(Gambar) Pelakon Sutun Kini Bertudung
February 25, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
We all tak berapa kenal dengan pelakon Sutun ni. Tapi kami follow cerita Sutun tu dari zaman dia sekolah kena pukul dengan bapak sampailah kena buli di Universiti. Gambar terbaru yang diterima ini, menceritakan yang pelakon tersebut kini sudah bertudung pula pada hakikat dia adalah seorang lelaki. Untuk yang tidak mengikuti cerita Sutun, cerita tersebut adalah berkisahkan kehidupan golongan gay di mata masyarakat. Dan yang mengikuti cerita tersebut, dia tidak lagi asing di hati anda kerana kehebatan lakonannya dalam cerita tersebut.

+ Thanks to Gematria – Scukz Army From Borneo.
(Panas) Marsha Kantoi Love Bite?
February 23, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Akademi Fantasia, Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV
Maklumat beserta bukti yang baru kami terima adalah mengenai Marsha, salah seorang finalis bagi Akademi Fantasia Musim ke-3. Bagaimana dan dari mana gambar ini diambil, tidak pula diketahui cuma yang pastinya, terdapat love bite yang kelihatan agak jelas di bahagian bawah dada Marsha.
Siasatan kami, gambar tersebut bukanlah datang dari effect Photoshop atau sebagainya.


Apapun, dia nak love bite kat mana-mana pun, itu hak dia lah kan?
+ Thanks GEMATRIA. Scukz Army From Borneo.
(Panas) Opie Tari-Tirana seorang Maknyah?
February 21, 2010 by Mr XY
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Menurut email yang kami terima, berikut adalah gambar drag queen Opie dalam Drama Tari-Tirana yang telah ditayangkan di TV3 beberapa bulan lalu sehingga kini. Menurut email tersebut, Opie adalah seorang “pondan” yang juga seorang make-up artist. Sejauh mana kebenarannya, perlu tanya pada tuan punya badan lah kot?




Turut ditulis dalam email tersebut, jika tidak percaya search sahaja “jijie zainal” di Facebook korang.
OHARTIS: JADI LELAKI KAN DAH CUKUP BEST. PERLU KE JADI NYAH.. CHOI
(Gambar) Hari Jadi Erra Fazira Esklusif di Oh! Artis
Berikut adalah gambar-gambar semasa sambutan Hari Jadi Erra Fazira pada 9 Februari 2010 yang lalu. Kami dah lama terima gambar ini cuma agak lewat sedikit untuk disiarkan di Oh! Artis atas masalah tertentu. Dari lebih 80 gambar yang diterima dari photographer yang bekerjasama dengan Oh! Artis, kami tapis menjadi 20 sahaja.
Turut dilihat dalam majlis tersebut adalah rakan-rakan artis seperti Jaafar Onn (yang kini berjambang) dan beberapa lagi yang lain. Dan yang wajib ada dah tentulah baby comel bernama Engku Aleesya Engku Emran kan?




















+ All pic courtesy by Paradigma Studio for Oh! Artis only. We love u Erra! Happy birthday!
(Panas) Nabil dan Farah Alya Bersosial
February 11, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV
Siapa tak kenal dengan Nabil Raja Lawak. Orang kampung yang berasal dari Negeri Sembilan. Dinobatkan sebaga “raja” di dalam Raja Lawak musim ke-2. Dan hari ini (11 Februari 2010), filem pertama romentik komedi Nabil dengan gandingan Mila dan Puteri Sarah akan ditayangkan. Tajuknya “Lu Pikirlah Sendiri The Movie”. Dengar cerita Nabil sendiri pun sedih sebab dia tak faham jalan cerita yang dia berlakon. So pada kami, tiada motif untuk kami bazirkan duit menonton cerita tersebut kalau pelakon sendiri tak faham dengan cerita, apa lagi penonton yang baru nak menonton.
Dan siapa pula Farah Alya? Farah Alya adalah antara seorang pelakon yang terlibat dalam drama Tari Tirana yang pernah ditayangkan di TV3. Kalau korang layan cerita tu korang perasan lah. Kalau tak layan, abaikan aje lah artis-artis yang baru nak naik ni. Baru nak naik sikit perangai dah mengalahkan Diva. Ada maklumat yang kami terima, dia juga artis yang ditangkap di malam tahun baru 2010 hari tu kerana terlibat di dalam sebuah parti ****. Entah lah betul atau tidak tanyalah tuan badan sendiri.











