Tweet!

Email: hoi@ohartis.com Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon





















Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here at Oh! Artis. We swear!

Melodi TV3 makin lama makin sampah

Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 32,289 views | Hantar ke Twitter! |

December 25, 2009 oleh Gadis Lonely?  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Kami sebagai manusia yang nak juga tahu sedikit sebanyak perkembangan “rumusan” tiap-tiap minggu di kaca TV mengenai dunia hiburan tempatan. Dan rancangan pilihan kami dah tentulah Melodi di TV3. Dari masa kecil-kecil dulu lagi dah follow Melodi ni. Dari zaman pengacara Kak Ogy, then ada Apek Saiful, Raja Azura, Aznil, Sheila Rusli dan sampailah sekarang ni ada Farah Fauzana dan Wahid. Even though ramai yang tak berapa nak suka Wahid jadi pengacara, tapi bagi kami no problem lah pun since yang jadi pengacara ni asal ada je pun buat pemanis mata. Apa yang penting dah tentulah cerita yang nak dikeluarkan tu.

Menyentuh sedikit mengenai Melodi sejak dua menjak ni, totally kami boleh rumuskan sebagai sampah. Cerita yang dikeluarkan boleh dikatakan sebagai “Duh…like i care…” dan wartawan-wartawan ni rasanya muka baru sebagai wartawan. Mungkinlah dah lama cuma kita je yang tak tahu tapi diorang ni rasanya baik tak payah hidup kot? Mana pergi wartawan-wartawan Melodi yang lama dulu ye? Yang sekarang ni tolonglah. Menyampah!

Tanya soalan macam nak cari gaduh je. Minggu lepas isu si Sam Bunkface pakai baju singlet. Itu pun nak dijadikan isu ke? Lelaki pakai singlet pun nak sound macam nak cari gaduh? Bukan nye nampak aurat pun. Artis perempuan yang tak pakai singlet tapi baju terbonjol-bonjol sana sini taknak pulak ditegur?

Then tanya macam orang nak cari gaduh. Kalau takde kamera depan tu, rasanya dah lama si Sam tu bagi sebijik dua pelempang kasi bisu. Then isu-isu lain yang dikeluarkan. OMG! Rasa menyesal buang masa duduk depan TV selama 1 jam tunggu iklan yang banyak macam haprak untuk nengok Melodi yang sebegitu rupa.

Dan Nas Ahmad si abang rambut ketak pun dah lama tak nampak. Haritu dengarnya jadi penerbit dan sekarang dah tukar orang. Kena buang atau apa sebenarnya si Nas Ahmad ni? Biarpun ramai tak berapa setuju slot Terjah Nas Ahmad di Melodi tu, tapi itu yang orang tunggu. Dan cara terjah Nas Ahmad ni bagi kami “kena gayanya” bukan macam seorang dua wartawan lelaki Melodi sekarang yang nak buat gaya terjah macam Nas Ahmad tapi kami rasa itu cara terjah minta penampar kot?

Then tanya soalan nak melagakan dua artis. Baru-baru ni pergi tanya si Bandi isu artis baru namanya Hero yang pakai topeng juga tu. Pergi lantak dia la nak pakai topeng ke apa. Perlu ke Melodi nak tanya Bandi pasal isu tu? Sejak bila si Bandi ada daftar pakai topeng tu as trademark dia? Hackipta dia? Minggu depan kalau pergi tanya si Hero tu pulak mengenai apa jawapan dia pasal kata Bandi, memang jahat sangat lah wartawan Melodi ni kan? Hebat betul nak melaga-lagakan orang.

Beberapa minggu lepas, pergi terjah si Black dan awek’nya. Dekat internet even di Oh! Artis sendiri dah lama keluarkan berita mengenai Black dan kekasihnya tu. Siap ada gambar lagi. Tak cukup dengan tu, Black dah siap upload lagi gambar dia dengan awek di Facebook. Dan Melodi? Baru nak terjah sambil tertanya-tanya “adakah itu awek Black?” Apa punya ketinggalan Melodi ni.

Nasib TV9 tu pun under Media Prima kalau tak dah lama rancangan Galaksi di TV9 tu lagi ramai penonton sebab kualiti jauh lebih menyerlah dari Melodi yang sekarang.

Sebagai peminat Melodi dulu dan sekarang, rasanya elok pihak TV3 buat rombakkan besar-besaran untuk Melodi ni. Jangan biarkan wartawan-wartawan poyo entah apa-apa tu menjadikan Melodi tu tak lebih dari sampah untuk dikitar semula.

Beberapa komen dari peminat Melodi di website TV3 sendiri.

bru jer tgok melodi..betol 2 chect..diorang mmg suka ceta y pelik2..cuba g bikin panaz artis pompan y pakai bju x ckup kain 2..pd sam jgn amik ati..tpi kna jaga gak penampilan 2..besa la mlut orang bkan bleh jga..orait..

setuju sgt2 wartawan ni dah takde cerita pakai singlet nak jadi isu artis wanita pakaian menjolok mata buat tak tahu lu pikir lah sendiri

wartawan 2 x sedar diri kot…. yg dia pkai bju ade lmbg salib xpe lak….. ape nye biol lak 2???? duniaduniadunia…….

P/s: Lagi satu Melodi, tolong lah tukar suara latar Melodi tu. Pakai balik Faizal Hot FM pun lagi bagus. Yang sekarang ni, suara minta penampar sangat-sangat. Ini komen ikhlas ni.

OHARTIS: NASIB KORANG BACA TULISAN KAMI JE KAN? KALAU TAK KORANG MESTI NAK TAMPAR KAMI JUGAK. HAHAHA.

Share

Subscribe Oh! Artis Share this post at Twitter

Artikel Berkemungkinan

»  (Gambar) Azharina yang makin ‘mantap’
»  (Panas) Artis menipu ingin kerja di Petronas
»  Sudah-sudah’lah Sharifah Aini dan S Atan
»  (Gambar) Imej Terbaru Nikki, Kangkang Style.
»  (Panas) Ada yang menarik antara Kris Dayanti dan Qabil Ambak
»  (Gambar) Lisdawati dan Fauzi melancong ke London bersama anaknya
»  (Gambar) Gaya rambut terbaru Faizal Tahir
»  (Gambar) Nurul si Janda Ajai..
»  (Gambar) Jadi orang gaji pun boleh lah – Adibah Noor
»  (Panas) Isu gaduh Fahrin Ahmad, Linda Onn dan Scha Alyahya

Special Campaign! Get Involve Now!





Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look any ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear for God sake!!

