(Panas) Fasha Sandha Bersosial dan Merokok
January 29, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Berikut adalah gambar Fasha Sandha semasa menyambut hari jadinya pada 07 November 2009 yang lalu. Tapi baru sekarang we all dapat gambar-gambar ni dan sengajalah dikongsikan buat sesiapa yang rasa dirinya masih meminati Fasha Sandha. Buat korang yang tak minat, buat-buat minat sudah. Tapi artis kita memang hebat betul kan bila sambut birthday? Cubalah buat doa selamat kat rumah kan lebih manis dipandang.



Apapun gambar kali ni terbukti dengan terang lagi bersuluh yang Fasha Sandha memanglah merokok. Menutup tanggapan sesetengah orang yang gambar sebelum ini shooting la, photoshop la atau apa sahaja. What you see, is what you get.
Kita semua dah besar panjang jadi fikirlah apa yang terbaik untuk kehidupan. Renung-renungkan dan selamat beramal lah ye?
+ Thanks AkuLelakiGemuk | Pic from Facebook
OHARTIS: FACEBOOK FAN PAGE I HATE FASHA SANDHA DAN I HATE MEMEY SUHAIZA DAH PUN WUJUD. BILA NAK ADA PAGE I HATE MAWI EKIN PULAK? MACAM-MACAM LA KORANG NI. TAK BAIK TAU BENCI-BENCI ORANG.
(Gambar) Perkahwinan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim
January 25, 2010 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Dia bukanlah selebriti tetapi dia adalah anak kepada insan selebriti politik paling kontroversi di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Well, tak perlu cerita pasal politik, just we all saja nak tanamkan gambar-gambar berikut di Oh! Artis untuk rujukan pada masa akan datang. Kami tak dapat apa-apa maklumat mengenai gambar-gambar berikut. Mungkin ianya baru terjadi atau mungkin sudah lama terjadi.






+ Pic courtesy of Danial Zain Photography.
OHARTIS: BILA KES LIWAT ANWAR NAK SELESAI? DAH SIBUK DENGAN ISU NAMA ALLAH JE SEKARANG NI. HABIS SEMUA LUPA KAN?
(Gambar) Zizie Ezette berparti bersama Bung Mokhtar
January 25, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Hi guys. We all tak tahu yang gambar ni diambil sebelum atau selepas Zizie Ezette dan Bung Mokhtar Radin diijabkabulkan sebagai suami isteri. Apapun memang terbukti kemesraan antara mereka berdua. Kemesraan dengan lelaki lain juga terbukti tapi we all tak tahu siapa pula lelaki yang lain tu. Maybe saudara terdekat mereka. Kalau you guys tahu, inform la ye? Atau pihak media lain macam Jubir (LOL),Melodi atau Terjah, cuma la tanya Zizie pasal gambar ni.
Oh! Artis setakat ini belum pernah lagi mengeluarkan sebarang artikel mengenai perkahwinan mereka. Namun kami faham semua orang dah tahu kan?
Anyway gambar ini diterima dari seseorang yang katanya gambar ini telah di’upload oleh someone di Facebook. Well, pastinya Facebook Membunuh. Jadi kepada artis-artis dan selebriti yang pastinya hidup anda dikelilingi peminat dan paparazi, watch out yo!





OHARTIS: SERONOK DAPAT NIKAH DENGAN ORANG KAYA KAN?
Nama Sebenar Artis Malaysia
January 21, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Sebelum ini kita banyak didedahkan dengan nama samaran artis sahaja di dalam media sehingga kita tidak tahu apa nama sebenar mereka. Contohnya seperti pengarah drama terkemuka, Erma Fatima. Tidak ramai yang mengetahui apa nama sebenar untuk Erma Fatima. Nama sebenarnya Erma Fatima adalah Sayang Nor Fatimah Rahmat.
Selebriti selalunya semasa ingin melangkah ke dalam dunia glamor, akan mula mencari nama baru mereka dengan satu niat iaitu, nama yang lebih komersil dari nama asal atau lebih unik dari yang biasanya. Tapi ramai juga artis yang berbangga dengan nama yang diberikan ibu-bapa mereka. Contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza.
(Gambar) Samzy Fuzette abangnya Zizie Ezette
January 20, 2010 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Berikut adalah gambar Samzy Fuzette dan isteri tercinta. Samzy merupakan abang kepada Zizie Ezette dan sudah tentulah abang juga kepada Suheizy Sam (Adnan Sempit.. hehe) dan sudah pastinya pula anak kepada ibu Khaty Fauziah. Anyway, rasanya Samzy tidak cuba menonjolkan diri di dalam bidang lakonan. Mungkin lebih berminat dengan bidang yang diinginkannya.
‘