Kepada Nabil, Lu pikirlah sendiri siapa lu..
OHARTIS: HARAMKAN PENJUALAN ARAK DI KEDAI-KEDAI 24 JAM DAN HANYA JUAL ARAK DI KEDAI-KEDAI BUKAN ISLAM SAHAJA. MALU BILA NENGOK ORANG ISLAM YANG TERPESONG TERHEGEH-HEGEH MASUK KEDAI BELI ARAK.
(Gambar) Romantis antara Memey, Norman dan Keluarga
February 9, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Title email yang kami terima menulis “Gambar Romantis Memey dan Norman”. Tapi bagi kami ianya biasa saja. Ramai lagi artis di Malaysia ni yang lebih romantis even belum berkahwin pun. Biasalah tu, maksiat dikalangan artis ni perkara biasa. Beribu-ribu dikeluarkan gambar artis minum arak sekalipun, jangan haraplah artis tersebut akan disebat. Mengapa ianya terjadi? JAKIM atau sesiapa sahaja, korang tolong jawabkan.
Berbalik pada gambar Norman dan Memey ni, kami kadang-kadang rasa kasihan dengan mereka-mereka yang bangang ni. Ada ke patut pergi buat group di Facebook “I Hate Memey Suhaiza”. Lepas tu ada pulak group “I Hate Fahrin Ahmad”. Ini semua berpunca dari group “I Hate Fasha Sandha” lah ni.
Kami tahu kamu (insan yang create) tu membeci mereka tapi perlukah sampai ada group-group sebegitu? Come on, get a life. Kalau rasa tak puas hati dengan seseorang artis tu, cukuplah korang luahkan pendapat korang di website macam Oh! Artis ni. Tak perlulah sampai nak buat group khas di Facebook. Get a life la wei. Jangan over sangat dengan mereka bagai mereka tiada hati dan perasaan. Kenapa buat group benci Memey Suhaiza je? Korang tak perasan ke si Norman tu yang menggatal lebih? Wanita juga yang dipersalahkan.
Lagi satu, hentikanlah kutuk-mengutuk hubungan si Memey dan Norman ni. Diorang tak kisah pun apa korang nak cakap. Bukan mereka sahaja, even family diorang pun bahagia je. Terbukti dalam gambar-gambar di bawah. Langsung tak peduli apa pendapat korang ini dan itu. Apapun jangan salahkan Norman dan Memey semata-mata, Abby Abadi dan jejaka yang kami malas nak sebut nama tu pun, bukan main lagi. Ah lantak koranglah asalkan bahagia.
Adnan Sempit ciplak storyline Rempit V3
February 8, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Adnan Sempit telah ditayangkan pada awal Januari 2010 lalu dan Rempit V3 akan ditayangkan pada bulan March 2010 kelak. We all pernah keluarkan entri betapa menarik dan hebatnya cerita Adnan Sempit (boleh rujuk entri ini) dan kenapa filem Adnan Sempit adalah wajib ditonton. Apapun we all agak terkejut apabila mengetahui yang cerita Adnan Sempit arahan Ahmad Idham sebenarnya adalah hasil kerja ciplak dan hanya di olah menjadi lawak mungkin.
Menurut Farid Kamil, Rempit V3 menjalani penggambaran pada Disember 2008 dan Adnan Sempit mula menjalani penggambaran pada Julai 2009. Berikut adalah kenyataan Farid Kamil di blog rasminya.
Salam semua para sahabat… dukacita, apabila harta intelek saya diciplak…
Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk “V3 Samseng Jalananâ€.
Adnan Sempit menjalankan shooting pada bulan Julai 2009.. Saya ada menonton Adnan Sempit, apa yang saya boleh cakap adalah hanya pada MULA dan AKHIR cerita itu adalah Adnan Sempit… Di TENGAH2 cerita itu ianya adalah V3 Samseng Jalanan yang telah diolah…
Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak.
Kerja pihak – pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang
disekat, saya ucapkan ‘Good Luck’…
Alahai mengapa harus jadi begini. We all faham kedua-dua pengarah muda ni bernaung di bawah satu produksi yang sama iaitu di bawah naungan Mr David Teo tapi takkanlah bila dah sebumbung pun timbul pula isu mencuri harta intelek dan idea orang lain. Apapun memang kami tak sabar sangat-sangat nak menonton Rempit V3 bulan March nanti. Selain ingin melihat sejauh mana kehebatan filem pertama arahan Farid Kamil ini, kami juga teringin nak tahu betul atau tidak slot pertengahan dalam cerita Adnan Sempit adalah idea ciplak dari Rempit V3. Nantikan.
OHARTIS: HAH NAS AHMAD! TAK RETI-RETI NAK TERJAH DUA PENGARAH MUDA NI? TERJAH BENDA YANG NTAH APE APE JE KORANG NI. BOSAN BETUL. LAGI SATU BUANG JE LA WARTAWAN TERJAH SORANG LAGI TU. YANG MONTEL-MONTEL DAN ADA TAIK LALAT ATAS BIBIR TU. POYO YANG AMAT. SERABUT KEPALA BILA NENGOK DIA BERCAKAP.
Serina Datuk Chef Wan Bunting Pelamin. Bulan 10 due.
February 8, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