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

116 Comments on "Melodi TV3 makin lama makin sampah"

  1. Fadzli on Fri, 25th Dec 2009 3:20 pm 

    lagi best galaksi… hehehe.. Melodi dah bosan.. wahid asyik merepek jer.. -.-’ :-|

  2. Azfarul on Fri, 25th Dec 2009 3:21 pm 

    rasenyer ok je kot wahid tu..

  3. Piratz on Fri, 25th Dec 2009 3:22 pm 

    Camne la sore mintak penampar tue ye..
    aku tak tgk melodi.. eh.. kul bape ea melodi.. :love:

  4. syin on Fri, 25th Dec 2009 3:23 pm 

    haha…lama bebenar dah x tonton tv..entah ada lagi ke tidak melodi tu..wakakaa………

  5. hilmi on Fri, 25th Dec 2009 3:28 pm 

    lame da x nengok 2-2 rancangan tuh… baru ingat lusa nak tgk tp since Oh Artis wat artikel ni, langsung menyampah pulak nak tgk :-| and lagi satu,,, rasenya wahid tu byk pulak lawak tak bernas dia :oups:

    p/s: pandangan ikhlas seorang penonton ek?? harap2 jgn amek ati

  6. arrizz on Fri, 25th Dec 2009 3:28 pm 

    oh i see..mmg xptot gak laa c sam pkai singlet pon nak dijadikn cite..nmpk sgt laa melodi ktandusan bahan citer..aduh xptot laa laga2kn org tu..mybe niat tu just nak tnye jer tp npk mcm nak lagakn jer..ptot elak bnde2 cm tue..

  7. Tamara on Fri, 25th Dec 2009 3:28 pm 

    yess..
    aku no 3.

    melodi skrg suka laga2kan artis r..

  8. nishi on Fri, 25th Dec 2009 3:35 pm 

    melodi skg…nth pape…xbesh lansung…best lg galaksi tv9… :) :) :) :)

  9. ParlieWalla360 on Fri, 25th Dec 2009 3:37 pm 

    Aku pun dah lama tak tengok melodi ni…memang betul pun, banyak dah kuar kat internet baru diorang nak siarkan…baik baca oh!artis banyak yang latest n fresh lagi…. :)

  10. kipas puteh on Fri, 25th Dec 2009 3:38 pm 

    setuju2.. mmg tak suke tgok Melodi skrg.. da makin hambar… =(

  11. kiki on Fri, 25th Dec 2009 3:45 pm 

    melodi skg isu tah ape2. x up to date lgsg. isu basi. wahid cm bese,dr senario dlu smpy skrg x abis2 ngn lawak bodo n merepek lbey. wartawan xde adab, elok lg wartawan yg dlu. ade etika kewartawanan. poyo lbey ar yg skrg ni. sore latar, aduyai..g terjun bangunan la weh. kesimpulan ny, melodi skg sucks.sorry to say

  12. Wani on Fri, 25th Dec 2009 4:18 pm 

    huh! memang melodi dulu ngan skarang banyak beza.skarang dah tak layan dah melodi.siyes.galaksi lagi bes

  13. fenin on Fri, 25th Dec 2009 4:28 pm 

    aah ntah paper jer wahid tue ckp kadang2 cam nak wat lawak tp x jadi, then isu singlet pun nak kecoh aper nak jadi daa..dah ketandusan idea ker aper? :-|

  14. thereader on Fri, 25th Dec 2009 4:44 pm 

    melodi cm desperate nk dpatkan bhn untuk tontonan umum…baik tgk galaksi,berinformasi n stil berlapik…

  15. Daus on Fri, 25th Dec 2009 4:47 pm 

    Baek aku layan Oh Artis daripada layan Melodi, =(

  16. obefiend on Fri, 25th Dec 2009 4:53 pm 

    aku tak tengok TV. saved from these stupid shows!

  17. Chikugunya on Fri, 25th Dec 2009 5:13 pm 

    ooo yer ker…? tak tengok… mana abg nak tau. Jap lagi nak gi tengok…

  18. a1zudd1n on Fri, 25th Dec 2009 5:14 pm 

    da 18 kali miss tgk melodi..
    x tau la pecer..haha :o:

  19. Biru on Fri, 25th Dec 2009 5:20 pm 

    At least E! Channel pun tak cam ni. Oops.. nanti ada Awal pula.

  20. Muhammad on Fri, 25th Dec 2009 5:24 pm 

    sorry la wahid..
    tp aku rasa ko kena tukar gaya sket kot..
    serius aku menyampah…
    sorry la eh..
    ikhlas ni…

  21. Chikugunya on Fri, 25th Dec 2009 5:31 pm 

    Abang dah tengok dah satu part Melodi 20 disember… yg Abang perasan… memang betul lah.. pengacara yg lelaki tu tak best… pesen macam makcik pulak tu

    khai Reply:

    @Chikugunya, nice la bro.. sanggup nengok tu.. anyway nice entri GL..

  22. gudangpetaidahbangkrap on Fri, 25th Dec 2009 6:22 pm 

    nak gelak pon ye gak dengan artikel, penulis, and certain commenters kat sini.
    dudes, dari dulu, prgram melodi tu memang program sampah yang tak mendatangkan sebarang faedah kepada minda dan mentaliti. i wonder, wat do u get from watching people bickering, dan hal2 artis yang dibongkarkan? yeah, nanti kang, adalah yang kata orang melayu suka tengok benda2 ni, this is my answrlah, sebab tu org melayu tak ramai yg maju berbanding cina2 sbb disogokkan dengan hiburan2 sampah mcm tu.
    but i dont condemnlah whoever watching, but kalau korang tak nak tengok sampah, i suggest, startlah tengok national geographic everyday 7pm kat TV1, yg ada astro, tengoklah discovery, history channel and travel channel. tambahkanlah sikit pengetahuan tu dgn benda2 yg dah tentu berfaedah sikit.
    kang, adalah yg tanya, apa aku buat kat sini kalau aku ni bagus sangat, this is my answerlah, aku tgh buat survey, nak tengok ada tak bangsa2 lain yg interested nak ambik tau benda2 melalaikan mentaliti melayu ni.
    just my 2 cents lah, nak dengar dengar, tak nak sudah.

    khai Reply:

    @gudangpetaidahbangkrap, ya ampun.. ini macam pun ada ke? orang yg nengok Melodi dan rancangan2 hiburan x berfaedah ni, bukannya tak pernah atau tak hingin langsung nak nengok rancangan yang berilmiah.