OHARTIS: KALAU SAMZY JADI HERO FILEM NANTI, JATUH LA SAHAM SI SUHEIZY SAM. ABANG DIA NAMPAK LAGI KACAK NI. HEHE
(Gambar) Seronok betul Sazzy Falak berbikini
January 15, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Sehati Berdansa, Selebriti, Tempatan, TV
Sebenarnya, ini bukan perkara luar biasa yang dapat kita nengok bila orang perempuan pergi bercuti tepi pantai. Tapi since Oh! Artis ni pun web hiburan, jadi kami keluarkanlah gambar artis yang bercuti. Cukuplah sekadar satu gambar buat renungan kita bersama.
Kami pelik sebenarnya, kenapa perlu mendedahkan aurat semata-mata untuk berada di tepi pantai. Berbikini bagai. Perlu ke ikut trend orang putih? Rasanya, berpandukan dari agama dan budaya kebanyakkan artis di Malaysia ni, rasanya semua pun tahu apa yang salahnya mengenakan bikini di khalayak umum. Ianya amat memalukan.

Anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan buat semua ya?
+ Thanks Tulip Ungu
OHARTIS: BERBIKINI DEPAN SUAMI CUKUPLAH. TAK PAYAH TUNJUK SATU DUNIA.
(Review) Adnan Sempit, Filem Melayu Wajib Tonton!
Semalam, team Oh! Artis dan bersama beberapa orang teman ke Midvalley semata-mata untuk menonton Adnan Sempit. Memang kami dah agak cerita ini mesti kelakar dan tidak akan mengecewakan. Kami betul-betul puas hati dengan cerita ni. Sangat menarik dan hebat! Lawak sampai pecah perut. Serius tak tipu.
Trailer Adnan Sempit
Classification: U
Genre: Comedy / Drama
General Release Date: 14 Jan 2010
Running Time: 1 Hour 25 Minutes,
Distributor: Metrowealth
Cast: Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Julia Hana, Cat Farish, Reanna,
Director: Ahmad Idham
Sinopsis spontan dari kami tanpa sebarang rujukan.
Well, mengisahkan seorang Mat Rempit yang muka ganas tetapi berhati taman bunga, bernama Adnan (Lakonan Shaheizy Sam). Kenapa nama samaran dia Nan Sempit? Faham-faham je lah kerana status kewangan dia yang sempit. Adnan ni ada seorang member bernama Bobby (Along Raja Lawak). Si Bobby ni baru betul-betul kepala terjal.
Nan Sempit ni pula ada hati dengan bos pejabat dia bernama Nadia (Intan Ladyana). Tapi Nan Sempit ni despatch je, apa sangatlah di mata si Nadia tu kan? Anak orang kaya raya. Tapi sehinggalah terjadi satu kejadian yang membuatkan mereka ni terpaksa ber’couple tanpa kerelaan hati. Kena la tonton kalau nak tahu kenapa.
Dari situ, plot cerita ni berkembang dengan baik. Satu-persatu kejadian yang jadi dan ianya betul-betul diolah dengan sangat lawak dan menarik sekali. Adnan Sempit dengan broken english’nya, memang buat korang gelak sampai sakit perut + nak terkencing. Oh ya, tapi apa yang menarik dalam cerita ni, kerana kesinambungan dari filem Remp-It lakonan Farid Kamil dulu. Dalam cerita ni si Macha (Cat Farish) dan Julia Hana daH ada anak dan ada warung makan.
Untuk Adnan Sempit, kami berani memberi jaminan dengan RM10 harga tiket, korang akan rasa benar-benar berbaloi. Dan percayalah, Adnan Sempit bukan sebarang cerita murahan atau lawak bodoh seperti filem Senario (download pun not worth it). Jadi pergilah ke wayang terdekat. Semalam sold out tu even tayangan jam 12:20 pagi hari bekerja. Penuh satu panggung. Berderai-derai gelak tawa penonton menyatakan betapa hebat cerita tersebut.
Lakonan anak Ibu Khaty Fauziah dan adik kepada Zizie Ezette ni memang menyerlah. Nyatanya dia memang berbakat. Kalau tak tumpah kuah ke nasi, tumpah ke mana lagi kan? Selamat maju jaya buat Shaheizy Sam. Tidak lupa juga lakonan dari pelakon yang lain sememangnya menjadi. Along Raja Lawak dan Angah Raja Lawak betul-betul menambah kekuatan yang ada pada Shaheizy Sam.
Untuk Adnan Sempit, kami berikan 9.5 dari 10 bintang. Kalau ikutkan hati mahu saja berikan 10 bintang terus tapi memandangkan dalam dunia ni, tiada apa yang sempurna, jadi kami berikan 9.5. Pergilah menonton! Tahniah Ahmad Idham! Well done!!

