbuk mlm tuh..nseb la baik..huhu
gitu la cternye..
pe2 pn, ak pn xtau cter tu btol ke x..wallahualam..
pada umi n Remy lu org jgn saman wa plak eh..
Layannnzz…
MiLza on Sat, 19th Dec 2009 4:18 pm
em..aku rase la
kdg2 x leyh nk slah laki gak law jadik gni
pompuan skrg bkn cam dlu agi
law gduh skt mlut cm puaka -aku tgk org2 skklilig aku r-
igt laki xde prsaan ker bila kena kata mcm2
dyus 2 lbih ssuai law laki x bt pape bila pompuan smbur mcm2
aku x thu sape y btul sape y slah dlam hal ni
tp ada mmber aku y knal ngan c umi ni ckp mlut dia lbih kurag cm sarah lam nur kasih r..
lbih2 x mou komen r..x psal2 aku kne pkul gak
sis mieya on Sat, 19th Dec 2009 6:56 pm
4 me..macam mana jahat la si gf nya..lelaki x ada hak untuk menaikkan tangan pd perempuan..dayus namanya tuu..
bile da jd isteri pun x blh pukul suke ht..(pukul manje je) haha
inikan plk br gulfren..pls laa..
lola on Sat, 19th Dec 2009 7:06 pm
kenapa aku raser gambar nie mcm tipu jerk…
klau mata dier berdarah..knp mcm tak bengkak pun
darah kat dahi tue pun mcm dicalit jerk
darah kat bibir…klau berdarah mcm tue dah senget dah bibir
serius aku mmg rasa gambar nie tipu
busu on Sat, 19th Dec 2009 9:01 pm
aku pon rasa gmbar ni tipu….lucu bangeet..
c!c! on Sat, 19th Dec 2009 9:16 pm
bukan ke awal bulan ni c ummi ni baru je kuar kat gua starchat ngn tiz zaqyah…??ummi pakai spek lam tuh but tempat cam dahi n mulut x de pon cam kat atas nie..???pelik gak rr…bukan nk sebelahkan sape2…tp ummi ni anak org berada…anak datuk…so…macam2 boleh jadi…nasib laa ko remy…
LEEZA? on Sat, 19th Dec 2009 10:48 pm
lalalala….mmmmm x tau r jaman skang ni macem2 der…kter x tau hal yg sebenaq tpi ramalan2 y der ni cam best jer dengaq…wallahualam!!!
fizz on Sun, 20th Dec 2009 12:52 am
macam sirap je ke muka ummi nih..
pandai jek berlakon.. macam kat pentas lakonan dia..
but dye anak dato’,tak semestinya anak datuk tu berpengaruh sangat.
Mus on Sun, 20th Dec 2009 2:19 am
kesian!! apa nak jadi dengan artis sekarang?
Chikugunya on Sun, 20th Dec 2009 7:59 am
Teruk juga luka dier… mak bapak mana tak marah… Apa yg si Sarah ni dah buat sampai macam tu sekali marahnyer..
azwan89 on Sun, 20th Dec 2009 11:35 am
erm…gaduh2,pe kes muka sampai cam 2 skli.
twenn on Sun, 20th Dec 2009 12:57 pm
tipu ahh…
ntah2 nie gambar yg da di edit
remy tak kan wat cam tu..
skang nie macam2 org buley tuk kenakan org len taw..
huh..
adriana on Sun, 20th Dec 2009 1:17 pm
barang?adakah ianya DADAH?? Hanya Remy n Ummi Yg Tau..
sara on Sun, 20th Dec 2009 2:19 pm
aku rasa si umi ni prob gak kot.aku x sokong mna2 tp aku ada pngalaman yg kawan aku ni ada aek mulut mcm longkang. bila gaduh ja suma perkataan kesat kluar.mmg patut mintak pelempang pon…
arrizz on Sun, 20th Dec 2009 10:19 pm
xbek gdoh2 nie..gne otak, bukn kekerasan..
Aston martin on Sun, 20th Dec 2009 11:36 pm
Muka x lawa mne pun..berlagak + minum arak
roserose on Mon, 21st Dec 2009 10:23 am
takyahla pompuan laghuni…..remy lupakan sajer…..
sebijik prangai dlm nurkasih…..
anak org kayo ingat bleh buat pa sajer……dan upah org pukol org….