    Apalah salahnya nak layan rancangan2 ringan macam tu. Pasal artis. Macam kita layan Oh! Artis ni pun sekadar hiburan duniawi je lah bak kata slogan kat atas tu. Bukan tak bukak website lain yang berilmiah.

    Dan dah tentu ni website hiburan, dah tentulah entri ni pun menyentuh pasal dunia hiburan. Eh apa awak buat kat sini?

  23. AiRitzu on Fri, 25th Dec 2009 6:38 pm 

    Walaupn ak xske tgk melodi,tp ak nmpk la melodi btol2 da kering idea,pakai singlet sure2 la xpe bg laki..bukan npk aurat dia pon,len la sam 2 pki singlet tpi xpakai suar…cbe g terjah si fasha sanda ker, or artis2 ppuan yg suke pakai baju smpi nak trkuar *****, lurah sne sini.. Xnak pulak ko terjah ea melodi…

    tp aku dri dlu xsuka tgk melodi,sbb ak xbpe gmar pon ngan artis2 malaysia ni…gosip lbey..

  24. FaisalReza on Fri, 25th Dec 2009 7:14 pm 

    lama dah x tengok melodi sebab lately mmg bz waima hari ahad pun, tp alasan utama ialah memang melodi x best. bukan faveret nak tgk tiap2 miggu, 8)

  25. mattnasz on Fri, 25th Dec 2009 7:17 pm 

    setuju 100% ngn artikel ni, si wahid mmg bnyk merapu,cakap tergagap2 sampai kuar urat tengkuk, cubalah rilex ckit. x sesuai dia ni jadi pengacara sebenarnya. wartawan dia pun mmg biadap, kurang ajar. xde etika langsung.

  26. malin on Fri, 25th Dec 2009 7:38 pm 

    “rebrand” lah balik Melodi tu.. org yg tengok dh lebih berakal, pengacara kena lebih lebih berakal. wink

  27. putcomey on Fri, 25th Dec 2009 10:53 pm 

    lame giler xtgk melodi tu…lantak die la..kalo ak terlepas pn,oh!artis kn ada..hehe lgpn ahad tu slalu kuar g knduri umh org..so time yg xsesuai la..kalo die wt time yg ssuai utk ditonton pn,blm tentu ak nk tgk..hehhe

  28. white on Fri, 25th Dec 2009 11:50 pm 

    dah lama x tgk melodi…bosan..pengacara bersemangat x kena tempat…wartawannye dah terlari etika.. :bloody:

  29. Tiffany on Sat, 26th Dec 2009 12:17 am 

    Melodi ni bukan nak takat nak laga-lagakan artis, diorang jugak suka provoke artis sampai artis naik angin.
    Pastu diorang kata artis tu kurang ajar.
    Padahal dari awal asik kena provoke, sapa yg tak bengang kan?

    Mmg menyampah la dgn wartawan2 Melodi skang ni.
    Tanya soalan merepek2.
    Kadang2 tu mcm dah takde idea, tanya bila nak kawin la, bf/gf ada ke tak la.
    Lagi aku meluat masa diorg terjah Black kat Curve tu.
    Aiyooo…story tu mcm tak best je.
    Aku rasa cam ‘perlu ke???’… :((

    Kiranya banyak la lagi perkara yg tak best dgn Melodi ni.
    Dah naik bosan dah nak tonton.
    Dulu punya jugak yg best.
    Skang ni kalo tak tonton pun takpe.
    Kalo tonton lagi rugi masa. :-[)

    khai Reply:

    @Tiffany, betul.. teringat satu episod melodi yg lepas dia terjah si artis botak tu (sorry tak ingat nama) atas alasan kononnya artis tu bergaduh. Come on la. Betul lah apa kata si botak tu even dia artis pun, dia tetap manusia. Manusia mana yang xde perasaan? Gaduh2 tu karma la tu.

    Bila si botak tu taknak kasi ulasan dan blah macam tu je naik kereta, boleh plak nak marah si botak tu balik. Dan wartawan yg soal si botak tu la paling aku meluat sekali. Biadap!!

  30. ezite on Sat, 26th Dec 2009 3:20 am 

    aku memang dah lama bengkak/meluat dengan si wahid ni!memekak,terjerit terpekik terlolong macam dlm senario.tukar je dia dah lama orang meluat tapi tv3 buat bodoh jer!mandrem lebih kut!tu la ambik orang pelawak yang rendah I.Q jadi pengacara hampes!x sesuai

  31. iman on Sat, 26th Dec 2009 3:49 am 

    sorry la wahid n tv3 memang melodi x bestpn skrg,wahid lg x best…maafla bukan nak rosakkan periuk nasi u…tapi org bosan ler nakkn pembaharuan!cuba ambik pengacara yang hensem sikit ker mgkin rating boleh naik!

  32. c!c! on Sat, 26th Dec 2009 4:22 am 

    memang aku da lama x tengok melodi nie…bkn pe…bowink yg amat bila tgk gelagat n cara wahid mengacara…fafau aku leh time ag..ok jew…wahid cam over sangat laa…tp tv3 jgn p amik c ally iskandar lak pasni…cari org yg betul2 sesuai untuk mengacara melodi…bg aku melodi lama paling beshhhh…memang kepoh tp nampak de etika kewartawanannya…..rindu lak aku ngn gelagat kak ogy masa mengacara dulu…ala…susah2 sangat amik je kak ogy balik….hehhehehe…tu pon kalo dia nk…. :)

  33. marilynn on Sat, 26th Dec 2009 8:20 am 

    hahaha, why would you wanna watch it in the first place anyway?

  34. Keting on Sat, 26th Dec 2009 9:08 am 

    I tak sangka ramai yang meluat tengok si Wahid yang buat lawak bodo yang melimpah ruah dalam Melodi tu. Erm… Kepada Si Wahid, kalau lah ko baca thread dan komen-komen dalam ni, ko pikir lah elok-elok apa yang ko patut buat lepas ni ye!

    Fafau OK aje, dan yang aku perasan, bila aje Si Wahid ni mula start nak mengarut dan merepek, Fafau tak tunggu masa terus sentakkan Si Wahid tersedar dari aura merepek dia tu. Bijak ko Fafau. Puas ati aku…

  35. titan on Sat, 26th Dec 2009 9:30 am 

    bagi aku, ok je si wahid tu. yang bab2 terjah tu yang kekadang melampau. aku rasa, artis2 tu memang nak lempang aje diorang tu. Tanya soalan pelik-pelik..

  36. Nuyul on Sat, 26th Dec 2009 9:49 am 

    aku setuju dengan kau! memang melodi sengaja nak laga-lagakan artis. menyampah gila dengan wartawan melodi! isu yg kecik mcm singlet sam bunkface pn nk jd isu. dah xde idea kot!