Bukti sokongan kena ada kan? hehehe..
+ Artikel oleh Khai.
OHARTIS: KAMI HANYA KELUARKAN REVIEW FILEM UNTUK CERITA-CERITA YANG KAMI RASA TERBAIK. BANYAK LAGI FILEM LAIN YANG KAMI TONTON TETAPI TIDAK DIKELUARKAN SEBARANG REVIEW. INI SEMATA-MATA BAGI MENJIMATKAN MASA KAMI DAN ANDA.
(Panas) Kisah Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan Isu Masonic
January 15, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Anugerah Juara Lagu, Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV
Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar.
TV3 dan ramai wartawan menyatakan pendapat mereka yang AJL ke-24 ini adalah AJL yang paling baik pernah berlangsung. Itu memang we all pun tak tahu nak nafikan di mana sebab memang hebat AJL pada malam 10 Januari 2010 hari tu. Tapi lepas beberapa hari, timbul isu hantu pula di AJL. Biarpun dikatakan ada bukti yang itu bukanlah stunt’man, tapi warga-warga TV3 tampak sibuk untuk menjelaskan perkara itu di mana lembaga tersebut dikatakan adalah stunt’man Faizal Tahir. Apapun kita tinggalkan isu hantu dan cuba renung-renungkan perkara berikut.
Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu. Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.
Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan. Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan.
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.
* youtube (The Arrivals. ap 13)Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
* ketika persembahan Jeffry dinKenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
Jadi jika benar semua ini telah dirancang secara teliti, pasti mereka sudah mampu bergelak ketawa. Kenapa ketawa? Apa tak nya sebab semua orang cakap ini adalah AJL yang terbaik pernah dilangsungkan. Kesian bukan? Tahniah kepada mereka yang berjaya membongkar perkara ini.
OHARTIS: INILAH BAHANA BILA MANUSIA HIDUP BERTUHANKAN DUIT.
(Gambar) Anugerah Juara Lagu ke-24 disebalik kaca TV
January 14, 2010 by Mr XY
Filed under Anugerah Juara Lagu, Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan, TV
Gambar-gambar berikut hanya dikeluarkan khas buat pembaca di Oh! Artis. So enjoice..Dari 594 keping gambar, we all paparkan mana yang perlu sajelah ye? Kami paparkan mana-mana artis yang kami rasa korang kenal. Yang kami rasa korang tak kenal sebab artis tu kurang menyerlah, kami tak paparkan. Gambar agak banyak jadi buat sesiapa yang mempunyai internet yang hidup segan mati tidak mahu, harap bersabarlah menunggu semua gambar untuk load habis. Read more
(Senarai) Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24)

Artikel pendek sahaja mengenai pemenang-pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 tahun 2009 yang baru ditayangkan sebentar tadi di TV3. Tahniah kami ucapkan kepada pemenang. Cayalah Aizat. Memang Aizat bagi kami, layak untuk bergelar juara. Memang seorang remaja yang tersangat-sangat berbakat.
Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 24
Persembahan Terbaik
- Aizat (Kau Aku)Vokal Terbaik
- Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)
Memang we all dah jangka dari awal. Rasanya dalam AJL24 kali ni, siapa lagi penyanyi dengan vokal paling mantap kalau bukan Black Mentor?Tempat Ketiga
- Faizal Tahir (Bencinta)
Anak emas Media Prima. Mana boleh tak menang langsung. Apapun tidak dinafikan, Faizal juga sememangnya berbakat cuma kali ini rezeki tidak memihak diri’nya.Naib Juara Lagu
- Yuna (Dan Sebenarnya)
Takde apa kami di OH! Artis nak cakap. Cuma satu je lah pesanan kami kepada Yuna. Lepas ni mesti semakin meletup seantero malaya jadi pandai-pandai lah bawa diri ya? Dunia mainstream mana sama dengan indie. Jadi masuk kandang harimau kita mengaum. Kandang lembu kita menguak.Juara Lagu ke 24
- Aizat (Pergi)
Semamangnya keputusan yang dijangka ramai pada AJL24 kali ini. Syabas Aizat. Anda memang layak!!+ Thanks to Orange4K dan My Lirik Lagu.

Untuk yang tidak berkesempatan menonton Anugerah Juara Lagu 24, anda boleh menonton secara live streaming di Catch Up TV3. Atau boleh download satu persatu file di bawah. Korang right click dan save link as. Thanks kepada Eins.
Download Video Anugerah Juara Lagu 24
OHARTIS: LAGU “AIZAT – PERGI” NI MEMANG LAYAN KALAU BANTAI KARAOKE. CUBALAH! RILEK JE KAN? HEHE..






