Zig Zag on Mon, 21st Dec 2009 12:15 pm
tp kalo bab deme ni aku xpaham la sapa tol, sapa salah,aku lg best,kne pukul dgn balak aku smpai kaki tgn naik,peh tu lak kne maki hamun n kne paggil dgn kata2 kesat n perkataan binatang lg..ha apa kes?padahal salah aku tu xsetimpal ngn hukuman yg aku dpt nih..dia marah aku pasal jelesnya n kongkong hidop aku kaw2..aku lak bodoh masih terus bertahan bersama dia n syg dia lg..aku benci la,kome rasa ada x lelaki yg baik yg sudi mncintai n mnjaga aku sebaiknya ha?aku xlarat kne pkul n maki lg..im sick of this
Hana on Mon, 21st Dec 2009 1:59 pm
Kot ye pun nk wat real pakai la photoshop. ni calit pakai PAINT
fake gilee pic ni.
roserose on Mon, 21st Dec 2009 2:04 pm
mmg dier ni boh enci pwarna merah
mmg penipu
ermmmm camno jahat busuk ati ummi ni dlm nurkasih gitulah dier kek luar……
aidaa N. on Mon, 21st Dec 2009 8:30 pm
gmb kena pukul pn nk kena tangkap jugak ke =.=
hahaha, baru nk ckp psl kes rihanna tu XD
haji leman on Mon, 21st Dec 2009 9:18 pm
gile menipu gambar…
ahahhahahhahahha
stakat calit kt paint…
adik aku pon reti buat
Shadow on Tue, 22nd Dec 2009 9:55 am
ummi nie poyo je la,mentang2 anak datuk so boleh la dia upah org bantai remy balik. padahal si ummi nie,perangai mcm haram.
si remy tue cukup baik la jaga si ummi nie yg kaki club + dadah + arak tanak bg dia lagi teruk.
tp tue la kan,anak datuk,mane boleh tegur.
muka dah le tak cantik mane,drama baru seciput kontroversi menggunung. porahhhh!
remy p cari pompan lg baik la,senang hidup ko. nak jaga pompan hantu camnie,nyusahkn dunia n akhirat je.
jimmy on Tue, 22nd Dec 2009 10:46 am
Ala… pompuan xhabes2 ngan alasan “dayus”… klu da perangai cam S***n.. mmg la patot kena pon.. hahaha
Dlm kes nie xtau sape yg salah… tgu & lihay sudey…
kreemix on Tue, 22nd Dec 2009 11:45 am
ish iah ish….mana boleh sesuka hati pukul anak orang
Rebina on Tue, 22nd Dec 2009 6:03 pm
aku baca statement pompuan tu, jangan salahkan mak dia pasai angkut geng pukul remy..konon dato tu takdak kena mengena..abis tu camna la geng tu leh p pukui..depa p pukui sebab apa kalau takdak orang upah..bodoh punya statement
Selanjutnya apa yang terjadi pada malam 5 Disember ke atas Remy di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, sehari selepas pertengkaran saya dan dirinya, dia dikasari sekumpulan lelaki, perkara itu tidak ada kena mengena dengan ibu saya, dia tak tahu apa-apa.
Namun, tindakan anggota keluarga saya ke atas Remy, sama seperti keluarga orang lain juga apabila mendapat tahu saya kena pukul dengan teman lelaki, namun apa yang berlaku itu adalah di luar jangkaan saya.”
..len kali mau nak cover kesalahan be logic skit beb..kat situ dah nampak ampa ni mohong kuat..mentang2 ada det ampa nak buli orang miskin..adat dunia camtu la…remy be cool..bukannya segak pn pompuan tu..daaa..sesuai watak sarah dengan dia..hati busuk..
zies on Tue, 22nd Dec 2009 10:16 pm
setuju sangat2 ngan rebina,….
sape2 ajer on Wed, 23rd Dec 2009 10:07 am
gamba ni mmg edit n x nmpk mcm darah pon…. tula pasal myb umi ni pon lebih kurg je sifat dier mcm sarah dlm citer nur kasih… ske reka cerita smpi rosakkn umh tangge org…hihi
ihsihspoyoar on Wed, 23rd Dec 2009 3:02 pm
alamak korang ni, sah2 ar gmbar ni edit2, mmg ar dia kena penampaq, tapi takde la mcm tu punya gambaq, releks ar adik aku pong penah tampaq pompuan, pasal pompuan tu mmg kurang ajaq, mmg patot pong dia kena gitu, kalu aku tukun je terus pale dia
nishi on Wed, 23rd Dec 2009 5:10 pm
ceh…gmbr edit…je…xbley bla..hahahhaah
Lady Gugugaga on Wed, 23rd Dec 2009 11:21 pm
hahahha…mmg dh nmpak gambar edit. Tengok r “darah merah” tu betul2 esp. kat leher dia….hahahaa..adoko darah kat leher camtuh?