  37. stuju melodi hampeh!! on Sat, 26th Dec 2009 11:16 am 

    stuju sgt… mmglh nak tgk… tp sbley2nye mmg cuber cr citer len… pasai klu tgk sakit hati tul!! pasai kes x artis grup gerak guner namer… bley putar2 lg tu soalan… org tu kater kalau dier dah stabil mgkin die takkan gune lg namer grup tu… then wartawan ******* tu bley plak pusing/putar/belit dll kater artis tu nak buang name grup tu bila dah ta perlu… tak ker b************ tu… yg pasai singlet tu pun yer gak… mcm yg len ckp, artis perempuan yg dah terang islam, yg terkeluar sana sini ko ta kecoh… yg pakai singlet tu laki, terang2 tak tunjuk aurat ko nak kecohh kater tak ikut standard, biadab dll… bro ap ni.. pihak korang nk jwb ap klu aku tanyer artis perempuan yg terjojol sane sini tu.. yg terang2 islam tu… ikut standard penganjurlah… tapi standard AGAMA yg dorang anut ikut tak bro????? yg tu ko tak terjah plak.. pk pk lah bro… JGN BESERKAN DIRI DGN BENDER YG SALAH… last que lah aq nk tanyer… ko nak iku standard Islam yg ko anut ke, ko nak ikut standard manusia yg Allah cipta?

  38. jovian on Sat, 26th Dec 2009 3:33 pm 

    aku da lama xtengok melodi sb aKu sangat2 menyampah ngan melodi.dari pengacara dua org 2 sampailah wartawan ntah apa2 2….tetiba nampak article trus aku terfikir..konon tingkatkan prestasi jauhi kontroversi…kapala hutak diaorg ahhh… ..huh…aku nak bagi suggestion to melodi team…why not you all sume terjah c michelle..aku ngeok dia ngan balak baru dia kat fuction formal pon gedik…artis pegang2 tangan bleh jer michelle terjah…. yang dia peluk22+gigit2 romantis 2 apa cerita.amcam bernas tak idea aku?huauahauhah…

  39. Jantan Terhangat on Sat, 26th Dec 2009 3:52 pm 

    hrm bagi aku benda ni lama dah..
    semua orang tegur tapi sebab rating dia..dan penonton dia masih hangat sampai sekarang buat apa dia nak ubah..
    mmg dia akan teruskan rancangan sampahan ni..
    sebab dia tau orang malaysia lagi x suka lagi diorang tengok hehehe

  40. Ironman on Sat, 26th Dec 2009 4:20 pm 

    Melodi mmg dah jadi rancangan sampah.Takde kritikan membina langsung.Menjatuhkan maruah orang adalah..Buatlah rancangan yg blh beri manfaat pada semua orang…

  41. RedCherry on Sat, 26th Dec 2009 6:10 pm 

    …setuju….setuju..harap2 TV3/ media prima amik perhatian…buhsan sey…

  42. lohan on Sat, 26th Dec 2009 9:12 pm 

    Me’luat’di dah ;)

  43. shaz on Sat, 26th Dec 2009 10:20 pm 

    kalau dah merepek tak usah menonton lagi.. org lain masih ramai yang suka pada melodi.. itu kan semua hiburan..

  44. masz on Sat, 26th Dec 2009 10:40 pm 

    hehe.. aku bukan nak ckp pe la. sejak duk joint dgn oh artis ni. aku dh xminat nak tgk melodi ker ape cite hiburan pasal artis kat tv pasal arts tau. mcm melodi. bnyak mengarut ntah ape2. dah r tu. iklan lak berjela. aku layan oh artis dan ckup.. sekadar suke2 kan nak tau pasal dunia hburan..

  45. sepatu putih on Sat, 26th Dec 2009 11:27 pm 

    setujuuuuuuuuuu!!! wartawan melodi mcm cari publisiti murahan…dok kata artis yg cari publisiti murahan .padahal wartawan melodi pon sama naik jer…cam haper jer

  46. white on Sun, 27th Dec 2009 5:30 am 

    cuma satu aku musykil..aku perasan paha fara fauzana makin kecik la (jgn korang ckp aku ni tgk melodi pasal nak tgk paha die lak..huhuhu)

    die pun dah berani pakai legging ketat dah tu…dulu pakai suar pun mesti pakai baju labuh tutup paha die…ke mata aku yg mengillusi optikkan aku?

    kl aku salah maap la ye… :D

  47. blueball on Sun, 27th Dec 2009 11:33 am 

    delete je r melodi ni.
    wpon die kira rancangan otai r kot dlm sejarah tv3 sbb da lame gle bende ni, org2 de je tukar2.
    tp penonton heran ape.
    kalo dtg dgn great qualities, org tabik spring r.
    ni kualiti sampah, ade aku kesah ko rancangan plg lama bertahan ke ape ke..da ade jenama sendri ke..
    hahaha.bullshiiiiiiiiiiiiit. soorrry r datuk farid. sy da lame gle x bkk tv3. tgk pon online streaming je.tu pon tgk drama yg best2 je. nur kasih da habis da x bk da tv3 nye web..kalo on tv kt umah mak saya, ktorang on astro je. tgk discovery pekdah gak. dpt ilmu.
    kalo nak dpt respect dr org, melodi ni kene r tau how to respect others too.
    tgk cam oprah show, mmg r lain konsep banding melodi kan. tp mksd aq, kualiti tu penting, kalo ko on air setaun je tp kalo kualiti ko bagus gile, org akan mntak lg dan lg.
    ni ko tayang tiap mngu tah bape taun aq pon tatau, tp sampah belaka..wat malu tv3 je.
    bagus nye die buat hari ahad, jam2 org tgh lunch, mengular dpn tv. yg melepak2 dpn tv hr ahad ni melayu2 belaka. haa elok la tuh.

  48. msiaaff10 on Sun, 27th Dec 2009 6:19 pm 

    setakat dgr khabar angin nak tanya artis mcm betul plak

  49. molodi on Mon, 28th Dec 2009 1:05 am 

    panggilรฏยปยฟ je fan bunkface
    memang rporter melodi tu mampus dikerjekan
    ala, agame bute mcmtu la
    lg pentingkan protokol dr syariah
    kalau nk g function, prmpuan yg pakai dress mencolok mate lagi mulia dari lelaki yg pakai singlet…
    bodoh la katakan. nak wat camne…

  50. x on Mon, 28th Dec 2009 8:41 am 

    melodi dah ketandusan isu kot..