08 Februari 2010 – Dari maklumat yang baru we all terima, Datuk Chef Wan ada update status terbaru dia dengan memberitahu berita gembira yang Serina Chef Wan dan pun dimaklumkan telah berisi. Bunting pelamin la ni kiranya. Due bulan 10 nanti. Nampaknya lepas ni Chef Wan dapat satu lagi title Datuk la kan? We all semua tumpang gembira.
OHARTIS: BAHAGIA BETUL KELUARGA CHEF WAN. TERINGAT DULU TIME TENGAH BERMASALAH MEMILIH JODOH ANAK. HARU SATU MALAYSIA.
(Trivia) Alasan Biasa Artis Kita
February 8, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Tadi masa baca-baca “Majalah Apo?” keluaran MOY, terbaca satu ruangan yang berkaitan dengan artis ni. Tak sangka boleh jumpa artikel perli artis baik punya kat situ. Hehehe. Baca punya baca, apa yang tertulis kat situ memanglah kita semua dah tahu dan dah jangka dari awal. Kisah perangai pelik artis-artis kita ni nak cover muka depan media. Bagai pijak semut tak mati.
Contoh lain, macam seorang artis lelaki tu, nak kritik-kritik blogger yang menulis kisahnya yang kantoi di sebuah kelab malam. Biar pun alasan yang diberikan macam-macam dan kononnya dia ke kelab malam untuk bertemu rakan semata-mata, macam lah sebelum dan selepas ni tak masuk lagi kelab malam? Dunia ni kecil aje.
Lepas tu kantoi ada sekali pula teman wanita dia kat situ. Si teman wanita kata dalam sebuah rancangan TV, memang benar dia ada hubungan dengan si lelaki tu dan doa-doakan ajelah hubungan mereka. Masa we all dengar, ek eleh?!! Hari tu kemain menggelupur masa Oh! Artis keluarkan artikel mengenai hubungan mereka di Twitter. Lepas tu macam tu pulak?
Kalau korang nak tahu, kalau 10 artis ni cakap kat depan wartawan, 1 je yang korang boleh caya. Siapa mereka? Takkan la ada yang tak tahu kan? Anyway layan ajelah artikel dari “Majalah APO?” di bawah. Wohha!

* Pix tak keluar? Here it is..
Tiada apa-apa yang dapat membangkang kata-kata di atas kan? hehe. Ada lagi yang tertinggal? Korang isilah dalam bahagian komen.
+ Pic courtesy of Moy Publications Sdn. Bhd.
OHARTIS: CERITA PASAL MAJALAH NAK HILANGKAN STREES NI, KALAU DULU WE ALL BELI MAJALAH UJANG. TAPI SEKARANG RASANYA MAJALAH UJANG LAWAK DALAM DIA TAK LEBIH DARI LAWAK BODOH SEMATA-MATA. SO SEKARANG BACA MAJALAH APO DAN GEMPAK LAGI MENARIK.
(Gambar) Heliza Helmi Melepak Dengan Kakak
February 6, 2010 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Lama tak dengar perkembangan Heliza kan? Dengarnya, tahun 2010 ni banyak kejutan yang akan diberikan Heliza kepada semua peminat setianya. 18 Februari 2010 ni akan diadakan majlis pelancaran album Heliza Helmi yang terbaru. We all dapat jemputan khas untuk ke sana. InsyaAllah kalau berkesempatan nanti, adalah entri mengenai pelancaran album baru si Heliza ni.

Menarik kan? Kalau nak follow perkembangan Heliza, korang rajin-rajin’lah jenguk official website Heliza yang dah pun berwajah baru di www.heliza.com
Berikut pula adalah gambar-gambar Heliza dan kakaknya yang peramugari Air Asia tu. Dua-dua cantik dan menawan tapi yang seorang manis bertudung dan seorang lagi mesti bertambah manis kalau bertudung. Tapi nak buat camana kan kalau dah Peramugari. Pernah korang nampak peramugari pakai hijab di kepala? Ada tapi susah kot?





+ Gambar dikirimkan oleh Aku Lelaki Gemuk. Jika korang mempunyai gambar-gambar selebriti yang menarik untuk dikongsikan tak kiralah apa keadaan sekalipun, hubungi kami melalui email hoi@ohartis.com .. Sharing is caring.




