karipap panas on Thu, 24th Dec 2009 8:43 pm
setuju gn rebena…
haha…
yg pentg sume nie tipu….
nishi on Fri, 25th Dec 2009 12:02 am
ala…kalu tol2 kne pukul msti nmpak kesan bengkak..mate 2 elok je…mcm dicalit dgn pewarne merah xpn cm sirap je…hahhahaha…
nur shuhadila ariffin on Fri, 25th Dec 2009 5:35 pm
mcm x btl jew si umi ni? terlalu menjiwai watak nur kasih kew??????
saiful on Sat, 26th Dec 2009 1:08 am
Pelik gak xbwk kes polis ke bender ni.aku xdpt bygkn klu remy kne tgkp polis.hancur hati peminatnyer he!5
Ironman on Sat, 26th Dec 2009 4:25 pm
Dasar lelaki dayus.Bt malu lelaki melayu je.Ko tak layak berlakon watak itu dlm Natrah.Kerana perangai ko lebih teruk dari bangsa Yahudi.
Dasar pelakon murahan.Memang patut kena belasah.Ajar sikit.Baru setahun jagung nak tunjuk hebat…
klik_kat sini on Tue, 29th Dec 2009 12:47 pm
yep walau mcam mana jahat pun mulut pompuan tu jgn la naik tgn ni ke muka dia….
Zack on Wed, 30th Dec 2009 12:14 pm
bodo la korang ni komen xtentu fasal…
xnmpk ke muke UMMI 2 di EDIT semata-mata….
bodo nye pompuan…
VOTE REMY
haweee on Sat, 2nd Jan 2010 2:25 pm
aku x pasti mn betui….. tp uit unye psl mcm2 leh jd…
org x berduit jd mangsa….
silver007 on Mon, 25th Jan 2010 11:11 am
remy..aku promote adik aku la kat ko..hehehe..aku tau ko xbersalah..umi tu je lebih..payah la dok tunggu lagi..useless..nama je pelakon..anak dato’ lak..tapi akal xdak..siot jer…anak sedara aku pun tau mana baik n buruk…
rilekslalu on Sat, 30th Jan 2010 7:20 pm
aku rase le kan, lebih kurang camni le..
remy ingt nk tegur je yg pompuan jg le sosial sgt, tp pompuan ni plak tibe2 emo..
pastu mungkin remy tertepis terkene muke pompuan ni..
aku rs cm remy ni xde niat sbenarnye..ni aku rs le
Orangpalingkaya on Mon, 1st Feb 2010 5:45 am
apa citer terbaru kes ni ya….
aNNe on Sat, 13th Feb 2010 11:29 pm
@Qiqi
Weh, aku pun dengar cerita yang sama psl ni. Ummi tu kaki clubbing, minum pastu mabuk. Remy couple dengan dia sebab nak ubah perangai dia. Tapi tak boleh ubah, then masa tu, (tak tahu kenapa) dia pergi keluar dari kereta masa kereta di pandu Remy.
Aku dengar cerita ni dari orang yang betul2 kenal Remy okk..
Seriously! Haihz~ Tak payah la couple ngan orang macam tu Remy oii, I lagi baek.
srwk_girl on Wed, 24th Feb 2010 8:09 pm
btul2..
klau dah pelakon tu,pelakonlah…
mcm2 dunia skrang nie…
aku xdelah nk skng sape2..
p hrp2lah umi n remy insaf…
w’huallam…pke2kanlah…
icha on Sun, 11th Apr 2010 3:16 pm
mak cik kenal ke anak mak cik tu mcm ne sbenarnya..:choler:
for remy..owh man…be professional..8)
ray on Thu, 29th Apr 2010 2:33 pm
sesiapa je komennya kat atastu yg menyokong remy…kamulah manusia paling bodoh dan bangang di muka bumi malaysia ini…
iamNeKi on Mon, 24th May 2010 9:29 am
dayus! uweeek!