  51. mummy on Mon, 28th Dec 2009 10:30 am 

    wartawan melodi nih ..tah la…nak kata x belajar kang..rasenye mostly wartawan kat m’sia ni at least ade dip..tp bile tnya soalan cam x de otak…kalo pun ade point yg nak ditnya tu…cuba la tnya elok2….
    kalo i….i bahasakan dulu dorang nih….
    bila org komen kang…perasan lak..katnya w/pun sampah org tetap tgk…Dato Farid…sila amik perhatian….

  52. lilmoon82 on Mon, 28th Dec 2009 10:42 am 

    melodi skrg jarang aku tengok…dulu best..tp takpelah..dah keja diorg…lack of idea kot..sbb tu kuar cita mengarut…harap melodi lebih kreatif lg…kurangkan kontrovesi tingkatkan prestasi??…kontrovesi korang yg kuarkan..prestasi kureng…dah mmg keja korang nak kuarkan gosip2 artis..tp jgnlah sampei terjah tak bg salam…dia org pun manusia jugak…tanyer elok..tak salah…budi bahasa kan budaya kta…

  53. bro charm on Mon, 28th Dec 2009 1:19 pm 

    buek ponek yo komen pasal MELODI ni…ado diorang kesah… :bloody:

    Gadis Lonely? Reply:

    jgan risau. Crew Melodi rajin masuk sini. Korang komen je nanti diorang take note la tu..

  54. aidi-safuan on Mon, 28th Dec 2009 2:07 pm 

    hahahaha….da xde story…bagi jerla story ape yang ada.huhuu

  55. serun on Mon, 28th Dec 2009 3:46 pm 

    aku pernah terdengar yang melodi adalah HARAM disiarkan…..tapi tv3 buat x tau jer….
    bende ni ade dibincangkan kat U aku…

  56. skodeng on Mon, 28th Dec 2009 3:46 pm 

    aku memg tak minat melodi dan tak pernah tengok … itu saje hak kita sebagai penonton kalau tak suka!
    sebab aku tahu… menjadi PENGKRITIK amat senang. Kalau nak mengkritik memang mudah.. berbueh2 mulut sampai besuk pun tak habis2. Cuma kita fikir2kanlah.. letakkan diri anda ditempat orang2 yang menjayakan program tersebut… siapa yang suka hasil kerja mereka gagal???? 8)

    Gadis Lonely? Reply:

    that why kita kena condem bagi mereka sedar yg mereka tak best.. Perlu kerja keras untuk memantapkan Melodi semula. Itu bukan kerja amal. Mereka dibayar gaji. So biarlah kena gaji dengan hasilnya.

  57. meet aunty Bedah on Mon, 28th Dec 2009 5:00 pm 

    melodi dah ler x best skrg ni..selalu kalah ngan galaksi dah siar dulu baru melodi nak terketar2 siar..

  58. Terung on Mon, 28th Dec 2009 5:05 pm 

    Tepuk dada tanya selera..kalau rasa tak suka tak payah tengok..buat dosa kutuk orang….berguni-guni dosa…tak takut tuhan ke you alls……

  59. amparo on Mon, 28th Dec 2009 6:08 pm 

    melodi tak tengok wartawan sangkak,pengacara dahlah tak cantik suka buat lawak bangang, taKDE CERITAPUN , GALAKSI BESTTTTTTTTTTTT, CAYA SAZZY,1/2 JAM RASA KEJAP JE, i FOLLOW!!

  60. mimiesinchan on Mon, 28th Dec 2009 7:13 pm 

    melodi entah pe2 isunya….takda motip langsung…asyik2 gaduh..tak gaduh, perkara kecik nak dibesarkan…paling menyampah cara wahid handle melodi…tak berkenan aku :(( datangla blog aku~ http//mimiesinchan.blogspot.com

  61. akuHANYApemerhati on Mon, 28th Dec 2009 7:53 pm 

    aku sokong suara latar yg mintak penampar tu…tapi aku rasa web ohartis ni pon sama gak macam melodi tu…dua2 sampah…tapi at the end of day dua2 saluran ni bagi info pada kami rakyat malaysia yang sentiasa menjadi lalang (sebab taktau apa2 tapi meng”iya” kan sahaja apa yg di hidangkan…sebenarnya semua blog@rancangan tv atau apa saja adalah “sampah” tapi kita yang menjadikan ianya lebih berharga dari sampah…apa yg berlaku di malaysia ni suma “sampah” tapi kalau yg luar malaysia suma nya hebat2 belaka…alamak dah lari tajuk lak..tapi betul pa yg aku ckp….MENTALITI org kita macam GAMpunk..hahahah

  62. ali setan on Mon, 28th Dec 2009 8:00 pm 

    aku dengar penulis ohartis ni BUKAN terdiri dari wartawan hiburan di malaysia(jadi rasanya tak layak nak bagi statement kot)oppsss sorry pecah lubang lak..tah macamana dia dpt tau cerita yg terjadi kalau tak turun padang sendiri?…meh aku tolong jawab…sebab dia amek dari org…dia beli ka apa ka…dlm erti kata pendek dia copy n paste hahahha…macam ni pon ada ka….macam ni pon boleh di angkat sebagai sumber pilihan utama korang ka?sorry to say aku mmg peminat melodi dari kecik…dari zaman kak ogy…what they give always the best walaupun ada gak yg sampah,itu aku akui ler…keluar dari mulut org yg di interview..bukan takat menulis dlm ni…at least diorg tu berani…aku telur dua bijik…u all?hahahah sorry lah..orang kampung aku suka melodi…kalau orang kampung aku suka ohartis lak,confirm aku puji korang lak..jgn marah ye…heheh

  63. koko kebana on Mon, 28th Dec 2009 8:08 pm 

    eh betul ke penulis blog ni bukan wartawan??
    ishkkk tak caya lah aku…kalau nk kira yg tak cukup kain,satu malaysia pun dah berdosa.tak salah la wartawan melodi tegur.aku tengok rock star macam awie ataupun amy search pun tak penah pakai singlet ke majlis sebegitu.tapi diorang tak turun ke majlis tu,jadi mereka buat andaian…hmmmm mana lagi salah?berada di lokasi kejadian ataupun jez copy n paste?hahha,fikirlah sendiri…
    tapi pendek kata cerita black dengan kekasih dia tu mmg mcm anjing.wartawan yg buat pun tah apa-apa.benti je la jadi wartawan,poyo je

    Gadis Lonely? Reply:

    hai bang.. main tukar2 nama plak ye? Kejap akuHANYApemerhati, kejap Ali setan, kejap koko kebana. Nak buat komen syok sendiri tak boleh setakat tukar nama bang. Tukar sekali IP tu bang. Hehehe. Lawak la abang ni. Abang ni mesti wartawan Melodi tu kan? Hehehe. Bila nak angkut barang bawak balik rumah bang? menyemak je. Hahaha. Biarlah we all ni wartawan atau bukan wartawan, kamu pun rajin masuk sini cedok2 cerita kan? copy paste? wth la.. hehehe.

  64. rasa oren on Mon, 28th Dec 2009 8:23 pm 

    tak setuju..melodi mmh best

  65. eyra on Mon, 28th Dec 2009 10:42 pm 

    melodi semakin bosan. aku layan galaksi jek

  66. shacz on Tue, 29th Dec 2009 1:05 am 

    btul sgt lah Melodi skrg dah makin merepek, macam saja nak laga2kan org., aku ada nengok Melodi pasal kes cerai Ida Nerina, langsung tak hormati hak peribadi org..org tu dah taknak jawab dah la..lagi di desak dgn soklan2 yg sama..bengang betul..kalo mcm ni la Melodi skrg..baik stop je la rancangan ni.. kalo nak wat jugak tuka nama..jadi rancangan “BATU API” :choler:

  67. rinny on Tue, 29th Dec 2009 9:15 am 

    WAHID OVER… MENYAMPAHHHHHH!!!!!!

  68. peminatjutawan on Tue, 29th Dec 2009 9:37 am 

    wartawan melodi haprak…nk cri gaduh je retinya..igt lagi kes artis ambik dadah..michele tanya mcm bgs…woi org tu dh berubah jgn duk tanya mcm sindir mamat tu…kalau aku lama dah kena lempang

  69. deel on Tue, 29th Dec 2009 3:28 pm 

    ye la…melodi skrang sucks….tanya soalan pun mcm nak marah jer…ksian SAM..pakai singlet pun kecoh…gua sokong 100% yang artis pompuan pakai dedah aurat depa x kecoh..apa ra…please la melodi kak OGY dulu paling best APEK pun best..wahid and fafau..menyedih kan la..

  70. lempeng on Tue, 29th Dec 2009 5:20 pm 

    SUMPAHH AKU BEBULU DGN WAHID…!!!!tukarkan je la….

  71. Piston Pecah on Tue, 29th Dec 2009 6:03 pm 

    masih segar tengok melodi…galaksi still kureeeng sebab masih banyak kekosongan lah…aku suke tengok fafau jek…tang wahid tuh biasa la…

  72. shima on Wed, 30th Dec 2009 10:52 am 

    dh lama dh aku xtgk melodi… :-| hampeh tol! :-[)

  73. rosa on Wed, 30th Dec 2009 1:32 pm 

    one thing yg aku rse nyampah ngan melodi is gaya penyampaian c azmi ke nta sape ke namanya..gaya tangan tunjuk kamera mmg bikin panas…

  74. abg ensem on Wed, 30th Dec 2009 6:06 pm 

    bukan melodi jer..byk rancangan tv3 memang macam sampah :bloody:

  75. aidaa N. on Wed, 30th Dec 2009 6:18 pm 

    MELODI dah busuk , I tgk 8style kat 8tv pn better =.=

  76. aman on Wed, 30th Dec 2009 9:08 pm 

    saya dgn melodi ni sama je..sampah.. mak bapak saya pun.. =.=

    Gadis Lonely? Reply:

    siannya.. :(

  77. along on Thu, 31st Dec 2009 12:35 am 

    tu la..aku suke melodi mse apek dgn og je dlu..

    also include this link: :p

  78. miss d on Thu, 31st Dec 2009 6:30 pm 

    aku pon dah lame tak tgok melodi..
    pengacara kedua2nya mcm bodoh, ckap merapu jek..
    hape pon tak phm…wartwan lagi la…
    bukan stakat macam bodoh,
    tapi memag bodoh..tanye soalan macm bangang jek..
    tambah2 si michele tu..tanye soalan macam
    nk mintak penampar jekr..
    takde ke org yg nk tampar muke dia tu erk???

  79. N2kU on Fri, 1st Jan 2010 4:09 am 

    kalo melodi pakai kak engku+ apek, aku tgokla melodi balik..fafau pon ok gak, tapi wahid lama sgt derg simpan

  80. jutawan segera on Sun, 3rd Jan 2010 11:19 am 

    betul aku stuju kalau kak engku ambik balik melodi ni..
    dan tukar la wartawan2 muda yg tak pndi jaga bahasa

  81. ANWC Collection on Sun, 3rd Jan 2010 1:18 pm 

    Aku setuju, nek boring tengok Melodi sekarang :aie:

  82. dyera on Mon, 4th Jan 2010 11:13 am 

    dulu aku suka MELODI, sekarang TAK! menyampah. lagi2 michelle. tah pape. dulu tak tengok macma rugi. sekarang hmm! tak tengok pun takpe! tak rugi langsung

  83. MiLza on Wed, 6th Jan 2010 1:47 am 

    aku rse sore cm nk mntak kne bnuh je.. :o:

  84. mrkaizer on Fri, 8th Jan 2010 10:12 am 

    SEMUA TU BUANG MASA JE…TAK PAYAH TENGOK PUN TAK PE.BAIK DISCOVERY CHANNEL…POYO JE KAN :p

  85. anchovy on Fri, 8th Jan 2010 5:34 pm 

    eh, ape aku buat kat sini ek?

    *bla* :p

  86. day syafanuri on Fri, 8th Jan 2010 7:09 pm 

    hmmm, makin ramai xsuka Melodi ye…ish3, pe la nk jd? tp kita kene akui memang Melodi amat penting sbgai santapan hujung minggu yg nk sgt ditonton…cuma cm admin ckp kt atas…perbaiki skit persembahan pgrm tuh…minta skuad Melodi wat byk carian Internet utk tgk citer baru yg panasss, then pegi siasat terus, nt jd basi org dh tau malas nk tgk Melodi yg ntah pape…lau bleh, kupas secara ringkas tapi padat bukan papar byk isu tp ade yg censored pasal iklan maha byk & celoteh xbertempat (wlupun bkn siaran prime time)…lau tau cmtu, xpyh la papar smua papar yg penting je…ruangan respon, analisis etc pun bgus jgk tp Melodi kena jgk bwk isu2 ni kpd phk2 tertentu & cuba cari jalan penyelesaian…jgn men tayang pas2 xde tindakan n then wt blek tnya isu yg sama je…Galaksi plak rasenye leh jdi pgrm hiburan no.1 lau trus maintain dgn stailnya…siaran video klip artis juga letaklah yg terkini & jgn men letak je klip artis Indon & omputeh yg xlarat wa dgr cm dgr HOTFM je…harap 2010 ni Melodi berubah, lau x kene tinggallh dgn Galaksi xpun dgn TERJAH NAS AHMAD yg bru disiarkn tuh…mmg pekat kritik & cool gila pembawakannya..hehe :D

  87. damnhot on Sat, 9th Jan 2010 7:01 pm 

    melodi tu ape ye?
    hr ape
    pukol bp?
    br balik dr usa..tatau pon rancngn kat malaysia ni =(

  88. ayam_senget on Sat, 9th Jan 2010 10:21 pm 

    WAHID tak layak jadi pengacara,asik merapu pastu suke sgt potong cakap fara.lagipun skuad2 yang lain cam gile glamor la plak.nak tanya orang macam dorang sendri malaikat. :)

  89. remote kontrol on Wed, 13th Jan 2010 12:39 am 

    haha..tergelak aku baca org komen psl wahid..
    masa2 die terjerit2 kat tv tu aku rasa nak tempeleng je…xpun baling dgn selipar jepun ke..rasanya mmg kene reformat balik melodi tu…da jadi lambakan sampah sarap je…
    anywy abg wahid kalu terbaca mintak maap le byk2…(seyesly mmg xtahan dah tgk encik wahid merapu ni)

  90. No Gossip! on Sat, 16th Jan 2010 9:46 pm 

    Bukan melodi je x best! Terjah, rancangan terbaru TV3 (geng Abang Nas) tu pun lagi xbest! Paling menyampah Minah Tahi Lalat @ Terjah tu! Cakap x bertapis! Kurang ajar! Lebih bagus terjah x disiarkan kat Tv3 lagi bagus! Aku lebih suka Terjah di dalam melodi… Dulu, terjah tak melampau macam sekarang!

    Lagi satu, aku memang setuju dengan pendapat diatas! Wahid tak best langsung! 24 jam merepek! Naik menyampah! Best lagi fara dari wahid! Tukar lah pengacara baru (wahid buang) tukar Kak Ogy ke, or kak sheila rosly ke.. Fafau kekalkan! Baru best dan mantap!!
    8) 8)

  91. ray on Thu, 28th Jan 2010 9:38 am 

    setuju sgt..tah ape punye isu la pakai singlet pn nk kecoh..gaye bertanye pn sgt kurang ajar..ni sape y xde adab sbnrnye ni..gi la terjah artis pompuan y pakai baju mcm xcukup kain 2, y terdedah sane sini..oops lupe..diorg lg suke tgk artis pompuan pakai mcm tu..best mate memandang..klo artis laki pakai baju eskimo selubung satu badan pn sakit mate diorg tgk..xfaham aku..sumpah xnk tgk melodi lg dh pasni!!
    tp sam tetap cool je ms jwb soalan tah pape tah dr wartawan tu..caya la sam..sam n bunkface mmg best..sam ni sbnrnye childhood fren kpd kwn aku..lps dgr diorg perform live trus gua minat..teruskn usaha!!!

  92. Umh Jung-Hwa on Sat, 30th Jan 2010 6:04 pm 

    OMG! Frankly speaking, memang nak tergelak baca comment-comment diatas. Power ah! Tapikan, bukan ke entri ini menceritakan tentang “Melodi TV3 makin lama makin sampah”? Kenapa cerita Wahid & Fafau pulak!? Um. Tak kisah ah! Layan je. Tapikan, apa kata wartawan Melodi ambil tajuk ini untuk mereka TERJAH member mereka jugak? Yelah, 24jam asyik sibuk hal artis je, kan? Wartawan Melodi tu pun, bukan main banyak cerita-cerita panas untuk dilayan, kan? Betul tak!? Betul tak betul, suka hatilah. Janji rock!

    Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Peace! No War! ;)

  93. nass on Sun, 31st Jan 2010 1:40 pm 

    btol3.. melodi skrg dah x bez cm dulu.
    wahid n fafau dah ok .boleh la.
    tp wartawan plak…macam hampeh :bloody:
    bahasa mcm orang x blajar, dah 2 nak intrvw org cakap cm gampang. paling x suka wartawan yg intrvw artis cakap “gua” @ “lu”@”bro”@”beb”.. kita lau nak intrvw org ni,mau ada bahasa, baru apa yang nak di korek 2 snang dapat.. jgn jadi samseng la lau dah bergelar wartawan.. :o: huhu..
    juz teguran n nasihat..
    don’t be angry.. =(

  94. is on Sun, 31st Jan 2010 10:39 pm 

    minta maaf melodi..dah ketandusan pengacara yang berwibawa dan energetik..ingatkan tahun 2010 bakal ada pengganti wahid tapi hampa :love: .si wahid tu tak ada aura langsung utk mengacara..lagipun dah lama sangat mengacara rancangan melodi..beri lah peluang pada muka baru..percakapan dan penyampaian kurang memberangsangkan..maaflah kalau saya kata jadi pengacara konsert fun fair jer yg sesuai untuk wahid..si fara fauzana…awak jadi penyampai radio sudahlah..

  95. sibercafe on Mon, 1st Feb 2010 12:24 am 

    nak menarik camne.. skang dah ade internet.. sume bende cepat je tahu.. dulu laen la… gosip kat melodi semoa yang fresh kot..
    skang kat oh artis sendirik pon macam2 ada..

    setuju? 8) 8) 8) 8)

  96. bye.. on Tue, 2nd Feb 2010 1:33 am 

    laki baju singlet bgai nak rak bercerita, pompuan berkemban nampk lurah tu x plak nk tyang, konon pki singlet x kena tmpat, pkai baju nmpk lurh tu kna tmpatnye ke..

  97. Budak Mantap on Tue, 2nd Feb 2010 9:23 am 

    mmg care die tanye tu mcm nk cari gaduh je…kalu xsabar mmg kena sedebik la….

  98. jack on Fri, 12th Feb 2010 12:07 am 

    Wartawan melodi perasan bagus. Ntah hape2 lah tanya kat artis..Kadang-kala kite nak tau jugak perkembangan positif artis kegemaran, dalam melodi hampir tak ada positif…sekecil kuman pun dibesar2kan dan menjatuhkan maruah orang…Saya dah lama tak menonton melodi, tak sanggup tengok kepoyoan wartawan melodi…Rasa mcm nak terjah pulak wartwan2 melodi…Abg rambut ketak, dll tu hati2 di jalan raya..keh keh keh…tak pasal2 kena terjah balik, takkan korang baik sangat kuutttt..keh keh keh…KAdang-kala geli tengok penampilan abg rambut ketak tu…Serabai jer…ntah mandi ntah tak tu…

  99. jack on Fri, 12th Feb 2010 12:11 am 

    Baru2 ni saya tertengok rancangan “Terjah” keh keh keh…Geng abng rambut ketak ada sorang: Pompuan mulut becok mcm makcik2 kampung yang suka gossip2 time kenduri..kurus tu pakai singlet jer…Sori terbabas jauh dari topik..

  100. jack on Fri, 12th Feb 2010 12:16 am 

    Rancangan melodi dh lari jauh dari asal…Cepat2 lah betulkan balik ke asal…Rancangan Meldoi sekarang umpama makcik2 kampung gossip time kenduri…So belajar lah dari Channel E kat Astro tu…Diorang ada cakap hal negatif tentang artis tapi dengan cara professional dan ada manner.

  101. ady on Sun, 14th Feb 2010 6:02 pm 

    “that why kita kena condem bagi mereka sedar yg mereka tak best.. Perlu kerja keras untuk memantapkan Melodi semula. Itu bukan kerja amal. Mereka dibayar gaji. So biarlah kena gaji dengan hasilnya.”

    and

    “hai bang.. main tukar2 nama plak ye? Kejap akuHANYApemerhati, kejap Ali setan, kejap koko kebana. Nak buat komen syok sendiri tak boleh setakat tukar nama bang. Tukar sekali IP tu bang. Hehehe. Lawak la abang ni. Abang ni mesti wartawan Melodi tu kan? Hehehe. Bila nak angkut barang bawak balik rumah bang? menyemak je. Hahaha. Biarlah we all ni wartawan atau bukan wartawan, kamu pun rajin masuk sini cedok2 cerita kan? copy paste? wth la.. hehehe.”

    LMAO
    GADiS LONELY, U ROCK GiRL!

    I hEaRt Oh! ARtiS

  102. ady on Sun, 14th Feb 2010 6:07 pm 

    Lonely Girl’s reply on Koko Kebana and Skodeng are TOTALLY AWESOME!
    Love your “in-your-face” reply girl. .
    Keep rockiN. . :)

    i hEaRt Oh! aRtiS

  103. jamal on Wed, 17th Feb 2010 5:38 pm 

    teman mmg meluat giler melodi 2..gi hantar wartawan yg bangang tanya soalan org yg tonton pun sakit ati dengar.. mcm tu la jadinya bila ikut telunjuk org kapir..belajor pandai2 tapi ilmu 2 sume dari hasil pemikiran org kapir.. Tak pikir kot yg dia tu org islam. tp mgkn islam yg hanya tercatat dlm i.c je

  104. Laynah on Tue, 9th Mar 2010 5:12 am 

    ak skong 100%!
    td ak ad tgk terjah geng2 nas tu b4 jmpe lman ohartis ni..xsngka lak dlm ak gh xpuas ati,jmpe lak lman web ni ha..(hehe ley lpas geam,tq so much gadislonely~mmuah luv ya!)
    1st impression-ni 1st time ak tgk terjah,ak da pkir..pe ke bodo dorg g dok tnye sal heliza ske amik pic camera angle dri atas??especially yg pompuan mulot becok gile2 tu!D.E.N.G.K.I!npk sgt pmikiran die ke arah yg negatif sgt2!taw le muka tu huduh n xlawa.ak bnciiiii!!!ak mrah sgt coz heliza tu mmg cntik n comel time ak jmpe die dpan2. peramah yg amat2 taw.. ksian heliza.. xpsal2 kna tnya bnda plik2..da xde idea,dorg tnye sal rmbut die lak..pastu tnye lak sal black men bola..ntah hape2..xmo tgk melodi or terjah lg for d 2nd time.. :-|

  105. pening on Thu, 18th Mar 2010 3:24 pm 

    aduh, pening la aku bace sume niiiiiiiiiiiiii!!
    x abis2!!

  106. carl on Wed, 24th Mar 2010 1:52 am 

    erm..melodi dulu best la sampai satu fmly pakat mai duduk depan tv nak tgok siaran melodi..masa tue bukan citer je hangat tapi pengacara dia pon best n boleh tahan jugak celotehnya..tak habis2 ketawa n sekadar hiburan untuk hujung minggu 4 seisi keluarga..tapi skrg??lu pikir la sendiri..rasanya media prima sendiri tau berapa rnting melodi skrg..pikir2kan la k.. =( =(

  107. fa13 on Wed, 31st Mar 2010 3:35 am 

    melodi wa rase okay jew ……..tpi terjah……..yg buat wa angin……..kes farid kamil !!! buat cite V3 n adnan sempit ciplak !! n….farid hnya nk buat statement !!! yg wartawan nie nk panaz kn psal plak !!! yg wartawan nie bleh tnyer ……yg farid nie bru jew buat satu filem dah nk pertikaikn !!! yg koeang wartawan pnah kew buat filem ?????? wa mmng angin ngan wartawan TERJAH !!!!

  108. budak pasir mas on Tue, 13th Apr 2010 12:02 am 

    apa kelas melodi..

  109. adamaina on Thu, 22nd Apr 2010 3:26 pm 

    aku cuma nak komen lau korang taip perkataan ‘je’ tu, taip lak je atau pun jer..x perlu lah nak tulis ‘jew’..korang tahu ke ape maksud ‘jew’ tu?nampak cm masalah kecik, tp bab2 ibadah ni jg skit la ye kwn2 semua..bukan alim pun,just tegur2 skit je..

Beritahu kami apa yang anda fikirkan.. jeng jeng jeng! Tapi AWAS!!
Sebarang komen yang tidak manis, tanpa kompromi akan dipadam.





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:



Respon mungkin ditapis dahulu. Jadi tak perlu submit dua kali ya. Jika terdapat apa-apa error selepas anda submit sebarang komen, sila refresh page tersebut. Jangan klik back kerana tanpa refresh, komen anda masih belum diterima kami. Dan ingat, Oh! Artis tidak mengamalkan chatting di bahagian komen. Sebarang respon yang tidak berkaitan artikel akan dipadam sama sekali. Kami mengamalkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Auto sistem kami akan menapis respon jika:
- Komen mengandungi bahasa kesat atau mencarut.
- Komen mengandungi Link Promosi web/Affiliate
- Nickname pelik seperti "gambar panas, klik sini"
- Email yang tidak wujud seperti aaa@aaa.com

* Komen anda di bawah tanggungjawab anda sendiri [disclaimer]

Blog Widget by LinkWithin